Anda di halaman 1dari 2

3. Prestasi motor dan kekuatan(Strength and motor performance)Perkembangan kemahiran motor asas kanaktahun.

Komponen kekuatan diambil kira dalam prestasi motor kanak-kanak kerana ini merupakan satukomponen penting dan juga prestasi motor sering digunakan sebagai satu petunjuk kepada kekuatanotot. Kekuatan adalah daya otot atau kebolehan seseorang individu membentuk tekanan terhadap rintangan luaran. Terdapat beberapa jenis kekuatan iaitu kekuatan statik, dinamik dan letusan(kuasa).Kekuatan statik atau isometrik adalah daya yang dikenakan ke atas rintangan luaran tanpa sebarangperubahan pada panjang otot. Lazimnya kekuatan jenis ini diukur pada kumpulan otot yang khusus,

contohnya kekuatan genggaman, kekuatan fleksi atau ekstensi lutut. Kuasa adalah kemampuan ototmelepaskan daya maksimum dalam suatu tempoh yang singkat. Contohnya, pengukuran lompat jauhberdiri. Kekuatan dinamik adalah daya yang dibentuk hasil daripada penguncupan otot yangberterusan. Contohnya, pengukuran tekan tubi dan mendagu. Daya tahan otot adalah merujukkepada kebolehan mengulangi atau mengekalkan penguncupan otot untuk suatu tempoh masa yanglama. Contohnya, gantung siku bengkok.Ujian prestasi yang merangkumi kemahiran motor asas lazimnya melibatkan kawalan motor dankekuatan. Melompat melibatkan koordinasi motor dan kuasa otot untuk membolehkan badanbergerak mendatar ke hadapan seperti di dalam lompat jauh berdiri. Membaling melibatkankoordinasi dan kuasa dalam melepaskan balingan sesuatu objek. Lari pecut adalah ujian yangmelibatkan kepantasan manakala lari ulang alek melibatkan ketangkasan. Imbangan adalah perldalam prestasi aktiviti motor sama ada dalam bentuk statik atau dinamik manakala kelenturanmelibatkan julat pergerakan sendi di pelbagai bahagian badan. Lain-lain kemahiran motor asas yangboleh diuji

peringkat awal kanak-kanak Kekuatan otot meningkat di peringkat ini. Lelaki menunjukkan peningkatan yang lebih berbanding perempuan di dalam aktiviti berlari,melompat dan membaling. Perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam aktiviti imbangan berbanding lelaki diantara umur di umur 6 tahun. Secara puratanya, lelaki menunjukkan prestasi yang cemerlangdi dalam aktiviti yang melibatkankuasa dan kelajuan manakala perempuan lebih ke arah aktiviti imbangan.Prestasi motor di peringkat pertengahan kanak-kanak dan remaja Kekuatan dan prestasi motor lazimnya meningkat mengikut umur. Walau bagaimanapun, polapeningkatan ini berbeza mengikut aktiviti. Kekuatan lelaki meningkat secara linear mengikut umur sehingga 13 atau 14 tahun di manapeningkatan adalah mendadak manakala kekuatan perempuan meningkat secara linear mengikutumur sehingga 16 atau 17 tahun. Daya tahan otot lelaki meningkat secara linear dari 5 sehingga 13 atau 14 tahun di manapeningkatan mendadak berlaku selepas itu manakala daya tahan otot perempuan meningkat secaralinear mengikut umur. Dalam komponen kelenturan, perempuan didapati lebih lembut daripada lelaki di semua peringkatumur, dan ini amat ketara di peringkat pertumbuhan pesat remaja dan kematangan seksual. Tempoh antara 5 hingga 8 tahun adalah suatu tempoh perubahan di dalam perkembangankekuatan dan prestasi motor. Pola pergerakan asas mula matang pada tempoh ini dan amat berbezadalam setiap kanak-kana

Anda mungkin juga menyukai