Anda di halaman 1dari 2

DPP Sime Darby menganjurkan Bengkel Ketrampilan diri di UUM.

Pemakanan Minda Dan

Sintok : Dewan Penginapan Pelajar DPP Sime Darby telah menganjurkan bengkel Pemakanan Minda dan Ketrampilan di Dewan Seroja Sime Darby.

Bengkel yang telah diadakan pada 23 Mac 2012. Jam lapan pagi hingga satu tengahari pada hari jumaat. Program yang dijalankan Mendapat sambutan yang baik dari pelajar khususnya bagi mereka yang berdekatan dengan DPP Sime Darby.

Berikutan sambutan menggalakan terhadap bengkel yang dijalankan secara tidak langsung dapat menarik minat dan menambah pengatahuan pelajar yang mengikuti bengkel tersebut.Ini kerana objektif bengkel ini untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan kesihatan dan membina ketrampilan diri . Selain itu, memberi panduan bagaimana pemilihan makanan yang baik , kategori makanan yang tidak digalakan pengambilanya dan sebagainya.

Disamping itu program ini dapat memberi pendedahan diet yang seimbang agar setiap pelajar dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Makanan yang baik dapat menjana minda yang cergas mental dan fizikal sehingga dapat melahirkan ketrampilan diri yang baik.

Disampaikan oleh Dr. Mukriz Izraf pengetua MISC berkata objektif bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan diet seimbang selain mengamalkan gaya hidup yang sihat. Beliau walaupun bukan pakar dalam bidang kesihatan tetapi beliau tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman beliau sendiri .

Kebanyakan mahasiswa tidak mementingkan penjagaan pemakanan menyebabkan mahasiwa sering jatuh sakit, cepat letih, mengantuk dalam kelas , secara tidak langsung mahasiswa tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas,mudah lupa dan sebagainya. Hal ini memberi kesan kepada ketrampilan diri sebagai seorang mahasiswa Universiti . Oleh itu, dengan adanya bengkel ini dapat memberi kesedaran bertapa pentingnya penjagaan pemakanan dan memberi panduan kepada mahasiswa memilih pemakanan yang sihat Antara aktiviti yang diselitkan dalam ceramah, setiap pelajar diberikan senarai jadual kandungan kalori jenis makanan kemudian pelajar perlu mengira kandungan kalori yang kita ambil setiap hari. Selain itu pelajar juga diberi pengiraan mengukur BMI setiap pelajar untuk mengetahui adakah berat badan dan ketinggiaan seseorang itu ideal atau tidak, secara tidak langsung pelajar akan sedar dan lebih prihatin dengan penjagaan terhadap pengambilan makanan. Menurut Fatin Nur Syafiqah pengerusi JKPS Sime Darby yang ditemui, berkata, bengkel ini merupakan julung kali diadakan di DPP Sime Darby .Menurutnya lagi, program ini dapat memberi bimbingan dan ilmu kepada mahasiswa kerana ilmu yang diperolehi dapat di praktikan untuk kehidupan seharian. Begitu teruja dengan karnival yang diadakan.

Turut hadir

Pengetua Sime Darby En.Zaim Bin Ahmad

memberi ucapan dalam majlis

penutupan,beliau berkata Bengkel Pemakanan dan Ketrampilan Diri ini menjadi titik tolak kepada mahasiswa menitikberatkan dalam menjaga pemakanan seharian. beliau mengaharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran untuk menjaga kesihatan dan pemakanana adalah amat penting untuk mahasiswa.

Menurut Nor suraya bt Abdul Jalil,22, pelajar ekonomi beliau berasa teruja kerana program ini dapat membantu saya dalam menjaga kesihatan dan memberi kesedaran bertapa pentingnya kesihatan kepada minda .Selain itu saya mendapat panduan yang berguna untuk diet seimbang dan tidak sabar mempratikanya dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai