Anda di halaman 1dari 5

11 Konsep Austronesia merujuk kepada A kawasan penutur asal bahasa Melayu. B golongan penutur asal bahasa Melayu.

C cara kedatangan penutur-penutur bahasa Melayu. D kebudayaan Melayu kuno yang berasal dari Yunan. 12 Antara berikut, yang manakah ciri-ciri bahasa sekeluarga? I Sistem bunyi. II Pembentukan kata. III Pembentukan ayat. IV Penjenisan sintaksis. A I dan II B I dan III C II dan III D II dan IV 13 Antara berikut, pernyataan manakah yang merujuk kepada definisi Melayu? I Suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei, dan beberapa tempat yang berdekatan dengannya. II Golongan yang dipercayai berasal dari daerah Yunan dan berpindah mengikut teori gelombang pergerakan manusia sejak tahun 2,500 Sebelum Masihi. III Suku bangsa di Semenanjung Tanah Melayu termasuk orang Melayu di negara Thai, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. IV Bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di gugusan Kepulauan Melayu. A I, II, dan III B I, II, dan IV C I, III, dan IV D II, III dan IV 14 Huruf Palava terdapat pada batu-batu bersurat berikut, kecuali A Talang Tuwo, Palembang. B Batu Kapur, Pulau Bangka. C Kedukan Bukit, Palembang. D Karang Brahi, Maringin Ulu Jambi. 15 Swasti Shri Shakawarsatita 605 ekadashi Shuklapaksa wulan Waishakha dapunta Hiyang naik disambau mangalap siddhayatra Ciri-ciri bahasa Melayu kuno yang terdapat dalam petikan di atas ialah I menggunakan ayat pasif. II terdapat penggunaan kata pangkal ayat. III pengaruh bahasa Sanskrit amat ketara dari segi kosa kata. IV menggunakan huruf w untuk perkataan yang mengandung konsonan [b]. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

16 Bahasa Melayu dikatakan mengalami evolusinya yang pertama melalui pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit terhadap bahasa Melayu begitu penting kerana melalui bahasa Sanskrit A bahasa Melayu menjadi mudah dipelajari. B bahasa Melayu mengalami perubahan kepada bahasa sarjana. C bahasa Melayu menjadi bahasa pemerintahan kerajaan Srivijaya. D bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan). 17 Dalam aksara Jawi, kekurangan huruf Arab untuk mewakili semua fonem bahasa Melayu diatasi dengan A mencipta huruf baharu berasaskan huruf Rumi. B menghapuskan fonem Melayu yang tidak terdapat dalam abjad Arab. C mencipta huruf baharu berasaskan abjad Arab dengan menggunakan tanda diakritik. D menggabungkan dua huruf Arab untuk melambangkan fonem Melayu yang berlebihan. 18 Antara fungsi bahasa Melayu moden adalah menjadi I bahasa kesusasteraan. II bahasa pentadbiran. III bahasa ilmiah di sekolah. IV bahasa pengantar di sekolah swasta. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

19 Dalam usaha memodenkan bahasa Melayu, unsur penyerapan bahasa asing yang paling dominan ke dalam bahasa Melayu ialah A bahasa Arab. B bahasa Jawa. C bahasa Inggeris. D bahasa Sanskrit. 20 Antara berikut, faktor manakah yang menyebabkan bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan? I Pernah menjadi lingua franca. II Berperanan sebagai bahasa pentadbiran. III Pengaruhnya yang luas melangkaui nusantara. IV Penutur majoritinya terdiri daripada orang Melayu. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

C,D,A,C,D,A,C,D,A,C

21 Pengekodan melibatkan hal yang berikut, kecuali A pembakuan ejaan. B peluasan kosa kata. C penyeragaman gaya. D standardisasi sebutan. 22 Berikut merupakan 3 pedoman pembentukan istilah pada zaman antara tahun 1960-1975, kecuali A Pedoman Membentuk Istilah-istilah Baharu DBP. B Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu DBP. C Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya yang disusun oleh Asmah Hj. Omar. D Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) dihasilkan oleh Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM). 23 Dalam proses perancangan bahasa, aktiviti yang termasuk dalam perancangan korpus bahasa ialah I penciptaan istilah dalam pelbagai bidang ilmu. II penyeragaman tatabahasa dan ejaan. III pembakuan sebutan dan dialek. IV pembentukan kosa kata. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 24 Yang manakah antara pernyataan tentang bahasa baku ini tidak benar ? A Bahasa baku digunakan apabila penutur pelbagai dialek berkumpul. B Bahasa baku biasanya mengalami proses pengekodan. C Ciri-ciri umum dalam bahasa baku amat sedikit. D Bahasa baku digunakan dalam tulisan formal. 25 Antara berikut, maklumat manakah yang tidak terdapat pada kata masukan dalam kamus? A Etimologi. B Sinonim. C Ilustrasi. D Tesaurus. 26 Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa ilmu apabila I diwujudkan Kerusi Pengajian Melayu. II kursus Melayu ditawarkan di universiti luar negara.

III banyak buku sastera dikarang dalam bahasa Melayu. IV buku akademik bahasa Melayu diterjemahkan ke dalam bahasa asing. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 27 Antara berikut, yang manakah ciri bahasa bebas? I Mementingkan sebutan. II Tatabahasa tidak dipentingkan. III Budaya bahasa dikesampingkan. IV Mengutamakan mesej yang disampaikan. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 28 Pilih ayat-ayat yang menggunakan bahasa halus. I Intan Idayu berhenti menyanyi sejak hamil. II Nabi telah mangkat, tetapi ajarannya masih hidup. III Maimunah tidak menyahut panggilan ibunya kerana sedang ke sungai besar. IV Penoreh itu dibaham Pak Belang ketika sedang menoreh getah di ladangnya. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 29 Antara ciri bahasa formal termasuklah I tidak menggunakan nama sendiri, nama ringkas, atau nama timangan. II memperlihatkan pola intonasi yang jelas untuk pelbagai jenis ayat. III tidak mementingkan peraturan bahasa. IV menyebut gelaran dengan singkatan. A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 30 I: Saya tetap membantah keputusan pengerusi tadi. II: Wang itu telah aku kirim dua minggu yang lepas. Penggunaan kata ganti nama diri saya dan aku dalam pertuturan di atas ditentukan oleh faktor

A tempat dan masa. B suasana dan gaya. C suasana dan hubungan. D taraf akademik dan status sosial.

Anda mungkin juga menyukai