Anda di halaman 1dari 26

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: ABANG AZUAN BIN SU UD MOHD ZAINORAZRI BIN ZAINAL MUHAMAD ELIAS BIN ABDULLAH

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM


DEFINISI PRINSIP SUMBER MATLAMAT TAMADUN ISLAM

DEFINISI TAMADUN ISLAM


Pencapaian manusia dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota dalam bentuk skrip, senibina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan, undangundang, politik dan sebagainya yang berasaskan kepada akidah, syarak, akhlak serta bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Perkembangan ke arah yang lebih baik dari segi fizikal dan spiritual yang bersumberkan wahyu iaitu Al Quran dan Al Hadis (al Sunnah) yang ditegakkan oleh orang-orang Islam yang terdiri dari berbagai bangsa dan keturunan. Namun begitu tidak bermakna mereka yang bukan Islam tiada sumbangan terhadap ketamadunan Islam.

keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.

- perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kekebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjurus kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi.

sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan kehidupan manusia dan perkembanganperkembangan yang lahir daripadanya sama ada sesuatu yang berupa niskala atau abstrak, mahupun yang berupa sekala material.

- keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.

CIRI-CIRI MASYARAKAT YANG BERTAMADUN MENURUT ISLAM


Masyarakat yang beriman kepada Allah swt serta melaksanakan ubudiyyah (pengabdian terhadap Allah/ketaatan) kepada Allah swt. Masyarakat yg mempunyai nilai keperibadian yg tinggi. Merupakan manifestasi kecemerlangan pencapaian hidup msyrkt dlm pelbagai bidang spiritual dan material.

Memelihara nyawa dan hak-hak untuk hidup


Nyawa merupakan anugerah yang paling penting. Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan nyawa.

Dengan AKAL, manusia menjadi makhluk Allah swt yang paling mulia dan sempurna. Allah swt meWAJIBkan setiap manusia supaya menjaga akal fikirannya dengan baik.

Tamadun Islam memelihara kesucian keturunan manusia. Hasil yang baik hanya akan terbina dari benih yang baik. Justeru, Allah swt telah mengHARAMkan semua perbuatan yang boleh merosakkan keturunan manusia spt zina, homoseksual dan lesbian.

Firman Allah swt yang bermaksud: Dan janganlah kamu hampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan hina serta seburuk-buruk jalan yang buruk

Tamadun Islam meletakkan pemeliharaan harta benda sebagai dasar yang penting. Dalam konsep ini, Al-Quran telah menjelaskan bahawa lelaki dan perempuan yang mencuri wajib dipotong kedua-dua tangannya sebagai pembalasan kesalahannya dan sebagai seksaan dari Allah swt.

Setiap individu berhak mencari rezeki masingmasing serta berusaha untuk mendapat, mengumpul dan menggunakan harta benda mereka secara bebas mengikut kemampuan masing-masing selagi tidak melanggar norma masyarakat dan agama.

Memelihara hak dan kebebasan


Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian kepada seseorang atau sesuatu melainkan hanya kepada Allah swt. Manusia diberi kebebasan untuk berfikir, memberi pandangan, bergerak, bersuara dan lain-lain.

1. 2. 3. 4.

AL-QURAN HADIS IJTIHAD TAMADUN-TAMADUN LAIN

AL-QURAN
 Mukjizat yang menerangkan tatacara bagaimana manusia yang diamanahkan oleh Allah SWT sebagai khalifah bagi membentuk serta mentadbir alam sejajar dengan kehendak Allah SWT.

HADIS
 Menjelaskan dan menerangkan perkara berkaitan perintah dan larangan Allah SWT di dalam Al-Quran

IJTIHAD
 Pandangan dan pemikiran para ulama di dalam sesuatu perkara yang berkaitan dengan umat Islam.  Terbahagi kepada kategori :
Disepakati oleh ulama
Ijma qias

Tidak disepakati oleh ulama


Istihsab ihtihsan

TAMADUN-TAMADUN LAIN
Islam tidak menolak tamadun terdahulu, kini mahupun akan datang walau dari mana, tanpa mengira batas atau agama. Asalkan ia tidak bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM 1. Hubungan manusia dengan Allah SWT Rukun Islam dan Rukun Iman ibadah umum dan ibadah khusus mematuhi syariat yang telah ditetapkan 2. Hubungan manusia dengan manusia Sistem muamalah dan kemasyarakatan berdasarkan konsep manusia yang paling mulia disisi Allah adalah yang paling tinggi takwanya 3. Hubungan manusia dengan alam sekitar Manusia yang mengusahakan sesuatu yang boleh membawa kepada kesejahteraan di muka bumi melalui sumber alam yang sedia ada dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan alam sekitar

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai