Anda di halaman 1dari 8

1.0 AWAN Awan terbentuk apabila udara sejuk yang mengembang apabila udara naik ke atas.

Maka terhasillah beberapa jenis awan yang boleh dilihat di langit seperti Stratus, Cirrus dan Cumulus. Awan-awan ini adalah awan asas dan mempunyai kata nama di awal mengikut jenis dan bentuk awan. 1.1Jenis Awan dan Ciri-cirinya 1.1.1 Jenis Awan Cumulus a)Awan Cumulus Cumulus berasal dari perkataan latin yang bermaksud longgokan. Awan Cumulus ini boleh dijumpai pada ketinggian 15.2 km daripada tanah. Awan jenis Cumulus ini terdapat beberapa jenis yang boleh dilihat di langit seperti cumulus, cirrocumulus,stratocumulus,altocumulus, cumulonimbus

Gambarajah 1.1.1 (a): Awan Cumulus Awan jenis ini lebih padat dan seperti dilonggokkan ke atas dengan permukaan bawah yang seperti rata dan kembung di puncak nya. Awan seperti ini selalunya memberi petunjuk untuk cuaca yang baik dan hilang pada waktu malam.

1.1.2 Awan Cirrocumulus

Gambarajah 1.1.1 (b): Awan cirrocumulus Awan Cirrocumulus ialah awan yang mempunyai kembung yang lebih kecil. Awan kelihatan lebih bulat dan lebih tinggi altitude nya di langit serta seolah-olah kelihatan seperti sirip ikan sardine dan ada yang memanggil awan ini langit Mackerel. Awan ini memberi petunjuk bahawa perubahan cuaca akan berlaku bergantung pada kelajuan dan arah angin.

Kedudukan awan jenis ini adalah di langit tinggi iaitu 20000 kaki hingga ke udara stabil. 1.1.3 Altocumulus

(a)

(b) Gambarajah 1.1.1 (c): Awan Altocumulus

Awan altocumulus dapat dilihat di atas langit dengan bentuk kembung yang memanjang atau bulat-bulat. Ianya kelihatan seperti membentuk satu garisan putih bengkok yang panjang di atas langit atau bertompok-tompok yang padat seperti dalam rajah. Awan altocumulus jenis jenis (a) ini sama seperti cirrocumulus namun dapat dibezakan dengan melihat awan stratocumulus ini seolah-olah berolek dan terbentuk akibat perolakan yang tidak stabil. Kedudukan awan ini ialah di langit tengah dengan ketinggian antara 6500 hingga 20000 kaki

daripada tanah. Kebiasaannya awan stratocumulus di pagi hari yang panas dan lembap akan diikuti ribut petir.

1.1.4 Awan Stratocumulus

Gambarajah 1.1.1 (d): Awan Stratocumulus Awan stratocumulus dapat dilihat di atas langit dengan bentuk kembung yang memanjang dan rata di permukaan bawah. Ianya kelihatan seperti membentuk satu garisan putih yang panjang di atas langit. 1.1.5 Awan Cumulunimbus

Gambarajah 1.1.1 (e): Awan Cumulunimbus Awan cumulonimbus atau digelar awan petir hitam. Bentuk awan ini adalah tinggi, hitam dan terdapat kembungan di puncaknya serta kilat juga boleh kelihatan. Ianya mengandungi banyak molekul air di dalamnya dan udara yang tidak stabil. Awan ini merupakan petanda bagi cuaca yang tidak elok seperti angin ribut, putting beliung dan juga ribut petir. Awan cumulonimbus ini merangkumi langit rendah hingga langit tinggi kedudukannya.

1.1.2 Jenis Awan Stratus Awan stratus ialah daripada perkataan latin yang bermaksud serakan. Awan jenis ini juga digelar sebagai selimut awan kerana awan ini menutupi langit hingga jauh berkilometer merentasi langit. Awan jenis stratus ini terdapat 3 jenis lagi iaitu stratocumulus,altostratus dan cirrostratus. a)Awan stratocumulus

Gambarajah 1.1.2 (a) : Awan stratocumulus Awan stratocumulus ialah awan di langit rendah bawah dari 6000 kaki dari permukaan tanah. Awan ini dapat dikenal pasti dengan melihat cirinya yang berketul-ketul dan seperti berlapislapis melitupi awan. Awan stratocumulus ini berwarana putih atau pun kelabu dan sering mempunyai bahagian hitam. Awan ini juga boleh menghasilkan hujan. b) Awan altostratus

Gambarajah 1.1.2 (b) : Awan altostratus Awan altostratus ialah awan tahap sederhana yang berada di antara 6000 hingga 20000 kaki dari permukaan tanah. Awan ini selalunya nipis dan seperti mempunyai kesan riak dipermukaan langit. Kadang-kadang awan ini cukup telus untuk menampakkan kedudukan matahari atau bulan. Awan jenis ini boleh membawa hujan atau salji.

c) Awan cirrostratus

Gambarajah 1.1.2 (c) : Awan cirrostratus Awan cirrostratus mempunyai cirri yang sama dengan awan stratus dan cirrus. Awan jenis ini seperti berjumbai dan berserak. Sekiranya awan ini tebal dan gelap guruh akan berdentum serta hujan renyai akan turun.

d) Awan nimbostratus

Gambarajah 1.1.2 (c) : Awan nimbostratus Awan nimbostratus ialah awan rendah, tebal dan tiada bentuk. Kebiasaanya awan ini ditemani dengan hujan atau salji.

1.1.3 Awan Cirrus

Gambarajah 1.1.3 : Awan cirrus Awan cirrus merupakan awan yang berada di ketinggian atas 18 000 kaki. Awan jenis ini seperti kabus dan telus. Awan ini boleh dilihat seperti berjumbai ataupun seperti melekung tetapi tidak bulat namun seperti lurus. Kebiasaanya awan cirrus ini membawa kepada cuaca yang elok tanpa kerpasan. Namun begitu, sejumlah awan cirrus boleh membawa kepada ribut.

Rumusan

Berikut merupakan rumusan bagi jenis awan yang telah diterangkan di atas.

1.2 Faktor-faktor meramal hujan

Hujan adalah sesuatu yang tidak dirancang namun boleh dijangkakan dengan mengetahui faktor bagaimana hujan akan berlaku. Terdapat beberapa faktor yang boleh membantu dalam meramal hujan seperti : a) Melihat pada jenis awan

Sekiranya langit mendung dan gelap lihat pada langit sekiranya terdapat awan cumulonimbus atau nimbostratus. Ini kerana awan cumulonimbus ini merupakan awan gelap yang membawa banyak jumlah hujan kerana awan nya yang lebih besar. Awan yang besar seperti ini membawa banyak partikel air di dalamnya dan hujan lebat akan turun.

Awan cumulonimbus

Awan nimbostratus

Serta warna hitam pekat di bawah awan cumulonimbus ini membawa makna awan ini sangat berat dan akan hujan serta guruh dan kilat bersama. Manakala awan nimbostratus juga awan yang membawa hujan yang mantap dengan saiz awan yang tebal dan hitam pekat. Selain daripada itu, awan stratocumulus dan altocumulus juga boleh menghasilkan hujan renyai. Ini kerana terdapat awan hitam yang memberat namun saiz awan yang kecil menyebabkan tidak banyak hujan yang akan turun. Ini kerana kurang partikel air yang telah dikondensasi oleh awan.

Awan altocumulus

Awan stratocumulus

b) Suhu persekitaran Selain itu,kita boleh meramal hujan dengan merasa suhu panas dan angin panas dengan tiba-tiba sebelum awan mendung kelihatan. Ini kerana udara panas naik ke atas untuk mengalami proses kondensasi supaya partikel air lebih banyak di dalam awan. Partikel ini akan disejukkan dan turun menjadi air hujan.

c) Tekanan udara

Tekanan udara juga memainkan peranan yang penting. Ini di mana sebelum hujan tekana udara di bawah rendah menjadi kan udara lebih ringan untuk naik ke atas. Dan ini menyebabkan cuaca mendung dan angin yang kuat.

d) Kelajuan angin

Sekiranya angin laju dan panas tiba-tiba akan menunjukkan bahwa hujan akan turun. Ini kerana awan hujan bergerak bersama dengan tiupan angin. Ini bergantung kepada arah mata angin untuk menunjukkan dari mana hujan itu akan dating.

Anda mungkin juga menyukai