Anda di halaman 1dari 7

PENINGKATAN PENGELUARAN DAN TEKNOLOGI MAKANAN

1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN Penduduk di negara kita sangat untung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan itu ialah :y y y y

menggelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. memudahkan pencernaan. memperbaiki rupa makanan dan mencegah jangkitan penyakit.

Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan makanan. Mari kita tinjau satu persatu seperti jadual dibawah. Phuii...jadual lagi. Tak putus-putus dengan jadual ya..
KAEDAH CARA makanan diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu CONTOH KELEMAHA MAKANA KEBAIKAN N N Kari Daging, Ayam dan tuna Makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa kemana-mana. Tin mahal dan jika tin kemek boleh menyebabkan makanan

PENGETINAN[CANNING]

116oC - 121oC, ditutup dan dipateri.

terdedah kepada jangkitan mikroorganis ma serta bahan toksik dari tin. Kemusnahan vitamin adalah sedikit dan kebanyakan mikroorganism a berbahaya dibunuh Waktu simpanan adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja.

Pemanasan cecair pada o Susu, Wain PEMPASTEURAN[PASTEURIZATI suhu 63 C ON] selama 30 min dan Jus atau 72oC selama 15 s Sama maksud dengan "pengeringan". Makanan dijenur dibawah cahaya PENDEHIDRATAN[DEHYDRATIO matahari atau N] meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan.

Jisim makanan kurang dan Ikan Masin, senang dibawa. Bunga Makanan tahan Kekwa, lama dan tidak Teh dan mudah Sayur dijangkiti mikroorganism a.

Rasa berubah dan kebanyakan vitamin termusnah.

Ikan, Simpanan Daging dalam peti PENYEJUKBEKUAN[FREEZING] Lembu, sejuk dibawah Sosej dan -18oC Ais krim Simpanan dalam peti sejuk bersuhu 0oC - 5oC Makanan disimpan dalam plastik Sayursayuran, Buahbuahan, Mentega dan Telur Kacang tanah, Sosej,

Makanan susah untuk Makanan boleh dibawa dan disimpan lama. memerlukan kos yang tinggi. Susah dibawa Vitamin boleh dan dikekalkan dan memerlukan tahan lebih kos yang lama tinggi Tahan lama Kos yang dan mahal dan mengurangkan memerlukan

PENDINGINAN[CHILLING]

PEMBUNGKUSAN VAKUM [VACUM PACKAGING]

kedap udara Keropok ruang setelah udara dan Daging simpanan. didalamnya disejukbeku disedut keluar. Makanan didedahkan kepada sinaran radioaktif Biji Benih, Vitamin tidak untuk Bawang termusnah. membunuh dan kentang serangga dan memperlahank an percambahan.

mesin pemvakuman yang mahal.

PENYINARAN[RADIATION]

Mungkin mendatangkan kesan sampingan dan memerlukan kos yang mahal.

Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu :BAHAN KIMIA Bahan Awet FUNGSI Menyebabkan makanan tahan lama CONTOH BAHAN KIMIA Garam dan Gula CONTOH MAKANAN Buah-buahan kering dan sos Kaya dan kicap

Pewarna

Menyebabkan pandan (hijau), makanan kelihatan karamel (Coklat) sedap Menambahkan rasa supaya lebih sedap Mencegah makanan dari termendap ke bawah

Perisa

Monosodium Makanan ringan dan glutamat (MSG) nama pasaran ialah mee "ajinomoto" gam akasia (yak!!!..apa benda ni?) Sos dan mayonis (yang burgerboy selalu bubuh lam burger tu lah...) Minyak masak

Penstabil

Mencegah Vitamin E dan Pengantiokida makanan berlemak BHT menjadi busuk

Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia

makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser. 2. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.
Penggunaan baka bermutu

Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.
Penggunaan Teknologi Moden

Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga meningkatkan produktiviti. Penggunaan teknologi pengklonan dapat menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.
Makanan "Gergasi" [Monster Food]

Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar. Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.

3. TANPA MAKANAN ?

Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintis-saintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah menggunakan teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran makanan negara. 4. PILIHAN BIJAK Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula. Semoga kita sama-sama berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat banyak pilihan makanan.

MAKANAN yang sudah diproses di dalam tin atau botol memang memudahkan. Ia sering menjadi pilihan terutama mereka yang tidak gemar memasak atau kesuntukan waktu untuk menyediakan pelbagai hidangan. Apatah lagi, makanan di dalam tin atau botol itu turut menyediakan khasiat yang mungkin tidak jauh berbeza daripada makanan yang dimasak daripada bahan mentah. Makanan bertin atau botol yang dikeluarkan secara komersial biasanya mempunyai jangka hayat yang agak lama. Apapun, tempoh penyimpanan makanan berkenaan yang selamat dimakan banyak bergantung kepada jenis makanan terbabit. Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, makanan mengandungi asid yang tinggi seperti tomato, buah-buahan dan jus buah-buahan boleh disimpan di dalam tin sehingga 18 bulan. Makanan mengandungi asid yang rendah seperti sayur-sayuran dan daging pula boleh disimpan antara dua hingga lima tahun. Sebelum membeli makanan bertin, ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian. Selepas memilih, periksa tin atau botol berkenaan terlebih dulu. Usah membeli makanan terbabit yang menunjukkan tin atau botol dalam keadaan tidak sewajarnya seperti lekuk, retak atau ada tanda kebocoran. Di rumah, simpan makanan berkenaan di tempat yang nyaman dan kering. Elak daripada menyimpan makanan bertin di kabinet yang terletak di atas ketuhar, di bawah sinki atau di tempat yang mempunyai persekitaran lembap. Paling penting, periksa tarikh luput makanan bertin berkenaan untuk memastikan kesegarannya. Elok jika pengguna membersihkan bahagian atas penutup terbabit sebelum ia dibuka. Jika bekas tin atau botol berkenaan mengeluarkan pancutan cecair atau buih ketika ia dibuka, lebih elok jika ia tidak dimakan. Makanan itu juga lebih baik dibuang jika ia sudah mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Anda mungkin juga menyukai