Anda di halaman 1dari 2

http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/model-akibat-logikal-dreikurs.html?

MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


MODEL AKIBAT LOGIKAL DREIKURS Menurut Chong Lean Keow(2009), Model Akibat Logikal Dreikurs ini diutarakan oleh dreikurs. Model ini berasaskan empat premis asas teori Adler: Manusia adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ingin dimiliki atau menjadi ahli sesuatu kelompok Kesemua tingkahlaku adalah bersebab Manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan Realiti dipersepsikan oleh manusia

Sebagai penjelasan lanjut, fokus utama dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu guru yang inginkan kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Jadual dibawah merupakan teknik-teknik yang boleh digunkan setimpal dengan keempat-empat motif tingkahlaku bermasalah. Motif Inginkan perhatian: sengaja membangkitkan kemarahan cikgu cara-cara seperti mengetuk-ngetuk pensel, bercakap-cakap dengan rakan dan lain-lain Menggunakan kuasa: pergelutan kuasa antara guru dan murid seperti enggan menyempurnakan tugas, sengaja meninggalkan buku dan lain-lain Membalas dendam: murid terasa tidak diberikan layanan yang adil yang ditunjukan melalui cara cara seperti mencur,berlawan, merosakkan harta benda sekolah dan lain-lain Memaparkan kekurangan: tindakan lain selain dari diatas seperti Teknik yang disyorkan Minimumkan tahap perhatian- jangan endahkan tingkahlaku tersebut. Iktiraf tingkahlaku bermasalahserapkan dalam sesi pengajaran. Cuba kekalkan persekitaran pembeajaran yang positif. Alihkan fokus ke tempat lain Usahakan supaya murid yang berkenaan menyedari kelakuannya Sama seperti 2

Ubahsuai kaedah mengajar Gunakan bahan bantu pembelajaran

http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/model-akibat-logikal-dreikurs.html?z

mengundukan diri, mengasingkan diri dan lain-lain

berbentuk maujud atau komputer

Antara cara yang boleh dilaksanakan dalam menangani masalah didalam soalan perbincangan iaitu apabila loceng menandakan sudah tamat sesi pengajaran. Sambil Cikgu Lin bersedia untuk keluar dari kelas Empat Bestari, beliau dapati ukiran singkatan OK atas sebuah meja. Sepanjang waktu mata pelajaran Sejarah tadi, Khan duduk di tempat tersebut. Oleh itu, bukan sukar bagi Cikgu Lin meneka murid siapa yang telah melakukan salah laku tersebut. Cikgu Lin boleh menggunakan akibat logikal bertujuan membetulkan tingkahlaku bermasalah. Akibat logikal berpegang kepada prinsip bahawa murid harus diberikan pilihan untuk membetulkan tingkah lakunya serta tidak dipaksakan untuk bertingkah laku mengikut arahan. Dengan itu, murid boleh boleh belajar menjadi lebih bertanggungjawab. Bagi situasi tingkalah laku bermasalah yang dilakukan oleh Khan, tindakan guru adalah:
Berikan murid berkenaan pilihan SAMA ADA mencuci bersih cadangan tersebut ATAU dikenakan bayaran sebagai upah pekerja am mencuci contengan tersebut.

Melalui tindakan tersebut sudah tentu memberikan kesedaran dan tanggungjawab kepada murid berkenaan. Kekuatan dan kekurangan bagi model akibat logikal dreikurs ini ialah: Kekuatan Memupuk autonomi dimana murid bertanggungjawab atas tindakan dan pilihan mereka Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif melalui komunikasi yang terbuka dan sling hormat- menghormati antara muridmurid Kekurangan Agak sukar untuk guru permulaan mengenal pasti serta memahami motif murid-murid melakukan salah laku Agk sukar untuk mengenal pasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu

Anda mungkin juga menyukai