Anda di halaman 1dari 9

Perpaduan dan Integrasi Kaum

Masyarakat Majmuk
Berdasarkan J.S. Furnival:
Pelbagai jenis manusia
Melayu, Cina, India, Arab, Eropah, Siam dan penduduk asli (bumiputera)

Mereka bercampur tetapi tidak bersatu teguh Berdekatan tetapi terpisah dalam sistem politik
Bertemu ketika membeli belah, kemudian pulang ke kelompok masing-masing

Berpegang kepada kebudayaan, cara hidup, agama, bahasa, idea, kepercayaan dan kaedah tersendiri
Terdapat pembahagian tenaga buruh yang berdasarkan perkauman

Perpaduan
Satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air Penyatuan dalam semua aspek: fizikal, ekonomi, politik dan sosial Perpaduan penting bagi sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian
Ras etnik, bahasa, agama, kebudayaan dan pegangan

Keutuhan negara bergantung kepada keharmonian sosial


Wujud kestabilan politik Tingkatkan pertumbuhan ekonomi

Integrasi
Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial, ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik Identiti nasional = hubungan kaum lebih erat; wujud perasaan hidup bersama Integrasi juga = proses penyatuan semua aspek fizikal, ekonomi, politik, sosial termasuklah biologikal (kahwin campur)
Memadai terdapat beberapa wakil sanggup hidup bersama Penerimaan oleh masyarakat = wujud integrasi

Integrasi lebih kepada ikatan batin iaitu ikatan perasaan, hati dan pemikiran

Asimilasi
Satu proses percampuran kumpulan2 minoriti ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar
proses integrasi 1 hala

Kumpulan minoriti akan hilang pegangan asal, agama, budaya, bahasa


Pelajari, sertai dan amal cara hidup majoriti Akhir proses: 1 kelompok yang sama & seragam

Satu proses yang sukar dicapai dalam masyarakat Malaysia banyak jurang perbezaan
Tidak mudah kump. minoriti tinggalkan budaya, bahasa, agama dan pegangan mereka Terpaksa amalkan cara hidup majoriti

Cth: masyarakat Cina di Indonesia

Asimilasi Budaya / Akulturasi


Satu proses di mana kumpulan minoriti mempelajari budaya kumpulan majoriti
budaya sahaja; tidak pada keseluruhan aspek pelajari cuma ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni lukis, moral dan akhlak, bahasa, undang-undang, adat resam dan lain2 kemahiran Masih berpegang kpd ajaran agama asal; identiti asal tidak hilang

Kaum Cina dan India byk mengikuti dan mengamalkan budaya tempatan
berbaju kurung, guna dialek bahasa Melayu, makan dgn tangan, duduk bersila, pelajari tarian dll. membezakan kaum Cina Malaysia dan India Malaysia dengan kaum Cina dari China dan kaum India dari India mereka telah mengalami asimilasi budaya atau akulturasi masih boleh dilabelkan sbg org Cina atau India kerana identiti asal belum terhakis

Asimilasi Struktur
Proses kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama kumpulan majoriti
Pendidikan, petempatan, ekonomi, politik dan sosial

Kumpulan minoriti tidak hilang ciri2 dan identiti asal cuma mengalami sedikit perubahan
DEB kumpulan etnik disatukan dengan penyusunan semula masyarakat; wujud kerjasama dan hubungan erat dlm pelbagai bidang Politik kewujudan parti Perikatan, kemudiannya Barisan Nasional memudahkan proses ini berlaku

Boleh berlaku secara sedar atau tidak kerana ia melibatkan dimensi sosialisasi dalam masyarakat

Amalgamasi
Proses percantuman menyeluruh dalam aspek kehidupan & merupakan dimensi yang tertinggi dalam integrasi Kepelbagaian kumpulan etnik bercampur dan berpadu = satu budaya baru
Kepelbagaian etnik > amalgamasi > kelompok baru Tercapai melalui perkahwinan campur secara besar-besaran Etnik Melayu + Etnik Cina = budaya baru

Sukar dicapai di Malaysia

Pluralisme
Konsep mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik Dibahagi kepada:
1. Pluralisme Kebudayaan
Pengekalan ciri-ciri kebudayaan dan identiti pelbagai kelompok Tidak perlu ubah, amal dan sertai cara hidup kumpulan lain Mudah diterima; tidak jejaskan kepentingan Dilihat sebagai kekuatan

2. Pluralisme Ubahsuaian
Kumpulan etnik terpengaruh oleh budaya orang lain = sedikit perubahan Kekal kepelbagaian etnik tetapi menerima sedikit unsur-unsur kumpulan lain hasil dari pergaulan, interaksi sosial dan perhubungan Penerimaan ini dikatakan sebagai mengalami ubahsuaian

Anda mungkin juga menyukai