Anda di halaman 1dari 46

Kuliah Ke 3: KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

Maksudnya - Elemen-elemen yang mendasari Tamadun Islam

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

KONSEP RABBANI ( KETUHANAN )

LENGKAP DAN MENYELURUH

SARWAJAGAT ( UNIVERSAL )

TETAP DAN ANJAL

IDEAL DAN REALISTIK

1. BERSIFAT RABBANIYAH

Rabbaniyyah bermaksud segala konsep, prinsip, nilai, hukum, dan peraturan yang terdapat dalam Tamadun Islam adalah secara mutlak daripada Allah swt. Justru, setiap pembangunan dan ketamadunan yang dibina dalam Tamadun Islam mesti menepati nilai dan prinsip yang ditetapkan oleh Allah swt.

2. BERSIFAT LENGKAP DAN MENYELURUH

Tamadun Islam merangkumi hubungan manusia dengan Tuhannya, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam yang terdiri daripada alam cakrawala, alam sekeliling, binatang, tumbuh-tumbuhan, alam ghaib (alam jin dan malaikat) yang saling kait mengait antara satu sama lain.

2. BERSIFAT LENGKAP DAN MENYELURUH

Tamadun Islam meletakkan peraturan yang menjaga individu, keluarga, masyarakat, kenegaraan dan hubungan antarabangsa.

Konsep ibadah khusus dan ibadah umum yang dianjurkan oleh Islam memperluaskan dan memberi peluang kepada umat Islam menjalankan ketaatan dan ibadah dalam konteks yang berbagai.

3. BERSIFAT ALAMIYYAH (Universal)

Sejarah telah membuktikan bahawa Tamadun Islam telah berjaya membina dan mempelopori peradaban dan ketamadunan manusia sejagat.

Apabila Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia, pembinaan tamadun Islam mengambilkira perbezaan budaya setempat dan menerima unsur tamadun yang sedia ada. Tamadun Islam tidak merendahkan tamadun lain, malah mengangkat martabat peradaban manusia dan kemanusiaan.

3. BERSIFAT ALAMIYYAH (Universal)


Konsep yang ditampilkan dalam sifat ini ialah persamaan sesama manusia yang berbilang bangsa, kaum dan darjat. Tamadun Islam amat sesuai untuk seluruh umat manusia di setiap tempat dan zaman, tanpa dibatasi oleh batasan politik, budaya, bangsa ataupun sempadan geografi.

4. BERSIFAT TABIIYAH / SESUAI DENGAN FITRAH

Tamadun yang dibina memupuk sifat-sifat positif dan sifat semula jadi yang ada pada manusia antaranya memerlukan panduan kerohanian dan ilmu, sukakan keindahan dan kesenian, suka kemajuan dan perubahan, berinovatif, bersistematik bermula pada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

5. BERSIFAT WAQIIYYAH ( Praktikal )


Islam

realistik dengan mengambil kira realiti manusia dan alam sejagat. Orang yang sakit dan uzur ada kaedah khusus untuk melakukan solat dan dibenarkan berbuka puasa.

5. BERSIFAT WAQIIYYAH ( Praktikal )


Orang yang cacat tidak diwajibkan berperang, malah mereka perlu diberi perlindungan. Kefardhuan haji dan zakat hanya kepada orang-orang yang mempunyai harta dan berkemampuan sahaja.

6.BERSIFAT TETAP DALAM KEANJALAN

Tamadun Islam tetap dan tidak berubah dari segi matlamatnya, tetapi ia anjal dan fleksibel dari segi cara dan teknik perlaksanaannya. Islam memberi kebebasan dari segi cara merealisasikan sesuatu tamadun berdasarkan adat resam bangsa dan budaya masingmasing tetapi tidak melangkaui paradigma tauhid yang menjadi asas tamadun Islam

7.BERSIFAT TOLERANSI DAN TERBUKA

Tamadun Islam terbuka kepada semua tamadun yang tidak bercanggah dengan syariat terutamanya dalam dialog dan interaksi antara tamadun .

7.BERSIFAT TOLERANSI DAN TERBUKA

Islam membenarkan dan menggalakkan penerusan sesuatu unsur tamadun yang membawa kebaikan selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak menjejaskan hak orang lain dalam tamadun tersebut Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran dan perkembangan tamadun Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan kepercayaan mereka untuk mengekalkan kesetabilan dan keharmonian masyarakat.

Prinsip/Dasar Tamadun Islam:


1.

2.
3.

4. 5.

Memelihara agama Memelihara akal Memelihara jiwa / maruah/ keturunan Memelihara harta Memelihara kebebasan

1. Memelihara Agama
Rasional: Tamadun Islam dicetuskan dari ajaran agama Islam Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Mencipta dan Maha Berkuasa Melaksanakan tanggungjawab agama Memelihara Syiar Islam Menghormati penganut agama lain( hak mereka mengamalkan ajaran agama )

2. Memelihara Jiwa
Rasional:Jiwa/nyawa adalah kurniaan Allah yang tidak boleh diganti / dicipta Suruhan menjaga keselamatan, kesihatan, pemakanan. Berubat jika sakit Larangan merosakkan diri, membunuh diri, membunuh orang lain ( kecuali perintah mahkamah ), pengguguran bayi

2. Memelihara jiwa /Nyawa

Allah s.w.t. mengurniakan manusia kehidupan (al-Hijr :23) Seseorang yang membunuh dirinya atau orang lain telah melakukan jenayah sosial yang besar iaitu melawan qadak Allah dan kekuasaan-Nya (an-Nisa: 30)

3. Memelihara Maruah
Rasional:Karamah Insan menentukan kedudukannya di sisi Allah & manusia Suruhan menjaga pergaulan, menutup aurat, menjaga nama baik, berkahwin Larangan bergaul bebas, mendedah aurat, memfitnah, berzina / jenayah seks, melayari web lucah dll

3.Memelihara Maruah/ Kehormatan & Keturunan

Allah s.w.t. menciptakan manusia dengan sebaik kejadian telah tetap kehormatannya sebagai bani Adam tanpa mengira agama, keturunan, bahasa dan keadaannya.

Setiap manusia menerima balasan mengikut apa yang telah dilakukannya (an-Najm : 39).
Islam juga menyediakan peraturan perkahwinan untuk menjamin kehormatan dan kemuliaan keturunan.

4. Memelihara Akal
Rasional:Unsur yang membezakan insan dari makhluk lain Suruhan Mencari ilmu, membaca bahan yang baik. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu tanpa dibatasi had masa, tempat dan bangsa.

4.Memelihara akal fikiran

Umat Islam dilarang mengambil sesuatu yang boleh merosakkan akal fikiran sebagai lambang manusia yang bertaqwa kepada Allah(s.w.t.) Larangan minum arak, dadah dan seumpamnya Islam menggalakkan pemikiran yang berteraskan tauhid kepada Allah (s.w.t.) dan melarang pemikiran yang mempunyai unsur negatif. (alAnkabut: 43)

5.Memelihara Harta
Rasional:Harta adalah amanah dan pinjaman. Ianya bukan milik yang mutlak Suruhan Mencari rezeki yang halal, dari sumber yg halal, digunakan utk kebaikan Larangan Mengambil hak orang lain spt mencuri, merompak, menyamun,salahguna, menyeleweng

5. Memelihara harta benda

Islam menyediakan garis panduan mengenai hak memiliki harta benda dan sejajar dengan fitrah manusia.

Mempertahankan harta benda yang diperolehi dengan cara yang halal adalah sesuatu yang dituntut di dalam Islam

6. Memelihara Hak/ Kebebasan


Rasional: Menetapkan suatu garis panduan mengenai hak seseorang , batasannya Hak dan Tanggungjawab saling beriringan Pada semua peringkat diri, keluarga, jiran, masyarakat

6.Memelihara hak & kebebasan...

Islam telah menetapkan hak dan kebebasan seseorang individu sejak ia dilahirkan. Setiap muslim hendaklah membebaskan dirinya dari kongkongan nafsu yang jahat (alFurqaan : 43).

Teras bagi segala kebebasan ialah kebebasan fikiran yang tiangnya adalah kebebasan beragama ( al-Baqarah : 256)

Kuliah ke 4

Apakah sumber-sumber Tamadun Islam? Bagaimana sumber-sumber itu menyumbang ke arah pembinaan tamadun? Apakah garis panduan bagi memastikan sesuatu penemuan baru diterima dalam tamadun Islam?

Sumber-sumber Tamadun Islam


1.

2.
3.

Wahyu Akal Penemuan baru

Wahyu/ Revelation
1. Al-Quran Kalam Allah ( yang diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur ( 23 tahun ) dan mutawatir, di dalam bahasa Arab, dijamin keesahannya sehingga hari kiamat

Hadis
Segala perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad s.a.w Dibukukan dalam Kitab-kitab Hadis Dijamin keesahan dan kebolehpercayaannya kerana mempunyai prosedur yang ketat dalam proses pengumpulan

Akal
Selari dengan tuntutan syariat Menggalakkan kreativiti Mengiktiraf keupayaan para sarjana bagi mempertingkatkan kehidupan manusia dalam semua bidang kehidupan

Penemuan Baru
Islam menggalakkan kreativiti yang sihat dalam semua bidang kehidupan Berdasarkan kajian dan penyelidikan para sarjana dalam berbagai bidang spt sains tulen, sains gunaan, sosial, pendidikan dll

Matlamat Tamadun Islam

Memelihara hubungan dengan Allah Memelihara hubungan sesama manusia Memelihara hubungan dengan alam sekitar/makhluk lain

Keridhaan Allah
Apa pun yang dilakukan hendaklah kerana mendapatkan keridhaan Allah Maksudnya mengikut perintah, undang-undang, peraturan dan sunnah yang telah Allah tetapkan

1. Hubungan manusia dengan Allah s.w.t.

Islam menganjurkan manusia memikirkan Allah s.w.t sebagai pencipta dan kandungan alam ciptaan Nya. Hubungan manusia dengan pencipta adalah matlamat terpenting dan terakhir dalam kehidupan seperti yang telah dijelaskan dalam surah al-Taubah ayat 24. Kesan hubungan manusia dengan Allah swt. akan melahirkan pengiktirafan manusia yang dicipta terhadap penciptanya dan alam semesta dan memiliki perasaan bertanggungjawab melalui suatu hubungan yang murni.

2.Hubungan Manusia Sesama Manusia

Hakikat hubungan manusia sesama manusia adalah dinilai kemuliaannya disisi Allah s.w.t. hanyalah berdasarkan ketaqwaan dan ketaatan kepada- Allah swt. (al-Hujurat: 13). kepentingan hubungan manusia sesama manusia dijelaskan dan digambarkan di dalam hadith yang bermaksud :

Hubungan sesama manusia

Bermula dengan ahli keluarga Saling menghormati tanpa mengira bangsa, warna, agama Tidak membezakan manusia kerana darjat / kedudukan Memberikan layanan yang sama rata cth hak jiran tetangga Menunaikan tanggungjawab kemasyarakatan cth membantu orang susah & memerlukan

Hubungan sesama manusia

Sesama Muslim - Orang mukmin itu dengan

mukmin yang lain adalah laksana satu bangunan, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Institusi Keluarga
1. 2. 3.

4.

Institusi Perkahwinan memelihara keturunan Hak setiap ahli keluarga Tanggungjawab setiap ahli( saling berperanan & menyumbang) suami, isteri, anak-anak Keluarga yang baik asas pembinaan bangsa yang maju & bertamadun

Kejiranan
1.

2.

Hak dan tanggungjawab jiran Rukun kejiranan saling hormat menghormati, memberi dan terima, bekerjasama, bertolak ansur

Tanggungjawab kemasyarakatan
1. 2.

3.

Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima Tidak sempurna iman seseorang kamu jika ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri. Orang beriman itu umpama suatu jasad.

Hubungan dengan Alam Sekitar


Alam adalah amanah Allah kepada manusia Allah mencipta seluruh isi alam untuk manfaat manusia Manusia adalah pengurus alam ( khalifah )

3. Hubungan Manusia Dengan Alam Sejagat

Kedudukan manusia yang istimewa dengan dikurniakan pancaindera dan akal fikiran melayakkannnya menjadi khalifah di alam ini. (al-Nahl: 14) Kedudukan hubungan manusia dengan alam adalah juga untuk manusia melakukan penyelidikan dan kajian menghayati kekuasan Allah swt. (al-Sajdah:27)

Pembangunan yang mesra alam


Bersahabat dengan alam secara beradab Pembangunan yang sepadu Mengekalkan eko sistem Perancangan jangka panjang

Akhlak terhadap alam


Berkongsi memanfaatkan alam Tidak memusnahkan keseimbangan alam( eko sistem ) Berusaha memelihara alam untuk generasi akan datang

RUMUSAN

Pencapaian umat Islam dalam kehidupan untuk melahirkan sebuah tamadun yang gemilang hendaklah berasaskan pandangan semesta

Rumusan

Islam yang bersumberkan al Quran dan al Sunnah, mempunyai matlamat yang telah dibincangkan dan memiliki sifat-sifat khusus yang digariskan serta bermatlamatkan segala aspek yang dinyatakan.

Anda mungkin juga menyukai