Anda di halaman 1dari 26

Refleksi Pembelajaran Mikropengajaran

Saya telah menjalankan mikropengajaran yang bertajuk masa dan waktu yang
mengandungi tujuh hari dalam mata pelajaran Matematik di kelas saya iaitu kelas 1A.
Dalam kelas ini terdapat 18 orang murid. Tajuk yang saya ajar pada hari itu ialah Mari
Kenal Hari. Saya mengajar nama hari dan menyalurkan didik hibur dalam kelas saya.
Anggaran masa mikropengajaran ini dijalankan adalah selama 30 minit.

KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan
mikropengajaran ialah bahan bantu belajar yang cantik dan kemas. Dengan bahan
bantu belajar iaitu kad imbasan suku kata, saya dapat menyampaikan konsep dengan
lebih mudah, tepat dan cepat. Kad imbasan yang jelas menyebabkan murid-murid dapat
mempelajari konsep itu dengan tepat, lebih minat dan menumpulkan perhatian semasa
saya menyampaikan isi pelajaran. Bahan bantu mengajar yang menarik bukan sahaja
boleh meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa
dan berinteraksi dengan lebih berkesan, maka ia juga dapat membentuk daya pemikiran,
kreatif dan memperkukuhkan persepsi pelajar.
Berkomunikasi secara bukan lisan dengan berkesan amat penting untuk
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses
pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di antara pelajar
dengan guru serta pelajar dengan pelajar. Tanpa komunikasi yang berkesan objektif dan
matlamat sesuatu pengajaran dan pembelajaran tidak mungkin dapat dicapai dengan
sepenuhnya.
Selain itu, kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang
dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Menggunakan bahasa dengan tepat dalam
menjelaskan isi pelajaran.memainkan peranan dalam kefahaman murid. Arahan yang
diberi oleh saya jelas dan ringkas, ini memudahkan murid faham dan dapat melakukan
tugas yang diberi oleh saya dengan tepat dan betul. Komunikasi yang berkesan amat
penting dalam pengajaran dan pembelajaran.






1
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan
mikropengajaran ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa
penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik
dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian yang
telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah
pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan ingin cepatkan dan hal-hal lain yang
menyebabkan masa kurang diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun,
masa keseluruhan pengajaran terlalu singkat.

LANGKAH MENGATAS
Bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang, saya akan cuba
berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan
oleh murid ketika menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah ini
membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah
laku murid, atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara serta-
merta.
Suatu perkara yang perlu dibaiki lagi ialah kad imbasan alat bantu belajar
mungkin kecil, murid yang duduk di belakang mungkin tidak dapat melihat dengan jelas.
Saya akan menyediakan besar lagi supaya murid yang duduk di belakang dapat melihat
dengan lebih jelas.














2
RefIeksi PembeIajaran Makropengajaran
Saya telah menjalankan makropengajaran yang bertajuk masa dan waktu yang
mengandungi dua belas bulan dalam mata pelajaran Matematik di kelas saya iaitu kelas
1A. Dalam kelas ini terdapat 18 orang murid. Terdapat seorang murid tidak hadir pada
hari tersebut kerana demam, jadi murid yang terlibat adalah 17 orang. Tajuk yang saya
ajar pada hari itu ialah Kenali Nama Bulan Setahun. Saya mengajar nama bulan dan
menyalurkan didik hibur dalam kelas saya. Anggaran masa makropengajaran ini
dijalankan adalah selama 30 minit. Proses pembelajaran dan pengajaran dapat
dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif pengajaran seperti saya rancangkan.
Murid dapat menjalankan aktiviti dengan betul.

KEKUATAN
Saya menggunakan teknologi komputer sebagai alat bantu mengajar semasa
saya mengajar di dalam kelas. Murid-murid saya berasa seronok semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Hasil pembelajaran yang difokuskan dalam
topik ini dapat dapat dicapai dengan cara melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
menyeronokkan untuk murid-murid saya. Mereka tidak pernah melakukan aktiviti seperti
ini dan perkara yang baru ini telah berjaya memberangsangkan minat mereka untuk
belajar. Murid-murid mengambil bahagian secara aktif semasa permainan kecil
dijalankan.

KELEMAHAN
Dalam kelas ini terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat membaca
perkataan Bahasa Malaysia dengan lancar. Mereka tidak dapat membaca petikan yang
saya berikan itu dengan lancar. Semasa bacaan petikan secara beramai-ramai, mereka
agak ketinggalan dan terdapat murid yang langsung tidak mahu cuba untuk baca
petikan itu.
Semasa aktiviti permainan kecil, sekumpulan murid sebanyak 3 orang telah
mengadakan sedikit perselisihan faham dan bergaduh. Mereka bergaduh kerana ingin
menyiapkan sendiri tanpa bantuan rakan sebaya disebabkan biasa lembaran kerja
sebelum ini disiapkan sendiri. Aktiviti itu terpaksa diteruskan seketika untuk
menyelesaikan situasi ini. Murid yang dinasihati telah bekerjasama menyiapkan
lembaran kerja bersama-sama.
Didapati juga masa pengajaran dan pembelajaran saya telah lebih daripada
tempoh masa yang saya rancangkan.
3
LANGKAH MENGATAS
Saya mencari masa untuk membimbing golongan murid ini supaya mereka dapat
memperbaiki bacaaan dalam Bahasa Malaysia. Langkah mengatasi ini haruslah segera
supaya mereka tidak akan ketinggalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pada masa akan datang. Selepas ini, saya akan membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan semasa sesi bacaan. Saya juga akan memberikan motivasi kepada murid
yang lemah dalam bacaan dan menggalakkan mereka.
Untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran saya, terdapat
beberapa langkah mengatasi yang hendak dilakukan selepas saya menjalankan refleksi.
Sapatutnya saya hendaklah mencuba sedaya upaya untuk merangsangkan minat
pembelajaran murid-murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Masa
haruslah dipatuti supaya pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dalam masa yang
ditetapkan dengan sentiasa memeriksa masa yang lalu.
Komunikasi lisan saya hendaklah diserta dengan komunikasi bukan lisan seperti
ukiran senyuman, ekspresi muka pergerakan tangan yang membantu memberi makna
yang lebih jelas.















4

POR
K TK








Cik Ng Su Mui
SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor


Oktober 2011



Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Menghafal Sifir 9 Di Kalangan Murid-murid
Tahun 2 Dengan Teknik Pergerakan Jari

10

HaIaman Kandungan

si Kandungan Muka Surat

~ Penghargaan 1
~ Abstrak 2
~ Latar Belakang Kajian 3
~ Pernyataan Masalah 3
~ Metodologi Kajian 4

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu 5
2.0 Fokus Kajian 6
3.0 Objektif Kajian 6
3.1 Objektif Umum
3.2 Objektif Khusus
4.0 Kumpulan Sasaran 6
5.0 Pelaksanaan Kajian 7
5.1 Tinjauan Masalah
5.1.1 Pemerhatian
5.1.2 Temubual
5.1.3 Ujian Pra
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
5.2.2 Analisis Temubual
5.2.3 Analisis Ujian Pra
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
5.3.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
5.3.2 Bahan-bahan Yang Dijalankan
5.3.3 nstrumen dan Langkah-langkah Pemerhatian
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
5.5 Refleksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid (Ujian Pos)
5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya 10

~ Bibliografi 11



Penghargaan

Alhamdulillah kesyukuran dipanjatkan ke hadrat kerana dengan limpah dan
kurniaNya dapat saya menyiapkan Laporan Kajian Tindakan ini.

Setinggi penghargaan ditujukan kepada En Tan Wei Yang yang selaku Ketua
Panitia Mata Pelajaran Matematik kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk
ajar serta dapat meluangkan masa untuk berdiskusi di sepanjang penulisan dan
pelaksanaa laporan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada En Teo Meng Kian
selaku Guru Besar SJK (c) Aik Ming, Bt 4, Jalan Bukit Pasir, 84000 Muar, Johor telah
memberikan sokongan padu dalam melaksanakan kajian ini.

Sekalung budi juga ditujukan kepada rakan-rakan sepejuangan di atas segala
kerjasama yang telah kalian berikan di sepanjang kajian ini. Penghargaan ini juga
ditujukan kepada mana-mana pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
kerana banyak memberikan kerjasama, buah fikiran dan dorongan dalam kajian ini.
Semoga Allah dapat membalas segala jasa-jasa kalian.

" Sesungguhnya IIah itu Maha pengasih dan penyayang

















1
bstrak

" Menghafal Sifir 9 merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai dalam
tajuk " Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 . namun begitu, dari pemerhatian saya,
murid-murid masih menghadapi masalah untuk mengira soalan-soalan yang
berkaitannya dengan tepat. Respoden saya terdiri daripada 4 orang murid Tahun 2A.
Mereka ini merupakan murid-murid yang telah disaringi dari Program LNUS. Oleh yang
demikian, mereka ini memang kurang mahir membaca, menulis dan mengira. Oleh itu,
mereka sebenarnya menghadapi kesukaran untuk memahami konsep-konsep yang
akan disampaikan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Jika dibiarkan,
dikhuatiri masalah ini akan terbaa-bawa hingga ke yajuk yang melibatkan nombor-
nombor yang lebih besar.

Dari pemerhatian yang dijalankan melalui sesi temubual antara guru kelas
dengan murid-murid, saya dapati mereka kurang berminat dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang saya jalankan. Mereka tidak faham dengan cara kiraan yang saya
gunakan iaitu Hafalan Sifir. Faktor ini menyebabkan mereka merasa bosan ketika dalam
kelas. Mereka tidak dapat menjawab latihan yang disediakan dengan tepat.
Berpandukan konsep soalan yang ada dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang dibekalkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, saya telah menjalankan Ujian Pra untuk
mengenalpasti sejauh mana kelemahan mereka. Dari Ujian Pra, saya mendapati hanya
25% murid sahaja yang dapat menjawab soalan keseluruhan secara tepat.

Berdasarkan masalah yang telah saya kenalpasti ini, maka saya mengamil
keputusan untuk menggunakan teknik pergerakan jari sebagai pendekatan pengajaran
dan pembelajaran. ni kerana memang sikap kanak-kanak suka berada dalam suasana
yang riang gembira. Saya telah mngambil inisiatif dengan mencipta sebuah permainan
tanpa alatan (10 jari tangan). Selepas semua aktiviti ini dijalankan, saya minta murid
ulangkan permainan pergerakan jari semula yang telah mereka belajari semasa
menjawab soalan-soalan dalam Ujian Pos. Bagi Ujian Pos, peratus keseluruhan telah
meningkat sebanyak 50% iaitu dari 25% ke 75%. Bagi saya, ianya adalah satu
perubahan yang positif.

Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu kaedah
yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya
mencadangkan agar kaedah ini digunakan bagi meningkatkan kemahiran murid untuk
konsep " Pendaraban Dalam Lingkungan 1 000 dengan menggunakan nombor yang
lebih besar.
2



atar BeIakang Kajian

Laporan Prestasi yang dihasilkan oleh guru mata pelajaran Matematik
merupakan maklum balas pemeriksa kepada kerja-kerja yang ditunjukkkan oleh murid di
atas kertas jawapan murid. Berdasarkan Laporan Prestasi Matematik dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 bagi murid tahun 2A, jelas menunjukkan prestasi
murid dalam sifir adalah rendah dan mengecewakan. Oleh itu, beberapa kajian awal
telah dilakukan bagi menganalisis masalah menghafal sifir 9 yang dihadapi oleh murid
Tahun 2A. Hasil kajian yang telah dijalankan oleh Penolong Ketua Panitia Matematik,
Cik Ng Su Mui ke atas murid tersebut dalam kemahiran menghafal sifir 9 jelas
menunjukkan bahawa murid tersebut masih menghadapi kesukaran dalam menghafal
Sifir 9.





Pernyataan MasaIah

Sifir 9 adalah salah satu kemahiran mendarab yang sering digunakan dalam
kehidupan harian murid-murid dalam mengira. Sifir 9 ini membantu murid mengira dan
menyelesaikan masalah Matematik dengan lebih cepat. Tanpa menghafal sifir 9 dengan
baik dan betul, murid-murid tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik dengan
cepat dan tepat.










3
MetodoIogi Kajian
1. Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan
berdasarkan pelan tindakan lima peringkat langkah:
Peringkat Langkah Pertama : Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitu masalah
penuasaan kemahiran menghafal sifir 9 di
kalangan murid Tahun 2A. Setiap masalah dicatat
dan dikaji bersama di kalangan guru Matematik.
Peringkat Langkah Kedua : Perancangan kajian cara menguasai kemahiran
menghafal Sifir 9 yang berkesan.
Peringkat Langkah Ketiga : Pelaksanaan tindakan.
Peringkat Langkah Keempa t: Pemerhatian.
Peringkat Langkah Kelima : Membuat refleksi atau renungan dan penilaian
kendiri.
. Sasaran Kajian
Kajian akan dijalankan ke atas murid Tahun 2A yang telah dikenal pasti
menghadapi masalah dalam menghafal sifir 9.
3. Batasan Kajian
Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek sifir 9 dalam bentuk konseptual.
4. Iat nstrument Kajian
Bagi mengesan kesukaran murid dalam menghafal sifir 9, instrument berikut
digunakan:
a. Soalan ujian : Untuk menentukan tahap pencapaian dan pengtahuan murid
terhadap Sifir 9.
b. Temubual : Mendapat maklum balas terhadap pengajaran guru dan
kesukaran yang dihadapi oleh murid.
c. Pemerhatian : Untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan
mengenalpasti pembelajaran murid.
5. Teknik naIisis apatan Kajian
Hasil kajian soalan kajian akan dianalisis dengan mengira markah pencapaian
murid, temubual akan dianalisis dengan analisis isu dan dilema manakala
pemerhatian akan dianalisis dengan analisis secara perbincangan dan analisis
aspek-aspek yang tidak terduga.



4
1. RefIeksi Pengajaran dan PembeIajaran Yang aIu

Dalam tajuk " Pendaraban aIam ingkungan 1 000 , terdapat satu kemahiran
asas yang mula-mula diperkenalkan iaitu " Pendaraban engan HafaIan Sifir 9 .
Bunyinya seperti mudahuntuk diajar tetapi rupa-rupanya ia merupakan satu kemahiran
yang sukar untuk difahami. Murid Tahun 2A tidak dapat memahami konsep ini walaupun
telah diterangkan secara berulang-ulang kali. Kaedah penerangan yang sama setiap kali
sesi pengajaran menyebabkan murid bosan, malas dan mengantuk untuk mendengar
apa yang saya ajar. Apabila mereka berasa bosan, maka mereka tidak akan dapat
memahami konsep yang ingin saya sampaikan.

Tahun 2A merupakan murid-murid yang telah disaring dari Program LNUS.
Mereka terdiri daripada murid-murid yang amat lemah dalam kemahiran membaca,
menulis dan sekaligus lemah dalam pengiraan. ni menyebabkan murid secara
keseluruhannya tidak faham apa yang dikehendaki semasa menjawab soalan-soalan
untuk kemahiran ini. 70% dari mereka hanya menggarukan kepala apabila diajukan
soalan yang bagi mereka amat sukar untuk diselesaikan.

Kemahiran ini merupakan pengenalan untuk tajuk " Pendaraban aIam
ingkungan 1 000 . Sekiranya mereka tidak dapat menguasai kemahiran ini, maka
mereka tidak akan dapat mengaitkannya dengan kemahiran seterusnya. Kemahiran
yang seterusnya ialah membahagi ayat Matematik. Contohnya : 72 9 = 8. Sekiranya
konsep " Pendaraban Dengan Hafalan Sifir 9 tidak dikuasai, maka mereka sudah tentu
tidak tahu bahawa apabila melihat perkataan "darab @ kali atau simbol " X ianya
membawa maksud " ulangan .

Saya bersama-sama murid-murid Tahun 2A setiap hari. Waktu pengajaran dan
pembelajaran bagi Matematik telah ditetapkan selepas rehat. Sebagaimana yang kita
ketahui, waktu rehat merupakan waktu bermain dan berseronok bagi murid Tahun 2A.
Tanpa disedari, apabila sesi kelas dimulakan selepas rehat, mereka akan mula
menunjukkan tanda-tanda keletihan dan kebosanan.

Justeru itu, saya ingin mengetengahkan idea ini agar proses pengajaran dan
pembelajaran saya lebih menyeronok dan berkesan.



5
. Fokus Kajian

Kajian saya ini berfokus kepada " Pendaraban aIam ingkungan 1 000 . di
dalam tajuk ini, murid saya keliru denga soalan yang dikemukakan sama ada perlu
menambah atau membahagi nombor yang diberikan. Ada juga di kalangan murid yang
menulis jawapan mengikut sesuka hati mereka sahaja.

Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, maka kesalahan ini akan
berterusan kepada tajuk yang akan datang terutama apabila ianya melibatkan nombor
yang lebih besar.



3. Objektif Kajian

3.1 Objektif Am:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
bagi kemahiran " Pendaraban engan HafaIan Sifir 9 .
3.2 Objektif Khusus :
3.2.1 Menarik minat murid dengan permainan pergerakan jari bagi kemahiran ini.
3.2.2 Memberi peluang murid mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan
di dalam kelas.
3.2.3 Mengaplikasikan permainan semasa menjawab soalan yang telah disediakan.
3.2.4 Memberikan keyakinan kepada guru untuk menyampaikan konsep
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.


4. KumpuIan Sasaran

Kumpulan sasaran saya teediri daripada 4 orang murid Tahun 2A. Mereka
merupakan murid-murid yang telah disaring dalam Program LNUS. Mereka sangat
lemah dalam membaca, menulis dan sekaligus menghadapi juga masalah dalam
pengiraan. Seorang murid kelas ini hasil ujiannya adalah di bawah paras normal. Atas
kekangan dari ibubapa, mereka tidak dihantar ke Sekolah Pendidikan Khas. Oleh itu,
saya juga melibatkan mereka dalam kajian ini.


6
5. PeIaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan MasaIah
5.1.1 Pemerhatian
Saya membuat pemerhatian masalah ni berdasarkan latihan yang telah
mereka buat dalam Buku Latihan dan Aktiviti yang telah dibekalkan oleh
Kementerian PeIajaran MaIaysia. ni kerana latihan-latihan yang
terkandung di dalam buku ini juga adalah menepati konsep yang dikehendaki
oleh Sukatan PeIajaran. Selain dari itu, saya juga membuat pemerhatian
melalui soalan lisan secara terus kepada murid.
5.1.2 Temubual
Saya juga telah meminta jasa baik guru kelas bagi menjalankan tinjauan
secara temubual bersama murid. Saya tidak menjalankan sendiri proses
temubual ini kerana saya bimbang tidak akan mendapat jawapan yang yang
ikhlas dari murid. ni kerana banyak faktor boleh boleh mempengaruhi
keadaan ini seperti murid malu atau takut kepada saya. Guru kelas ini telah
saya bekalkan dengan soalan pabduan yang akan ditanya kepada murid-
murid ini.
5.1.3 Ujian Pra
Untuk meninjau sejauh mana masalah yang dihadapi oleh mereka untuk
menjawab soalan, saya telah menjalankan Ujian Pra. Dalam ujian ini,
setiap murid dibekalkan dengan lembaran soalan. Setiap murid perlu
menjawab 10 soalan di dalam lembaran ini.
Contoh soalan adalah seperti:
a) 84 x 9 = ____ b) 53 x 9 = ____
84 darab 9 sama dengan... 53 darab 9 sama dengan...

5. naIisis Tinjauan MasaIah
5.2.1 Analisis Pemerhatian
Melalui proses pemerhatian di dalam Buku Latihan dan Aktiviti, 50%
latihan tidak dapat dijawab dengan tepat. Mereka hanya meletakkan
jawapan mengikut gerak hati mereka sendiri. 30% jawapan mereka
adalah hasil tambah manakala 40% lagi merupakan jawapan tekaan
sahaja. Hanya 30% sahaja menjawab soalan dengan tepat.

7
5.2.2 Analisis Temubual
Dari proses temubual di antara guru kelas dengan murid pula, saya
mendapati mereka tidak faham dengan kaedah penerangan saya yang
hambar. Selain itu, penerangan yang berulang-ulang juga menyebabkan
mereka berasa bosan. 80% dari murid ini telah mengakui keadaan
tersebut. Menurut mereka, saya membebel seorang diri.
5.2.3 Analisis Ujian Pra
BiI Murid Markah
1 Chua 3/10
2 Khoo 5/10
3 Tan 1/10
4 Tung 8/10


5.3 Tindakan Yang ijaIankan
5.3.1 Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Sebanyak 3 aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dirancang iaitu:
a. Aktiviti 1 : Memerhati demontrasi permainan pergerakan jari.
b. Aktiviti 2 : Mengikut dan mengingat pergerakan jari yang telah
didemontrasikan dengan sempurna.
c. Aktiviti 3 : Menunjukkan pergerakan jari sambil menghafal Sifir 9.
5.3.2 Bahan-bahan Yang Dijalankan
a. Aktiviti 1 : Jari Tangan guru
b. Aktiviti 2 : Nota catatan
c. Aktiviti 3 : Jari tangan murid-murid
5.3.3 nstrumen dan Langkah-langkah Pemerhatian
a. Kajian saya dijalankan di dalam kelas 2A. kelas ini telah pun dibekalkan
dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi program EteMs
selengkapnya.
b. Kajian ini telah dijalankan pada 14 Oktober. anya dijalankan selama 30
minit mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
c. Aksi-aksi spontan murid di dalam kelas sepanjang kajian dijalankan telah
diambilkan dengan menggunakan kamera digital.


8
5.4 PeIaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti 1
Memperdengarkan murid-murid dengan hafalan " Sifir 9 sambil
memerhatikan demontrasi. Guru mendemontrasi sambil menggalakan murid
untuk turut menghafalkan sifir tersebut. Hafalan Sifir 9 dan demontrasi ini
diperhatikan sebanyak 3 kali supaya murid dapat menghafal den
mengikutikan dengan tepat.
Apabila demontrasi ditunjukkan bersama hafalan Sifir 9, murid mula
menunjukkan aksi mereka yang tersendiri. Ternyata mereka seronok melihat
demontrasi tersebut bergerak-gerak di hadapan mereka. Apabila mendengar
hafalan Sifir 9, mereka menggoyang-goyangkann jari tangan sambil
menganjuk Sifir 9 itu disebutkan.
5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2
Guru mendemontrasi teknik-teknik pergerakan jari. Guru menyebut
hafalan Sifir 9 sambil mengerakan jari satu demi satu hingga jat terakhr habis
dengan hafalan Sifir 9.
Kaedah ini diulangi sebanyak 2 kali supaya murid dapat mengenalpasti
bagaimana proses " pendaraban berlaku. Murid diajak menyebut bersama
dengan guru.
Pemerhatian :
Murid mula meminta keizinan untuk mengambil bahagian dalam proses
mengerakan kesepuluhan jari tangan di atas meja tulis mereka masing-
masing satu per satu.
5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3
Guru memberi penerangan bagaimana mengenalpasti proses
" pendaraban dengan mengingati semula Sifir 9 yang telah diajarkan.
Proses mengingat semula Sifir 9 diaplikasikan semasa menjawab soalan
contoh.
Pemerhatian :
Murid mengajuk semula Sifir 9 secara perlahan semasa proses
menjawab soalan yang telah disediakan.





9
5.5 RefIeksi Kajian
5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid (Ujian Pos)
Untuk menilai pencapaian murid, saya telah menjalankan ujian pos. hasil
dari ujian pos adalah seperti berikut:
BiI Murid Markah
1 Chua 9/10
2 Khoo 9/10
3 Tan 2/10
4 Tung 10/10
Berikut adalah jadual perbandingan antara Ujian Pra dan Ujian Pos:
BiI Murid Ujian Pra Ujian Pos
1 Chua 3/10 9/10
2 Khoo 5/10 9/10
3 Tan 1/10 2/10
4 Tung 8/10 10/10

5.5.2 Rumusan Pemerhatian Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan
Secara keseluruhannya aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dapat
mencukupi konsep yang ingin disampaikan. Waktu yang diperuntukkan
bagi satu sesi aktiviti adalah 30 minit dan ini adalah bersesuaian dengan
jumlah waktu mengajar mata pelajaran Matematik setiap hari.
5.5.3 Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Saya merasakan semua aktiviti ini dapat membantu meningkatkan
hafalan Sifir 9 penguasaan konsep yang saya kaji. Murid dapat belajar
dalam suasana ceria dan gembira. Guru juga tidak tertekan untuk
memahamkan murid tentang konsep yang ingin disampaikan.

6. Cadangan Kajian Seterusnya
Pada dasarnya tajuk ini bukanlah sukar untuk diajar sekiranya kita tahu
kaedah yang boleh membuatkan murid seronok dan gembira ketika belajar. Saya
mencadangkan agar kaedah ini akan digunakan bagi kemahiran yang lain
terutamanya kepada jumlah nombor yang lebih besar.



10
BibIiografi

1. Hj. Zainuddin b. Hj A. Kadir, (2006) ModuI Kajian Tindakan, Johor Bahru:
nstitut Perguruan Temenggong brahim.
2. Wong Wai Ching, (2006) PenyeIidikan Tindakan- Kertas Cadangan, Johor
Bahru : nstitut Perguruan Temenggong brahim.
3. Puan Melati binti Mohamad, (Mei 2006) aporan Kajian Tindakan (yanyian:
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran "Find One ess Than umber" i
KaIangan Murid-murid Tahun 1Bijak) Johor : SK Parit Kadzi, Muar.
4. Leonard M.S. Yong dan Karen L. Biraimal, (1996) Guru Yang Kreatif, Kuala
Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.
5. CD Permainan Pergerakan Jari Kanak-kanak
























11
'iew Message


Back

Course : KP306 < Group ame : Group E-04 < FuII ame : g Su Mui
TitIe Message
ate
posted
FuII
ame
General Saya amat bimbang selama masa ini kerana tiada
email upsi.

Saya telah cuba wujudkan email upsi pada masa
semester lepas.
Saya tidak berjaya mewujudkan.
Oleh itu, saya harap ada bantuan bagi saya
mewujudkan.
Kalau tidak, adakah saya boleh guna email saya yang
sedia ada??
(hotmail dan gmail)

Sesiapa yang ada cara membantu saya, saya amat
berterima kasih.
Harap dapat tunjuk cara bagaimana untuk
mewujudkan.

Sekian terima kasih...
20 Sep
2011
01:27:09
AM
Ng Su
Mui
FORUM
1
Seterusnya amalan reflektif membolehkan guru
menjadi mempunyai tanggungjawab terhadap
perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan
bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan bakal
guru melalui peringkat-peringkat perkembangan
kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru
terlatih dan membolehkan mereka menganggap
pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan
kritikal .
Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi
membolehkan seseorang guru:
membuat penilaian kendiri
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
menganalisis perkara-perkara penting
proses bekerja dan hasil kerja
melihat alternatif-alternatif dalam
membuat keputusan
mencari jalan penyelesaian berasaskan
ciri-ciri spiritual, moral, nilai & estetika
mengubah tingkahlaku

Refleksi ialah satu pemikiran secara mendalam di
mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung
semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis
apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan
24 Oct
2011
12:52:04
AM
Ng Su
Mui
sedemikian
FORUM
1
RefIeksi dapat
1. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
pengajaran seseorang guru.
2. Mengenal pasti pelbagai masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara sedar, contoh
kawalan kelas, pengurusan masa, aktiviti kumpulan,
teknik penyoalan dan sebagainya.
3. Merancang tindakan susulan untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan tahap profesionaIisma pengajaran
Peluang untuk mengkaji semula objektif pengajaran
dan tidak melihat semua permasalahan sebagai
terasing.
Pengayaan kepada kelas kerana pelajar telah
bersedia untuk inovasi.
Meningkatkan keyakinan melalui peningkatan
motivasi dan meningkatkan kepercayaan terhadap
pelajar.

Keterbukaan
melihat masalah dari semua aspek
mengambil kira semua maklumat yang diperoleh
sebelum membuat keputusan pengajaran
Bertangggungjawab
bertanggungjawab di atas kejayaan dan segala
kegagalan
KereIaan
komitmen sepenuhnya terhadap pengajaran
rajin mengajar semua murid
dapat memenuhi keperluan profesion
24 Oct
2011
01:06:30
AM
Ng Su
Mui
FORUM
1
MeIaIui refIeksi
Pengajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan
berkesan kerana:
1.Objektif pengajaran sesuai dengan kebolehan murid-
murid.
2.ABM yang digunakan sesuai dan menimbul minat
murid-murid.
3.Arahan yang diberikan jelas.
4.Pengurusan masa yang baik
MeIaIui refIeksi guru dapat mengesan
Pengajaran kurang memuaskan kerana:
1.Objektif pengajaran kurang sesuai atau terlalu tinggi.
2.Arahan yang diberikan kurang jelas.
3.Langkah-langkah pengajaran terlalu banyak.
4.Kandungan pelajaran terlalu padat atau banyak.
5.Teknik penyoalan kurang sesuai.
6.ABM kurang menarik atau kurang berfungsi.
7.Pengurusan masa kurang baik
24 Oct
2011
01:12:10
AM
Ng Su
Mui
FORUM Refleksi pengajaran ialah proses merenung, 24 Oct Ng Su
1 meganalisis, mencari alasan,membuat cadangan dan
tindakan.
1. Bermula dengan ingat kembali
2. memerlukan usaha secara sedar
3. melibatkan perasaan terhadap sesuatu
4. mengambil masa
5. boleh mengubah sikap, kesedaran amalan dan
tingkah laku

Refleksi penting dalam membantu
1. membuat penilaian sendiri
2. berfikir secara anlitik, kritis dan kreatif
3. menganalisis perkara-perkara penting
prosesbekerja dan hasil kerja
4. melihat alternatif-alternatif dalam membuat
keputusan
5. mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri
spiritual, moral, nilai dan estetika
6. Mengubah tingkahlaku
Refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan
memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa
yang telah dilaluinya.

Kebaikannya ialah boleh dapat kesedaran baru dari
pengalaman tersebut, nyatakan cadangan dan
tindakan susulan.
2011
12:46:02
AM
Mui
FORUM
2
Penggunaan 'ariasi Rangsangan ke atas
pengajaran dan pembeIajaran
1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih seronok & menarik. Pelajar-pelajar lebih ceria
dan seronok untuk belajar. Pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berjaya
meninggalkan kesan yang mendalam.
2. Minat & perhatian mereka akan ditumpukan
sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Mereka
akan dapat memahami bahan konsep pengajaran guru
dengan lebih baik lagi.
3. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan &
mereka berusaha melibatkan diri secara aktif.
Contohnya melukis, melabel, memain peranan dan
sebagainya.
4. Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran
deria untuk mempelajari sesuatu. Guru akan
melakukan pergerakkan badan dan ini akan
meneguhkan pengajaran dan pembelajaran.
5. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
positif. Dengan bantuan ABM yang sesuai dapat
merangsangkan pengajaran dan pembelajaran
pelajar-pelajar.
6. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar
menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti
pengajaran guru.
24 Oct
2011
02:01:36
AM
Ng Su
Mui
FORUM
2
KOMPOE KEMHR 'RS RSG.

Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6
komponen.

1. Komponen perubahan pergerakan langkah guru.
Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan
semasa mengajar. a perlu dilakukan secara perlahan
supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-
kanak.
2. Komponen perubahan pergerakan anggota guru.
Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota
badan yang baru contohnya tangan untuk
menegaskan penerangan dan penyampaian.
3. Komponen perubahan nada suara guru.
Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar
tetapi perlu mengubah nada suara mengikut
kepentingan bahan pengajaran.
4. Komponen perubahan fokus deria pelajar.
Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru
mengubah cara mengajar dengan menggunakan
ABM.
5. Komponen perubahan bentuk lisan pelajar.
Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya
penggunaan bahasa.
6. Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar.
Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan,
menulis, dan simulasi.
24 Oct
2011
02:13:26
AM
Ng Su
Mui
FORUM
2
OBEKTF PEGGU 'RS RSG.
1. Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan
perhatian mereka terhadap pengajaran guru.
2. Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai
pengalaman baru dalam pembelajaran.
3. Memberi peluang kepada pelajar menggunakan
berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu.
4. Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu
melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.
5. Memberi peluang kepada pelajar menikmati
pelbagai aktiviti yang dijalankan.
6. Mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang positif dan seronok.
Variasi Rangsangan yang berkesan ialah :
1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan
perubahan-perubahan dalam aktiviti yang
digunakan dan ada perkaitan dengan isi
pelajaran.
2. Guru hendaklah menjalankan variasi
rangsangan dengan licin agar tidak
mengganggu perjalanan pelajaran.
3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika
hendak menggunakan bahan bantu mengajar
dan alat bantu mengajar.
24 Oct
2011
02:18:51
AM
Ng Su
Mui
4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan
untuk memberi rangsangan kepada tindak
balas murid.
FORUM
2
KEMAHRAN VARAS RANGSANGAN
Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan
oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik
penyampaian.
Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar
mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid
kepada pelajaran yang diajarnya.
1. Pergerakan
Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa
langkah di sepanjang bahagian hadapan atau di
antara barisan-barisan murid boleh menolong murid
sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada
pelajaran.
Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang
yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada
pelajaran.
2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)
Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka
yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang
dituturkan dapat menarik perhatian murid.
Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang
tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau
mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu
akan menghalang tumpuan kepada pelajaran.
3. Mengubah nada pertuturan
Mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan
perkataan dapat mengekal minat murid terhadap
pelajaran.
Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat
menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara
yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga
menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran.
4. Penglibatan murid secara lisan
Soalan, perbincangan murid dan peluang diberi
kepada murid untuk melahirkan
pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara
lisan dalam pelajaran.
ni akan memberikan rasa seronok kepada murid.
5. Penggunaan Pancaindera
Guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan
pancaindera seperti penggunaan gambar atau model,
dapat menambah tarikan dan minat murid kepada
pelajaran, juga menambah kesan penyampaian
maklumat kepada muridnya.
6. Aktiviti Fizikal
Guru yang memberi peluang kepada murid membuat
aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid
semasa mereka belajar.

24 Oct
2011
02:46:58
AM
Ng Su
Mui
FORUM
3
nkuiri bererti suatu rangkaian kegiatan belajar yang
melibatkan secara maksimum untuk mencari dan
menyelidiki secara sistematik, kritis, logik sehingga
mereka dapat merumuskan sendiri penemuannya
dengan penuh percaya diri.
Pembelajaran inkuiri keterarahan kegiatan secara
maksimum dalam proses kegiatan belajar,
mengembangkan sikap percaya pada diri tentang apa
yang ditemukan dalam proses inkuiri.
Ada tiga ciri pembelajaran inkuiri, iaitu pertama,
Strategi nkuiri menekankan pada aktiviti secara
maksimum untuk mencari dan menemukan. Kedua,
seluruh aktiviti yang dilakukan dan diarahkan untuk
mencari dan menemukan jawapan sendiri yang
sifatnya sudah pasti dari sesuatu yang sudah
dipertanyakan, sehingga diharapkan dapat
menumbuhkan sifat percaya diri. Ketiga, tujuan dari
penggunaan strategi pembelajaran inkuiri adalah
mengembangkan kemampuan berfikir secara
sistematik, logik dan kritis.
Menurut Sanjaya (2009), penggunaan inkuiri harus
memperhatikan beberapa prinsip, yaitu berorientasi
pada pengembangan intelektual, prinsip interaksi ,
prinsip bertanya , prinsip belajar untuk berfikir , prinsip
keterbukaan .
12 Dec
2011
07:37:13
PM
Ng Su
Mui
FORUM
3
Prinsip - prinsip Penggunaan nkuiri
a. Berorientasi pada pengembangan intelektual
Tujuan utama dari strategi inkuiri adalah
pengembangan kemampuan berfikir. Dengan
demikian , strategi pembelajaran ini selain berorientasi
pada hasil belajar juga berorientasi pada proses
belajar. Kriteria keberhasilan dari proses pembelajaran
dengan menggunkan strategi inkuiri bukan ditentukan
sejauh mana siswa dapat menguasai masteri
pelajaran, akan tetapi sejauh mana pelajar beraktiviti
mencari dan menemukan.
b. Prinsip Interaksi
Proses pembelajaran pada dasarnya adalah proses
interaksi, baik interaksi antara pelajar mahupun
interaksi pelajar dengan guru bahkan antara pelajar
dengan lingkungan. Pembelajaran sebagai proses
interaksi bererti menempatkan guru bukan sebagai
sumber belajar, tetapi sebagai pengatur lingkungan
atau pengatur interaksi itu sendiri.
c. Prinsip Bertanya
Peranan guru yang harus dilakukan dalam
menggunakan model inkuiri adalah guru sebagai
perananya. Sebab kemampuan pelajar untuk
menjawab setiap pertanyaan pada dasarnya sudah
merupakan sebahagian dari proses berfikir.
d. Prinsip Belajar untuk Berfikir
Belajar bukan hanya mengingat sejumlah fakta, akan
12 Dec
2011
07:42:52
PM
Ng Su
Mui
tetapi belajar adalah proses berfikir , proses
mengembangkan potensi seluruh otak, baik otak kiri
mahupun otak kanan. Pembelajaran berfikir adalah
pemanfaatan dan penggunaan otak secara
maksimum.
e. Prinsip Keterbukaan
Pembelajaran yang bermakna adalah pembelajaran
yang menyediakan berbagai kemungkinan sebagai
hipotesis yang harus dibuktikan kebenarannya. Tugas
guru adalah menyediakan ruang untuk memberikan
kesempatan kepada pelajar mengembangkan
hipotesis dan secara terbuka membuktikan kebenaran
hipotesis yang diajukan.
FORUM
3
Pembelajaran masteri merupakan pendekatan
pengajaran alternatif yang memberi peluang kepada
pelajar untuk menguasai sesuatu unit pembelajaran
yang dipecahkan kepada subunit mengikut peringkat.
Pelajar akan melangkah ke subunit seterusnya setelah
menguasai sesuatu subunit yang dipelajarinya.

Antara prinsip yang perlu ditekankan ialah setiap
pelajar mempunyi kemampuan dan potensi yang
berbeza-beza yang menghasilkan pencapaian
berbeza-beza. Maka guru perlu membawa pendekatan
pengajaran yang pelbagai dalam proses P&P.

Teori pembelajaran ini beranggapan bahawa semua
pelajar dapat belajar sekiranya pengajaran yang
sesuai disediakan. Tidak ada pelajar yang dianggap
baik atau lemah tetapi pelajar dianggap sebagai
pantas atau perlahan.

Orang yang memperkenalkan teori pembelajaran ini
ialah Bloom dan dia membuat kesimpulan bahawa
masa yang mencukupi dan kualiti pengajaran
membolehkan semua pelajar dapat belajar. Guru
mempunyai peranan yang sangat penting dalam
menjalankan pendekatan pembelajaran ini di mana
kegagalan dalam pembelajaran terletak kepada
pengajaran guru dan bukan kepada kekurangan
keupayaan pelajar. Persekitaran pembelajaran
masteri, cabaran masa yang cukup dan menggunakan
strategi pengajaran supaya semua pelajar dapat
mencapai aras pembelajaran yang sama.
12 Dec
2011
07:46:02
PM
Ng Su
Mui
FORUM
4
Setiap kajian boleh dilaksanakan di peringkat sekolah
bagi mencari jalan penyelesaian masalah yang
berlaku. Setiap guru perlu melibatkan diri dalam
menjalankan kajian kerana ia adalah rutin harian
setiap hari di sekolah. Penggunaan internet untuk
mencari sumber maklumat untuk projek baru kelas,
mencerap kelakukan pelajar atau menganalisa
12 Dec
2011
07:56:04
PM
Ng Su
Mui
penilaian pelajar merupakan aktiviti kajian. Oleh itu,
kajian adalah untuk membantu mendapatkan
maklumat secara sistematik dan menganalisa data
yang diperolehi yang digunakan setiap masa dalam
sesuatu organisasi bagi menyelesaikan masalah serta
mendapat teori baru yang lebih praktikal.

Kajian yang dilakukan oleh guru adalah untuk:
Memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran
Menghasilkan teori baru
Membangunkan perkembangan kemahiran berfikir
FORUM
4
Manakala guru yang tidak mengamalkan kajian
tindakan tidak dapat memperbaiki mutu pengajaran
dan pembelajaran , menghasilkan teori baru dan
membangunkan perkembangan kemahiran berfikir dari
semasa ke semasa.
12 Dec
2011
07:58:42
PM
Ng Su
Mui
FORUM
4
Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk
mengumpul data ketika melakukan kajian tindakan.
Teknik yang sistematik yang digunakan tidak mungkin
menjanjikan dapatan kajian yang berkualiti.
Penyelidikan tindakan perlu dilaksanakan dengan
sempurna bagi menghasilkan dapatan kajian yang
berkualiti.
Guru yang tidak mengamalkan kajian tindakan tidak
akan rasa tanggungjawab terhadap pelajar. Keperluan
kepada kecekapan diri dan orang lain juga tidak dapat
disedari .Keperluan membuat tindakan & berubah
kepada perkara-perkara manfaat dengan
melaksanakan penyelidikan tindakan ini tidak dikenali.

12 Dec
2011
08:07:02
PM
Ng Su
Mui
FORUM
5
Masalah penyelidikan pada asasnya dimulakan
dengan persoalan yang merupakan fokus atau
tumpuan utama kepada penyiasat penyelidik.
Masalah kajian tindakan bilik darjah adalah
merupakan masalah yang berbangkit di dalam proses
dan persekitaran sesuatu pengajaran. Misalnya dalam
satu-satu tempoh pengajaran Matematik, guru
mungkin menghadapi masalah meneruskan
pengajaran semasa terdapat pelajar yang tidak
menguasai sifir maka adalah sukar untuk guru terus
mengajar operasi darab.
Kewujudan murid-murid sedemikian di dalam bilik
darjah akan mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya.
13 Dec
2011
01:48:33
AM
Ng Su
Mui
FORUM
5
Dalam merancang usaha untuk memperbaiki
kelemahan murid tersebut sebenarnya bukanlah
perkara asing bagi kebanyakan guru. Tugasan
berkenaan berkaitan dengan merancang pengajaran
bezanya merancang sesuatu aktiviti kecil dan fokus
kepada isu tersebut sahaja.
13 Dec
2011
02:08:56
AM
Ng Su
Mui
Setelah masalah dikenalpasti, langkah seterusnya
adalah untuk mengetahui magnitud masalah tersebut.
Misalnya berapa ramaikah pelajar yang sebenarnya
bermasalah, serta kekerapan pelajar melakukan
masalah tersebut. Oleh itu, guru perlulah mengumpul
data yang sesuai melalui pelbagai cara seperti
menjalankan ujian pra, soal selidik, tumu bual dan
sebagainya.
FORUM
5
Masalah merupakan satu perkara yang hendak dicari
jalan penyelesaiannya. Sesuatu yang didapati tidak
memuaskan, belum diselesaikan, terdapat kesukaran,
sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan
tidak seperti yang diharapkan.
Melibatkan sesuatu yang menjadi perhatian, prinhatin,
minat penyelidik, keadaan yang hendak
dipertingkatkan, kesukaran yang hendak dihapuskan,
persoalan yang hendak dicari jawapannya.
Oleh itu bukanlah satu perkara yang mudah bagi
seseorang penyelidik untuk membina satu masalah
yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap.
13 Dec
2011
01:27:41
AM
Ng Su
Mui

Anda mungkin juga menyukai