Anda di halaman 1dari 3

Soalan :

Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan Kaizen ? Bagaimana ia dapat disamakan dengan penambahbaikan berterusan

Pengenalan Apa itu kaizen Pelaksanaan kaizen bermula di Jepun, selepas perang dunia kedua. Kaizen merupakan perkataan Jepun yang bermaksud penambahbaikan berterusan. Ia berasal dari perkataan Jepun Kai yang bermaksud perubahan atau betul manakala Zen adalah Baik .

Sebenarnya ia juga merujuk kepada falsafah yang terdapat dalam pengamalan beberapa sector seperti sector pembuatan, kejuruteraan, pendidikan, pengurusan perniagaan dan sebagainya. Di mana sector-sektor tersebut mementingkan atau memfokuskan penambahbaikan berterusan dalam semua bidang yang diceburi. Maka itu bagi saya, kaizen adalah sesuatu perubahan kearah kebaikan dan peningkatan dari masa ke semasa. Setiap organisasi perlu peka dan menitikberatkan perkara ini dalam organisasinya. Ini bagi melihat kemajuan atau pencapaian objektif yang lebih baik. Maksudnya setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi perlu ditinjau keberkesanannya.

Ciri ciri Kaizen Penglibatan. Kaizen adalah satu sistem yang melibatkan semua pekerja, iaitu bermula dari pihak atasan hingga peringkat bawahan. Contohnya di sekolah, pihak pentadbir, guru-guru seterusnya kakitangan bukan mengajar (kerani,tukang fotostate dan tukang kebun) memainkan peranan yang penting dan setiap individu ini perlu tahu bidang tugas mereka masing-masing dalam menjayakan sesuatu program di sekolah. Dalam erti kata lain, setiap aktiviti-aktiviti program yang dijalankan di sekolah wajarlah semua ahli dalam organisasi berkenaan dilibatkan secara langsung.

Demokrasi. Demokrasi dalam kaizen adalah menwajibkan dan menggalakkan semua ahli dalam sesebuah organisasi berkenaan memberi pendapat dengan cadangan-cadangan yang boleh menambahbaik nama baik sesebuah organisasi berkenaan. Cadangan-cadangan yang diberikan adalah secara berterusan dan bukannya sebulan sekali atau sekali dalam setahun. Sebagai contohnya, disekolah guru-guru atau semua organisasi dalam sekolah boleh mengutarakan apa jua bentuk cadangan yang difikirkan boleh menaikkan nama sekolah, kemudian mengadakan perkongsian bagi melakasanakan cadangan yang dipilih. Ia bukan perubahan yang besar. Dalam kebanyakan kes, kaizen bukanlah sesuatu perkara yang menginginkan perubahan yang besar dan drastik, tetapi ianya lebih memfokuskan kepada pendekatan ada perubahan yang tetap. Maksudnya perubahan itu perlu sentiasa ada, namun besar atau sedikit perubahannya bukan menjadi persoalan utama dalam kaizen. Asalkan ianya sentiasa meningkatkan mengurangkan pembaziran. Kaizen merangkumi semua bidang. Biasanya pelaksanaan penambahbaikan tidak tertumpu kepada bidang tertentu sahaja, tetapi ianya merangkumi semua bidang secara menyeluruh, iaitu kaizen berlaku di manamana sahaja selagi perubahan untuk produktiviti, keselamatan, dan keberkesanan disamping

penambahbaikan diperlukan. Sebagai contoh, tidak semestinya hanya bahagian sistem fail sekolah sahaja yang perlu diperbaiki, tetapi penambahbaikan juga mungkin boleh dilaksanakan pada kekemasan bilik guru dan sebagainya. Mempunyai falsafah. Falsafah bagi kaizen adalah Ianya mesti dilakukan dengan lebih baik, membuat dengan lebih baik, memperbaiki walaupun tidak rosak, jika tidak necaya tidak boleh bersaing dengan orang-orang yang berusaha. Berdasarkan falsafah ini, jelas sekali

sesebuah oraganisasi perlu sentiasa peka dalam memikirkan sesuatu demi mempertingkatkan lagi kemajuan yang sedia ada. Dalam hal ini, kreativiti dan inovasi amat diperlukan. Satu konsep yang boleh digunakan dalam kehidupan seseorang. Di Jepun kaizen bukan sahaja suatu sistem pembaikan yang boleh digunakan di rumah dan dalam perniagaan, tetapi ianya juga boleh digunakan dalam kehidupan seseorang yang secara tidak langsung memberi motivasi

Tujuan Kaizen

Anda mungkin juga menyukai