Anda di halaman 1dari 3

PENULISAN JURNAL (MINGGU 10)

MASALAH

Pada minggu ini, saya menghadapi masalah murid mengganggu rakan menghabiskan latihan yang diberikan. Perkara ini harus diselesaikan kerana ia akan mendatangkan masalah lain.

ANALISIS MASALAH

Murid-murid yang telah menyiapkan latihan yang diberikan guru akan membuat bising dan mengganggu rakan yang lain. Gangguan yang dibuat menyebabkan rakan-rakan yang masih tidak menyiapkan latihan tidak dapat menumpukan perhatian. Latihan yang diberikan tidak dapat disiapkan dan tidak dihantar untuk semakan guru.

Masalah yang dihadapi murid-murid ini mungkin disebabkan oleh mereka berasa bosan mengunggu rakan-rakan menyiapkan latihan. Masalah ini juga mungkin disebabkan oleh naluri atau sifat kanak-kanak secara semulajadi di mana mereka tidak boleh duduk diam dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya harus menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

CADANGAN

Bagi menangani masalah ini, saya ingin mencadangkan beberapa perkara iaitu:

Menyediakan latihan-latihan lain kepada mereka Melantik mereka sebagai rakan pembimbing kepada rakan-rakan yang masih belum menyiapkan latihan

TEMPOH PENYELESAIAN

1 APRIL 2012 hingga 5 APRIL 2012 ( 1 minggu )

TINDAKAN SUSULAN

Bagi mengatasi masalah yang saya hadapi, dalam langkah pertama saya memberikan aktiviti pengayaan kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran serta memperoleh kefahaman tentang pelajarannya. Soalan-soalan dan latihan-latihan pengayaan ini dapat mengawal murid supaya tidak membuat bising apabila mereka sudah menyiapkan latihan yang diberikan. Oleh itu, muridmurid yang masih belum menyiapkan latihan tidak akan terganggu. Latihan pengayaan yang disediakan adalah lebih sukar dan menjurus kepada latihan penyelesaian masalah. Murid-murid akan berasa lebih mencabar.

Selain itu, saya juga melantik murid-murid yang telah menyiapkan latihan lebih awal untuk menjadi mentor atau pembimbing kepada murid-murid yang masih tidak dapat menyelesaikan soalan yang diberikan. Dalam masa yang sama, saya akan turut memberi bimbingan dan melihat perkembangan muridmurid apabila dibimbing oleh rakan-rakan mereka. Selain daripada memberi bimbingan kepada rakan-rakan, mentor atau pembimbing juga dalam masa yang sama akan dapat menambahkan kefahaman mereka.

KESIMPULAN

Pengajaran

dan

pembelajaran

guru

yang

tidak

mencabar

akan

membuatkan murid-murid pintar yang menjadi aset sekolah berasa bosan ketikan proses pengajaran dan pembelajaran. Olh itu, sebagai guru, strategi pengajaran yang mnyeluruh untuk murid-murid pintar, sederhana dan leah Sangay penting bagi memastikan setiap golongan murid dapat menerima isi penajaran yang disampaikan guru.

Anda mungkin juga menyukai