Anda di halaman 1dari 1

Nuraini bt Zulkeply (D20101039240) Group B Lelaki lembut: Faktor dan Kesan terhadap pembentukan sahsiah pelajar IPTA.

Fenomena transeksual di Malaysia dianggap sebagai gejala kecelaruan jantina atau krisis identiti di mana individu berkenaan mempunyai tingkah laku yang bercanggah dan bertentangan dengan tatacara kehidupan normal seseorang. Transeksual, secara umumnya di Malaysia merujuk kepada lelaki transeksual (mak nyah). Fenomena lelaki lembut ini sudah lama berlaku khususnya di negara Barat dan mereka bebas untuk menjalankan kegiatan mereka. Walau bagaimanapun, fenomena golongan lelaki lembut ini menular sedikit demi sedikit dan kemudiannya semakin bertambah dan menular di tengah masyarakat biarpun kehadiran mereka kurang disenangi oleh kebanyakan individu dan paling kita tidak mahu adalah ianya bercanggahan dengan Agama Islam. Menurut satu sumber, pada tahun 1998, bilangan mak nyah di Malaysia adalah berjumlah sekitar 10,000 orang iaitu 70-80% adalah berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnik minoriti. Istilah mak nyah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1987 apabila golongan ini cuba untuk menubuhkan satu persatuan untuk mereka dan istilah ini digunakan untuk merujuk kepada golongan lelaki transeksual. Begitu juga dengan menularnya fenomena lelaki lembut ini di Institut Pengajian Tinggi Awam mahupun Swasta. Kehadiran golongan ini tidak dapat dikesan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi kerana kemasukan pelajar ke universiti adalah melalui sistem kelayakan. Oleh itu, peratus kemasukan golongan ini sememangnya tidak dapat dihalang. Hal ini sememangnya membimbangkan apatah lagi kes yang melibatkan pelajar lelaki lembut ini semakin menjadi-jadi kerana universiti tempat sebagai melahirkan pelapis pemimpin akan datang akan dicemari oleh golongan ini. Selain itu akan mempengaruhi pembentukan sahsiah pelajar kerana mereka ini sebahagian mahasiswa yang menuntut di tempat yang sama. Oleh itu, pengkaji ini merungkai dengan membuat penyelidikan terhadap fenomena lelaki lembut antara faktor dan kesan terhadap pembentukan sahsiah pelajar di IPTA.

Anda mungkin juga menyukai