Anda di halaman 1dari 3

Bahagian A (i) Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor kemerosotan sukan bola sepak negara. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kegagalan skuad bola sepak Negara sebenarnya bukanlah satu kejutan. Dalam sukan ini, skuad Negara sebenarnya masih belum mengenali keupayaan diri danmasih berada pada takuk lama. Tahap kemampuan sebenar skuad bola sepak Negara tidak memperlihatkan sesuatu peningkatan prestasi yang jelas dan memberangsangkan. Kita belum mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang ada dan hanya mengharapkan keajaiban berlaku hasil kemampuan jurulatih sahaja sememangnya tidak wajar kerana kita tidak mempunyai ramai jurulatih yang berkualiti. Bola sepak merupakan sukan berpasukan yang memerlukan kekuatan fizikal, kepantasan dan gandingan pemain yang mantap serta jitu. Namun begitu, kebanyakan pemain Negara kita tidak mempunyai kekuatan mental dan masalah serupa yang melanda pemain kita ialah apabila kita mendahului pihak lawan, mereka mula berasa selesa. Apabila ketinggalan, mereka gagal mereka gagal bangkit untuk terus berjuang. Keadaan ini berbeza jika dibandingkan dengan pemain Negara lain yang bernmain bermati-matian sehingga wisel penamat. Kebanyakan pemain Negara pula sentiasa dipilih daripada kelab dan negeri. Semua negeri masih menggunakan pemain yang sama dan mutunya ditakuk lama. Oleh itu hasil dan kualitinya juga akan sama seperti benda yang dikitar semula. Terdapat sesetengah negeri yang ghairah untuk bergelar juara liga sehingga lupa sumbangan kepada Negara. Ada juga negeri yang takut pemainnya yang handal dipanggil mewakili Negara. Masalah akan timbul sekiranya kejohanan antarabangsa bertembung dengan liga. Mereka sudah pasti akan terlepas khidmat pemain ini dan prestasi pasukan merekan akan merosot.

Justeru, organisasi bola sepak professional perlu diurus tadbir oleh mereka yang mampu menghasilkan kejayaan secara dinamik dan professional, dan bukannya mereka yang sekadar menguji serta mencuba tanpa pendekatan berasas sepanjang masa. Tumpuan perlu diberikan kepada aspek pengurusan dan pembangunan sukan bola sepak selain usaha membangunkan pemain dan pasukan yang berdaya saing demi kemajuan sukan Negara.

Bahagian A (ii) Pemahaman Berdasarkan petikan Bahagian A (i) jawab soalan soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Berikan maksud bukanlah satu kejutan dalam petikan. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

2. Menurut pengarang, mengapakah terdapat sesetengah negeri takut jika pemainnya yang handal dipanggil untuk mewakili Negara? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh masyrakat untuk meningkatkan mutu bola sepak negara? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai