Anda di halaman 1dari 4

KERTAS MODEL SAINS UPSR 2 BAHAGIAN B Jawab semua soalan. Tulis jawapan kamu di dalam ruangan yang disediakan.

Masa yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya. Murid JengkaPla njang papan hitamM eter Adam 18 3 Daniel 21 3 Jadual 1 1. Jadual 1 menunjukkan hasil penyiasatan yang telah dijalankan oleh Adam dan Daniel. Panjang sebuah papan hitam diukur menggunakan jengkal masing-masing. Kemudian panjang papan hitam itu diukur pula dalam unit meter. (a) Buat satu inferens untuk menerangkan perbezaan panjang ukuran papan hitam dalam ukuran jengkal antara Adam dan Daniel.

Jari Adam lebih panjang berbanding Daniel(1 markah)


(b) Nyatakan satu pemerhatian tambahan untuk menyokong inferens kamu dalam soalan (a).Saiz badan Adam lebih besar berbanding Daniel. (1 markah) (c) Berdasarkan inferens kamu dalam soaloan (a), bina satu hipotesis yang sesuai.

Semakin panjang jari semakin sedikit bilangan jengkal. (1 markah)


(d) Ketepatan ukuran panjang sesuatu objek banyak dipengaruhi oleh bagaimana seseorang itu mengukur panjang objek tersebut. Bina satu hipotesis berdasarkan kenyataan di atas.

Jika diukur dengan pembaris maka bacaannya lebih tepat. (1 markah)

Rajah 1 2. Tiga utas tali yang berlainan panjangnya telah diikat pada sekeping papan seperti Rajah 1. Ketegangan setiap tali adalah sama. Ketiga-tiga utas tali ini kemudiannya dipetik satu persatu. Nada bunyi yang dihasilkan adalah seperti berikut ; P Rendah Q Sederhana R Tinggi (a) Buat satu pernyataan tentang hubungan antara dua pembolehubah dalam penyiasatan ini.

Semakin panjang tali semakin rendah nada bunyi dan sebaliknya. (1 markah)
(b) Nyatakan dua pembolehubah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini. 1. Jenis tali 2. Ketegangan tali (1 markah) (c) Kekuatan bunyi yang dihasilkan oleh tali banyak dipengaruhi oleh saiz tali tersebut. Bina satu hipotesis daripada kenyataan ini.

Semakin besar saiz tali semakin kuat bunyi yang dihasilkan dan sebaliknya.
(1 markah) (d) Sekiranya satu penyiasatan hendak dijalankan untuk menguji hipotesis di (c), nyatakan pembolehubah-pembolehubah berikut ; (i) (ii) Pembolehubah dimanipulasi : Saiz tali (ii) Pembolehubah bergerak balas : Kekuatan bunyi

(iii) Pembolehubah dimalarkan : Jenis tali(3 markah)

Bilangan Tupai (ekor) 0 Januari 10 Februari 20 Mac 30 April 40 Mei 50 Jun 60 Julai 70 Ogos Rajah 2 3. Rajah 2 menunjukkan bilangan tupai yang dikesan di sebuah dusun durian pada bulan-bulan tertentu. (a) Nyatakan corak perubahan pembolehubah bergerak balas dalam Rajah di atas.

Meningkat, mendatar dan menurun. (1 markah)


(b) Buat satu inferens tentang bilangan tupai antara bulan April hingga Jun.

Kemungkinan disebabkan musim buah durian atau kurang diburu oleh pemangsa. (1 markah)
(c) Berdasarkan maklumat dalam Rajah 2, buat satu rumusan yang sesuai.

Bilangan tupai bertambah dari bulan Jan hingga Mac tetapi tidak berubah dari April hingga Jun.
(d) Bandingkan bilangan tupai antara bulan Januari hingga Mac dan bulan April hingga Jun.

Jumlah tupai antara Jan hingga Mac semakin bertambah tetapi April hingga Jun tidak berubah. (2 markah)
(1 markah) (e) Apakah pembolehubah bergerak balas dalam penyiasatan ini ?

Bilangan tupai. (1 markah)

PQR Rajah 3 4. Rajah 3 menunjukkan bahan-bahan yang akan digunakan dalam satu penyiasatan untuk mengkaji percambahan biji benih. Bekas P, Q dan R diisi dengan dua butir biji benih kacang. Bekas P mengandungi kapas kering,Bekas Q mengandungi kapas basah dan Bekas R mengandungi kapas yang disiram dengan minyak. (a) Nyatakan satu tujuan penyiasatan di atas. (1 markah) (b) Berdasarkan jawapan yang kamu nyatakan di (a), senaraikan pembolehubahpembolehubah berikut ; (i) Pembolehubah dimanipulasi : . (ii) Pembolehubah bergerak balas : ... (iii) Pembolehubah dimalarkan : ... (3 markah) (c) Berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang kamu nyatakan di (b), bina satu hipotesis yang sesuai. (1 markah)

Anda mungkin juga menyukai