Anda di halaman 1dari 5

Peranan ibu bapa dalam pembangunan ict terhadap anak2

sebagai ibu bapa saya menyambut baik perlaksaan penggunaan ict dalam sistem
pembelajaran di sekolah terutama dalam kelas sangat baik.Dengan bantuan dari
pihak kerajaan yang memberi netbook 1 malaysia kepada pelajar yang kurang
kemampuan di seluruh Negara ini dapat secara tidak langsung membantu pelajar2
ini dudk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pelajar lain . saya
percaya.Dengan penggunaan ict di sekolah memudahkan semua pihak termasuk
guru,pelajar dan ibu bapa.Dahulu pelajar terpaksa membawa buku-buku yang
begitu banyak untuk ke sekolah dan terpaksa menulis nota-nota yang di berikan
guru..tetapi kini pelajar hanya perlu mengakses internet dan memeuaturn segala
nota dan latihan yang di berikan oleh guru.Sebagai ibu bapa kita dapat melihat
dengan sendiri apa aktiviti harian anak kita di sekolah. Jadi Pada zaman sekarang
ini Kita sebagai ibu bapa perlu tahu cara mengakses internet .INI Kerana jika ibu
bapa pun tidak tahu mengekses internet bagaimana kita hendak mengajar anak kita
tentang penggunaan internet. .Tetapi saya yakin Sebahagian besar ibu bapa masa
kini handal menggunakan internet manakala sebahagian kecilnya masih dalam
proses mempelajari. . Sekiranya ibu bapa sudah mengenali internet, maka dengan
mudah ibu bapa mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet dan secara
tidak langsung, ibu bapa mampu mendidik anak-anak dalam memanfaatkan
penggunaan internet.
Antara peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan internet pada masa kini termasuklah mendedahkan anak-anak
dengan segala maklumat berkaitan dengan internet. Hal ini disebabkan, anak-anak
perlu diberitahu mengenai baik-buruk penggunaan internet sebelum mereka
didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan internet secara bijak. Sekiranya
anak-anak sudah diajar dari awal, sudah tentu anak-anak akan lebih berhati-hati
dan lebih bijak dalam menggunakan kemudahan internet pada masa-masa akan
datang bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Melentur buluh biarlah

dari rebungnya, oleh itu sememangnya ibu bapa bertanggungjawab dalam memberi
pengenalan kepada anak-anak mengenai penggunaan internet dari kecil, yang
ternyata amat penting dalam kehidupan masyarakat moden masa kini. Jelaslah di
sini bahawa pendedahan segala maklumat berkaitan internet terhadap anak-anak
merupakan tindakan yang wajar dilakukan oleh ibu bapa.
Selain daripada itu, ibu bapa juga berperanan untuk memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan internet. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu internet
ini mempunyai keburukan dan kebaikannya yang tersendiri.Kita sebagai ibu bapa
perlu memantau apa yang di lakukan oleh anak kita,bila di Tanya mereka
mengatakan mencari bahan untuk kerja sekolah tetapi sebaliknya mereka membuat
perkara yang negative seperti mengakses laman-laman sesawang yang
berunsurkan pornografi, mahupun melakukan jenayah siber.Jadi kita sebgai ibu
bapa jgn memberi 100 % keprcayaan kepada anak2 jadi apa yang mereka lakukan
kita perlu memantau,kita lihat betulkah apa yang mereka lakukan.itulah pentingnya
ibubapa mempunyai ilmu dalam pendidikan ict ini selain kita mendidik mereka
dlm memanfaatkan kegunaan internet..
Akhir sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anakanak menggunakan internet secara pintar dengan memperkenalkan kepada mereka
dengan medium-medium pembelajaran menerusi internet. Seperti yang ditegaskan,
internet sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi
pendidikan. Hari ini, kemajuan internet juga selaras dengan kemajuan teknologi
seperti tablet dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua peranti ini
merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari internet. Oleh yang demikian,
adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi
pintar yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak

Namun begitu, ibu bapa juga seharusnya menyekat penggunaan internet oleh anakanak. Terbaru, ibu bapa kini mampu mengawal internet dengan menyekat lamanlaman sesawang yang berunsurkan negatif sebagai langkah mengelakkan pengguna
internet mengakses laman-laman tersebut dan sistem yang sama digunakan pada
peranti komputer yang disediakan di semua alma mater milik kerajaan. Sistem
sebegini bukan sahaja mampu mengawal aktiviti penggunaan internet anak-anak,
malah mampu mengasuh mereka untuk hanya mengakses laman-laman yang
berguna sahaja. Bayangkan, sekiranya ibu bapa melaksanakan sistem sebegini di
rumah, sudah tentu anak-anak akan menggunakan perkhidmatan internet dengan
lebih bijak, seterusnya dapat menghindari mereka daripada mengetahui mahupun

mencuba untuk mengakses laman-laman berunsurkan negatif seperti yang


kebiasaanya berlaku dalam kalangan remaja dan orang dewasa masa kini. Anak
ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya, persis kata peribahasa
tersebut yang secara tersiratnya menegaskan bahawa ibu bapalah yang perlu
mengawal ton-ton warna yang ingin diwarnakan di atas kain putih yang tidak
berdosa. Cukup ditegaskan di sini bahawa ibu bapa sebaik-baiknya mengawal
penggunaan internet oleh anak-anak sebagai cara mengajar mereka menggunakan
internet secara lebih bijak.
Akhir sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anakanak menggunakan internet secara pintar dengan memperkenalkan kepada mereka
dengan medium-medium pembelajaran menerusi internet. Seperti yang ditegaskan,
internet sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari segi
pendidikan. Hari ini, kemajuan internet juga selaras dengan kemajuan teknologi
seperti tablet dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua peranti ini
merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari internet. Oleh yang demikian,
adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman sesawang atau aplikasi
pintar yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak. Tanpa disedari, sudah
banyak aplikasi dan laman sesawang yang menyediakan aktiviti pembelajaran
menggunakan kemudahan internet, namun malangnya kurang mendapat sambutan
dalam kalangan pengguna internet masa kini. Sebaik-baiknya anak-anak
didedahkan dengan medium sebegini, sekurang-kurangya mereka akan mula
memanfaatkan penggunaan internet serta bijak menggunakannya. Ibu bapa juga
tidak perlu risau sekiranya anak-anak menghabiskan masa dengan melayari
internet mahupun menghadap peranti pintar sepanjang masa, sekiranya perantiperani di rumah diisi dengan aplikasi dan laman pembelajaran yang berguna
kepada anak-anak. Oleh yang demikian, jelaslah sudah di sini bahawa tindakan ibu
bapa memperkenalkan medium-medium pembelajaran melalui internet kepada
anak-anak adalah amat wajar dalam mendidik mereka memanfaatkan penggunaan
internet.
Secara tuntasnya, perkhidmatan internet sememangnya memberikan manfaat
kepada pengguna walaupun secara minoritinya membawa kepada keburukan.
Namun yang demikian, semua ini bergantung kepada ibu bapa itu sendiri, sama ada
bijak atau tidak mendidik anak-anak dalam memanfaatkan penggunaan internet
dalam kehidupan seharian. Tindakan kerajaan mengambil pelbagai langkah dalam
memastikan perkhidmatan ini mampu digunakan oleh semua anggota masyarakat
sama ada di bandar mahupun di luar bandar membuktikan bahawa internet sangat
penting kepada semua. Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan
masyarakat menggunakan perkhidmatan tersebut dengan sebaik-baiknya, namun
usaha kerajaan akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa tidak turut

turun padang dalam membantu kerajaan melahirkan dan mendidik generasi yang
celik IT dan bijak menggunakannya. Mencegah itu lebih baik daripada merawat,
sememangnya jikalau ibu bapa mula bertindak dari awal, masalah-masalah
penyalahgunaan internet dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ini akan
mudah dicantas, dan secara tidak langsung, negara kita akan dipenuhi dengan
generasi-generasi yang berguna dan berfikiran hadapan.
(926 patah perkataan)

Tidak dinafikan bahawa selama ini telah banyak sumbangan ibu bapa, komuniti
dan sektor swasta terhadap keberkesanan sekolah. Melalaui Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) banyak sumbangan telah diberikan. Namun, banyak lagi yang
boleh diteroka ranpa banyak mengubah peruntukan dalam perlembagaan PIBG dan
Akta Pendidikan 1996. Sedikit sahaja penyesuaian struktur PIBG perlu dibuat iaitu
penubuhan Biro ICT untuk pengutipan data tentang penglibatan ibu bapa kepada
keberkesanan sekolah dan Biro Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) atau Parent
Support Group dalam PIBG.
Pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti untuk menghuraikan pelan
pengintegrasian ICT sekolah kepada ibu bapa. Ini boleh memberi kefahaman
yang mendalam tentang pendekatan pedagogi menggunakan ICT yang akan
digunakan oleh guru-guru.
Justeru, ibu bapa boleh memberi sokongan yang lebih bermakna sama ada
kepada pihak sekolah atau pun di rumah bersama anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai