Definisi Dispraksia
Dispraksia berasal dari kata Dys yang bermakna tidak mudah atau sulit dan praxis yang bermaksud bertindak, melakukan. Dispraksia juga dikenali sebagai Development Co-ordination Disorder (DCD),Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor Learning Disability. Dispraksia adalah berhubungan dengan ketidakmampuan untuk mengatur pergerakan. Dispraksia biasanya menunjuk dalam masalah dengan bahasa dalam bentuk lisan atau menulis serta pergerakan badan.
Conductive Education yang membantu kanak-kanak Dispraksia bagaimana untuk break-down kemampuan dan ketrampilan yang mereka cuba tunjuk. Selepas mengalami kejayaan, kenyakinan mereka akan meningkat dan akan praktis dalam kehidupan seharian Pembelajaran kanak-kanak Dispraksia kurang berkesan sekiranya dimasukkan dalam kelas khas untuk kanakkanak yang mengalami kesulitan belajar. Kanak-kanak Dispraksia seboleh-bolehnya ditangani oleh seorang terapis fisioterapi. Mereka akan menggalakkan dan mengendali pendidikan kanak-kanak Dispraksia.
Kanak-kanak Dispraksia biasanya dapat disembuhkan berdasarkan keadaan tetapi terdapat kemungkinan akan berkambuh (Relapse) beberapa kali. Walaubagaimanapun, tahap kesukaran dalam koordinasi gerakan akan semakin menurun. Kanak-kanak Dispraksia boleh sembuh dengan sendiri tetapi lebih lambat dan tidak secekap jika dikendali oleh terapis.
Terima Kasih