Anda di halaman 1dari 2

Tajuk : Penilaian dan Stimulasi Kanak-kanak Normal Pengarang : Dr Wan Asma Wan Ismail ISBN 983-62-7065-5 Harga : RM 25.

00 Penghantaran : RM 5.00 Kandungan Buku Tel : 016 2251042 / Nizam email : ida@hotmail.com Prakata Assalamualaikum. Saya ingin mengucapkan berbanyak syukur ke hadrat Ilahi kerana buku Penilaian dan Stimulasi Kanak-kanak Normal bagi panduan jururawat dan ibu bapa ini dapat diterbitkan. Tujuan utama penerbitan ini adalah untuk membantu jururawat dan ibu bapa dalam mengenal pasti kanak-kanak normal atau anak-anak yang menghadapi masalah perkembangan pada peringkat seawal yang mungkin. Buku ini juga menunjukkan cara-cara yang praktikal dan mudah untuk menilai perkembangan kanak-kanak, serta memperkenalkan program stimulasi dan pemulihan yang dapat dimulakan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut. Diharap buku ini juga dapat memberi panduan bertulis dan bergambar yang bo!eh digunakan sebagai rujukan terutama oleh jururawat, menekankan aspek stimulasi dan pemulihan yang boleh dilakukan secara berkesan terutama semasa tanda-tanda awal kelewatan perkembangan dikenal pasti. Sekiranya kanak-kanak telah dikesan mempunyai tanda-tanda awal kelewatan perkembangan, jururawat boleh memberi nasihat kepada ibu bapa agar melakukan rangsangan tertentu sementara menunggu temu janji doktor untuk pengesahan dan seterusnya membuat keputusan sama ada kes tersebut perlu dirujuk ke hospital. Buku ini juga sesuai digunakan oleh ibu bapa serta pengasuh bayi untuk memberi rangsangan awal padabayi di bawah jagaan merekadi samping membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasalah. Sekian, terima kasih. DR. WAN ASMA WAN ISMAIL

Dr. Wan Asma Wan Ismail bertugas sebagai seorang pensyarah dan pakar kanak-kanak di Jabatan Kanak-kanak, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan sejak bulan Ogos 1993 sehingga sekarang.

Beliau menerima ijazah pertama MD (Doktor Perubatan) dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1984, mendapat Ijazah Sarjana dalam bidang Kesihatan Kanak-kanak dalam Masyarakat dan University London pada tahun 1991. Beliau memperolehi Diploma dalam bidang Paediatrik Klinikal dan University London pada tahun 1992, dan mendapat diploma dalam bidang Kesihatan Kanak-kanak dan Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow pada tahun 1993 dan seterusnya diterima sebagai ahli The Royal College of Ph ysician of Ireland in Paediatrics pada tahun 1993. Pada awal tahun 1997, beliau diterima sebagai Fellow of the Royal College of Paediatrics and Child Health (FRCPCH) United Kingdom. Beliau banyak menumpukan perhatian dalam bidang perkembangan kanak-kanak dan memberi penekanan yang serius dalam penilaian perkembangan awal kanak-kanak yang sistematik dan berkesan, di samping mengadakan seminar perkembangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Beliau merupakan pakar Perunding kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dalam bidang perkembangan Kanakkanak dan Kanak-kanak Keperluan Khas, di samping membantu dalam penghasilan Senarai Semak Perkembangan Kanak-kanak dan Stimulasi Awal, Modul Latihan Jururawat untuk senarai semak dan Stimulasi Awal serta Garis Panduan untuk Kanak-kanak Men galami Lambat Perkembangan Motor Kasar. <TOP>

Anda mungkin juga menyukai