Anda di halaman 1dari 5

Pembuka Tirai

Tahun 6 merupakan tahun akhir bagi murid-murid yang berada dan belajar di alam Sekolah Rendah. Murid-murid dalam Tahun 6 akan diuji dan dinilai dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Keputusan ujian ini menjadi penanda aras bagi kejayaan pencapaian untuk kecemerlangan murid sebagai pencapaian individu dan peratus kelulusan bagi pencapaian sekolah. Menyedari kepentingan pencapaian dalam UPSR, kami sebagai peneraju utama murid-murid Tahun 6 berusaha merancang strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang teratur dan konsisten bagi menghasilkan kejayaan cemerlang UPSR pada tahun 2012 ini.

Peranan setiap Ketua Panatia Matepelajaran adalah amat penting dalam bertindak secara inisiatif bagi merancang pengajaran yang berkualiti seterusnya memantapkan dan meningkatkan setiap matapelajaran masingmasing.

Hasil dari jalinan kerjasama dan penggemblengan tenaga yang jitu, diharapkan agar murid-murid akan lebih bersedia sepenuhnya bagi menempuhi UPSR nanti. Harapan kami dan seluruh warga SKTT, semoga muridmurid pada tahun 2012 ini dapat mencipta sejarah dan melakar kecemerlangan yang amat membanggakan.

Prakata
Assalamualaikum. Sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan mempunyai peranan dan tanggungjawab memberi pendidikan yang seimbang kepada anak-anak murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kalau sebelum ini, apabila disebut sahaja perkataan sekolah tergambar di dalam fikiran kebanyakkan orang bahawa ianya adalah salah satu tempat untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baik dengan kerajaan. Dengan adanya Dasar Pendidikan Negara, sekolah bukanlah lagi tempat untuk mendapatkan pelajaran, lulus dalam peperiksaan dan untuk mendapatkan pekerjaan sahaja. Ianya adalah salah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Justeru itu, Kerangka Pencapaian Kecemerlangan UPSR Jangka Panjang berserta dengan huraian bagi penyataan amalan-amalan yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang sempat didokumentasikan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu kita semua menjalankan tugas dengan lebih tersusun dan meyakinkan. Adalah sudah menjadi tradisi dan budaya kita sentiasa menerap dan mengamalkan ciri-ciri yang baik dan positif sepertimana yang dislogankan Pendidikan Cemerlang, Generasi Gemilang dan Terbilang di Kalangan Terbaik sentiasa menjadi buruan kita dari tahun ke tahun. Semoga kita diberikan taufik dan hidayah untuk memperolehi kejayaan sebagaimana yang dirancang dan dicita-citakan. Insya Allah. MELESTARIKAN PENDIDIKAN TERBILANG

Yang benar, (ZUBIR BIN HARUN) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah.

Tarikh : 3 Januari 2012

FALSAFAH SEKOLAH
MENINGKATKAN PRESTASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERSEPADU KE ARAH PEMBENTUKAN SAHSIAH DAN NILAI INDIVIDU YANG MULIA SEJAJAR DENGAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

VISI
VISI SKTT IALAH UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PENDIDIKAN BAGI MELAHIRKAN INSAN SEMPURNA DAN BERKUALITI

MISI SEKOLAH
MISI SKTT IALAH UNTUK MELAHIRKAN MURID YANG MEMPUNYAI JATI DIRI, BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH

VISI UPSR
MELAHIRKAN MODAL INSANIAH INTELEK DAN BERJATI DIRI TINGGI

MISI UPSR
SEDERAP MELAKAR KECEMERLANGAN SEIRING PERKEMBANGAN ZAMAN BERTONGGAKKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

MOTO UPSR
SEDERAP MELAKAR KECEMERLANGAN

Penutup
Adalah menjadi harapan kami guru-guru sekolah ini, agar kejayaan dan kecemerlangan dapat ditempa oleh semua murid kami dalam melengkapkan diri mereka di sekolah rendah bagi menyesuaikan diri kelak dengan suasana sekolah menengah. Dengan adanya sifat dan sikap keperihatinan semua pihak yang terlibat dengan aktiviti projek ini, diharap akan dapat memberi banyak kemudahan dan rangsangan yang positif pada murid-murid, guru-guru serta ibubapa. Kelemahan bukan bererti kebodohan. Namun yang pastinya setiap kelemahan perlu di atasi dan diperbaiki. Justeru itu, dalam menghalakan arah dan tujuan, kita perlu peka di mana kita berada supaya tidak akan hilang pedoman. Dengan adanya perancangan yang teliti dan kemaskini, pihak sekolah berharap akan dapat meningkatkan prestasi pencapaian UPSR sekolah ini. Kejayaan yang dikecapi adalah milik bersama. Sesungguhnya kejayaan di sekolah ini perlu dibanggakan oleh warga yang cintakan kecemerlangan dalam pendidikan. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Bertawakallah kepada-Nya kerana sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan usaha yang murni. Sesungguhnya perkara yang paling hina dan teruk di dunia ini ialah sesuatu perancangan dan aktiviti yang telah disusun atur dengan terperinci dan sistematik tetapi tidak dilaksanakan dengan betul dan penuh kejujuran. Oleh itu bagi mencapai sesuatu kejayaan dalam sesuatu perancangan perlu dibuat secara berfokus dan berintegriti. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit adalah merupakan salah satu elemen yang menjurus kepada sesuatu kejayaan. Transformasi minda, sikap dan budaya kerja perlu diaplimentasikan secara serentak ke arah pencapaian matlamat dan kejayaan yang sebenar-benarnya. Kepuasan seseorang pendidik itu bukanlah terletak kepada penghargaan dan hadiah wang ringgit tetapi lebih kepada kejayaan anak didiknya.

Anda mungkin juga menyukai