Anda di halaman 1dari 12

Course ID : KRP3013 < Group Name : Group B.

PAHAT02(A112PJJ) < Full Name : Ng Su Mui


Title

Message Pendidikan sebelum penjajahan Inggeris adalah Pendidikan informal dan Pendidikan tradisional. Pendidikan informal iaitu pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakat manakala Pendidikan tradisional ialahpendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelata yang mana ibu bapa ialah orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Pada ketika itu penduduk di Tanah Melayu majoritinya ialah orang Melayu kerana orang Cina dan India hanya datang secara beramai-ramai sebagai buruh di lading dan lombong pada zaman penjajahan Inggeris. Orang Melayu berpegang kuat pada adat resam Melayu dan Nusantara yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam yang teguh. Semua kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan dididik serta diasuh dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan. Ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan adalah mengikut norma-norma yang diterima oleh masyarakat pada ketika itu. Setiap individu perlu menghormati orang lain terutama kepada ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Tutur kata serta perbuatan perlu sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Sekolah vernakular Cina bermula di Negeri-negeri Selat. Sekolah yang awal, didirikan di Melaka. Sekolah vernakular Cina juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Cina. Penubuhan sekolah tersebut adalah dengan tujuan untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Kurikulumnya adalah meliputi ajaran-ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan. Ajaran Confucius ialah yang banyak diajarkan. Oleh kerana tanah besar Cina adalah luas dan mempunyai pelbagai daerah dengan cara hidup serta kebudayaan rakyat yang pelbagai, maka sekolah Cina yang terdapat di Tanah Melayu pun turut pelbagai dari segi corak serta bentuknya apa lagi isi kandungan pelajaran yang diajar. Pengajaran adalah secara menghafal, mengira dan menulis. Kurikulum dan buku-buku tek, kesemuanya tidak boleh lagi berorientasikan tanah besar Cina, sebaliknya perlu bercorak tempatan yang bercirikan Inggeris. Sekolah Cina tidak banyak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu masih berkiblatkan negara asal, masih menumpukan taat setia kepada budaya serta adat resam negara asal mereka melalui kurikulum, buku-buku, bahan-bahan bacaan dan guru yang dibawa masuk dari negara Cina. Manakala pendidikan di zaman penjajahan Inggeris, berlangsung dengan cara yang lebih formal. Konsep sekolah vernakular diperkenalkan iaitu sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik. Sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah-sekolah tersebut diadakan secara terasing antara satu dengan yang lain. Sekolah-sekolah vernakular yang terdapat pada masa itu ialah Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Didapati juga Sekolah Inggeris yang dibiayai oleh pemerintah,sekolah mubaligh yang dibiayai oleh gereja Methodist, Katholik dan Anglican, sekolah pondok, dan madrasah. Ketika perang dunia kedua Tanah Melayu telah dijajah oleh Jepun. Pada ketika itu tentera Jepun telah membuka sekolah Nihongo. Pendidikan di zaman penjajahan Inggeris adalah berbentuk Pendidikan formal dan Pendidikan non-formal. Pendidikan formal iaitu pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang tertentu manakala Pendidikan nonformal ialahpendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti latihan khas, bengkel, dan belajar sambil bekerja yang dirancang. Didapati sebelum penjajahan Inggeris pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai pendidikan tradisional. Pendidikan di zaman sebelum penjajahan Inggeris dalam kalangan rakyat jelata berlangsung secara tradisional dengan ibu bapa sebagai orang yang utama dalam proses pendidikan. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam proses pendidikan anak-anak. Pengajaran dan pembelajaran berlaku secara tidak langsung melalui pemerhatian,penglibatan, nasihat dan teguran. Pendidikan adalah bercorak warisan turun temurun dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Kanak-kanak lelaki diminta membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka dididik dan diasuh oleh ibu bapa dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga. Sehubungan itu, kanak-kanak perempuan dilatih untuk membantu ibunya menguruskan hal rumah tangga. Pendidikantersebut berbentuk nonformal, bermatlamat untuk kesejahteraan dalam kehidupan baik untuk di dunia. Guru dalam pengajarannya menggunakan teknik hafalan. Pendidikan di istana adalah untuk golongan bangsawan atau anak-anak kepada pembesar istana. Pendidikan berlangsung secara lebih teratur dengan tempat dan waktu pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Guru-guru yang khusus dipanggil dan diberi gaji secara khas untuk mengajar murid-murid. Kanak-kanak diajar menggunakan sukatan pelajaran tertentu termasuk kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) Sekolah Inggeris yang pertama dibina ialah Penang Free School diikuti dengan Malacca Free School dan seterusnya yang lain-lain seperti Victoria Insitute dan King Edward VII. Sekolah Inggeris kebanyakannya didirikan di bandar-bandar untuk anak-anak pegawai Inggeris, anak-anak ahli-ahli perniagaan serta anak-anak golongan elit Melayu pada masa itu. Corak kurikulum dan pengajaran di sekolah ini lebih berorientasikan ketuanan Inggeris daripada semua aspek termasuk nilai dan pemikiran yang ditanamkan kepada muridmurid dengan menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Selain itu empayar serta jajahan takluknya adalah luas dan istimewa. Kurikulum, buku-buku teks, bahanbahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah daripada Britain. Kurikulum sekolah Inggeris lebih mementingkan akademik. Guru-guru yang terlibat ialah guru yang dididik daripada sekolah Inggeris. Pengajaran di sekolah Inggeris melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Kurikulum dan pengajaran lebih kepada persediaan untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun. Pada masa tersebut kanak-kanak tempatan telah diminta menghadiri sekolah-sekolah kendalian askar Jepun. Dalam kurikulum dan pengajarannya terdapat pelajaran

Date posted 11 Mar 2012 11:44:42 PM

Full Name Ng Su Mui

FORUM 1

FORUM 1

11 Mar 2012 11:55:07 PM

Ng Su Mui

FORUM 1

11 Mar 2012 11:36:24 PM

Ng Su Mui

FORUM 1

11 Mar 2012 11:19:50 PM

Ng Su Mui

FORUM 1

12 Mar 2012 12:08:24 AM

Ng Su Mui

bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun.
FORUM 1

Kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Melayu berkisar kepada kemahiran, membaca, menulis, mengira, mengarang di samping dimasukkan juga sedikit tentang Ilmu Alam, Ilmu Hisab dan Latihan Jasmani. Di sekolah vernakular Melayu, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Pelajaran akademik iaitu pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional di sebelah pagi manakala kelas Al-Quran dan Bahasa Arab di sebelah petang. Langkah ini bertujuan menarik minat orang Melayu agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana orang Melayu memberi sambutan yang dingin terhadap sekolah vernakular ini. Tujuan utama Sekolah Melayu ialah untuk memberi pendidikan asas supaya anak-anak penduduk tempatan dapat menjadi petani, nelayan atau pekerja bawahan yang tidak terpisah dengan alam sekeliling mereka. Tujuan utama pemilihan dan pelaksanaan kurikulum ini adalah untuk memberi orientasi agar anak-anak Melayu dapat meneruskan kerjaya warisan ibu bapa mereka. Guru-guru Melayu dilantik dalam kalangan mereka yang berkebolehan dan terkenal dalam masyarakat. Kanak-kanak perempuan Melayu pula tidak digalakkan langsung oleh ibu bapa untuk bersekolah. Pemerintah Inggeris di Tanah Melayu pada awalnya tidak berminat menyediakan pendidikan kepada masyarakat India kerana pada tanggapan mereka, kehadiran masyarakat India di Tanah Melayu adalah sementara sahaja. Kod Buruh dikuatkuasakan bagi tujuan rnembasmi buta huruf, hal-hal berkaitan pendidikan orang India telah ditegaskan. Justeru itu sekolah vernakular Tamil dibuka untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan. Sikap kebanyakan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak adalah di tahap yang rendah. Justeru ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah atau tidak hadir ke sekolah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dari sudut pengajaran, pada mulanya bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun perkembangan sekolah Tamil tidak maju disebabkan faktor bahasa pengantar. Orang India yang datang ke Tanah Melayu dari pelbagai daerah di India dengan bahasa pertuturan yang pelbagai. Justeru pengajaran telah dikendalikan dalam pelbagai bahasa, iaitu sama ada menggunakan bahasa Tamil, Malayalam, Telegu, Punjabi atau Hindi. Guru-guru diberi gaji yang rendah. Terdapat guru-guru kurang bertauliah seperti kerani ladang, penyelia, pembantu perubatan dan pekerja sendiri yang ditugaskan untuk mengajar di sekolah Tamil. Keadaan tersebut adalah kurang memuaskan. KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P. Saya bersetujui dengan Cikgu Fong. Transformasi Kurikulum pula digubal berasaskan dua standard utama. Pertama ialah Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala kedua ialah Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan interaktif sedangkan KBSR merujuk kepada elemen berfikir secara kritis dan kreatif manakala KSSR merujuk kepada elemen kreativiti dan inovasi, keusahawan dan teknologi dan komunikasi (TMK) secara eksplisit. KSSR haruslah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran dengan Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai dan Bersifat autentik dan holistik. Penambahbaikan yang di lakukan adalah selaras dengan hasrat dalam sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmoni dari sudut intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Transformasi yang dilakukan adalah membabitkan perubahan dalam bentuk kandungan, jadual waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih mendalam kepada pentaksiran berasaskan sekolah iaitu dengan meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama melalui transformasi kokurikulum ini juga menerapkan penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme juga dapat diperkukuhkan lagi dalam kalangan pelajar. Justeru transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk

11 Mar 2012 11:48:32 PM

Ng Su Mui

FORUM 1

12 Mar 2012 12:02:09 AM

Ng Su Mui

FORUM 2

31 Mar 2012 10:25:43 PM

Ng Su Mui

FORUM 2

31 Mar 2012 09:24:40 PM

Ng Su Mui

FORUM 2

31 Mar 2012 10:28:51 PM

Ng Su Mui

membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis, dan berinovatif. Manakala dalam perlaksanaan perubahan kurikulum dari peringkat awal iaitu dari Pendidikan Prasekolah adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti Pendidikan Prasekolah dan pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan cabaran abad ke-21.
FORUM 2

KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Sistem pendidikan di negara kita, perkembangan berlaku demi memastikan taraf pendidikan negara kita setaraf dengan antarabangsa. KBSR ditransformasikan kepada KSSR disebabkan beberapa kekurangan atau kelemahan di dalam KBSR. KSSR melibatkan kemahiran menaakul iaitu yang tiada dalam KBSR.Kemahiran menaakul merupakan kemampuan pelajar dalam mengimplikasikan sebarang maklumat atau data yang diperolehi nenerusi sebarang fakta atau teori dan menghubungkaitkannya dengan masalah yang hadapi dan seterusnya menjana penyelesaiannya atau penghasilan idea baru. KSSR memberi penekanan kepada pembelajaran menyeronokkan contohnya aspek seni dalam bahasa, pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur, penghayatan serta pengukuhan nilai seperti perpaduan, alam sekitar dan patriotisme. KSSR menekankannya supaya murid berkemampuan menguasai kemahiran nilai tambah seperti kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi yang merupakan elemen baru dalam KSSR. Saya bersetujui dengan Cikgu Lai. Pendidikan Negara memberi penekanan kepada : Pembangunan modal insan, Penghasilan pelajar celik minda dan Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan danpengurusan kurikulum di sekolah. Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengenal pasti strategi penambahbaikan . Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah . Justifikasi penggunaan modul KSSR bersifat dinamik iaitu pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul. Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran juga flesibel di mana guru ada pilihan menggunakan modul mengikut kesesuaian. Kurikulum standard menegaskan penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran seperti : hands on learning, pembelajaran memalui bermain, inkuiri penemuan, pembelajaran berasaskan projek,pembelajaran luar bilik darjah, pembelajaran masteri, pembelajaran secara konteksual dan konstruktivisme. Pendekatan yang digunakan mesti memberi peluang pembelajaran yang tidak terhad kepada murid. Mengambilkira kepelbgaian kecerdasan murid. Modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerjamereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Dalam KSSR, pencapaian murid akan dinilai mengikut band. Masalahnya ialah soalan band yang disediakan oleh setiap sekolah berbeza, markah dikuasai oleh setiap murid ditentukan oleh pihak sekolah. Ini mungkin akan menyebabkan tidak adil dari segi penguasaan band. Ini akan menyebabkan guru tidak mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran dan seterusnya sesetengah pelajar yang gagal menguasai sesuatu subjek mengalami kesulitan semasa di sekolah menengah. Kemahiran yang disusun dalam KSSR seperti keusahawanan, nilai murni, teknologi maklumat, kreativiti dan inovasi dan sebagainya adalah diperlukan oleh murid-murid zaman sekarang. Ia menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M. KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR ) Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Matlamat KBSR iaitu matlamat pendidikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Manakala Objektif KBSR ialah bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan murid: - menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara, - menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah, - menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian,

31 Mar 2012 08:57:59 PM

Ng Su Mui

FORUM 2

31 Mar 2012 09:48:20 PM

Ng Su Mui

FORUM 2

31 Mar 2012 10:01:55 PM

Ng Su Mui

FORUM 3

08 Apr 2012 06:25:23 PM

Ng Su Mui

- menguasai kemahiran belajar dan kemahiran berfikir, - bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua, - memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya; - membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri, - mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar; - menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal, - memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional, - menjaga kesihatan dan kecergasan diri, - menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti, - menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam; - menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia, - membina semangat patriotism, - mengembangkan bakat dan kreativiti dan mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.
FORUM 3

Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid (Roselan Baki,2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff,2003). KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hassan, 1996). KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat dua masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan. Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kreativiti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang. Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan

08 Apr 2012 06:45:58 PM

Ng Su Mui

FORUM 3

08 Apr 2012 06:48:05 PM

Ng Su Mui

FORUM 3

08 Apr 2012 06:34:31 PM

Ng Su Mui

FORUM 3

08 Apr 2012 06:38:04 PM

Ng Su Mui

terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
FORUM 3

Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional.

08 Apr 2012 06:41:47 PM

Ng Su Mui

FORUM 4

Pengajaran dan pembelajaran KSSR secara didik hibur yang berbentuk serampang dua mata: - pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan - pembelajaran yang menyeronokan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran. Objektif pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah yang telah ditetapkan supaya murid dapat menguasai asas berbahasa khususnya murid tahap satu (literasi), memperkaya kosa kata, meningkatkan pemahaman barbahasa dan berkemampuan berkomunikasi secra berkesan dalam perhubungan kehidupan sosial. Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Kementerian Pelajaran telah merangka beberapa strategik pengajaran dan pembelajaran untuk dijadikan panduan kepada pendidik. Antaranya ialah : berpusatkan murid, kepelbagaian teknik pengajaran dan sumber bahan, penggunaan tatabahasa yang tepat dan memperkayakan bahan bacaan. Aspek kemahiran bernilai tambah masih diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran, namun dua penekanan telah ditambah daripada sukatan lama. Aspek Kemahiran bernilai tambah yang akan diaplikasikan : - kemahiran berfikir - kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) - kemahiran belajar cara belajar - kajian masa depan - kecerdasan pelbagai - pembelajaran konstruktivisma dan kntekstual - kreativiti dan inovasi - keusahawanan Sementara itu, konsep 5P iaiu pengabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian akan turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar agar objektif pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai. Didapati Organisasi kurikulum dalam KSSR dengan KBSR adalah berlainan di mana, Organisasi kurikulum dalam KSSR 1.Tahap Satu iaitu Tahun 1, 2 dan 3 menggunakan Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, manakala Tahap Dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6 pula menggunakan Mata pelajaran Teras dan Elektif. 2.Elektif Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara eksplisit diutamakan. 3.Fokus pada 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. 4.KSSR mempunyai reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang iaitu : - komunikasi - kerohanian, sikap dan nilai - kemanusiaan perkembangan fizikal dan estetika - Sains dan teknologi - keterampilan diri 5.Bahan kurikulum bagi KSSR ialah Dokumen Standard Kurikulum. 6.Reka bentuk kurikulum KSSR berbentuk Modular Organisasi kurikulum dalam KBSR 1.Tahap Satu dan Dua iaitu Tahun 1 hingga 6 menggunakan Mata pelajaran

08 Apr 2012 10:17:17 PM

Ng Su Mui

FORUM 4

08 Apr 2012 07:48:21 PM

Ng Su Mui

Teras, Wajib dan Tambahan. 2.Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif diutamakan. 3.Fokus pada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira 4.KBSR pula mempunyai reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu : - komunikasi - manusia dan alam sekeliling - perkembangan diri individu 5.Bahan kurikulum bagi KBSR ialah Sukatan Pelajaran. 6.Reka bentuk kurikulum KBSR berbentuk Linear.
FORUM 4

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun 2011. Walaupun pada masa ini saya sebenarnya tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan atau pelaksanaan KSSR yang dimaksudkan, namun sejujurnya saya amat berminat untuk mengetahui dan memahami lebih banyak berkenaan KSSR. Sekurang-kurangnya ia adalah pengetahuan asas tentang kurikulum standard berkenaan adalah input berguna yang bukan sahaja perlu diketahui oleh guru atau pihak pengurusan pendidikan, tetapi termasuklah juga ibu bapa. Pada saya pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. Kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan KSSR, boleh merujuk terus di laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penerangan tentang Konsep, Bahan Sokongan, dan Buku Panduan Guru telahpun dimuatkan di laman web tersebut. Kurikulum Stardard Sekolah Rendah (KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan stardard kandungan dan stardard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam sau tempoh persekolahan yang ditetapkan. Stardard kandungan merupakan pernyataan yang lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kamahiran dan nilai. Manakala Stardard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap stardard kandungan. KSSR diorganisasi dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap yang dinamakan sebagai modul. Pentaksiran KSSR memberi penegasan kepada pelaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan penggayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai stardard yang ditetapkan. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran KBSR Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran. Kemudahan fizikal kelas: ruang pembelajaran yang selesa, sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif, ruang pameran hasil kerja, bahan rujukan untuk penggunaan murid dan bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai. Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti simulasi, lakonan, permainan, tunjuk ajar, lawatan, bercerita, projek, sumbangsaran, main peranan dan pidato. Aspek emosi sosial: penggunaan bahasa yang mesra, keupayaan guru memahami muridnya dan penggunaan teknik yang pelbagai. Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. a. Melibatkan murid secara aktif; b. Menjalankan penilaian yang berterusan c. Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka d. Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan e. Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan f. Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional g. Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang

08 Apr 2012 07:02:11 PM

Ng Su Mui

FORUM 4

08 Apr 2012 07:02:50 PM

Ng Su Mui

FORUM 4

08 Apr 2012 09:51:36 PM

Ng Su Mui

FORUM 5

14 Apr 2012 01:03:55 PM

Ng Su Mui

h. Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir i . Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid
FORUM 5

Teras KBSR iaitu Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pengkayaan dan Pemulihan. Antara perubahan besar dalam KBSR ialah a. penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran b. penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian c. menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik d. mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran e. mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan f. mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan g. pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1sekolah rendah h. pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains Penekanan Dalam KBSR Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada Kemahiran asas, Kemahiran berfikir, Nilai Merentas Kurikulum, Bahasa merentas kurikulum, Patriotisme merentas kurikulum, Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid,Penilaian berterusan, Pemulihan dan pengayaan, Prinsip mudah ubah serta Sains dan teknologi merentas kurikulum.
FORUM 5

14 Apr 2012 12:47:52 PM

Ng Su Mui

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu: a. Komunikasi b. Manusia dan alam sekeliling c. Perkembang diri Individu Tiga bidang tersebut pula dibahagi kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah: i. Kemahiran Asas; ii. Manusia dengan Persekitaran; iii.Kesenian dan Kesihatan; iv.Kerohanian, nilai dan sikap v. Kemahiran Hidup vi.Kokurikulum Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif berfokus kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Bahan kurikulum ialah sukatan pelajaran dan reka bentuk kurikulum adalah linear. Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) dan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) merangkumi Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap I Penguasaan kemahiran asas ialah berbahasa dari segi mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam mata pelajaran Matematik, penguasaan nombor dan operasi asas mengira difokuskan. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Inggeris, Cina atau Tamil mengenal huruf serta membaca, menghafaz dipentingkan terlebih dahulu. Guru dikehendaki memastikan murid menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat. Tahap II Kemahiran asas berbahasa amat difokuskan supaya diperkukuhkan. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah dipentingkan. Pastikan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain diperolehi oleh murid. Kemahiran Belajar serta Elemen Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif dari segi membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran tertentu diadakan. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai amat diperlukan oleh murid-murid. Didapati guru adalah pejuang barisan hadapan dalam mendidik anak bangsa. Menjadi guru bukan setakat memegang suatu jawatan yang menjadi suatu profesian yang dihormati sejak zaman berzaman malah guru juga menjadi pencorak masa hadapan anak yang dididik, menentukan jenis insan yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang dijelmakan. Pada asasnya tugas utama seorang pendidik (guru) ialah menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk budi pekerti atau akhlak murid. Di samping tugas tersebut guru juga berperanan sebagai perancang, pengurus (pengelola), pemudah cara (fasilitator), pembimbing, pentadbir, inavator dan penilai. Penelitian dan Pentafsiran sukatan Pelajaran Sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran tertentu. Ia disediakan secara rasmi oleh Pussat Perkembangan Kurikulum, kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan pelajaran ini bisanya mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif dan kemahiran yang disususn mengikut tahap atau darjah (dalam kelas KBSR). Semua perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah Buku Panduan Khas untuk digunakan oleh guru sebagai panduan asas menyediakan rancangan kerjanya. Untuk menyediakan suatu rancangan kerja yang berkesan, guru haruslah terlebih dahulu membaca dan mentafsir perkara yang penting seperti objektif, unit pembelajaran, kemahiran, strategi dan aktiviti pengajaranpembelajaran serta bahan sumber yang ditetapkan bagi mata pelajaran berkenaan.

14 Apr 2012 11:41:52 AM

Ng Su Mui

FORUM 5

14 Apr 2012 01:11:00 PM

Ng Su Mui

FORUM 5

Matlamat KBSR ialah memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Objektif-objektif: a.Menguasai Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara b.Menguasai kemahiran asas berbahasa c.Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira d.Menguasai kemahiran belajar dan berfikir e.Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya f.Membina day akepimpinan dan daya keyakinan diri g.Menjaga kesihatan dan kecergasasn diri h.Membina semangat patriotisme i.Mengembangkan bakat dan kreativiti j.Mengamal sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup. Peranan-peranan guru dalam Pelaksanaan KBSR ialah mentaksir, merancang, mengubahsuai, melaksanakan dan menilai. Guru harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, melengkapkan diri dengan pengetahuan mata pelajaran khusus sejajar dengan matlamat KBSR, sering menghadiri kursus untuk menaiktaraf ilmu pengatahuan dan mengekspoitasi penggunaan teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) supaya mahir mengintergrasi ICT dalam P&P. Guru harus menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran. Contohnya, guru boleh memainkan rakaman video motivasi yang terdapat di Youtube dalam kelas dan murid-murid boleh membuat analisis terhadap video tersebut. Guru harus mempelbagaikan strategik pengajaran. Contohnya, guru menggunakan Flash untuk melukis animasi yang berkaitan dengan isi pengajaran. Zaman selepas merdeka 1956, Abdul Razak Hussein mengeluarkan laporan yang dikenal Penyata Razak yang mementingkan perpaduan. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960 atau dikenali Jawatankuasa Rahman Talib ditubuhkan untuk mengkaji Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam kurikulum dan pengajaran selepas merdeka. Jawatankuasa Rahman Talib mengeluarkan laporan (Penyata Rahman Talib) pada tahun 1960. Pendidikan selepas merdeka adalah untuk melahirkan rakyat yang bebas daripada masalah buta huruf dan perpaduan. Sejarah pendidikan negara telah mengalami perkembangan dari semasa ke semasa sehingga ke tahap yang ada sekarang. Sekarang pendidikan di negara ini bersifat lebih jelas dan berstruktur dari sudut dasar, matlamat dan pelaksanaannya. Zaman penjajahan Inggeris, Pendidikan formal iaitu pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar diadakan. Sekolah Inggeris dan sekolah vernakular (sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya) merangkumi Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil diwujudkan. Tujuan Sekolah Melayu ialah untuk memberi pendidikan asas supaya anak-anak Melayu dapat meneruskan kerjaya warisan ibu bapa. Guru-guru Melayu dilantik dalam kalangan mereka yang berkebolehan dan terkenal dalam masyarakat. Tujuan Sekolah Cina ialah untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Ajaran Confucius diajarkan. Pengajaran adalah secara menghafal, mengira dan menulis. Tujuan Sekolah Tamil ialah untuk membasmi buta huruf tetapi guru-guru kurang bertauliah ditugaskan untuk mengajar, keadaan tersebut tidak dimuaskan. Sekolah Inggeris, corak kurikulum dan pengajaran lebih berorientasikan ketuanan Inggeris dan lebih mementingkan akademik. Sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun, pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua tamat, pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris diberi kepada semua murid di sekolah rendah dan pelajaran vokasional seperti dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksanakan sepenuhnya. Laporan Cheeseman mengemukakan cadangan tersebut untuk melatih penduduk tempatan sebagai pekerja yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bagi membangunkan infrastruktur seperti jalanraya dan landasan keretapi yang telah mengalami kerosakan akibat Perang Dunia Kedua. Laporan Barnes, pengajaran di sekolah rendah dilakukan mengguna bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekolah adalah terbuka kepada semua kanak secara percuma. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar kepada murid-murid sebagai suatu mata pelajaran. Hanya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Mata pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumahtangga diajarkan kepada murid-murid. Sekolahsekolah vokasional yang moden dicadang supaya dibina untuk pelajaran vokasional. Walaupun pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk perpaduan kaum tetapi tidak dilaksanakan kerana dianggap lebih memihak kepada orang Melayu. Unit ini telah menerangkan perkembangkan Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran di negara kita pada zaman penjajahan sebelum penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka. Pada zaman penjajahan sebelum penjajahan Inggeris jenis pendidikan tradisional iaitupendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelata yang mana ibu bapa ialah orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik diadakan oleh mereka melalui pemerhatian, penglibatan, nasihat dan teguran. Pendidikan tersebut adalah bercorak warisan turun temurun dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Pendidikan informal iaitu pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakat di mana kanak-kanak lelaki biasa diminta membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga manakala kanak-kanak perempuan, mereka dididik dan diasuh oleh ibu bapa dengan perkara-perkara berkaitan rumah

14 Apr 2012 12:21:43 PM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 1

20 Apr 2012 11:22:46 PM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 1

20 Apr 2012 10:49:04 PM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 1

20 Apr 2012 11:08:09 PM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 1

20 Apr 2012 10:40:03 PM

Ng Su Mui

tangga. Pendidikan non-formal ialah pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti belajar sambil bekerja yang dirancang.
Perbincangan Tajuk 3

Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan Inggeris, pendidikan zaman sebelum penjajahan Inggeris asalah bercorak tradisional tanpa permis kursus yang dinamakan sekolah. Pendidikan berlaku dalam kalangan keluarga dan ahli masyarakat. Matlamat pendidikan adalah kearah kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat. Di zaman penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan penubuhan sekolah-sekolah vernakular. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu sekoalah vernakular Melayu yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu, sekolah vernakular Cina yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan sekoalah vernakular Tamil yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Tamil. Matlamat kurikulum dalam pendidikan selepas merdeka adalah berpandukan Ordinan Pelajaran 1957 yang berasaskan Penyata Razak 1965. Sehubungan itu kurikulum digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan yang selaras dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dam ahlinya.Bagi membolehkannya beroperasi di peringkat sekolah dan bilik darjah, KBSR diterjemahkan dalam bentuk objektif bagi setiap mata pelajaran. Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Hal ini diterjemahkan dalam matlamat kurikulum sekolah rendah yang memfokuskan pada memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.Selepas merdeka, matlamat pendidikan dan kurikulum meliputi zaman sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu, dihuraikan juga matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam FPK. Matlamat pendidikan adalah ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat. Untuk kehidupan dunia, anak-anak dididik untuk melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Selepas merdeka, matlamat pendidikan dan kurikulum meliputi zaman sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu, matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan pernyataanpernyataan yang terkandung dalam FPK. Matlamat kurikulum sekolah rendah mempunyai perbezaan yang besar pendidikan sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan semasa penjajahan Inggeris dsn pendidiksn selepas merdeka. Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan Inggeris, pendidikan zaman sebelum penjajahan Inggeris asalah bercorak tradisional tanpa permis kursus yang dinamakan sekolah. Pendidikan berlaku dalam kalangan keluarga dan ahli masyarakat. Matlamat pendidikan adalah kearah kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat. Di zaman penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan penubuhan sekolah-sekolah vernakular. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu sekoalah vernakular Melayu yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu, sekoalah vernakular Cina yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan sekoalah vernakular Tamil yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Tamil. Matlamat kurikulum dalam pendidikan selepas merdeka adalah berpandukan Ordinan Pelajaran 1957 yang berasaskan Penyata Razak 1965. Sehubungan itu kurikulum digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan yang selaras dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya. Unit ini telah menjelaskan matlamat pendidikan dan kurikulum iaitu hasrat jangka panjang yang hendak dicapai mengikut zaman yang berbeza-beza iaitu sebelum penjajahan, semasa penjajahan Inggeris dan selepas merdeka. Perkembangan yang berlaku adalah bagi menjamin keselarasannya dengan keperluan semasa serta keperluan masa hadapan. Matlamat pendidikan adalah tingkah laku yang bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan. Ia bersifat umum dan berfungsi sebagai panduan dan pedoman kepada pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Plato berpendapat pendidikan adalah ke arah pembentukan manusia yang bersifat mulia. Menurut Smith (2002) di United Kingdom, bermatlamat memperkembangkan potensi murid-murid untuk aspek personal, sosial dan emosi. Selain daripada itu juga untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi, bahasa dan literasi, matematik, pengetahuan dan kefahaman tentang dunia, perkembangan fizikal dan perkembangan daya kreatif. Empat aspek (kesedaran diri, hubungan manusia, kelancaran ekonomi dan tanggungjawab sivik) ialah matlamat kurikulum di Amerika . Matlamat pendidikan dan kurikulum mengikut zaman yang berbeza-beza iaitu sebelum penjajahan, semasa penjajahan Inggeris dan selepas merdeka. Selepas merdeka, matlamat pendidikan dan kurikulum meliputi zaman sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu, unit ini juga menghuraikan matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan pernyataan-pernyataan yang perkandung dalam FPK. Matlamat pendidikan akan berbeza dan berubah mengikut lokasi, keadaan dan masa. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, dapat disaksikan bahawa pendidikan sentiasa mengalami perkembangan dari semasa ke semasa sehingga tahap yang ada sekarang. Walau bagaimanapun pada asasnya pendidikan yang berlangsung dalam negara masa kini adalah ke arah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Pendidikan juga adalah untuk perkembangan dimensi intrinsik dan dimensi sosial pelajar secara harmonis, seimbang dan menyeluruh yang berpaksikan kepada ketuhanan. Sehubungan itu kurikulum digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan yang selaras dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya Konsep kurikulum, diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah iaitu ruang tempat di mana pembelajaran berlaku. Kurikulum juga didefinisikan sebagai bahan pengajaran yang guru dan murid-murid perlu meliputi

24 Apr 2012 04:47:47 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 3

24 Apr 2012 06:10:46 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 3

24 Apr 2012 06:44:46 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 3

20 Apr 2012 11:44:03 PM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 3

24 Apr 2012 04:25:34 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 6

27 Apr 2012

Ng Su Mui

dalam proses pembelajaran. Urutan pengalaman yang ditetapkan oleh sekolah untuk mendisiplinkan cara berfikir dan bertindak. Kurikulum sekolah adalah satu siri peristiwa yang terancang dengan tujuan memberi kesan pendidikan kepada murid di sekolah. Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Di bawah konteks pendidikan Malaysia, kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform.
Perbincangan Tajuk 6

01:06:16 PM

Buat masa ini, keberkesanan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum amat bergantung pada pemerolehan kemahiran akademik. Namun agar sukar bagi kita untuk menilai sejauh manakah kehendakkehendak kurikulum kebangsaan ini benar-benar dilaksanakan secara menyeluruh atau komprehensif di sekolah pada masa kini kerana penilaian melalui indeks-indeks tertentu tidak mencukupi untuk mengambarkan keadaan sebenar perlaksanaan kurikulum di negara kita. Ditambah lagi dengan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelbagai pihak terutamanya melibatkan pihak sekolah yang menyebabkan ia terpaksa berfungsi di bawah beberapa batasan, menyukarkan lagi perlaksanaan kurikulum di sekolah. Namun lazimnya, sesuatu kurikulum yang telah siap disusun, ia akan dilaksanakan dan dicuba di sekolah-sekolah setempat dan melalui percubaan perlaksanaan ini akan memberi maklum balas kepada perancang-perancang kurikulum. Apabila wujudnya kelemahan-kelemahan tertentu, maka isi kurikulum itu akan diubah supaya memenuhi keperluan pelajar. Kehendak-kehendak kurikulum sekolah perlu dilaksanakan di semua sekolah. Jawatankuasa kurikulum sekolah adalah sebuah jawatankuasa professional yang penting bagi melaksanakan pencapaian matlamat kurikulum di sekolah supaya selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang dan kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan menyeluruh kerana terdapat beberapa kekangan yang masih menjadi penghalang utama kepada perlaksanaan ini. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak amat diperlukan bagi mengatasi kekangan-kekangan yang timbul. harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, dan emosi. Kurikulum sebagai segalam pembelajaran yang dirancang dan diarah oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Definisi seperti ini merangkumi objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang dan penilaian dalam bentuk yang boleh membantu dalam usaha memilih penglaman pembelajaran dan memandu pembelajaran pelajar. Dua aspek perlu ada dalam objektif ditegaskan, iaitu jenis langkah yang perlu dikembangkan dalam diri pelajar dan isi kandungan atau bidang di mana langkah itu akan beroperasi. Tingkah laku yang hendak dihasilkan perlu juga spesifik. Terdapat tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas, iaitu kurikulum formal atau ketara, kurikulum ideal dan kurikulum tersembunyi. Untuk mempercepat penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, Kerajaan tidak akan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti guru dan kepimpinan di sekolah. Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan, empat strategi akan diguna pakai dalam tempoh Rancangan ini iaitu Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya. Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran. Rancangan KBSR menekankan kesepaduan. Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengadunan unsurunsur pengetahuan, kemahiran, bahasa serta nilai-nilai dalam semua mata pelajaran. Dengan itu, guru hendaklah menekankan kesepaduan apabila merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. Hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah untuk membolehkan para pelajar berkesempatan mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Dengan itu, aktiviti pengajaran-pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar dapat mencungkil dan meningkatkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. FPK menyatakan bahawa pendidikan haruslah berterusan. Oleh itu, selain memperoleh pengetahuan dan kemahiran, pendidikan yang diterima oleh pelajar seharusnya menimbulkan minat dan keyakinan mereka untuk terus mencari ilmu pengetahuan. Ini adalah sesuai dengan konsep pendidikan seumur hidup. Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum dan bersama; bukannya terpisah, terasing, tercerai atau terpencil. Dalam pelaksanaan kurikulum yang merangkumi proses pengajaran-pembelajaran, unsur-unsur yang terdapat dalam kurikulum yang tidak boleh terpisah dan terasing. Sebaliknya, kesemua unsur ini perlu bercantum dan bersatu. Disiplin ilmu yang terangkum dalam pelbagai mata pelajaran tidak lagi wujud sebagai komponen tersendiri. Strategi tidak lagi terpisah daripada Matematik atau Sejarah sebagai suatu disiplin ilmu, malahan unsur-unsur pengajaran dalam mata pelajaran-mata pelajaran tersebut mestilah disepadukan. Pada masa dahulu, dalam pengajaran Geografi atau Sains,pendekatan pengajaran semata-mata tertumpu pada kemahiran. Unsur kekerapan nilai-nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak dimasukkan. Inilah yang dikatakan tidak ada kesepaduan. Konsep kesepaduan juga bermaksud penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan bahasa serta pemupukan nilainilai murni dilakukan secara integrasi dan menyeluruh. Elemen Merentas Kurikulum dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Elemen merentas kurikulum sedia ada dalam KBSR : Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni, Sains danTeknologi, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, Kepimpinan, Kemahiran Belajar Cara Belajar , Pendidikan Kesihatan Reproduktif danSosial, Pencegahan Rasuah, Kajian Masa Depan(KMD), Pendidikan P engguna dan Keselamatan Jalanraya. Elemen Merentas Kurikulum sedia ada ditambah dengan memperkenalkan elemen dalam KSSR : Kreativiti dan Inovatif, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan

27 Apr 2012 03:16:43 PM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 6

27 Apr 2012 11:19:51 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 6

27 Apr 2012 03:28:03 PM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 8

27 Apr 2012 06:47:25 AM

Ng Su Mui

inovatif, dan mempunyai ciri dan sikap keusahawanan serta dapat menguasai kemahiran TMK. Semasa hendak melaksanakan Elemen Merentas Kurikulum, fokus harus diberikan kepada mata pelajaran yang diajar. EMK diterapkan bersesuaian dengan tajuk mata pelajaran yang diajar. Keluwesan diberi kepada guru untuk menyerapkan EMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tajuk atau topik yang bersesuaian. Supaya murid: Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif, Menguasai kemahiran dalam proses kreatif, Menghasilkan idea kreatif dan inovatif, Menguasai kemahiran komunikasi, Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif, Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara kreatif dan inovatif.
Perbincangan Tajuk 8

Menghasilkan modal insan berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti yang menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan serta mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama. Kreativiti adalah kebolehan minda berimaginasi dan mencernakan sesuatu maklumat untuk penyelesaian masalah, cabaran, soalan atau tugasan. Inovasi ialah keupayaan menghasilkan sesuatu yang baharu (modifikasi, adaptasi) dari sedia ada. Elemen Kreativiti dan Inovatif boleh dijelaskan kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif, kebolehan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif, kebolehan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru, hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan. Contoh disiplin ilmu dalam Kreativiti dan Seni Visual, Dokumen Standard yang berkenaan Membentuk dan Membuat Binaan Origami, Murid menjual origami yang dihasilkan. Sikap: Sangat peka kepada peluang, Daya kreativiti dan inovatif, Fleksibiliti dan Berorientasi masa depan. Aplikasi kemahiran teknologi vokasional dan keusahawanan ialah Menghasilkan binaan origami yang pelbagai. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan perniagaan ialahMembuat perbandingan antara binaan origami dan dapat menentukan perbezaan kualiti dan dapat menentukan harga yang sepadan. Nilai Etika Keusahawanan dipupuk dengan Menghormati cara hidup orang lain dan Menghargai kepelbagaian manusia.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Murid membentuk dan membuat binaan origami. Saya bersetuju dengan Cikgu Loh Hui Fong bahawa penerapan elemen-elemen ini penting kerana kemahiran abad ke-21 yang mementingkan pemikiran yang kreatif bagi mencapai kejayaan.Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi. Perkembangan ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum. Seiring dengan itu,Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikkan dalam kurikulum. Kurikulum Standard Sekolah Rendah merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah rendah. Penggubalan standard kurikulum berpaksikan rukun negara, dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah kebangsaan. Pada asasnya pembinaan KSSR berdasarkan prinsip KBSR. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik hibur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan.KSSR pula elemen ini ditambah tiga lagi elemen baru bagi tujuan penambahbaikan dan mengikut perkembangan serta keperluan semasa iaitu kreativiti dan inovatif, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Elemen-elemen ini difikirkan amat penting diajar secara tersirat atau melalui penerapan dalam mata pelajaran teras sebagai nilai tambah untuk pelajar. Saya bersetuju juga dengan Cikgu Pratheeba A/P Krisnan. Elemen merentas kurikulum bermaksud melaksanakan elemen tambahan yang diterapkan dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah yang terdiri daripada elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam semua disiplin ilmu yang diajar dan mengikut kesesuaian tajuk atau topik. Pengetahuan ialah perihal mengetahui, kepandaian dan kebijaksanaan. Pengetahuan boleh diberikan definisi yang pelbagai bergantung kepada konteks dan berkait rapat denganmakna, maklumat, pembelajaran dan sebagainya. Pengetahuan juga boleh ditafsirkan sebagai keadaan mengetahui iaitu persepsi yang jelas tentang fakta, kebenaran, tugasan, masa hadapan dankognisi. Pemahaman dan kesedaran tentang fakta, kebenaran dan maklumat diperolehi menerusi pengalaman atau pembelajaran. Diharapkan penerapan nilai ini dapat mencapai hasrat pendidikan yang ingin melahirkan pekerja yang berilmu iaitu inovatif,kreatif, dahagakan ilmu, menguasai teknologi maklumat dan komunikasi, pencipta teknologi dan sedia belajar sepanjang hayat serta berdaya saing. Sehubungan dengan itu, kajian ini dapat mengenal pasti pengetahuan, pelaksanaan dan refleksi guru sebagai pelaksana KSSR bagi menentukan keberkesanan EMK yang dihasratkan. Tahap pengetahuan dan kefahaman guru terhadap EMK tambahan agar proses penerapan berlaku dengan berkesan perlu ditentukan. Pembantuan memberikan respon awal terhadap pelaksanaan EMK kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum dan pihak yang berkepentingan dan seterusnya dapat mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi. Bahan pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Keberkesanan mengguna bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran amat menyeronokkan murid-murid dan memberi kesan yang diharapkan seperti difahami dan mengingatkannya selepas pengajaran dan pembelajaran . Disebabkan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran berjaya menarik perhatian mereka dan dapat mengelakkan mereka berasa bosan jikalau hanya dengan menggunakan buku teks sahaja. Bahan pengajaran dan pembelajaran dalam unit ini telah mengkategorikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kepada bahan bercetak, CD-ROM dan DVDROM, internet, bahan siaran daripada radio dan televisyen,bahan realia, bahan replika dan sebagainya. Kategori bahan pengajaran dan pembelajaran dengan huraian yang jelas tentang kegunaannya serta cara menggunanya dengan berkesan adalah sangat berguna kepada warga pendidik. Terdapat anyak faedah dalam penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran antara guru dan murid. Pemilihan dan penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai adalah keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Garis bantuan dalam tajuk ini yang menerangkan cara memilih bahan pengajaran dan

27 Apr 2012 06:58:09 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 8

27 Apr 2012 10:44:35 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 8

27 Apr 2012 11:04:39 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 9

27 Apr 2012 12:03:43 AM

Ng Su Mui

pembelajaran yang sesuai amat berfaedah kepada kami. Orang yang terlibat mengurus bahan pengajaran dan pembelajaran haruslah mengurus dengan sempurna agar manfaatnya terus diperolehi oleh semua pihak. Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran membantu murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berguna untuk kehidupan seharian mereka serta memupuk nilai-nilai positif dalam diri murid.
Perbincangan Tajuk 9

Dalam tajuk ini, ia telah memberi kesedaran kepada saya bahawa betapa pentingnya penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran .Tanpa menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran, ia merupakan satu kerugian dan kegagalan bagi guru. Kita sekarang berada di zaman kemajuan teknologi dan bahan pengajaran dan pembelajaran boleh terdapat dengan mudah dan dalam pelbagai bentuk yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid. Tajuk ini telah memberi pengetahuan kepada saya tentang pelbagai jenis bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta dihuraikan dengan terperinci untuk membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Saya juga mengetahui bukan semua bahan pengajaran dan pembelajaran dapat berfungsi atau membantu dalam pengajaran dan pembelajaran dan tajuk ini telah memberi garis panduan untuk memilih dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Tajuk ini amat sesuai dan membantu saya sebagai rujukan untuk memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian serta cara menggunakannya dengan lebih berkesan seperti melalui televisyen atau radio, guru boleh menyiarkan rancangan pendidikan yang boleh membimbing murid menghadapi peperiksaan seperti UPSR. Saya bersetuju dengan pandangan Cikgu Yeo Chuan Chin. Dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian, ia akan memberi manfaat kepada murid di mana murid boleh menerima, memproses, mengingat, menyimpan dan melahirkan semula segala yang telah dipelajari dengan baik seperti yang diharapkan. Murid juga perlu diberi kebebasan untuk belajar mengikut perkembangan diri mereka masing-masing dengan melibatkan pancaidera semasa proses pembelajaran berlangsung. Keberkesanan penggunaan multimedia dan keupayaan guru mengekploitasikannya boleh menyumbang kepada melahirkan generasi yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan juga kemahiran. Untuk kebaikan guru dan murid, bahan pengajar dan pembelajaran adalah sentiasa diperlukan. Tanpa bahan pengajaran dan pembelajaran, murid yang dalam kelas mungkin mengambil masa panjang atau susah faham apa yang disampaikan oleh gurunya dan akan cepat berasa bosan. Disebabkan umur murid yang agak kecil susah memahami dan membayangkan penyampaian guru yang hanya dalam penjelasan melalui pertuturan. Minat pengajaran dan pembelajaran murid boleh dipupuk dengan bantuan bahan pengajar dan pembelajaran yang menarik. Dengan perbincangan ini membantu saya lebih mengenali kebaikan mengguna bahan pengajaran dan pembelajaran serta cara menggunanya dengan lebih berkesan. Saya mendapati bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran telah memain peranan penting sebgai sumber pengalaman, memberi rangsangan, media untuk berkomunikasi , penggerak pelbagai pancaindera, sebagai penjelas sesuatu maksud dan variasi kaedah serta teknik pengajaran. Ia juga memberi banyak faedah kepada dua pihak iaitu antara guru dengan murid. Bahan pengajaran dan pembelajaran membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih menarik, mudah serta berjalan dengan lancar. Ia juga membantu guru meringankan beban. Contoh, dalam mata pelajaran sains , guru tidak perlu bersusah payah sendiri menghasilkan atau meniru suara atau bunyi-bunyian seperti dalam tajuk tentang haiwan. Dengan adanya bantuan bahan bantu mengajar seperti radio, maka guru boleh menyiarkan suara atau bunyi-bunyian sebenar haiwan. Murid juga boleh menonton televisyen yang menyiarkan kehidupan harian haiwan serta perkembangannya. Ini akan membuatkan mereka lebih memahami serta merangsangkan fikiran mereka terhadap tajuk yang diajar.

27 Apr 2012 12:28:07 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 9

27 Apr 2012 12:58:06 AM

Ng Su Mui

Perbincangan Tajuk 9

27 Apr 2012 02:20:57 AM

Ng Su Mui

Anda mungkin juga menyukai