Anda di halaman 1dari 7

MZU3104 Pendidikan Muzik

Asas

Tajuk 4

APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang faktor-faktor psikologikal yang mempengaruhi tingkahlaku muzikal seseorang berdasarkan domain-domain pengajaran dan pembelajaran muzik. Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran seseorang, domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar sementara domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Hasil Pembelajaran 1. muzik; 2. 3. Mengamalkan pengetahuan yang dikuasai dalam kehidupan seharian dan Bekerjasama dengan rakan untuk pembelajaran yang berkesan. Menghuraikan aplikasi faktor psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Kerangka tajuk ini

Aplikasi psikologi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik

Domain kognitif (taksonomi Bloom)

Domain afektif (taksonomi Krathwohl)

Domain psikomotor (Simpson)

Hasil pembelajaran

22

MZU3104 Pendidikan Muzik

Asas

4.1

Domain Kognitif Domain Kognitif yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian dan ketrampilan berfikir. Domain Kognitif (Taksonomi Bloom) Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan yang dibahagi menjadi beberapa domain dan setiap domain tersebut dibahagi dalam pembahagian yang lebih terperinci berdasarkan hierakinya. Bloom membahagi domain kognitif kepada enam peringkat yang bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang sukar dicapai.

Peringkat Pengetahuan

Kefahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian

Definisi Peringkat ini adalah peringkat yang rendah sekali. Ia bermaksud keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip,prosedur dan peristiwa yang berlaku. Peringkat ini memerlukan pelajar-pelajar mengingat balik perkara-perkara yang telah dipelajari. Peringkat ini bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna. Pelajar boleh menjelaskan kefahaman mereka dalam bentuk tulisan, lisan atau simbol tertentu.Peringkat ini adalah satu tahap yang tinggi sedikit daripada tahap pengetahuan tentang sesuatu. Peringkat ini bermaksud keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum,prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am. Pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Peringkat ini memerlukan kafahaman yang lebih tinggi dan mendalam. Peringkat ini bermaksud keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut. Peringkat ini adalah lebih tinggi daripada peringkat aplikasi dan kefahaman kerana kebolehan menganalisa memerlukan kefahaman isi, aplikasi dan juga penyusunan pecahan-pecahan kepada struktur supaya mudah difahami. Peringkat ini adalah kebolehan menggabungkan pecahanpecahan kecil kepada satu bahagian yang lebih besar dan yang baru. Ini bermakna ia menyatukan bahagian-bahagian itu hingga menjadi satu bentuk yang lengkap. Kebolehan pada peringkat ini memerlukan tingkah laku yang kreatif untuk membentuk struktur yang terbaharu daripada unsur-unsur yang lama. Peringkat ini adalah berkenaan dengan kebolehan menghasilkan nilai sesuatu bahan untuk sesuatu tujuan tertentu.Kebolehan menilai adalah peringkat pembelajaran yang tertinggi kerana pemikiran menilai hanya boleh berlaku sekiranya kebolehankebolehan di peringkat bawah yang lain telah sedia diperolehi. 23

MZU3104 Pendidikan Muzik

Asas

Sila layari dan rujuk alamat laman web berikut: http://www.ukzn.ac.za/musiced/Taxonomies.htm

Cuba anda fikirkan bagaimana setiap peringkat dalam Domain Kognitif Bloom dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik.

Anda dikehendaki berbincang dengan rakan sebaya (menggunakan OLL).

Catatkan bagaimana anda akan menggunakan domain kognitif Bloom semasa mengajar muzik di sekolah rendah. Masukkan semua bahan ke dalam folio anda.

4.2

Domain Afektif Domain Afektif menekankan aspek perasaan dan emosi seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Domain Afektif (Taksonomi Krathwohl) Krathwohl menghasilkan taksonomi dalam domain afektif. Domain afektif ialah perkaitan dengan emosi seperti perasaan, penghargaan dan sikap yang enthusiastic. Krathwohl mengkategorikan domain afektif kepada lima peringkat iaitu penerimaan (receiving), tindakbalas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set) dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai (characterizing by value) Peringkat 24 Definisi

MZU3104 Pendidikan Muzik

Asas

Penerimaan (Receiving)

Sedar tentang idea-idea tertentu, bahan atau fenomena dalam persekitarannya. Contohnya mendengar syarahan tentang sesuatu model yang berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bertindakbalas (Responding) Menunjukkan tingkah laku yang baru berdasarkan pengalaman. Contohnya pelajar menjawab soalan berdasarkan sesuatu model atau menulis semula bahan kuliah pada keesokkan hari. Menilai (Valuing) Menunjukkan penglibatan yang kekal. Contohnya seseorang individu cuba memikirkan bagaimana pengajaran boleh diubahsuai berdasarkan model yang telah dipelajari dan kemungkinan menjana satu set latihan dengan menggunakan konsep yang telah dipelajari. Organisasi (Organization) Mengintegrasi nilai baru dengan nilai yang sedia ada. Contohnya seseorang pendidik akan mengatur arahan dan penilaian berkaitan dengan model yang telah dipelajari. Bertindak secara konsisten dengan nilai Ini merupakan peringkat yang paling baru (Characterization by value or value tinggi dimana seseorang akan set) menggunakan model yang dipelajari untuk memperkembang nilai tersebut.
Diadaptasikan dari :Krathwohl,D.,Bloom,B.,&Masia,B.(1956). Taxonomy of educational objectives.Handbook II:Affective domain.New York:David McKay.

Sila layari laman web berikut:Alamat rujukan : http://serc.carleton.edu/NAGTWorkshops/affective/intro.html

Cuba anda fikirkan apakah kepentingan domain afektif dalam pendidikan muzik? Anda dikehendaki berbincang dengan rakan sebaya (menggunakan OLL).

Tuliskan idea-idea anda dengan menggunakan pengurusan grafik. Masukkan semua bahan-bahan dalam folio anda.

25

MZU3104 Pendidikan Muzik

Asas

4.3

Domain Psikomotor Domain psikomotor menekankan aspek ketrampilan motor seperti tulisan tangan, berenang atau mengoperasikan mesin. Domain Psikomotor (Simpson) Simpson menekankan domain psikomotor yang berkenaan dengan pergerakan fizikal, koordinasi dan kegunaan kemahiran motor. Perkembangan untuk kemahiran ini memerlukan latihan dan penilaian melalui proses, ketetapan dan teknik. Terdapat tujuh peringkat dalam domain tersebut.

Peringkat Persepsi (Perception) Set (Set) Respon yang dipandu (Guided response) Mekanisme (Mechanism) Tindakbalas kompleks (Complex or overt response) Adaptasi (Adaptation) Keaslian (Origination)

Definisi Menggunakan deria untuk aktiviti fizikal. Contohnya mendengar bunyi tali gitar sebelum membuat penalaan. Bersedia untuk mengambil tindakan secara mental, fizikal dan emosi. Contohnya memerhati bagaimana pemimpin orkestra mula memimpin sebuah orkestra. Bertindak samada dalam bentuk imitasi atau melalui process trial and error secara berpandu. Contohnya mengikut arahan untuk membina sesuatu model. Keupayaan melakukan kemahiran yang kompleks. Contohnya cara menggunakan sebuah komputer. Ia melibatkan penggunaan kemahiran yang kompleks. Contohnya menunjukkan kebolehan semasa bermain piano. Dapat mengadaptasi sesuatu kemahiran motor dalam situasi baru. Contohnya mengunakan kemahiran mengoperasi typewritter elektronik pada komputer. Memperkembangkan kemahiran motor baru dengan sendiri untuk berhadapan dengan situasi baru. Contohnya memperperkembangkan program latihan komprehensif yang baru.

Sila layari laman web berikut:Alamat rujukan : http://www.ukzn.ac.za/musiced/Taxonomies.htm

Cuba anda fikirkan cara anda dapat menggunakan domain psikomotor dalam pengajaran dan pembelajaran muzik.

26

MZU3104 Pendidikan Muzik

Asas

Anda dikehendaki berbincang dengan rakan sebaya (menggunakan OLL).

Catatkan idea-idea anda secara pengurusan grafik. Masukkan semua bahan-bahan dalam folio anda.

Bahan bacaan untuk rujukan anda.

Abeles,H., Hoffer,C.& Klotman,R.(1984). Foundations of Music Education. New York:Schirmer Books. Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., and Masia, B.B. (1964). Taxonomy of educational objectives: Handbook II: Affective domain. New York: David McKay Co. Seels and Glasgow. (1990). Exercises in instructional design. Columbus OH: Merrill Publishing Company. Simpson,E.(1972). The classification of educational objectives in the psychomotor domain: The psychomotor domain. Vol.3.Washington, DC:Gryphon House.

http://www.ukzn.ac.za/musiced/Taxonomied.htm http//classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resouces2/krathstax.htm

27

MZU3104 Pendidikan Muzik

Asas

4.4

Hasil Pembelajaran Muzikal dalam Bentuk Tingkahlaku Hasil pembelajaran muzikal dalam bentuk tingkahlaku adalah berdasarkan peringkat atau aras mengikut domain kognitif, domain afektif atau domain psikomotor. Berikut adalah contohcontoh hasil pembelajaran muzikal dalam bentuk tingkahlaku dari domain kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif Aras Penilaian - Mentafsir Atau Mengesan Unsur Pengulangan Ritma Dalam Frasa Atau Kord Yang Sesuai Dalam Iringan. Domain afektif Aras tindak balas - Memberi reaksi yang aktif selepas mendengar rangsangan yang diberi. Domain psikomotor Aras penciptaan - Membuat pola gerakan baru yang sesuai dengan muzik iringan yang disediakan.

Cuba anda fikirkan hasil pembelajaran muzikal dalam bentuk tingkahlaku berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah rendah.

Latihan 4 1. Berdasarkan Taksonomi Bloom, Krathwohl atau Simpson, anda dikehendaki menulis esei sepanjang tiga hingga empat mukasurat bagaimana salah satu taksonomi tersebut dapat diaplikasikan dalam pengajaran pendidkan muzik di sekolah rendah. 2. Masukkan semua bahan rujukan dan hasil tulisan esei anda ke dalam portfolio. Portfolio perlu diserahkan semasa interaksi bersemuka.

28

Anda mungkin juga menyukai