Anda di halaman 1dari 2

AKU ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka Lahir di bumi bertuah Mengecapi kemodenan negara Atas nama kemajuan

31 ogos menjelma lagi Sedetik aku terkenang Keperitan dan kepayahan Mereka-mereka yang bergadai nyawa Demi sebuah kemerdekaan

Ayuh rakan! Hayati erti merdeka Usah Cuma berpeluk tubuh Menjerit laungan merdeka Berpesta dan bersenda ke pagi buta Namun sedarkah kau Merdeka bukan sekadar laungan Bukan sekadar sepotong perkataan

Kerana di sebalik pengorban itu Ada calitan darah dan nanah Yang membuakkan sengsara

Rakanku sekalian Selamilah erti merdeka Hamparkan seribu pengertian Tentang pengorbanan Tentang perjuangan dan harapan

Syukur tuhan Kita tidak lagi terjajah di bumi sendiri Dan untuk kali ynag ke-50 ini Bumi Malaysia masih tetap merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!!

Nukilan patriotik -23/7/200712.25 am

Anda mungkin juga menyukai