Anda di halaman 1dari 13

Definisi bahan tayangan Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektronik yang dapat menayangkan atau

mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut.Peralatan-peralatan elektrik yang lazim terdapat untuk tujuan pendidikan termasuklah: Projektor lutsinar. Projektor slide. Projektor legap. Projektor LCD.

Jenis-jenis projector Projektor lutsinar Projector lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa.Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara melihat dan mendengar.

Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsinar)

Memahami jenama dan fungsi bahagian-bahagian projector yang digunakan.Ini mungkin berbeza antara satu alat dengan alat yang lain. Belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh membaikinya sendiri, berhatihati ketika menggantikan mentol.Jangan sentuh dengan tangan yang tidak berlapik kerana mentol mudah rosak kerana kelembapan tangan anda.

Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les Fresnal. Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin. Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan supaya senang dipindahkan dari suatu tempat ke tempat yang lain.Matikan suiz sebelum mengubah ATL. Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:

1. Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang. 2. Skrin tidak berkilat. 3. Mendapat sedikit cahaya. 4. Letakkan pada paras 70 cm dari lantai. 5. Condongkan 40 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone). 6. Tegangkan skrin. 7. Jangan terlindung supaya boleh dilihat oleh semua pelajar. 8. Semua tulisan dan lukisan mengikut saiz yang bersesuaian. 9. Gunakan penunjuk pada transperasi, bukan pada imej di skrin. Projektor slaid Projector slaid adalah satu jenis media unjuran yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil.Ia boleh ditayangkan menggunakan projector slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan.Pita slaid mengandungi slaid (pandang/visual) dan pita rakaman

(dengar/audio).Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya.Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci X 2 inci atau 5 inci X 5 inci yang dimuatkan filem positif.

Projektor legap Projektor legap juga dikenali sebagai Episkop.Digunakan untuk mengunjurkan imej bahanbahan 2D berbentuk legap.Melalui kaedah foto, gambar, atau gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan diatas skrin.Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

Projektor LCD LCD singkatan bagi perkataan Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor untuk kegunaan audian secara berkumpulan.Panel LCD disambung terus daripada computer dan apa sahaja yang muncul pada skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar.Ia juga boleh disambung terus menggunakan peralatan lain seperti perakam video, perakam kamera dan permainan VCD atau DVD.

Ciri-ciri projector LCD Nama Connector Ports Projector Control Panel Remote Receiver Lens Focus Ring Lens Zoom Ring Elevator Foot Button Lamp Monitor Operating Monitor Pemutar penyelaras lensa focus. Penyelaras lensa zoom. Butang penyelaras ketinggian kaki projector. Penunjuk lampu dalam projector sama ada menyala atau tidak. Penunjuk sama ada terpasang atau sedang menerima isyarat daripada alat kawalan jauh. Power Cord Connector Power Switch Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik. Tempat menghidupkan atau mematikan LCD. Fungsi Tempat menyambung punca yang ingin dipaparkan. Menu operasi projector.

Control Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projector.

Pengoperasian projek LCD Letakkan pada permukaan yang rata dan kedudukan yang rata pada skrin paparan.

Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan pada soket LCD ke computer. Install driver pada computer untuk mendapat ketepatan imej yang dipancarkan. Pusingkan butang kaki Elevator di bahagian hadapan untuk menyamakan ketinggian LCD. Laraskan Lens Focus Ring untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.

Panduan penjagaan Selepas menekan butang standby untuk memadamkan lampu projector, biarkan sekurang-kurangnya 15 saat sebelum menekan butang standby kali kedua. Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa menggunakan. Pastikan tidak ada objek mudah terbakar berdekatan dengan projector. Biarkan sementara projector tersebut untuk disejukkan sebelum mengangkat. Jangan dedahkan pada kelembapan dan habuk. Berhati-hati semasa mengangkat dan jangan dijatuhkan kerana mengandungi kompunan yang mudah pacah.

Antara kelebihan projector LCD dalam pendidikan: Kelebihan

Projektor LCD dapat menayangkan gambar dan tulisan yang bergerak. Dapat mnenarik perhatian pelajar. Guru hanya perlu memberi penerangan tentang tulisan atau gambar yang ditayangkan. Memberi kesempatan kepada pelajar untuk bertanya hal-hal yang tidak difahami dari apa yang telah ditayangkan. Penggunaan projector LCD sama seperti laptop dan desktop computer.Ia dapat menyimpan data dan dapat dibuka bila-bila masa sahaja.

REALIA Realia ialah alat mengajar yang klasik.Realia terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Bahan hidup yang sebenar dan realitinya masih hidup di dalam dunia ini.Contohnya:

Tumbuh-tumbuhan. Haiwan. Dan sebagainya. Bahan bukan hidup.Contohnya: Pelbagai jenis air. Batu Pasir Tanah. Dan sebagainya. Realia dapat dijadikan alat mengajar yang berkesan kerana pelajar boleh belajar secara praktikal menggunakan bahan-bahan yang realiti.Guru-guru juga mudah mendapatkan bahanbahan tersebut secara percuma.Contohnya: Tayamum

Wuduk

Kelebihan realia Aktiviti yang menarik.Contohnya: Tayamum. Pelajar diminta untuk mencari tanah sendiri.

Tidak perlu pengubahsuaian.Contohnya: Tanah, air dan tumbuh-tumbuhan. Guru tidak perlu mengubahsuai bahan tersebut kerana bahan tersebut adalah semulajadi.

Television, video, kamera Sebelum menonton television atau video: Pratonton: Guru terlebih dahulu perlu menonton rancangan tersebut dan tulis perkara penting unbtuk dibincangkan dengan pelajar.Contohnya: Upin ipin=puasa Objektif: Untuk mengajar pelajar berpuasa. Soalan panduan:Guru perlu memberi soalan panduan supaya pelajar lebih fokus.

Semasa menonton television atau video: Tidak ada gangguan:Rancangan tidak tersekat-sekat. Berhenti untuk penjelasan:Berhenti atau menggerakkan secara perlahan untuk menerangkan istilah penting dalam rancangan tersebut.Contohnya: Dalam upin ipin, guru perlu berhenti untuk menerangkan istilah puasa.

Selepas menonton television atau video: Membuat perbincangan antara guru dan pelajar. Mengadakan sesi soal jawap untuk guru menguji sama ada pelajar focus atau tidak semasa menonton atau pelajar bertanya kepada guru. Rancangan boleh ditayangkan semula jika perlu atas permintaan pelajar, supaya pelajar lebih faham dan lebih menghayati apa yang ditonton. Guru dan pelajar boleh bagi komen.

Kelebihan: Memaksimumkan pencapaian tujuan pembelajaran pada waktu yang singkat. Dapat merangsang minat belajar pelajar. Pelajar boleh berbincang atau bertanya kepada guru.

Komputer Komputer dalam bidang pendidikan ialah satu cabang disiplin yang mengutamakan kemahiran dan teknik moden dalam bidang pendidikan dan latihan.Komputer juga merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Objektif: Agar dapat mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif dan akan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. Fungsi: Meningkatkan produktiviti profesion pendidikan. Komputer literasi. Pembelajaran melalui komputer. Komputer sebagai alat pembelajaran. Kelebihan:

Membantu guru menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik.Contohnya: Slide show beserta dengan animasi dan gambar.

Memudahkan guru menyimpan dan menyusun rekod pelajar.Contohnya: Dengan menggunakan microsoft access.

Memudahkan sesi pengajaran guru kerana guru dapat menjimatkan masa untuk menyediakan nota pengajaran lebih awal dan guru tidak bersusah payah menyalin nota. INTERNET Internet ialah sistem global dari jaringan komputer yang saling terhubung.Internet juga merupakan perpustakaan besar yang di dalamnya terdapat jutaan informasi atau data. Website Web ialah sebuah tempat di internet yang mempunyai nama dan alamat.Web tidak boleh dipisahkan dari internet, melalui web pelajar atau guru boleh mencari maklumat atau nota. Kelebihan website dalam pendidikan. Menyediakan sarana belajar kepada pelajar yang tidak terbatas dengan ruang dan waktu. Guru boleh berinteraksi dengan pelajar dengan tidak terbatas dengan ruang dan waktu.

Laman sosial Laman sosial kini menjadi pengantara individu dengan individu yang lain untuk tujuan tertentu khususnya pendidikan.Antara laman sosial yang menjadi pilihan imdividu sama ada pelajar atau guru ialah facebook, twitter, friendster dan my space. Kelebihan laman sosial dalam pendidikan. Kemahiran berfikir para pelajar dan pemahaman tentang sesuatu konsep dapat dibina. Meningkatkan motivasi, teknik dan gaya pembelajaran serta kefahaman pelajar.

Kaedah

perbincangan

dengan

menggunakan

aplikasi

laman

sosial

dapat

meningkatkan kefahaman pelajar. Kefahaman dan penguasaan pelajar dalam pelajaran khususnya pendidikan islam meningkat.

E-Learning E-Learning atau e-pembelajaran ialah sistem pendidikan yang menggunakan aplikasi elektronik untuk belajar atau mengajar dengan media internet dan jaringan komputer.

Kelebihan e-learning dalam pembelajaran. Menjimatkan waktu proses pembelajaran. Mengurangkan kos perjalanan. Menjimatkan kos pendidikan secara keseluruhan (infrastruktur, peralatan dan buku)

i-Phone i-Phone ialah garis smartphone.i-Phone boleh merakam, mengambil gambar, mengirim dan menerima emel, menjelajah web dan sebagainya.

Kelebihan Boleh membuat kumpulan belajar di facebook, iPhone lebih mudah dibawa berbanding laptop dan pengguna khususnya pelajar atau guru boleh menggunakannya bila-bila masa sahaja.

i-pad I-pad ialah satu produk komputer.I-pad lebih kurang sama seperti i-phone tetapi saiznya berbeza.

Kelebihan I-pad Pertamanya, aplikasi percuma yang dikenali sebagai iBooks diperkenalkan dimana seseiapa sahaja boleh mengarang atau menulis didalam buku teks interaktif. Dalam demo yang dijalankan oleh Apple, satu e-book telah dapat disiapkan dalam masa lima minit. Keduanya, satu perisian atau aplikasi yang dikenali sebagai iTunes U juga dilancarkan, dalam perisian ini, guru boleh membuat perancangan pengajaran dan berhubung dengan muridnya melalui iPad. Perisian baru iTunes U yang juga dimuat turun secara percuma, akan dapat membantu sesiapa sahaja dan di mana sahaja seseorang itu berada untuk mengambil kursus secara percuma, demikian dinyatakan oleh Phillip Schiller, Timbalan President Pemasaran kanan dari Apple. Akhir sekali, sebuah stor buku teks yang dikenali sebagai iBooks 2 diperkenalkan, ianya juga merupakan aplikasi percuma dan akan mengetengahkan kegunaan buku digital e-book untuk sekolah-sekolah. Apple mendakwa akan menjadi rakan kongsi atau partner bagi berberapa syarikat buku teks terkemuka termasuklah Pearson, McGraw-Hill dan Houghton Mifflin Harcourt. Syarikat-syarikat ini akan membuat e-book untuk stor iBooks2 Apple. Dalam satu lagi demo dari seorang pekerja Apple bernama Roger Rosner, menunjukkan buku teks iPad yang membolehkan pelajar untuk menzoom ke gambar sel-sel, membuat pembedahan keatas seekor katak digital, membuat catatan serta menyerlahkan (highlight) maklumat-maklumat yang penting.

Kesemua tindakan Apple ini menunjukkan kepada usahanya untuk membentuk semula industri buku teks. Syarikat itu dilaporkan telah cuba untuk berbincang dengan berberapa sekolah supaya menggunakan peranti iPad mereka. Dalam satu kenyataan akhbar, Schiller, mempermain-mainkan buku tradisional dengan menyatakan bahawa, buku jenis lama adalah tidak mudah-alih (portable), tidak tahan lama, tidak interaktif, tidak boleh kita membuat carian (search) padanya. Berdasarkan respon para pengamal pendidikan yang menyatakan bahawa kaedah baru Apple ini agak menarik dan menurut Jed Macosko, profesor dari University Waker Forest, menyatakan bahawa pendidikan bukan lah hanya ke satu arah sahaja (one-way street). Walaubagaimanapun ada diantara kalangan pendidik yang mengecam Apple cuba untuk mengawal konten pendidikan. Perkembangan terbaru ini tentunya akan dapat mempengaruhi pengajaran dalam bilik darjah. Buku berbentuk e-book bukan sahaja memaparkan teknologi terbaru tetapi juga boleh menjadi bahan rujukan yang berkesan kepada pelajar. Kini pelajar tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada bimbingan guru kerana maklumat yang ingin dicari senang untuk diperolehi, tambahan pula pelajar boleh membuat explorasi dan experimen sebanyak manapun kerana bahan experimen tidak akan pupus, contohnya, pembedahan terhadap seekor katak digital.

Anda mungkin juga menyukai