Anda di halaman 1dari 7

KOLOID

1. PENGENALAN Sistem koloid berada di antara sistem larutan benar dan ampaian. Larutan benar adalah larutan yang mengandungi molekul atau ion seperti larutan gula dan garam. Manakala ampaian adalah zarah-zarah yang terdiri lebih daripada satu molekul dan cukup besar untuk dilihat dengan mata. Saiz zarah koloid lebih kurang 5nm hingga 200 nm dan hanya boleh dilihat menerusi mikroskop. Julat saiz ini hampir sama dengan jejari molekul kanji atau protein. Zarah koloid terdiri daripada agregat banyak molekul atau agregat satu molekul seperti AgCl, As2S3, Au, protein, kanji dan polimer.

Sistem koloid merupakan sistem dua fasa kerana terdapat permukaan yang memisahkan zarah atau fasa sebaran dan medium sebaran. Pada permukaan terdapat sifat jerapan dan keupayaan elektrik.

2. JENIS KOLOID

Medium sebaran gas gas cecair cecair cecair pepejal pepejal pepejal

Fasa sebaran cecair pepejal gas cecair pepejal gas cecair pepejal

Nama Sistem Aerosol aerosol foam(busa) emulsi sol buse pepejal gel gel

Contoh Kabus, awam asap krim susu, magnesia sol emas pumika jeli kaca rubi

3. PENYEDIAAN KOLOID HIDROFOBIK DAN LIOFOBIK

KOLOID HIDROFOBIK Ia juga disebut sol hidrofobik jika medium serakan adalah air. Contoh sol hidrofobik ialah As 2S3, Au dan AgCl. Fasa serakan tidak terserak dalam air secara spontan atau kurang afiniti terhadap air maka ia tidak stabil. Ia mudah digumpalkan oleh penambahan elektrolit. Koloid hidrofobik adalah stabil kerana terdapat jerapan ion pada zarah koloid dan menyebabkan zarah saling tolak menolak.

Penyediaan koloid hidrofobik Dua cara penyediaan a) Kaedah kondensasi/agregatan (kaedah kimia)

Zarah koloid dibina daripada molekul tunggal di mana satu larutan tepu campuran disediakan dalam medium serakan dengan mengawal suhu dan kepekatan medium serakan yang rendah.

b)

Kaedah serakan (kaedah fizikal) Zarah koloid disediakan dengan memecahkan fasa serakan kepada zarah koloid.

Kaedah kondensasi Fasa serakan adalah dalam keadaan larutan benar. Tindak balas kimia menghasilkan sol dan dilakukan secara berhati-hati dengan mengawal kepekatan bagi mencegah pengumpalan.

Penurunan Melibatkan tindak balas penurunan garam atau oksida logam. Agen penurun yang digunakan ialah

formaldehid, hidrogen, karbon monoksida, hidrazina, hidroksilamina dan tanmin. Contoh: koloid emas. Beberapa titis AuCl 0.1% ditambahkan ke dalam 100 ml air. Tambahkan sedikit K2CO3 untuk peneutralan larutan terhasil. Tambahkan bahan penurun tannin. Tannin juga berfungsi sebagai agen pelindung koloid Au daripada mengumpal. Koloid logam lain seperti koloid perak.

Pengoksidaan Sol sulfur disediakan secara pengoksidaan hidrogen sulfida dengan sulfur dioksida. 2H2S + SO2 3S + 2H2O

atau mengasidkan larutan natrium tiosulfat Na2S2O3 + HCl 2NaCl + SO2 + H2O + S

Sol ini kurang stabil kerana terdapat NaCl. Pengoksidaan Sol sulfur disediakan secara pengoksidaan hidrogen sulfida dengan sulfur dioksida. 2H2S + SO2 3S + 2H2O

atau mengasidkan larutan natrium tiosulfat Na 2S2O3 + HCl 2NaCl + SO2 + H2O + S

Sol ini kurang stabil kerana terdapat NaCl.

Keseimbangan ion Koloid AgCl disediakan dengan menambahkan larutan AgNO3 kepada larutan NaCl yang cair. Satu larutan keruh terhasil tetapi tiada mendakan Ag + + Cl-

l AgCl

Koloid arsenik sulfida disediakan secara menambahkan larutan hidrogen sulfida kepada larutan arsenious oksida 2As3+ + 3S= l As 2S3

Kaedah hidrolisis Kaedah ini digunakan untuk menyediakan sol oksida dan hidroksida. Contoh: sol ferik oksida disediakan dengan cara larutan FeCl3 dimasukkan dalam air mendidih. 2FeCl3 + 6H2O

l Fe2O3.3H2O + 6HCl

Kaedah pertukaran pelarut Contoh sulfur larut dalam alkohol tetapi tidak larut dalam air. Sol sulfur disediakan dengan menambahkan larutan sulfur dalam etanol tepu ke dalam air berlebihan dan dikacau.

Kaedah serakan Pencanaian koloid Bahan dihancurkan/dicanai sehingga menghasilkan zarah-zarah bersaiz koloid dan diserakkan dalam media. Contoh sol sulfur

Penyepaian elektrik - kaedah Bredig Arka dihasilkan diantara dua elektrod logam alam air. Arka yang dihasilkan menyebabkan suhu tinggi dan mengubah logam kepada wap. Wap dikondensasikan dalam air. membentuk zarah koloid - contoh sol Au, Pt, Ag. Kaedah Peptisasi Penyerakan bahan dilakukan oleh agen peptisasi. Agen peptisasi adalah elektrolit. Tambahkan sedikit elektrolit kepada bahan yang akan dijadi koloid. Bahan akan menjerap ion elektrolit menyebabkan zarah bercas dan saling tolak menolak contoh:

Al(OH)3 + AlCl3 mendakan

t Al(OH)3
elektrolit sol

CdS

H2

t CdS
sol

mendakan

elektrolit

AgCl

AgNO3 elektrolit

AgCl sol

Mendakan

Fe(OH)3

NaOH

Fe(OH)3

elektrolit sol

KOLOID LIOFOBIK Fasa serakan (selulosa, protein, polimer surfaktan) mempunyai afiniti yang kuat terhadap pelarut. Sol jenis ini lebih stabil.

Penyediaan sol adalah secara serakan spontan dalam pelarut atau kaedah peptidaan seperti selulosa yang dilarutkan dalam campuran etanol-eter.

4. SIFAT KOLOID

Penyerakan cahaya Zarah koloid masih dapat dikesan secara optik. Apabila alur cahaya dituju kepada larutan benar lintasan cahaya tidak dapat dikesan. Jika terdapat zarah koloid, alur lintasan cahaya dapat kesan kerana zarah koloid menyerakkan cahaya. Kesan ini dikenali sebagai kesan Tyndall. Akibatnya keamatan sinar yang diserakan I lebih tinggi daripada sinar tuju Io

I = Ioe-l dimana ialah kekeruhan (turbidity) dan l ialah panjang lintasan cahaya

Zarah-zarah koloid bergerak (dikesan dengan ultramikroskop) secara cepat dan berterusan (gerakan Brown). Zarah dikesan secara berasingan sebagai kilat cahaya akibat dari penyebaran cahaya. Teknik ini boleh digunakan untuk menentukan bilangan zarah dalam sol. Jika jumlah bahan sol diketahui, anggaran saiz zarah koloid boleh ditentukan.

Sifat elektrik Apabila dua elektrod diletakkan dalam sol dan dikenakan keupayaan elektrik, zarah akan bergerak kepada satu arah. Ini menunjukkan zarah koloid bercas. Pergerakan zarah koloid dalam medan elektrik disebut elektroforesis. Pergerakan ini berlaku disebabkan oleh keupayaan elektrokinetik. Ia wujudnya kerana lapisan ganda dua elektrik pada permukaan.

Tga model lapisan ganda dua elektrik. Model Helmholtz - bagi lapisan ganda dua tetap Model Gouy dan Chapman Model Stern

5. KESTABILAN SOL LIOFOBIK DAN LIOFILIK

Kestabilan sol liofobik Kehadiran cas pada zarah koloid liofobik menentukan kestabilan. Penolakan di antara zarah yang sama cas menahan zarah saling mendekati untuk menggumpal. Cas pada zarah koloid dihasilkan oleh penjerapan ion. Jika larutan argentum (Ag + ) ditambah berlebihan pada larutan NaI, sol AgI bercas negatif terbentuk kerana Iterjerap

Ag + + NaI

AgI sol negatif

berlebihan

Jika ion I- cair ditambah AgNO3 berlebihan sol bergas positif terbentuk kerana Ag + terjerap

I- + AgNO3 berlebihan

AgI

sol positif

Kestabilan sol liofilik Bagi sol liofilik kestabilan sol wujud kerana bahan sendiri mengion membentuk fasa sebaran. Contoh protein mempunyai cas positif atau negatif disebabkan pengionan kumpulan -COOH, -NH3+ , Pd pH rendah protein bercas positif kerana terdapat NH3+ pada pH tinggi molekul bercas negatif kerana terdapat ----COO- dan - O 6. KESAN PENAMBAHAN ELEKTROLIT

Penambahan elektrolit mempengaruhi kestabilan zarah koloid kerana terdapat perubahan cas pada zarah. Sol liofolik senstif terhadap penambahan elektrolit - menggumpal dengan mudah. Ini disebabkan ion yang berlawanan cas akan ditarik ke permukaan zarah (dijerap) melalui tarikan elektrostatik. Apabila cas pada zarah koloid berkurangan maka tolakan antara zarah koloid berkurangan. Bagi sol Au penambahan NaCl, Na + akan dijerap akan mengurangkan cas negatif dan mengurangkan tolakan. Semakin besar cas pada ion yang berlawanan semakin kuat kesan penggumpalan elektrolit yang ditambah iaitu bagi ion yang bercas besar kepekatan ion yang kecil cukup untuk menggumpalkan zarah koloid. Sebaliknya ion bercas kecil memerlukan kepekatan yang lebih besar untuk menggumpalkan zarah. Aturan ini disebut aturan SchulzeHardy.

Bagi koloid liofilik, kepekatan elektrolit yang tinggi diperlukan untuk menggumpalkan koloid. Ini disebabkan zarah koloid liofilik dilindungi beberapa lapisan air yang tarikat dan tidak mudah ditambusi oleh ion. Sol liofilik boleh dilindungi daripada penggumpalan penambahan ion dengan cara menambahkan koloid liofilik atau koloid pelindung 7. GEL DAN EMULSI Gel Dalam keadaan tertentu, sol liofilik boleh menggumpal dan menghasilkan bahan yang semikenyal bak kanjii dan dikenali sebagai gel. Ada dua jenis gel iaitu gel kenyal dan gel tak kengal. Gel kenyal seperti jeli, jem, puding jagung. Gel tak kenyal seperti asid silisik atau silika gel, Al(OH)3 dan polimer hidrogel. Gel dibentuk dari molekul rantai panjang. Dalam bentuk gel, rantai molekul membentuk jaringan silang menyilang menyebabkan kelikatan bertambah dan menghasilkan bahan semipepejal.

Gel kenyal dihasil semula selepas penyahhidratan dengan penambahan air. Gel tak kenyal selepas penyahhidratan menghasilkan pepejal bak kaca dan tidak membentuk gel dengan penambahan air. Gel kenyal boleh menyerap pelarut dan mengembang. Gel tak kenyal boleh menyerap pelarut tetapi tidak mengembang. Air hanya memasuki melalui liang gel yang tegar. Isipadu gel tak kenyal tidak berubah.

Emulsi Terdapat dua jenis cecair dalam emulsi iaitu air dan minyak. Minyak dirujuk kepada cecair organik yang tidak larut dalam air. Dua jenis emulsi iaitu emulsi air dalam minyak (w/o) dan minyak dalam air (o/w). Emulsi berbentuk titisan cecair tunggal (air atau minyak) yang terserak dalam minyak atau air. Saiz titisan mempunyai diameter 0.1 hingga 1 m iaitu lebih besar daripada zarah sol. Emulsi adalah koloid hidrofobik, maka ia tidak stabil. Untuk kestabilan emulsi, ia memerlukan agen penstabil atau agen pengemulsi seperti surfaktan (sabun dan detegen). Bahan ini terjerap dengan mudah pada antara muka minyak dan air. Rantai hidrokarbon melekat pada minyak dan kumpulan berkutub melekat pada air. Tindakan agen pengemulsi ialah mengurang tegangan antara muka di antara dua fasa. Tegangan

permukaan menyebabkan permukaan cecair menjadi kecil. Bila tegangan permukaan tinggi antara fasa sebaran dan medium sebaran menyebabkan emulsi terpisah (setiap fasa menggumpal). Susu adalah contoh o/w di mana butiran lemak diserak dalam air dan distabilkan dengan protein kasein sebagai pengemulsi. Penyediaan farmaseutikal dan kosmetik adalah emulsi. air dan distabilkan dengan protein kasein sebagai pengemulsi. Penyediaan farmaseutikal dan kosmetik adalah emulsi.

8. SURFAKTAN

Ia terdiri daripada dua bahagian yang dikenali sebagai hidrofilik (suka air) dan hidrofobik (benci air). Bahagian hidrofobik terdiri daripada rantai hidrokarbon R dimana n = 10-20 atom C. Bahagian hidrofilik boleh bercas negatif seperti -COO- & SO3- dan positif seperti -NH2 contoh natium lauril sulfat. C12H25OSO3Na C17H35CO2Na (C18H37)2N(CH3)2Cl

Surfaktan boleh membentuk agregat disebut misel. Misel terbentuk apabila kepekatan surfaktan dalam larutan melebihi satu kepekatan tertentu yang disebut kepekatan misel genting.. Kepekatan misel genting bagi SDS ialah 0.008M.

Bilangan molekul dalam satu misel lebih daripada 20 molekul

Bahagian hidrofilik bersentuh dengan air dan bahagian hidrofobik beragregat dan bersentuhan dengan minyak. Selepas kepekatan takat genting misel boleh berkumpul dalam bentuk rod.

Apabila satu sistem terdiri daripada surfaktan, kosurfaktan seperti alkohol rantai panjang (heksanol dekanol) dan air dimana kandungan surfaktan lebih banyak dari air, satu lagi sistem yang disebut misel songsang terbentuk.

Anda mungkin juga menyukai