Anda di halaman 1dari 8

[INTERPRETASI PELANCONGAN (SPL 1034)

November 2013

HP 3 :
Membezakan kaedah interpretasi dengan berkesan

3.0

Kaedah Interpretasi
3.1 Mengenal kaedah interpretasi berdasarkan destinasi pelancongan yang dipilih.
3.1.1 Kaedah Bersemuka
a.

Ceramah
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, ceramah ditakrifkan sebagai ucapan
membicarakan sesuatu perkara dan pengemukaan fikiran atau idea-idea
melalui perucapan yang disampaikan secara dua hala. Ia merupakan
pengucapan tentang bidang tertentu yang disampaikan oleh orang yang
pakar dalam bidang tersebut. Contoh: Sejarah Pelancongan, EkoPelancongan, Flora dan Fauna dan sebagainya.
Format ceramah biasanya mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
Penceramah yang berkualiti adalah seorang yang berpengetahuan luas,
berkemahiran berucap, berkeyakinan, berperibadian dan berperwatakan
menarik. Selain daripada itu, alat bantuan juga diperlukan untuk
menyampaikan ceramah yang berkesan. Contoh: Mikrofon, projektor, skrin
projektor, komputer riba, pembesar suara dan lain-lain lagi.

b.

Demonstrasi
Menurut Kamus Dewan edisi ke-4, demonstrasi didefinisikan kepada dua
maksud iaitu:

Definisi 1
Penerangan atau peragaan tentang kaedah atau cara kerja sesuatu
perkara.

Definisi 2
Tunjuk perasaan dengan cara berkumpul secara beramai-ramai
melalui perarakan untuk menyatakan pendapat.

Kaedah demonstrasi dalam sudut pelancongan ialah kaedah komunikasi


Dua (2) hala yang mempamerkan sesuatu yang asli atau tidak kepada
hadirin, di samping melibatkan mereka secara langsung.
1

[INTERPRETASI PELANCONGAN (SPL 1034)

November 2013

Kaedah ini adalah kaedah yang lebih efektif berbanding dengan kaedah
ceramah. Biasanya kaedah ini dilakukan dengan tujuan bagi membina
kefahaman melalui tunjuk cara dan penglibatan hadirin.
c.

Lawatan
Kaedah lawatan pula ialah kaedah komunikasi sehala sahaja yang mana
sekumpulan rombongan manusia dibawa melihat ke tempat-tempat tertentu
bagi memahami sesuatu dengan lebih mendalam. Penglibatan hadirin
bersifat pengalaman. Contohnya melawat zoo, mendaki Gunung Ledang,
berenang di Tasik Dayang Bunting dan sebagainya.

3.1.2 Media Elektronik


a.

Persembahan Slaid
Slaid (Slide) ialah satu paparan untuk persembahan. Sejarahnya, slaid
dicipta melalui sehelai kertas transperansi (transparency) dan dipaparkan
melalui 'Overhead Projector (OHP)'. Dalam era teknologi moden kini, slaid
biasanya dirujuk sebagai satu paparan dibangunkan menggunakan
program persembahan seperti Microsoft Power Point.

b.

Audio
Audio di dalam sesuatu sistem multimedia boleh merujuk kepada pelbagai
jenis seperti rakaman suara, suara latar, muzik, kesan khas audio dan
sebagainya. Elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses
penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan mantap.
Selain itu, audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan para
pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian
maklumat serta mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik
seterusnya menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin
dipersembahkan.
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu suatu daya penarik yang
berkesan untuk menarik perhatian seseorang.

[INTERPRETASI PELANCONGAN (SPL 1034)

c.

November 2013

Video
Video merupakan gabungan pelbagai media seperti teks, garfik audio dan
sebagainya di dalam satu medium. Oleh yang demikian, penggunaan
video

dalam

proses

penyampaian

maklumat

berupaya

untuk

mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan


maklumat.
Selain daripada itu, video juga mampu membawa unsur realistik atau
keadaan sebenar kepada para pengguna. Ini secara tidak langsung akan
mempengaruhi perasaan dan emosi para penggunanya dengan lebih
nyata. Melalui penggunaan video juga, sesuatu penerangan yang perlu
dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan lebih mudah,
berbeza dengan alatan ICT yang lain.
3.1.3 Bahan Bercetak
a.

Brosur
Brosur ialah satu bentuk pengiklanan melalui kertas. Brosur mengiklankan
lokasi, acara, hotel, produk, perkhidmatan dan sebagainya. Biasanya
brosur menitikberatkan susunan ayat dan rekabentuk yang menarik.
Kiriman pos secara terus (direct mail) dan persembahan perdagangan
(trade show) merupakan salah satu cara mengedarkan brosur. Di hotel
dan tempat-tempat yang kerap dikunjungi, rak-rak brosur disediakan untuk
mempromosikan tempat-tempat tarikan utama.

b.

Peta
Peta ialah satu lakaran grafik yang mewakili bahagian di permukaan bumi,
yang dilukis mengikut skala sebagaimana di lihat daripada atas (tempat
tinggi). Peta yang baik membolehkan kita membayangkan apa yang ada di
tempat tersebut; saiz, bentuk, jarak, ketinggian dan lain-lain.
i.

Tujuan Peta
Peta memberi maklumat tentang kewujudan, lokasi dan jarak di
antara ciri-ciri yang ada di permukaan bumi yang membolehkan kita
membuat perancangan perjalanan dan perhubungan.

[INTERPRETASI PELANCONGAN (SPL 1034)

November 2013

Peta juga memberi maklumat kepelbagaian bentuk dan ketinggian


muka bumi serta jenis tumbuhan yang ada. Sangat penting kepada
pihak tentera untuk mempertahankan negara, menentukan cara
pertahanan, pengangkutan dan logistik.
ii.

c.

Jenis-jenis Peta

Peta Topografi

Peta Tematik

Peta Utiliti

Peta Bandar

Peta Pentadbiran Daerah

Peta Jalan

Peta Orthophoto

Poster
Poster merupakan satu bentuk seni komunikasi perhubungan dan
pengiklanan. Poster berfungsi sebagai pengumuman, pemberitahuan dan
pengiklanan. Poster harus dapat menarik perhatian orang ramai serta
dapat menyampaikan mesej dengan jelas, cepat dan berkesan.
i.

Persembahan Poster

Menggunakan muka taip (huruf) sahaja


Mukataip dijadikan subjek utama untuk menyampaikan
maksud poster. Ada yang bersifat ringkas dan jelas dan ada
juga jenis yang lebih simbolik. Jenis mukataip yang
digunakan hendaklah bersesuaian dengan tema poster
tersebut.

Menggunakan muka taip bersama ilustrasi dalam bentuk


lukisan, gambar atau foto
Poster jenis ini lebih menarik dan berkesan. Sekiranya
maklumat yang disampaikan melalui mukataip tidak dapat
disampai dengan jelas mungkin atas faktor bahasa (yang

[INTERPRETASI PELANCONGAN (SPL 1034)

November 2013

kurang difahami kerana berlainan bangsa) atau usia (yang


belum mampu boleh membaca atau terlalu tua untuk
membaca) dan sebagainya. Dengan itu, penggunaan ilustrasi
adalah yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej
poster. Ilustrasi hendaklah bersesuaian dan memenuhi
sekurang-kurangnya 70% daripada saiz poster, berbanding
mukataip bagi poster jenis ini.
ii.

Teknik Penghasilan Poster

Teknik Lukisan
Menggunakan pen, pensel, pensel warna dan sebagainya.

Teknik Catan
Menggunakan cat air, cat poster, cat akrilik, dan
sebagainya.

Teknik Kolaj
Poster jenis ini menggunakan teknik potong dan tampal.
Dengan menampal kertas berwarna, potongan dari majalah
atau akhbar, tampalan dari bahan tekstil, benda bercorak dan
berjalinan.

Teknik cetakan
Cara mencetak dari jenis cetakan timbulan, benaman,
planograf, serigraf, capan dan juga cara cetakan komputer.

Teknik campuran
Aplikasi dari pelbagai teknik seperti catan, kolaj, lukisan,
capan dan sebagainya

iii.

Proses Penghasilan Poster

Penentuan tema dan tajuk.

Mendapatkan maklumat berkaitan tema melalui kajian bagi


mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam.
5

[INTERPRETASI PELANCONGAN (SPL 1034)

November 2013

Memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan.

Membuat beberapa lakaran kasar dan kemudian pilih hasil


terbaik.

Menentukan jenis iustrasi dan jenis muka taip yang berkesan


dan bersesuaian.

Merancang skima warna dan memilih kombinasi warna yang


dapat menarik perhatian.

Menentukan teknik yang sesuai untuk membuat poster


tersebut.

Penyediaan alat dan bahan.

Penghasilan poster berdasarkan teknik dan media yang telah


ditetapkan.

iv.

d.

Ciri-Ciri Poster Yang Bermutu

Daya penarik yang dinamik.

Warna yang berkesan.

Mesej yang jelas dan mengandungi satu tema sahaja.

Kesesuaiaan ilustrasi dengan tema.

Pilihan muka taip yang berkesan.

Gubahan asli dan unik.

Cogankata yang dapat mempengaruhi pembaca.

Penggunaan asas seni reka yang bersesuaian.

Memberi mesej yang mempunyai nilai-nilai murni.

Papan tanda (Signage)


Terdiri daripada pelbagai rekabentuk dan saiz. Cermin atau tanpa cermin.
Perlu kepada penggunaan grafik, jenis dan saiz huruf yang sesuai. Perlu
bagi membolehkan dibaca dari jarak yang dikehendaki. Terdapat di
pelbagai lokasi.

[INTERPRETASI PELANCONGAN (SPL 1034)

3.1.4

November 2013

Lain-lain Kaedah Interpretasi


a.

Lawatan Berpandu
Pengertian kaedah ini hampir sama dengan lawatan, tetapi perbezaannya
adalah melibatkan komunikasi DUA (2) hala berlaku. Lawatan berpandu
merupakan gabungan ketiga-tiga kaedah bersemuka iaitu, ceramah,
demonstrasi dan lawatan. Biasanya pemandu pelancong perlu memiliki
pengetahuan yang mendalam mengenai semua aspek lokasi lawatan
supaya maklumat dapat disampaikan dengan berkesan selain menjawab
pelbagai soalan kelak daripada pelawat.
Pemandu pelancong yang menggunakan kaedah ini haruslah terlatih dan
profesional, serta boleh mengendalikan lawatan di mana sahaja. Untuk
membawa pelawat, pemandu pelancong memerlukan brosur, peta,
itenarari dan sebagainya.

b.

Pusat Interpretasi

Mempunyai premis atau ruang sendiri sama ada dalam bangunan itu
sendiri atau di ruang atau bilik yang tertentu. Contoh: Pusat Penerangan
(TIC), Muzium, Galeri, Sudut dan sebagainya. Ia juga terdiri daripada
maklumat yang berkaitan dengan lokasi, hidupan dan habitat serta
panduan pengekalan. Popular digunakan di lokasi alam semulajadi.
Contoh: MATIC dan Taman Negara.

[INTERPRETASI PELANCONGAN (SPL 1034)

c.

November 2013

Laluan Interpretasi

Laluan yang mana ianya terdiri daripada secara semulajadi atau dibina
khas untuk tujuan interpretasi. Sepanjang laluan ini dilengkapkan dengan
pelbagai papan tanda, petunjuk dan lain-lain yang memaparkan pelbagai
maklumat dan mesej.

Anda mungkin juga menyukai