Anda di halaman 1dari 3

Bahagian C

Tulis beberapa pengajaran yang kamu dapati daripada petikan di di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Sharon merupakan murid cemerlang. Walaupun dia jarang membaca buku, dia tetap menjadi murid cemerlang. Inilah yang menjadi persoalan kepada rakan-rakannya. Setiap kali mendapat keputusan peperiksaan, pastinya dia tersenyum bangga. Kebanyakan kawannya tidak begitu suka akan dia. Dia riak dan takbur dengan kecemerlangannya. Dia juga sering menghina orang lain yang lemah. Seminggu sebelum peperiksaan akhir tahun bermula, Sharon melakukan aktiviti hariannya seperti biasa. Pada hari peperiksaan, dia didapati meniru jawapan daripada nota yang disembunyikannya di dalam tandas. Barulah kawan-

kawannya tahu akan rahsianya. Dia menjadi malu dengan rakanrakan dan juga guru-guru.
Pengajaran

1 jarang membaca buku rajin membaca buku 2 bangga diri merendah diri 3 kawannya tidak begitu suka akan dia hormat kepada rakan 4 riak dan takbur merendah diri 5 menghina orang lain menghargai kebolehan orang lain 6 Seminggu sebelum peperiksaan akhir tahun bermula, Sharon melakukan aktiviti hariannya mengulang kaji pelajaran 7 meniru - berdikari Nilai-nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas ialah kita hendaklah rajin membaca buku. Selain itu,

kita mestilah mengamalkan sifat merendah diri kepada rakanrakan. Seterusnya, kita haruslah juga menghormati rakanrakan kita. Di samping itu, patutlah kita menghargai kebolehan orang lain. Akhir sekali, kita sepatutnya pandai berdikari dan percaya kepada kebolehan diri sendiri. Kesimpulannya, kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita.

Anda mungkin juga menyukai