Anda di halaman 1dari 2

1 Kaedah Kodaly Dalam Pembelajaran Muzik Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan

aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau alat muzik lain. Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-kanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta, latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan visual. Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yang mudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka berupaya untuk mencipta muzik mereka sendiri. Kodaly berpendapat, setiap kanak-kanak yang boleh bercakap juga boleh menghasilkan muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran berbahasa. Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu (1) Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa). (2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu

perkataan difahami, perkataan dan pic boleh ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan. (3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca. Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly. Dalam kaedah Kodaly, pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata. Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic samada ianya menaik atau menurun. John Curwen (1816-1880) lahir di Yorkshire England pengasas isyarat tangan Tonik Solfa 2 Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat, lagulagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-Re-Mi dan sebagainya. Bermula diperingkat ini juga, mereka diajar menyebut irama menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik. Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik. Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama. Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang ditanggalkan bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan penggunaan bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik.

Anda mungkin juga menyukai