Anda di halaman 1dari 18

Pendahuluan

Perkembangan pemerolehan bahasa merupakan suatu pengkajian, bagaimana seseorang itu memperolehi bahasa, sama ada pengetahuan bahasa tentang tatabahasa atau semantik, sintaksis, morfologi dan juga fonologi. Fonologi merupakan salah satu bidang linguistik yang menumpukan unsur bunyi, bentukbentuk rumus atau peraturan bunyi dan penerapan rumus, susunan penerapan rumus-rumus bunyi. Perkembangan perolehan bahasa seseorang bermula sejak dilahirkan. Ianya terus berkembang maju seiring dengan peningkatan umur kanak-kanak. Bermula dengan suara tangisan, suara ketawa seorang bayi yang baru dilahirkan, akan berkembang menjadi sebutan perkataan yang tidak tepat seorang kanak-kanak, seterusnya sebutan perkataan yang tepat dan betul seiring dengan umur kanak-kanak hingga meningkat dewasa. Penguasaan bahasa mereka dipengaruhi bahasa yang diguna pakai persekitarannya. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu. Tugasan ini akan memperlihatkan pemerolehan dan juga perkembangan bahasa kanak-kanak dari segi fonologi yang dirakam. Daripada rakaman ini, bahasa kanakkanak kajian kes dicatat dan ditafsirkan maknanya. Dari catatan pertuturan kanakkanak kajian kes ini kita akan mengesan bunyi-bunyi awal bahasa yang disebut. Ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan bahasa kanak-kanak kajian kes dalam masa yang ditetapkan. Sebelum menumpukan hasil kajian marilah kita mengetahui serba ringkas tentang kajian yang pernah dilakukan oleh pakar pengkaji bahasa dan mengetahui maksud fonolagi.

Kajian tentang perolehan bahasa Banyak kajian-kajian telah dilakukan oleh tokoh-tokoh pengkaji bahasa yang telah membuat kajian tentang bahasa kanak-kanak dari segi fonologi. Antaranya adalah Roman Jacobson (lihat Paitoon 2002: 42) Jacobson ingin mengetahui sejauh mana hubungan antara proses pembelajaran bahasa kanak-kanak dengan teori fonologi. Dengan berbuat demikian, Jacobson telah dapat menghasilkan rumus-rumus yang memperlihatkan perkembangan bahasa kedua-dua orang kanak-kanak yang dikajinya. Rumus-rumus tersebut adalah seperti, rumus yang pertama ialah pemerolehan bahasa kanak-kanak yang ada hubungannya dengan kajian fonologi. Ini adalah disebabkan Jacobson telah mendapati bahawa kanak-kanak telah mula mempelajari bahasa dengan mengungkapkan bunyi bahasa terlebih dahulu. Manakala rumus yang kedua, pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat berdasarkan perkembangan alat penghasilan bunyi bahasa. Rumus yang ketiga pula adalah bunyi vokal lebih mudah disebut daripada bunyi konsonan. Ini disebabkan kanak-kanak sesuatu bangsa yang berlainan juga akan dapat melafazkan bunyi vokal [a] sebelum dapat melafazkan bunyi vokal yang lain dan sebagainya. Manakala rumus yang keempat adalah jika kanak-kanak sudah dapat menghasilkan bunyi [y], maka sudah tentu mereka juga dapat menghasilkan bunyi [x] terlebih dahulu. Dengan begitu Roman Jacobson telah membuat hipotesis bahawa [x presupposes y] atau jika [x] diikuti [y]. Ini bermaksud jika sekiranya seorang kanak-kanak itu dapat menghasilkan bunyi [s] dan [z]1 maka kanak-kanak itu sudah tentu dapat menghasilkan bunyi [s] dan [z]1 maka kanak-kanak itu sudah tentu dapat menghasilkan bunyi [d] dan [d]. Rumus yang kelima pula, Jacobson telah mengajukan pandangan yang dikenali sebagai 'Universal Law' atau 'Universal Tendency'. Hukum ini menjelaskan bahawa bunyi bahasa yang lebih banyak diungkapkan akan dapat dihasilkan atau kerap kali didapati dalam sistem fonologi universal yang boleh diperakukan sebagai bunyi bahasa yang paling mudah diujarkan. Rumus yang keenam pula adalah kajian mengenai kemunduran dalam pemakaian bahasa disebabkan oleh penyakit afasia. Penyakit ini merupakan sejenis virus yang merosakkan tisu bahagian tertentu otak manusia. ( http://www.Pelita Brunei Sastera dan Budaya) Definisi Fonologi Secara mudahnya fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. ( Modul OUM ) Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. ( Modul OUM ) Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian: 1. Fonetik 2. Fonemik Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jizim yang mewujudkan bentuk ucapan. Ianya ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akuistik), dan pendengaran (auditori). Fonemik pula ialah bidang kajian tentang bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.

Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.

Rajah 1.: Kedudukan Bunyi Vokal dalam Bahasa Melayu

Ketinggian Tertutup Pertengahan Terbuka

Hadapan Tengah Belakang i [i ] e [e , ] e [ ] a [a] u [u] o [o, ] a []

( http://ms.wikipedia.org ) Jadual 1: Fonem vokal di dalam Bahasa Melayu Di dalam tulisan, lambang bagi vokal-vokal tersebut ialah:Vokal Hadapan sempit Hadapan separuh sempit Hadapan luas Tengah Belakang sempit Belakang separuh sempit Lambang [i] [e] [a] [] [u] [o] i e a e u o (taling) (pepet)

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau

dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. BibirPascaPeti Gigi Alveolar Lelangit Velum Uvula gigi Alveolar suara n /n/ t/d/ t/ d/ c/ j/ t/ d/ f/ v/ f/ v, / s /s/ z /z/ sy /, , sj] r /r/ y /j/ w /w/ h /h/ ny // ng // k/ g k/ /g/

Bibir Nasal Plosif Afrikat Frikatif Anggaran m /m/ p/b/ p/ b/

Lateral l /l/ Jadual 2: Fonem konsonan di dalam Bahasa Melayu ( http://ms.wikipedia.org ) Cara/Daerah Letupan tak p b v m w f t d s z n l R y k g ? Bibir Gigi Gusi Lelangit Keras bersuara Letupan bersuara Geseran tak bersuara Geseran bersuara Sengau Sisian Getaran Separuh vokal Lelangit Lembut Pita Suara

Jadual 3 : Carta konsonan Bahasa Melayu Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [ i]. Contoh-contoh diftong ialah [ai], [au] dan [oi].

Rajah 2: Pergerakan lidah untuk membunyikan Diftong

Ortografi ai au ua

IPA [a, ai] [a, au] [ua] ( http://ms.wikipedia.org )

Jadual 4 : Diftong di dalam Bahasa Melayu Separuh Vokal Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah tidak tetap, tetapi bergerak dan membuat luncuran. Ada dua jenis bunyi separuh vokal. Separuh vokal yang dimaksudkan itu adalah seperti yang berikut. Bagi fonem konsonan [w] - lidah mula-mula seperti untuk membunyikan [u], kemudian bergerak pada vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara. [j] - Kedudukan lidah pada mulanya seperti untuk membunyikan [i], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara. ( sila rujuk Jadua 3 untuk melihat kedudukan separuh vokal ) KAJIAN KES

Kanak-kanak Kajian Kes : MUHAMMAD ALIFF UMAR

1. Latar belakang kanak-kanak Nama : Muhammad Alif Umar

Tarikh Lahir : 19 Januari 2006

Umur Nama Ibu

: 2 tahun 1 bulan : Noraazlina bt abdul Ghani

Nama Bapa : Saparwan b Ibrahim Kedudukan Dalam Keluarga : Anak ke lima daripada 5 orang adik beradik. Adik-beradik : 1. Muhammad Adib Syafiq ( 11 tahun 6 bulan )

2. Nur Aisyah Fasihah ( 10 tahun 6 bulan ) 3. Muhammad Amirul Zahin 4. Nur Fatimah Najihah Hobi ( 8 tahun 7 bulan )

( 6 tahun 7 bulan )

: Bermain alat permainan jenis kenderaan Minum susu sambil menonton televisyen

Pekerjaaan Bapa Pekerjaan Ibu Kawasan Kediaman

: Pendidik : Pendidik : Taman perumahan : Bahasa Melayu

Bahasa Pertuturan di Ruman

2. Perolehan Fonologi Aliff Umar Kata Kerja Kata Ujaran Kanak-kanak 1. [ matan ] Maksud Ujaran makan Kata sebenarnya makan

minum 2. [ minom ] minum

Kata Adjektij

Kata Ujaran Kanak-kanak 1.[ tikgi ] 2. [ ateh ] 3. [ busyuk ] Kata nama

Maksud Ujaran tinggi atas busuk

Kata sebenarnya tinggi atas bau busuk

Kata Ujaran Kanak-kanak 1. [ kelete ] 2. [ ven ] 3. [ bash ] 4. [ likot ]

Maksud Ujaran kereta van bas helikopter

Kata sebenarnya kereta van bas helikopter

Lain lain kata

Kata Ujaran Kanak-kanak 1. [ satu ]

Maksud Ujaran satu

Kata sebenarnya satu

2. [ duwe ] 3. [ tige ] 4. [ epat ] 5. [ limm ] 6. [ enam ] 7. [ joh ] 8. [ yapan ] 9. [ semlan ] 10. [ loh ] 11. [ lakgi ] Ayat tergantung

dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh lagi

dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh nak lagi

Kata Ujaran Kanak-kanak 1. [ duwet-duwet cayang iwu ]

Maksud Ujaran dua dua sayang ibu kasut umar

Kata sebenarnya dua-dua saya sayang ibu Itu kasut Umar

2. [ kasu ma ] Kasut kakak 3. [ kasuk kakak ]

Itu kasut kakak

3. Kajian Fonologi Aliff Umar 3.1 Bunyi konsonan Cara/Daerah Letupan bersuara Letupan bersuara Geseran bersuara Geseran bersuara Sengau Sisian Getaran Separuh vokal y m l tak v s b tak t d k Bibir Gigi Gusi Lelangit Keras Lelangit Lembut Pita Suara

Jadual 5 : Konsonan yang disebut kanak-kanak dalam kajian kes. Merujuk jadual di atas, Aliff Umar telah dapat menyebut bunyi-bunyi konsonan : [ b ], [ v ], [ m ] iaitu bunyi konsonan yang di hasilkan dari daerah bibir. Bunyi konsonan yang dihasilkan dari daerah gusi pula adalah [ t ], [ d ], [ s ] dan [ l ]. Sementara bunyi konsonan yang dihasilkan daerah lelangit keras ialah [ ], [ j ] dan [ y ] (separuh vokal ). Lelangit lembut Aliff Umar pula menghasilkan bunyi konsonan [ k ] dan [ ]. Antara perkataan yang dapat disebut oleh Aliff Umar menggunakan bunyi konsonan [ m ] ialah perkataan [ makan ] disebut dengan sebutan [ matan ] , [ minum ] disebut dengan sebutan [ minom ] dan [ ma ] bermaksud [ umar ] . Ini bermakna Aliff Umar dapat membunyikan konsonen / m /. Ia dikenali sebagai sengau dua bibir bersuara [

m ]. Bunyi [ m ] terhasil apabila bibir bawah dirapatkan kepada bibir atas. Sementara lelangit lembut dalam keadaan biasa menyebabkan udara melalui rongga hidung. Aliff Umar juga dapat menyebut perkataan yang menggunakan konsonan [ b ] dan [ v ] iaitu oelh bibir. [ busyuk ], bermaksud bau busuk , [ bash ] bermaksud bas Bunyi [ b ] merupakan letupan dua bibir ( kenderaan ) dan [ ven ] bermaksud [ van ]. Kesemua bunyi konsonan ini dihasilkan bersuara kerana ketika menyebutnya pita suara bergetar. Ia terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Sementara konsonan [ v ] terhasil apabila gigi bawah dan bibir atas dirapatkan tetapi tidak menghalang aliran udara tetapi membentuk laluan sempit menyebabkan berlaku geseran apabila udara keluar dari paru-paru. Bunyi konsonan yang dapat disebut melalaui daerah gusi ialah [ t ], [ d ], [ s ] dan [ l ] Aliff Umar dapat membunyikan konsonan letupan gusi tak bersuara [ t ] konsonan letupan bersuara [ d ]. Konsonan [ t ] untuk menyebut [ tikgi ] bermaksud [ tinggi ] , [ tige ] bermaksud [ tiga ] dan [ d ] ketika Aliff Umar menyebut [duwe ] dan [ duwet ] , bermaksud dua. Konsonan [ l ] pula digunakan oleh Aliff Umar ketika menyebut bunyi [ limme ] ( lima ) [ loh ] ( 10 ) dan [ lakgi ] ( lagi ). Konsonan [ l ] dikenali konsonan sisian. Konsonan [ s ] pula untuk menyebut [ satu ] bermaksud satu. Bunyi [ t ] dan [ d ] dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Sementara lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Jika kedudukan lidah menyekat udara dari paru-paru dan akan dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara, maka akan terhasil bunyi [ t ]. Apabila letusan gusi itu dihasilkan dengan getaran pita suara maka akan terhasil letusan gusi bersuara [ d ]. Konsonan sisian [ l ] dihasilkan apabila udara dilepaskan melalui kiri dan kanan lidah. Hujung lidah diangkat kearah tengah gusi, sementara lelangit lembut dirapatkan ke belakang rongga tekak. Udara dari paru-paru dilepaskan melalui sisi kanan dan kiri lidah. Konsonan [ s ] merupakan konsonan geseran gusi. Bunyi ini dihasilkan apabila hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras. Udara dari paru-paru

akan keluar dan bergeser tak bersuara menhasilkan [ s ]. Bagi konsonan yang dihasilkan oleh daerah lelangit keras, Aliff Umar boleh menggunakan konsonan [ j ] dan [ y ]. [ j ] digunakan oleh Aliff Umar untuk menyebut [ joh ], bermaksud [ tujuh ] dan [ y ] ketika menyebut [ yapan ], bermaksud [ lapan ]. Sementara [ c ], untuk menyebut [ cayang ] bermaksud [ sayang ]. Konsonan [ j ] digolongkan sebagai konsonan letusan. dihasilkan apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan terhadap arus udara ke rongga hidung. Pada masa ini pita suara direnggangkan, arus udara yang melalui rongga mulut menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahanlahan. Konsonan [ y ] dikenali separuh vokal dan dihasilkan oleh lelangit keras. Bibir

dihamparkan semasa melafazkannya. Konsonan yang dihasilkan oleh lelangit lembut , Aliff Umar menggunakan [ k ] untuk menyebut perkataan [ kelete ] bermaksud [ kereta ], [ kasu ] / [ kasuk ] bermaksud [ satu ] ( satu ). [ k ] merupakan konsonan letupan yang dihasilkan oleh daerah lelangit lembut. Terhasil apabila pita suara dirapatkan , menyebabkan aliran udara berkumpul dan tertahan . Pita suara akan dibuka secara serta merta dan melepaskan udara maka bunyi yang dihasilkan dinamakan letupan pita suara [ ? ]. Walau bagaimanapun dalam kajian ini, Aliff Umar tidak menggunakan konsonan yang dihasilkan oleh daerah gigi dan pita suara. [ kasut ] dan [ kakak ] bermaksud kakak. Konsonan [ s ] didunakan untuk menyebut

3.2 Bunyi Vokal

Ketinggian Tertutup Pertengahan Terbuka

Hadapan Tengah Belakang i [i] e [e , ] e [ ] a [a]

Jadual 6: Vokal yang disebut kanak-kanak kajian kes. Merujuk kepada jadual di atas, Aliff Umar hanya dapat menyebut vokal [ i ] , [ ], [ e ] dan [ a ]. Vokal [ i ], untuk menyebut [ iwu ] bermaksud [ ibu ], [ e ] membentuk bunyi perkataan [ elekote ] bermaksud [ helikopter ] , [ ] untuk menyebut [ epat ], bermaksud [ empat ] dan [ enam ] ( 6 ). Vokal [ a ] pula digunakan oleh Aliff Umar umtuk menyebut [ ateh ] bermaksud atas. Dalam kajian ini, Aliff Umar hanya menggunakan vokal-vokal yang bunyinya dikududukan depan sempit ( [ i ] ), depan separuh luas ( [ e ] ), vokal depan luas ( [ a ] ) dan vokal tengah pendek ( [ ] ) sahaja. Untuk menghasilkan vokal depan sempit [ i ], hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Vokal hadapan separuh luas [ e ] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan separuh luas (lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [e] ) yang bergerak ke arah lelangit keras, iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan untuk menutup rongga hidung dan pita suara

bergetar.

Vokal hadapan luas [a] terletak jauh di bahagian bawah , seolah olah terhampar dan mulut kita di dalam deakaan terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam bahasa Melayu. Vokal Tengah Pendek [ ] pula dihasilkan apabila bahagian tengah lidah dinaikkan ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lelengit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya, pita suara akan bergetar . 3.3 Bunyi Diftong Dalam kajian ringkas ini Aliff Umar tidak dikesan mengunakan bunyi diftong. Ini berkemungkinan Aliff Umar belum menguasai atau memperolehi sebutan diftong dalam perbendaharaan katanya. Walaupun berkemungkinan Aliff Umar mampu membunyikan diftong dalam bentuk bunyi tidak bermakna, tetapi pengkaji percaya pada peringkat umur Aliff Umar sekarang dia belum mampu membunyikan diftong yang memberi makna khusus.

4. Kesimpulan Kajian Dalam usia Alif Umar 2 tahun 1 bulan, dia sememangnya seorang kanak-kanak yang cepat menguasai bahasa percakapan. Walaupun sebutan Aliff Umar tidak tepat dengan bunyi bahasa melayu, namun ianya boleh difahami oleh ahli keluarganya. Kemahiran berbahasa Aliff Umar sangat dipengaruhi oleh persekitarannya. Ini kerana keadaan sekeliling Aliff Umar adalah orang-orang dewasa seperti kedua orang tua

Aliff Umar, ibu saudaranya, datuk dan nenek dan kebanyakan kawan yang sering kali menemankan Aliff Umar adalah terdiri dari abang dan kakaknya, inilah salah satu faktor yang menyebabkan percakapan atau perkembangan pemerolehan fonologinya dapat dilihat. Penjaga yang selalu sentiasa berdampingan dengan Aliff Umar serta pergaulannya di Pusat Jagaan Kanak-kanak dengan kanak-kanak lain yang lebih berumur membantu perkembangan perolehan fonologi Aliff Umar. Disamping itu pengulangan sesuatu perkataan yang berkaitan dengan kehidupan seharian Aliff Umar juga membantunya menguasai perkembangan bahasa. Sebagai contoh, Aliff Umar sangat gemar bermain alat permainan yang terdiri daripada model kenderaan telah merangsang Aliff Umar untuk menyebut nama alat permainannya dengan bantuan ahli keluarganya. Ini menepati aliran Empirisme, yang berpendapat bahawa semua konsep yang diperolehi berasal dari pengalaman. Fahaman ini mempercayai bahawa, dari segi fonologinya kanak-kanak meniru bunyi daripada orang dewasa. Ini adalah kerana, jika sekiranya kanak-kanak mendengar bunyi secara berulang-ulang kali maka ingatan mereka mulalah berkembang dengan perlahan-lahan dan mereka akan berlatih mengujarkan bunyi supaya serupa atau sama dengan bunyi yang mereka dengar. Aliran Rasionalisme pula berpendapat bahawa bahasa kanak-kanak bermula dengan adanya rangsangan dan juga gerak balas dalam dirinya yang mana bersifat semula jadi. Ini bermaksud bahawa fahaman ini beranggapan bahawa pemerolehan fonologi bagi kanak-kanak bukanlah satu proses kelakuan sosial mahupun budaya malah ianya bermula daripada gerak naluri semula jadi yang ada pada diri kanakkanak itu sendiri. Aliran ini seiring dengan kebolehan Aliff Umar dalam perkembangan fonologinya iaitu bergantung dengan gerak geri nalurinya untuk menyebut perkataan setelah dirangsang dengan alat permainannya. Fonologi Generatif Pada umumnya kajian perolehan bahasa adalah berdasarkan Teori Fonologi Generatif yang dipelopori oleh Noam Chomsky (lihat Paitoon. 2002: 67). Noam Chomsky telah mengemukakan kajian bahasa cara baru yang dinamakan sebagai

'Tatabahasa Transformasi Generatif' . Ini adalah kerana ianya bertujuan untuk mendapatkan gambaran struktur sesuatu bahasa. Hal ini penting, kerana penelitian ini merupakan usaha pertama atau awal untuk pengkajian pemerolehan bahasa bagi kanak-kanak di negara ini. Fonologi Generatif merupakan satu bidang kajian bunyi bahasa yang telah menerapkan ilmu sains dalam analisis bunyi bahasa. Pandangan Fonologi Generatif ini adalah kesinambungan daripada pemikiran ahli-ahli fonologi yang sebelumnya dengan ahli-ahli bahasa yang telah berusaha menghuraikan sistem bahasa dalam bentuk rumus-rumus bunyi. Teori Standard Fonologi Generatif adalah subbidang kepada teori umum tatabahasa generatif ataupun yang lebih dikenali sebagai Teori Generatif. Walau bagaimanapun, teori fonologi umum tidak boleh dipisahkan daripada apa yang berlaku dalam bahasa tertentu, oleh sebab teori itu berkembang daripada pengalaman dengan data linguistik yang sebenar. 5. Penutup Pengaruh persekitaran sangat membantu perkembangan perolehan bahasa. Ini termasuklah bahasa ibu dan bapa kanak-kanak itu sendiri. Bahasa yang digunakan ibu bapa seharian akan membentuk bahasa pertama kanak-kanak tersebut ketika dewasa kelak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu. Oleh itu Ibubapa boleh membantu bagi perkembangan bahasa dan pertuturan

kanak-kanak. Apa yang perlu ibu bapa lakukann, antaranya adalah : Sentiasa berbual dengan anak tentang apa yang sedang dilakukan dan apa yang dilihat Luangkan masa untuk mendengar perbualan anak, beri respon sesuai agar anak tahu yang anda mendengar. Jangan paksa atau mendesak anak untuk belajar bercakap.

Terima kesilapan dalam pertuturan anak ketika peringkat perkembangannya. Jangan paksa anak untuk ulang atau cakap perlahan, kerana bercakap atau bertutur merupakan kemahiran yang diperolehi secara semula jadi dan berterusan. Pastikan anak menjalani pemeriksaan telinga jika ibu bapa kerap kali mengulang dan bercakap kuat untuk mendapatkan perhatian anak. Jangan tangguh atau berlengah! Masa yang paling kritikal untuk perkembangan bahasa dan pertuturan adalah di antara 1 hingga 4 tahun. Jangan tunggu untuk mendapatkan rawatan jika ibu bapa mengesyaki masalah bahasa dan pertuturan anak.

Bibliografi Indirawati Z., M S Omar , 2006, Fonetik dan Fonologi Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, PTS Profesional. Modul HBML 1203, Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Open University Malaysia. Raminah Hj. Sabran, 1991. Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Melayu, Kuala Lumpur, Fajar Bakti Sdn. Bhd http://www.geocities.com Bahasa Pertama dan Kedua http://www.PelitaBrunei Sastera dan Budaya Siri Pengajaran dan

Anda mungkin juga menyukai