Anda di halaman 1dari 3

KONSEP MODAL INSAN Mengikut Kamus Dewan, modal diertikan sebagai kiasan sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan

atau mencapai sesuatu yang lain, manakala insan ialah perkataan Arab bererti manusia. Maka, modal insan merupakan potensi, kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk mencapai matlamat pembanggunan, kemajuan, dan kemakmuran negara. Pembangunan modal insan diberi penekanan yang serius sejajar dengan perancangan negara menjadi negara maju dalam bidang sains dan teknologi. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan satu blueprint, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) yang menggariskan dasar serta matlamat dan fokus pembangunan modal insan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-9. CIRI CIRI MODAL INSAN Merujuk kepada PIPP (2006) negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Mempunyai jati diri Berketerampilan Berkeperibadian mulia Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi Mampu fikir secara kritis dan kreatif Berkemahiran menyelesaikan masalah Berupaya mencipta peluang baru Mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global. KONSEP GURU Akta Pendidikan 1996 mendefinisikan Guru sebagai seseorang yang; Mengajar murid di suatu institusi pendidikan. Menyediakan/mengeluarkan bahan pengajaran atau memeriksa jawapan yang dikembalikan, dibagi atau melalui pusat pendidikan jarak jauh dan termasuklah guru besar atau pengetua. KONSEP KERJAYA GURU O Guru adalah satu pekerjaan yang mulia. O Guru berpeluang membentuk murid-murid mereka dari segi fizikal, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. O Kerjaya keguruan memberi guru peluang yang istemewa untuk meninggalkan kesan dan pengaruh yang positif dalam diri murid-murid yang mereka ajar. O Proses pengajaran bukan sahaja terhad kepada penyampaian fakta sahaja; ia merangkumi sifat dedikasi dan komitmen guru dari segi masa dan usaha. Para guru abad ke-21 dikehendaki: Berkolaborasi dengan rakan sekerja, pihak pengurusan dan ibu bapa dalam usaha menambahbaikkan mod penyampaian pengajaran serta menangani masalahmasalah yang dihadapi oleh murid-murid. Melibatkan diri dalam program perkembangan profesional.

Membantu murid-murid mengembangkan kemahiran generik termasuk kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir. Membimbing semua murid tanpa mengambil kira jantina, etnik/kelas sosial untuk mencapai perkembangan yang menyeluruh dalam pelbagai aspek termasuk fizikal, emosi, rohani dan intelek. KONSEP IBADAH Dilihat dari 2 perspektif: Perspektif agama Perspektif falsafah Ibadah boleh dikatakan mempunyai 2 unsur: Tunduk dan patuh sepenuhnya kepada Allah. Cinta sepenuhnya kepada Allah sesuai dengan tujuan dijadikan manusia itu sendiri. PERSPEKTIF AGAMA Agama Islam Guru yang mengajar di sekolah pondok & madrasah arif dalam pengajian kitabkitab suci dan digelar tok guru. Tok guru dianggap sebagai role model dan teladan untuk dicontohi oleh semua. Sering dirujuk bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Interaksi antara tok guru dengan murid, dan murid dengan murid, sesi soal jawab atau perbincangan jarang diadakan. Teknik hafalan digunakan untuk membantu murid mengingati ayat-ayat yang tekandung dalam setiap kitab. Agama Buddha Sebelum agama Buddha diajar di rumah rahib, pendidikan Brahmanic dijalankan di rumah seorang guru. Kriteria adalah berasaskan kepada sistem kasta dan dikhaskan untuk dijivas (Brahmanas & Kshatriyas) sahaja. Kaedah penyampaian yang digunakan secara lisan sahaja, iaitu daripada seorang kepada orang lain dan tidak berpandukan buku. Murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam Dhamma (kebenaran) dan Vinaya (disiplin/peraturan). Teknik penyampaian digunakan oleh guru Buddha termasuk penggunaan jadual, ilustrasi & eksperimen. Guru-guru dianggap sebagai role model. Agama Hindu Guru dianggap wakil Tuhan di dunia ini. Guru diberi penghormatan yang amat tinggi dan berada di kedudukan kedua selepas ibu bapa.

Beliau benar-benar pakar dari segi kitab-kitab suci dan berupaya menunjukkan jalan yang benar dan betul berdasarkan pengalaman, amalan & celik akal yang tinggi. Dianggap sebagai role model di mana gaya hidupnya harus dicontohi. Menggunakan cara hafalan & banyak menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat dalam kitab. Terdapat 2 jenis guru, iaitu acharyas & upadhayas.

Agama Sikh Guru (teacher/master) diumpamakan sebagai jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh & dikenali sebagai guru yang pertama dalam rantaian 10 orang guru. Guru adalah pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid-muridnya. Melalui budi pekerti yang baik & ramah-tamah, murid-murid akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati & bercantum menjadi satu dengan kebenaran. Mempunyai ilmu yang lengkap dan komprehensif mengenai kitab-kitab suci. Agama Kristian Yesus Kristus adalah Mahaguru yang menyampaikan segala ajaran Kristian dua ribu tahun yang lalu, kemudian rasul-rasul (apostles), & waliwali (saints). Peranan serta ciri-ciri personaliti guru-guru: o membimbing & membantu murid-murid untuk melengkapi diri dengan ilmu seperti dalam kitab-kitab suci. o melindungi murid-murid daripada pengaruh negatif/ajaran sesat. o menunjukkan arah yang tepat berpandukan kitab-kitab suci. o memberi dorongan yang wajar untuk tingkatkan pencapaian. Rujukan Choong Lean Keaw, Phd. 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. http://www.scribd.com/doc/26974117/Modal-Insan

Anda mungkin juga menyukai