Anda di halaman 1dari 6

MASALAH DAN ISU SOSIAL

DADAH
KUMPULAN : 12

Dadah Definisi : Dadah merupakan istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan tyerus bergantung hidup kepadanya.

Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. Ubat-ubatan seperti paracetamol dan antibiotic membantu menyembuhkan penyakit anda sekiranya tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai caffeine. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Rujukan : http://kkangsar.adk.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=23

Gejala sosial ini berlaku pada peringkat ORAL STAGE lagi. Pada peringkat ini, anak-anak peka terhadap rangsangan mengigit dan menghisap. Pada peringkat ini, anak-anak yang tidak cukup rangsangan merekan akan menjadi seorang perokok apabila besar kelak. Hal ini lama-kelamaan akan menjadikan mereka seorang penagih dadah.

Agen sosiolisasi : dewasa ini,fenomena penyalah gunaan dadah dalam kalangan mastyarakat bukan la suatu fenomena yang luar biasa. Saban hari halwa telinga para pendengar radio dijamu dengan kes-kes dadah yang melibatkan pelajar,wanita mahupun lelaki dewasa. Mata kita sering kali terbaca artikelartikel mengenai kes penyalahgunaan dadah di dada-dada akhbar. Antara faktor pendorong peningkatan statistik penyalah gunaan dadah ialah : Rakan sebaya : seperti yang kita sedia maklum,rakan sebaya merupan individu yang paling rapat kepada setiap manusia. Hampir 75% masa yang ada dihabiskan bersama mereka. Justeru dorangan dan pengaruh daripada kelompok ini amat kuat. Contohnya : A pada mulanya tidak merokok. Namun setelah berkawan dengan B selama 3 bulan, A menjadi seorang perokok yang tegar. Media massa : tayangan rancangan yang tidak sesuai dan tidak ditapis terlebih dahulu memaparkan aksi-aksi yang negatif. Filem castello contohnya memaparkan adegan-adegan remaja terjebak dan mengambil dadah. Songlap juga jelas memaparkan adegan remaja mengambil dadah. Adegan-adegan sebegini akan membuatkan para remaja terpengaruh dan ingin mencuba dadah Keluarga : sesebuah institusi keluarga yang cemerlang seharusnya menjadi contoh dan ROLE MODEL kepada anak-anak mereka. Keluarga yang bermasalah akan mengganggu perkembangan anak-anak. Contohnya: sekiranya si ayah seorang penagih dan sering mengambil dadah di rumah dan dilihat oleh si anak,kemungkinan untuk anak itu menjadi seorang penagih yang berjaya amat tinggi berbanding anak-anak yang lahir dan di besarkan dalam keadaan suasana yang harmoni dan terapeutik.

Cara penyelesaian : dalam kes ini, ibubapa seharusnya mengamalkan kaedah Demokratik dalam usaha mendidik anak-anak mereka. Kaedah ini amat sesuai dipraktikkan untuk membentuk jati mereka yang unggul. Kaedah ini menitikberatkan kaedah pendidikan secara lembut tetapi tegas. Disamping itu juga, ibubapa seharusnya memberikan banyak dorangan dan sokongan moral kepada anak-anak mereka. Cara menghukum anak-anak yang bersalah juga seharusnya lebih rasional dan setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Melalui cara pendidikn ini, anak-anak akan lebih menghormati ibubapa dan mempunyai pegangan yang utuh pada pesanan dan nasihat kedua ibubapa mereka. Mereka juga akan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan suatu aktuviti yang akan memudaratkan mereka dan keluarga mereka.

Anda mungkin juga menyukai