Isl 3
Isl 3
Kumpulan 7: Nur Azira Farhana binti Ahmad Sabri Nor Atiqah binti Abdul Jamil Siti Nurfahmira binti Abdullah PISMP SAINS JAN 2010
Perancangan (Planning) satu aktiviti penetapan matlamat dan objektif yang dirangka secara tersusun dan sistematik. Perancangan yang baik dan berkesan adalah yang tidak bermasalah dan mudah untuk dilaksanakan.
Kategori perancangan: (i) Perancangan Strategik dirangka bagi memenuhi objektif organisasi merangkumi pelan tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada kepentingan kewujudan organisasi tersebut. (Master plan) (ii) Perancangan Operasi dirangka secara terperinci untuk melaksanakan plan strategik.
(iii) Perancangan Jangka panjang dan Jangka Pendek Melibatkan tempoh masa, boleh jadi satu tahun atau kurang/lebih ditentukan berdasarkan objektif ingin yang dicapai. (iv) Perancangan Berfungsi bersifat bertindan dan ianya berkaitan antara rancangan-rancangan lain yang telah sedia ada.
Contoh: - Perancangan sumber manusia - Perancangan kewangan - Perancangan program pembangunan atlet sekolah
*perancangan program pembangunan atlet sekolah: - memerlukan kewangan - sumber manusia
Belanjawan Kewangan
Belanjawan merupakan alat pentadbiran berbentuk numerikal yang memberikan gambaran tentang rancangan kewangan yang ingin dicapai. Berfungsi sebagai alat koordinasi perancangan dan penentu agihan sumber kepada bahagian pengurusan yang berbeza.