Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pelajaran Harian Mata Pelajaran : Matematik Tarikh : 25 April 2012 Kelas : Tahun 2 Waktu : 0730 0800 Bidang

g Pembelajaran : Nombor dan Operasi Tajuk : Darab Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk; 4.1 Menulis ayat matematik bagi operasi darab Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk; i) Menulis ayat matematik tambah berulang a) dua-dua b) lima-lima c) sepuluh-sepuluh d) empat-empat ii) Memperkenalkan simbol darab dan sama dengan a) menggunakan dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks darab. b) menulis simbolnya c) menggunakan symbol bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran : 1. Pemerhatian dan analisis Murid membuat pemerhatian dan analisis terhadap bahan maujud (pin bowling dan klip buaya) yang diberikan. 2. Imaginasi : Menjana Idea dan sintesis idea murid di minta untuk memerhatikan barang maujud yang ada di dalam kelas dan menjawab beberapa soalan guru. Soalan guru ; 1. Dalam satu kumpulan ada 2 buah meja. Sekiranya ada 4 kumpulan meja, berapakah semua jumlah meja yang ada di dalam kelas kamu? Jawapan : 8 kumpulan meja Ayat matematik tambah berulang : 2 + 2 + 2 + 2 = 8 Ayat matematik darab : 2 x 4 = 8 2. Satu kumpulan ada 5 batang kapur. Jika ada 3 kumpulan kapur, berapakah jumlah semua kapur tersebut? Jawapan : 15 batang kapur Ayat matematik tambah berulang : 5 + 5 + 5 = 15 Ayat matematik darab : 5 x 3 = 15 3. Setiap kamu mempunyai 3 batang pensil. Jika cikgu kumpulkan pensil daripada 4 orang dari kamu, berapa jumlah pensil yang cikgu kumpulkan? Jawapan : 12 batang pensil Ayat matematik tambah berulang : 3 + 3 + 3 + 3 = 12 Ayat matematik darab : 3 x 4 = 12 Persediaan :

3. Penambahbaikan dan menilai 4. 5. 6. dan perbincangan.

Perkembangan : Murid diberi sehelai kertas yang mempunyai beberapa soalan bergambar yang telah di sediakan . (Lampiran A) Murid diminta untuk menjawab soalan tersebut berdasarkan gambar tadi. Tindakan : Perlaksanaan dan amalan berterusan Murid diberi lembaran kerja. (Lampiran B) Pentaksiran : Berdasarkan kepada keupayaan murid menjawab soalan secara lisan semasa P & P Penilaian melalui lembaran kerja. Nilai dan Sikap keusahawanan: Kerjasama, yakin, teliti dan berhati-hati dalam pengiraan

Elemen Merentas Kurukulum (EMK) Kreativiti dan inovasi (menghasilkan idea dari pemerhatian, menilai idea Perbendaharaan kata merujuk situasi tambah dan darab. secara kritis, fenomena dapatan makna)

Bahan Bantu Mengajar : Pin bowling, klip buaya, kapur, pensil, lampiran bergambar (Lampiran A) dan lembaran kerja (Lampiran B). Refleksi :

Anda mungkin juga menyukai