Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL (MINGGU 9) MASALAH Pada minggu ini saya menghadapi masalah penggunan ICT (LCD projector dan

skrin) di dalam kelas. Saya terpaksa memulakan kelas agak lambat kerana saya perlu menyediakan LCD dan skrin yang hendak digunakan. ANALISIS MASALAH Penggunaan unsur ICT di dalam kelas mendatangkan sedikit masalah apabila kelas tersebut tidak dibekalkan dengan skrin. Ketiadaan skrin menyebabkan tayangan menjadi tidak jelas dan tidak dapat dilihat. Penggunaan LCD projector menjadi agak rumit kerana guru terpaksa mencari skrin portable dan mengangkatnya ke dalam kelas. Skrin yang agak berat kerana kakinya diperbuat daripada besi yang padat mendatangkan masalah kepada guru untuk mengangkatnya ke dalam kelas. Skrin pula perlu di ambil di bilik akses yang terletak di tingkat dua untuk di bawa ke kelas 3 English yang berada di tingkat 1. CADANGAN Untuk menyelesaikan masalah ini, saya mempunyai beberapa cadangan yang membolehkan saya menggunakan LCD projektor di dalam kelas. Antaranya ialah: Menukar kelas dengan kelas sebelah yang sudah mempunyai skrin. Menampal kelas mahjong (berwarna putih) di papan hitam di dalam kelas. Menggunakan papan putih yang dipinjam daripada bilik utiliti.

TEMPOH PENYELESAIAN Di luar bidang kuasa TINDAKAN SUSULAN Saya perlu membuat perancangan awal untuk menggunakan LCD projektor. Jadi, saya perlu meminjam papan putih di bilik utility terlebih dahulu. Selain daripada itu, saya menyediakan kertas putih (kertas mahjong) untuk di tampal di papan putih sekiranya hendak digunakan. Saya juga berbincang dengan guru kelas bersebelahan dengan kelas 3 English untuk memohon kebenaran menukar kelas dengan kelas tersebut sekiranya saya ingin menggunakan tayangan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran memandangkan kelas tersebut mempunyai skrin. KESIMPULAN Penggunaan tayangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid. Murid memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tayangan yang dipaparkan. Penggunaan LCD projektor di dalam kelas juga dapat memberikan pembaharuan terhadap pembelajaran murid-murid. Muridmurid akan dapat merasakan kelainan untuk belajar dan lebih berminat.

Anda mungkin juga menyukai