Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN DAN PENGGUNAAN PERBANKAN INTERNET BANK RAKYAT (iRAKYAT) UNTUK URUSAN PEMBAYARAN ZAKAT BAGI PEMEGANG

AKAUN BANK RAKYAT Langkah 1 : Prosedur memperolehi nombor T-PIN dan Pendaftaran iRakyat : Lawat mana-mana ATM Bank Rakyat yang berhampiran. Masukkan kad dan tekan nombor PIN ATM anda. Skrin "Sila Pilih Transaksi Anda" akan dipaparkan. Pilih menu "Lain-lain". Seterusnya pilih "T-PIN Perbankan Internet". Masukkan 6 digit nombor T-PIN Sementara pilihan anda. Masukkan semula T-PIN tersebut untuk pengesahan. Anda diingatkan untuk menghafal nombor T-PIN anda. Untuk tujuan keselamatan, T-PIN tidak akan dicetak pada manamana resit ATM.

Seterusnya anda akan diminta untuk melayari laman web www.irakyat.com.my untuk melengkapkan proses pendaftaran. Sekiranya proses pendaftaran anda tidak berjaya, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat (BRCC) di talian 6032117 9000 (7.30 AM 7.30 PM).

a) Layari laman web iRAKYAT www.irakyat.com.my ATAU layari laman web Bank Rakyat (www.bankrakyat.com.my) dan pilih ikon iRAKYAT.

b) Klik ikon For first time login user, please click here to register.

c) Masukkan nombor kad ATM dan nombor T-Pin anda. (Nombor T-PIN yang dimasukkan di mesin ATM Bank Rakyat) dan ikut arahan seterusnya yang diberikan.

Langkah 2 : Pendaftaran Jab. Zakat Negeri Kedah

Pilih menu Request TAC & Confirm *Kod TAC akan dihantar melalui SMS ke
telefon bimbit anda.

Setelah TAC diperolehi, pilih menu Payment Services Pilih Register Bill Payee dan klik Add

Pilih Jabatan Zakat Negeri Kedah dan klik Submit

Masukkan Kod TAC dan klik Confirm

Langkah 3 : Pembayaran kepada Jab. Zakat Negeri Kedah Klik Payment Services Klik Zakat Payment pilih butir-butir dan masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan klik Submit Seterusnya masukkan katalaluan iRakyat untuk pengesahan

Anda mungkin juga menyukai