Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL MINGGU TARIKH MASALAH Ini merupakan praktikum kedua bagi saya dan ia adalah di Sekolah Kebangsaan

Gelong. Pada minggu pertama ini, saya telahpun diberikan tanggungjawab untuk menggantikan kelas guru yang tidak hadir. Semasa menggantikan kelas, saya mendapati murid-murid di sekolah itu lebih cenderung untuk bermain daripada belajar. Mereka sentiasa membuat bising dan tidak mahu berada di tempat sendiri. Saya ingin membawa perubahan dalam setiap kelas yang saya ajar. Saya ingin murid-murid mendengar pengajaran saya kerana percakapan dua hala boleh menjejaskan pembelajaran. Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran tidaklah menjadi masalah tetapi kebisingan yang mengganggu pembelajaran perlu dielakkan. Murid-murid yang bising bukan sahaja tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar tetapi mrid-murid lain juga terjejas dan ini berlaku tidak adil kepada murid-murid lain Mereka hanya akan mengambil perhatian dan memberikan kerjasama kepada saya jika saya melakukan aktiviti yang berkaitan dengan permainan.Menurut teori Maria Montessori, bermain adalah fitrah dan lumrah bagi kanak-kanak. Oleh sebab itu, saya mendapati bahawa seorang guru harus menggabungjalinkan permainan dan aktiviti yang menyeronokkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid-murid untuk belajar dan turut serta memberikan perhatian semasa aktiviti dijalankan. : MINGGU PERTAMA : 3 JULAI 2011 7 JULAI 2011

ANALISIS MASALAH Maria Montessori mengatakan : Kanak-kanak suka belajar dengan kaedah mendengar dari mulut guru yang biasa diikuti oleh orang dewasa. Dengan itu, kanak-kanak harus bebas mengalami masa kecilnya mengikut kehendak dan keperluannya sendiri. Proses belajar dengan mengikuti kehendak dan keperluan sendiri adalah proses semulajadi dan pendidikan hanya dapat memperkayakan pengalaman ini. Peneguran dan perbuatan spontan kanak-kanak dan perbuatan memaksa kanak-kanak harus dielakkan agar tindakan kanak-kanak yang kreatif dan mengembirakan mereka tidak terhalang. Melalui masalah yang saya hadapi, saya mendapati bahawa muridmurid di sekolah ini masih lagi kurang memberikan penghormatan kepada saya kerana tidak mengenali diri saya lagi dan mereka berada dalam proses penerimaan orang baru dalam hidup mereka. Oleh yang demikian setiap kali saya mengajar jika ada murid-murid yang bercakap atau bermain di belakang, Beberapa soalan akan berlegar dalam minda saya. Apakah Murid-Murid Ini Sudah Bosan Dengan Pengajaran Saya? Apakah yang menjadikan mereka bosan? Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini?
Kenapa ia berlaku dalam pengajaran saya tetapi munkin tidak pada cikgu lain?

CADANGAN Setelah melakukan beberapa kajian, saya akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan saya dan berusaha untuk menyelesaikan masalahmasalah yang saya hadapi ini. Antara cadangan penyelesaian masalah yang saya dapati ialah : 1. Melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk belajar dan turut serta dalam aktiviti dengan memberikan kerjasama dan perhatian. 2. Memberikan perhatian kepada semua orang murid terutamanya yang bermasalah agar mereka berasa lebih diberikan perhatian dan dihargai. 3. Saya juga perlu mengenali setiap orang murid agar saya dapat mengenalpasti murid yang bermasalah. 4. Sesi pengajaran dan pembelajaran saya mestilah mengikut tahap akademik pelajar agar pelajar tidak bosan. 5. Menggunaka pelbagai kaedah/atau teknik yang menarik minat pelajar 6. Menggunakan suara yang lantang dan tegas ketika mengajar. Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan lebih teliti supaya dapat melakukan tindakan susulan dan memberikan kesan positif

TEMPOH PENYELESAIAN

TINDAKAN SUSULAN Menurut Maria Montessori, adalah berpengetahuan serta mengamalkan ilmunya, berupaya mengajar, memahami keadaan murid, mempunyai pandangan kreatif dan fleksibel dalam penyampaian. Antara tindakan susulan yang saya jalankan ialah menyediakan aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan sambil belajar dan melakukan aktiviti baru yang saya rasakan mereka tidak pernah melakukannya sebelum ini dengan guru-guru mereka yang lain. Selain itu, saya akan memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran saya adalah menarik . Saya memberi amaran tidak melibatkan mereka dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani jika masih berkelakuan tidak baik. Kawan-kawan sekelas dengannya sebagai pemerhati dan akan melapor kepada saya jika mengulagi perkara yang sama walaupun bukan sesi pengajaran saya. KESIMPULAN Pengajaran yang berpusatkan murid adalah pengajaran yang paling berkesan bagi mengajar murid-murid pada peringkat kanak-kanak. Proses pengajaran juga bergantung kepada aktiviti yang dijalankan guru agar dapat menarik minat, perhatian dan kerjasama dengan murid-murid. Oleh itu, seorang guru itu harus bijak memikirkan jalan penyelesaian bagi menarik minat murid-murid dalam sesi pembelajarannya untuk menjadikan sesi pembelajaran tersebut berkesan.

Anda mungkin juga menyukai