Anda di halaman 1dari 21

NAMA: AMALINA KELAS : PISMP/PSV (5B) PENSYARAH : ENCIK MOHD NOOR BIN AHMAD

Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar dan bertutur? Mengapakah kemahiran ini perlu dikuasai sebelum kanak- kanak menguasai kemahiran lain seperti membaca dan menulis? Apakah sebab sebab penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur sukar dikuasai? Sejauh manakah kemahiran mendengar dan bertutur itu melibatkan proses mental? Apakah objektif pengajaran dan pembelajaran bertutur dan mendengar?

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran mendengar dan bertutur?

Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level). Kemahiran bertutur adalah merupakan kemahiran berinteraksi menggunakan bahasa. Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia.

Kemahiran mendengar adalah kemahiran lisan yang paling asas dan ia berlaku di peringkat penerimaan (receptive level). Kemahiran bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi- bunyian yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) manusia. Ia berlaku pada peringkat penglahiran (productive level).

Dalam P&P bahasa , seseorang kanak- kanak yang dapat menguasai kemahiran lisannya dengan baik, dijangka dapat juga menguasai kemahiran lain dengan sempurna.

Untuk membolehkan seseorang pelajar itu menyebut perkataan atau ayat dengan betul. Untuk melatihkan seseorang itu mendengar dan memahami pertuturan orang lain dengan baik. Untuk membolehkan seseorang itu berinteraksi dengan orang lain secara tepat bagi meyatakan kehendak, perasaan , pengalaman dan berupaya mengutarakan pendapat dan pandangan yang jitu serta berkesan. Untuk membolehkan mereka menguasai lisan kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran aspek bahasa yang lain dalam p&p. Untuk menyuburkan keyakinan dan kepercayaan diri sendiri.

Untuk mencapai kompetensi dalam berkomunikasi. Kegagalan sesorang menguasai kemahiran lisan akan menimbulkan banyak masalah kepadanya terutama untuk memahami pertuturan orang lain.

Pelajar tidak mendapat mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu berada di peringkat rendah. Pada peringkat tinggi pula, aspek lisan tidak diberi perhatian sepenuhnya kerana guru- guru bahasa lebih mengutamakan pengajaran yang berkiblatkan peperiksaan. Bebanan kerja yang terlalu banyak di sekolah mungkin juga mempengaruhi prestasi pelajar- pelajar berbahasa. Ibu bapa kurang berminat mengambil tahu perkembangan bahasa lisan anak- anak mereka . Ada ibu bapa yang mendidik anak- anak denagan cara memaksa anak- anak itu membaca dan menulis sebelum mereka menguasai kemahiran lisan dengan sempurna.

Pelajar tidak mendapat mendirikan asas berbahasa yang kukuh sewaktu berada di peringkat rendah. Pada peringkat tinggi pula, aspek lisan tidak diberi perhatian sepenuhnya kerana guru- guru bahasa lebih mengutamakan pengajaran yang berkiblatkan peperiksaan. Bebanan kerja yang terlalu banyak di sekolah mungkin juga mempengaruhi prestasi pelajar- pelajar berbahasa. Ibu bapa kurang berminat mengambil tahu perkembangan bahasa lisan anak- anak mereka . Ada ibu bapa yang mendidik anak- anak denagan cara memaksa anak- anak itu membaca dan menulis sebelum mereka menguasai kemahiran lisan dengan sempurna.

Penutur bercakap dengan jelas dengan sebutan yang yang kemas dan betul serta serta menggunakan intonasi dan jeda yang sesuai. Pendengar pula, memahamkan ucapan yang didengar dan mentafsirkan serta bertindak balas terhadapnya dengan berkesan. Penutur akan mengenkod mesej yangakan disampaikan dalam bahasa yang sesuai. Pendengar pula akan mendekod mesej yang didengarnya. Pada masa yang sama, berlaku pergerakan anggota tubuh. Mesej yang disampaikan oleh penutur akan diterima oleh oleh pendengar melalui telinganya terus ke dalam otak dan mengulangi proses yang sama apabila si pendengar bertutur.

Objektif semerta :
 Beri peluang kepada kanak-kanak membina

kemahiran bercakap dengan lancar.  Kanak- kanak dilatih untuk mendengar dengan baik.  Kanak- kanak digalakkan membentuk kepercayaan dan keyakinan diri.  Kanak-kanak disuburi dengan penbendaharaan kata.  Kanak- kanak dilatih untuk menguasai kemahiran mendengar dan bertutur (lisan) dengan baik.

Tujuan lanjut :
 Untuk membolehkan generasi muda hari ini melibatkan

diri sepenuhnya dalam perbincangan perbincangan mengenai ekonomi , sosial dan politik tanah air dalam bahasa ibunda mereka sendiri.  Untuk menjadikan BM atau bahasa yang dipelajari itu sebagai satu bahasa yang dapat memenuhi hasrat hasil rakyat negara ini untuk meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman dan juga untuk meningkatkan kemahiran diri dalam bahasa itu.  Untuk membolehkan pelajar- pelajar mengikuti kursus atau latihan pakar yang dijalankan dalam bahasa itu.  Untuk menanam rasa cinta dan menyedarkan pelajarpelajar akan kepentingan mempelajari bahasa itu.

RUMUSAN

Kemahiran mendengar berlaku di peringkat penerimaan (receptive level).

MANAKALA Kemahiran bertutur berlaku pada peringkat penglahiran (productive level).

BIBLIOGRAFI

Kamarudin Haji Husin(1990), Pengajaran Dan Pembelajaran Lisan,Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamarudin Hj. Husin, Siti hajar Hj. Abdul Aziz, Arb ie B. Sujud (1997),Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Institut Bahasa (1995), Strategi Pendidikan Bahasa Melayu ,Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai