Anda di halaman 1dari 28

1.

0 PENGENALAN:

Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak adalah berbeza


daripada individu dengan individu yang lain. Ahli psikologi perkembangan
mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan
cuba mencari kaitannya dengan faktor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu
baka dan persekitarannya. Mereka sering mempersoalkan tentang
perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanak-kanak contohnya,
seorang bapa akan mendapati anaknya yang pertama berbeza daripada
anaknya yang kedua. Ini adalah di sebabkan setiap individu adalah unik dan
tidak ada individu lain yang seratus peratus sama dengannya, walaupun
individu-individu itu adalah kembar seiras.

Perkembangan bahasa pada manusia adalah perkembangan yang


bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku
jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Contohnya bayi yang
baru lahir tidak dapat bertutur dan meminta apa yang dikehendaki. Apabila
sudah berumur satu tahun dia mula berupaya menyebut satu atau dua patah
perkataan seperti “ma…ma” atau “pa…pa”. Dari keadaan tidak boleh
bertutur kepada boleh bertutur beberapa patah perkataan, ternyata kakak-
kanak ni telah mengalami perkembangan dari segi bahasa dan pertuturan.

1
2.0 DEFINISI FONOLOGI

Fonologi ialah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang
terpenting di dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini disebut juga oleh
kebanyakan orang sebagai bidang fonetik. Bidang fonologi boleh terbahagi
kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Jika diteliti tentang fonetik, dapatlah
disimpulkan bahawa fonetik ialah kajian yang ditinjau daripada segi bahan
fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu, jelaslah kepada
kita bahawa fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat
bunyi bahasa ( akuistik ) dan pendengaran ( auditori ).

Manakala fonemik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi


sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu.
Namun, perlu kita ketahui bahawa sebenarnya di antara fonetik dan fonologi
terdapat sedikit perbezaan. Bidang fonetik mengkaji fenomena bunyi atau
pertuturan manusia sejagat sementara bidang fonologi mengkaji system
bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas
daripada pendapat Henderson yang menyatakan :

“ The study of the systematic organization of selected speech sounds in the


spoken form of individual language has variously been called “ phonology “.

Bidang ini juga umumnya disebut sebagai “fonemik “ atau “functional


phonetics “. Tugas bidang fonologi sebenarnya ialah merumuskan,
menghuraikan dan menjelaskan dengan teliti dan cermat segala bentuk bunyi
dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang
tertentu itu.

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa bidang fonetik adalah bidang yang
mengkaji fenomena bunyi bahasa sejagat. Jelasnya, bunyi bahasa adalah
bunyi-bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Ia juga turut mengkaji bunyi

2
dari segi sifat bunyi itu, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya.
Biasanya, aspek yang dikaji merangkumi bunyi-bunyi yang digunakan untuk
bertutur iaitu bunyi-bunyi bahasa sementara bunyi bukan bahasa seperti
dengkuran, siulan, sendawa dan lain-lain tidak termasuk dalam kajian bidang
fonetik.

3.0 DEFINISI FONETIK

Fonetik adalah bidang pengajian bunyi bahasa. Menurut Fromkin, dan


Rodman ( 1983 ) fonetik adalah “ kajian bunyi bahasa pertuturan yang
membawa makna dalam semua bahasa manusia”. Walau bagaimanapun,
pada dasarnya, bunyi-bunyi bahasa dapat dihuraikan melalui tiga perspektif
yang berbeza: fonetik artikulatori, fonetik auditori dan fonetik akustik.
Artikulatori menerangkan bagaimana terusan ujaran ( vocal tract )
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Fonetik Auditori pula mengkaji bagaimana
pendengaran menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Manakala Fonetik Akustik
meneliti ciri-ciri fizikal bunyi-bunyi bahasa itu sendiri.

Menurut Arbak Othman ( Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ) fonetik


mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia,
baik bunyi bahasa, bunyi bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi marjinal, dan
memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi. Cabang-cabang
fonetik adalah Fonetik Artikulasi iaitu mempelajari cara-cara mekanisma
badan menghasilkan bunyi dan klasifikasi bunyi berdasarkan atas artikulasi.
Fonetik Penerima ( auditori ), mempelajari bagaimana mekanisma telinga
menerima bunyi. Fonetik Akustik pula mempelajari hakikatnya bunyi dan
klasifikasi bunyi berdasarkan atas hakikatnya bunyi ini.

Kesimpulannya, kedua-dua pendapat yang diberikan ini telah


menjelaskan tentang maksud yang sama dalam menerangkan definisi fonetik.

3
Manakala fonologi pula mengkaji keadaan dan organisasi ucapan iaitu
tentetan bunyi yang berupa unit-unit yang dapat dipecah-pecahkan,
hubungan antara unit-unit itu, fungsi pembentukannya dan kejadiannya yang
membentuk pola dan hirarki. Unit-unit asas yang dimaksudkan disini adalah
fonem-fonem iaitu unit-unit terkecil yang distingtif yang ikatan ucapannya
dapat dipenggal-penggal. Kajian mengenai fonem-fonem ini pula umumnya
diistilah sebagai fonemik.

Pada kesimpulannya, fonologi merupakan bahagian dari linguistik


deskriptif yang mempelajari tentang bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau
melalui mulut manusia, seterusnya terbahagi lagi menjadi fonetik dan
fonemik. Fonetik merupakan bidang yang mempelajari segala bunyi bahasa
dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu. Dengan
singkat dapat dikatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi
ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran
umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu
dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran , fonetik memakai data
deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan
pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Fonemik pula bermaksud
bidang yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan
mereka ke dalam fonem-fonem. Dengan singkat, fonemik merupakan bidang
yang mempelajari fonem-fonem sesuatu bahasa.

4.0 DEFINISI BAHASA

Fenomena yang penting dalam hidup kita adalah bahasa. Kebanyakan


kita hanya menganggap kebolehan bertutur itu sebagai salah satu kebolehan
asasi manusia tanpa mempersoalkan sama ada ia merupakan kebolehan
semula jadi manusia ataupun yang dipelajari. Sebenarnya kebolehan bertutur
itu adalah satu keanehan. Berbeza dengan kebolehan berjalan, manusia

4
bertutur dipengaruhi oleh masyarakat yang berada disekelilingnya. Sekiranya
masyarakat itu dihapuskan, kanak-kanak itu akan terus berjalan tetapi tidak
bertutur. Sekiranya ia diletakkan dalam satu masyarakat lain, ia akan terus
berjalan dan seterusnya menuturkan bahasa masyarakatnya yang baru itu.
Ini menunjukkan bahawa berjalan adalah fungsi biologi tubuh badan secara
naluri, tetapi pertuturan adalah fungsi kebudayaan yang harus dipelajari. Jika
diteliti akan cara orang bertutur tentang bahasa, kita sering mendapati
bahawa bahasa itu sering dianggap sebagai suatu alat yang boleh dipunyai,
diperoleh malah dihalangi.

Ahli-ahli linguistik pula sering memperkatakan mengenai bahasa


sebagai sesuatu yang berlaku seolah-olah ia suatu objek seperti jam loceng
yang mempunyai struktur dalaman yang boleh dikaji. Anggapan sebegini
tidaklah tepat kerana bahasa itu seringkali dirujuk sebagai organisma yang
hidup.

Ahli-ahli psikologi pula menganggap bahasa itu sebagai alat untuk


melahirkan perasaan, menyampaikan ilmu, mencipta keindahan, menurunkan
ilmu kebudayaan peradaban dan untuk berkomunikasi (Raja Mukhtaruddin
Mohd Dain, 1982:29). Pendapat ahli-ahli psikologi ini ada benarnya dalam
beberapa perkara. Apabila seseorang itu berbicara, ia akan menggunakan
bahasa sebagai alat menyatakan perasaannya seperti suka, kasih sayang,
marah, benci dan lain-lain. Dalam hal ini penggunaan nada suara itu penting
seperti intonasi, tekanan dan jeda. Pada aspek keindahan pula, seseorang itu
menggunakan bahasa untuk menyampaikan nyanyian, puisi, pantun dan
sebagainya dalam bahasa yang puitis. Bagi menyampaikan ilmu, bahasa
memerlukan alat yang berkuasa merakamnya. Sesungguhnya ilmu yang kita
miliki dan peroleh itu adalah melalui perantaraan bahasa.

5
4.1 BUNYI BAHASA

Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara
yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui
tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-
duanya. Udara yang kelar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga
dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di
seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan.
Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan.
Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi.
Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna.
Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara
yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang
dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-
organ yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

4.2 Alat-alat Pertuturan

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

6
Rongga Hidung Tengah lidah

Bibir atas Lelangit lembut

Lelangit keras Rongga mulut

Gigi atas Anak tekak

Gusi Belakang lidah

Hujung lidah Rongga tekak

Hadapan lidah Akar lidah

Bibir bawah Epiglotis

Gigi bawah Pita suara

Rahang Tenggorok

7
Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan dan fungsinya seperti
yang berikut :

4.3 Fungsi Alat Pertuturan

Lidah

Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam
pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu
hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian
ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.
Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan
belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh
digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

Gigi 

Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi


peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan
sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran
udara inilah yang menghasilkan bunyi. 

Bibir 

Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga
mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan
dibundarkan dan berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir
juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga
berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut. 

Gusi

8
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke
bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan
dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

Lelangit 

Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras


dan lelangit lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras
hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di
bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup
atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila
dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga
mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara
terpaksa keluar melalui rongga hidung.  

Rongga Hidung 

Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga


hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada
anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting
dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara
memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping
selaput nipis berkenaan.

9
5.0 KAJIAN KES

10
BIODATA KANAK-KANAK

Nama : Muhammad Naufal Shauqi

Tarikh lahir : 15 April 2005

Umur : 2 Tahun 11 Bulan

Jantina : Lelaki

Adik- beradik : 2 Orang, Anak Sulung

Nama Bapa : Mohd Safian bin Ishak

Pekerjaan Bapa : Guru

Nama Ibu : Naimah binti Ghazali

Pekerjaan Ibu : Guru

Hobi : Menonton siri kartun dan berbasikal

Sikap : Berdikari dan aktif

11
5.1 LATAR BELAKANG

Mohammad Naufal Shauqi dilahirkan pada jam 7.30 pagi, hari Jumaat,
bertarikh 15 April 2005. Lebih mesra dengan panggilan ”Naufal”. Dilahirkan
di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan. Naufal merupakan anak
sulung daripada dua beradik. Mempunyai seorang adik yang berumur 5 bulan
yang bernama Muhammad Nasrullah. Ayahnya ialah Mohd Safian bin Ishak
merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Merbok,
Kedah manakala ibunya Naimah binti Ghazali juga seorang guru yang
bertugas di Sekoah kebangsaan Taman Seri Pagi, Seremban.

Muhammad Naufal Shauqi membesar seperti kanak-kanak normal


yang lain. Sejak kecil beliau bertubuh sihat dan aktif. Beliau sudah boleh
berjalan ketika berumur 9 bulan. Sejak kecil beliau seorang kanak-kanak
yang bijak dan cepat belajar sesuatu perkara yang dilihat dan didengarnya.
Ketika berumur 1 tahun, Naufal sudah boleh menyebut perkataan mudah
seperti ”ma..ma” dan ”ba..ba” . Sejak itu banyak perkataan dan ayat yang
diperkenalkan kepada Naufal. Walaupun baru berumur 2 tahun banyak
perkataan dan ayat dapat disebut oleh Naufal dengan jelas. Ini kemungkinan
disebabkan keluarga ini menggunakan bahasa baku ketika bercakap dengan
Naufal walaupun dia masih kecil. Ibubapanya berpendapat seseorang kanak-
kanak perlu dilatih dengan perkataan yang betul walaupun kanak-kanak itu
tidak dapat menyebut dengan jelas.

Naufal mudah untuk ditemubual ketika saya menjalankan kajian kes


kepadanya. Kepetahannya bercakap dan keaktifannya memudahkan kajian
ini berjalan dengan lancar. Secara kesimpulannya saya berpendapat
seseorang kanak-kanak perlu dilatih oleh ibubapa untuk berkomunikasi
dengan betul dan perlu didedahkan dengan sesuatu yang baru supaya
mereka tidak kekok untuk melakukan perkara yang belum di cuba.

12
5.2 BORANG KAJIAN KES

BIL PERKARA MINGGU MINGGU MINGGU


1 2 3
1 Memahami maksud perkataan 2 3 4

2 Menyebut perkataan berdasarkan 3 3 4


gambar
3 Mengajuk percakapan 3 4 4

4 Menyebut ayat mudah 2 2 3

5 Mengguna ayat tanya 1 2 2

6 Perkembangan menyanyi dan 1 2 3


mengikut lagu dari muzik yang di
dengar
7 Memahami arahan yang diberi 2 3 4

8 Melaksanakan arahn yang di beri 3 3 4

Markah Penilaian

1 Kurang baik
2 Sederhana
3 Baik
4 Amat baik
5.3 SENARAI PERKATAAN YANG DISEBUT OLEH KANAK-
KANAK ( DIRAKAM )

13
BIL. PERKATAAN YANG PERKATAAN
TELAH DIRAKAM SEBENAR

1. ula bola

2. opi topi

3. ule gula

4. uah buah

5. udu sudu

6. pen pen

7. ucu buku

8. jam jam

9. uet duet

10. uci kunci

11. awan cawan

12. ula bola

BIL. Perkataan yang telah Perkataan sebenar


dirakam

13. uyi lori

14. ucu susu

15. ucing kucing

14
16. uyung burung

17. ayang-ayang layang-layang

18. umah rumah

19. aju baju

20. ecar besar

5.4 PERKATAAN KANAK-KANAK, TRANSKRIPSI DAN


PERKATAAN SEBENAR.

Bil. Perkataan Transkripsi Perkataan


kanak-kanak Sebenar

1. ula [ ula ] bola

2. opi [ ‫כ‬pi ] topi

15
3. ule [ ulə ] gula

4. uah [ uah ] buah

5. udu [ udu ] sudu

6. pen [ pεn ] pen

7. ucu [ ucu ] buku

8. jam [ jam ] jam

9. uit [ uət ] duit

10. uci [ uci ] kunci

11. awan [ awan Cawan

Bil. Perkataan Transkriptif Perkataan sebenar


kanak-kanak

12. ula [ ula ] bola

13. uyi [ uyi ] lori

14. ucu [ ucu ] susu

15. ucing [ uciŋ ] kucing

16. uyung [ uyuŋ ] burung

17. ayang-ayang [ ayaŋ-ayaŋ ] layang-layang

18. umah [ umah ] rumah

16
19. aju [ aju ] baju

20. ecar [ əcar ] besar

5.5 SENARAI AYAT-AYAT YANG DIRAKAM.

Bil. Ayat yang disebut oleh kanak-kanak

1. Abah, Nafal nak akan !

2. Mama, Nafal nak nenen !

3. Abah, Nafal nak gi alan-alan !

4. Mama, Nafal nak tido !

5. Mama, nak ai klim !

17
Bil. Ayat yang Transkripsi Ayat Sebenar
disebut oleh
kanak- kanak

1. Abah, Nafal nak [ Abah, Nafal Abah, Naufal


akan! hənda? makan ! ] hendak makan !

2. Mama, nak ucu ! [ Mama, na? ucu ! Mama, hendak


] susu !

3. Abah, Nafal nak [ Abah, Nafal na? Abah, Naufal


gi ala-ala ! gi ala-ala ! ] hendak pergi
jalan-jalan !

4. Ibu, Nafal nak [ Ibu, Nafal na? Ibu, Naufal


idur ! idur ! ] hendak
tidur !

5. Mama, nak ai [ Mama, na? ai Mama, nak


klim klim ! ] aiskrim

18
5.6 RUMUSAN KAJIAN KES

Setelah selesai menjalankan kajian kes terhadap Muhammad


Naufal Shauqi, saya mendapati dia seorang kanak-kanak yang cerdik
dan mudah didekati. Pada hari pertama saya memulakan kajian ini, dia
sangat aktif melakukan aktiviti hariannya seperti menunggang basikal,
berlari-lari, melompat-lompat dan bermain dengan barang mainannya.
Naufal agak pelik apabila dirinya dirakam apatah lagi oleh bapanya
sendiri. Walaupun kajian ini adalah sesuatu yang baru baginya, dia
tetap dengan persepsi dirinya.

Dalam masa seminggu kajian kes ini dilakukan terhadapnya,


perubahan dari hari ke hari dapat dilihat dan saya mendapat banyak
maklumat baru yang perlu untuk saya dedahkan kepadanya contohnya
sebelum ini saya hanya berkomunikasi secara tidak langsung
dengannya dan hanya memberi tunjuk ajar perkara yang sering
dilakukan oleh seorang ibubapa yang menjaga dan mendidik anak-
anak untuk membesar tanpa mendedahkan mereka kepada
pendidikan dan pengetahuan secara formal mengikut tahap
pertumbuhan dan perkembangan seorang kanak-kanak.

19
Setelah saya menjalankan kajian ini saya mendapati bahawa
ibubapa boleh mengenal anak-anak mereka dengan lebih dekat jika
kajian kes seperti ini dilakukan terhadap anak-anak mereka. Ini
memudahkan ibubapa melihat perkembangan dan pertumbuhan anak-
anak pada tahap mana dan barulah ibubapa mudah untuk
menyesuaikan sesuatu pendedahan dan pendidikan yang sesuai
mengikut tahap dan kebolehan seorang kanak-kanak itu.

Bagi Muhammad Naufal kajian ini berjalan dengan lancar dan


setiap pendedahan dan perkara yang didedahkan kepadanya terdapat

peningkatan. Dia mampu menyebut hampir >1000 patah


perkataan dan mampu untuk membina ayat berbanding dengan
umurnya. Dia mampu mencipta cerita berdasarkan kejadian yang
dilihat dan didengarinya.

Perkara yang paling menarik semasa kajian kes ini dijalankan,


naufal mampu untuk menyanyikan lagu dari nyanyian ”Apek” yang
bertajuk Aspalela. Bagi seorang kanak-kanak yang berumur 2 tahun
lebih, ini pasti amat membanggakan ibubapa apabila kanak-kanak
yang sekecil ini petah berkata-kata tanpa segan silu dan bagi saya ini
juga merupakan pendedahan bagi seseorang kanak-kanak untuk
bertutur dan berkata-kata.

Sesuatu yang menarik perhatian saya ketika kajian ini dilakukan


ketika memerhati naufal bermain dengan barang mainannya. Naufal
dapat bermain mainannya dengan imaginasi yang tinggi seperti ketika
memegang patung ultraman dia menggunakan imaginasi dan

20
suaranya dengan menerbangkan patung ultraman sambil suaranya
berdesing ketika berlawan dengan raksaksa. Berkemungkinan Naufal
sering menonton rancangan ultraman. Begitu juga ketika bermain
kereta mainan. Aksi menghidupkan enjin, berlanggar dan memandu
laju dipenuhi dengan aksi dan bunyi yang menarik dan mengasyikkan
bagi sesiapa yang melihatnya seperti bunyi ”bummm” ketika kereta
berlanggar.

6.0 BUNYI VOKAL

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang
bersuara iaitu ketika menghasilkan bunyi tersebut, pita suara digetarkan.
Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan
bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan
berpanjangan dalam erti kata bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih
panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli { a, e, i ,o dan u }


dan dua vokal yang terdapat dalam kebanyakan dialek { ε,dan ‫} כ‬.
Terdapat empat vokal depan, iaitu [ i ] , [ e ], [ε ], dan [ a ], satu vokal
tengah [ ə ] dan tiga vokal belakang [ u ], [ o ] dan [ ‫ ] כ‬.

Walaupun dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal-vokal di


dalam bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam
pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. Vokal-vokal
itu dapat digambarkan melalui carta vokal yang disediakan.

Kata depan, tengah dan belakang lidah merujuk kepada bahagian


pada lidah. Rajah di bawah ini menunjukkan keratan rentas lidah. Garis-

21
garis melintang menunjukkan ketinggian lidah. Rajah tersebut juga
menunjukkan kedudukan lidah semasa bunyi vokal dihasilkan. Bibir dalam
keadaan terhampar semasa bunyi vokal depan dihasilkan, manakala bibir
dalam keadaan bundar semasa vokal belakang dihasilkan. Keadaan bibir
neutral semasa menghasilkan vokal tengah.

Kedudukan vokal-vokal tersebut bolehlah dirumuskan seperti berikut :

Nama Vokal Contoh (awal ,tengah, akhir


Lambang kata )
Vokal depan sempit [i ] Ikan, bila, kail
Vokal depan separuh [e] Ekor, boleh, taugeh.
sempit ( e taling )
Vokal depan separuh luas [ε] εlok, tεlor
Vokal depan luas [a] anak, masa, lima
Vokal tengah ( e pepet ) [ə] əmak, bətul
Vokal belakang sempit [u] Udang, butang, lalu
Vokal belakang separuh [o] otak, bosan, logo
sempit
Vokal belakang separuh luas [‫]כ‬ ‫כ‬rang, b‫כ‬leh.

Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh 
pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Kedudukan vokal-
vokal dapat dilihat seperti berikut:

Carta Vokal

22
Secara umumnya, dapatlah disimpulkan bahawa bunyi-bunyi bahasa Melayu
bolehlah dikelaskan kepada tiga golongan iaitu :

i. Vokal
ii. Konsonan
iii. Diftong

7.1 BUNYI KONSONAN.

Konsonan adalah bunyi bahasa yang apabila di keluarkan bunyi –


bunyi ini akan menerima sempitan, sekatan dan geseran sama ada di
bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bukan semua bunyi – bunyi
konsonan bersuara kerana ada bunyi – bunyi konsonan yang tidak bersuara.
Konsonan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya adalah :-

7.1.1 Konsonan Letupan


Konsonan letupan adalah konsonan yang dikeluarkan dengan udara ditahan
dan dilepaskan dengan cepat. Contoh konsonan letupan adalah seperti
konsonan (p) dan (b) : jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan,
kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika
dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi (p).

23
7.1.2 Konsonan Geseran
Konsonan geseran adalah dengan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat
sempitan pada arus udara. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak
dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga
hidung. Pita suara di renggangkan, arus udara melaui rongga mulut tanpa
menggetarkan pita suara, lalu terhasillah bunyi ( s ).

7.1.3 Konsonan Getaran


Konsenan getaran terjadi apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga
udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada
waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil pada waktu itu dinamakan bunyi
getaran gusi bersuara ( r ).

7.1.4 Konsonan Sisian


Konsonan sisian berlaku apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan
udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara
keluar melalui bahagian tepi lidah. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi
sisian sisi bersuara ( l )

7.1.5 Konsonan Sengauan ( nasal )


Konsonan Sengauan ini boleh dibahagikan kepada empat bunyi nasal yang
terdapat di dalam bahasa melayu. Perbezaan yang berlaku pada keempat –
empat bunyi nasal itu adalah pada daerah udara disekat yang berlaku pada
rongga mulut. Pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Contohnya
adalah :-
(m) – dua bibir dirapatkan . Bunyi yang dihasilkan dinamakan sengauan dua
bibir bersuara (m).
(n) – hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi yang dihasilkan dinamakan
sengauan gusi bersuara.

24
(n) – tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara. (n)
(n) – belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan
dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara (g).

8.0 BUNYI DIFTONG

Diftong akan terjadi bila terdapat gabungan dua vokal yang terdapat di
dalam satu suku kata, yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen.
Diftong bermula daripada perkataan inggeris yang mana dua vokal hadir
dalam konteks yang sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Manakala
dalam bahasa melayu terdapat tiga diftong iaitu ( au, oi, ai ) seperti yang
digambarkan dengan gambarajah di bawah :-

Tengah Belakang
Hadapan i u
sempit
(c)
Separuh e o
sempit

Separuh ε ‫כ‬
luas (a) (ai)
(b) (au)
luas a (c) (oi)

(a) (b)

PERGERAKAN LIDAH UNTUK MEMBUNYIKAN DIFTONG

25
Diftong yang pertama ialah diftong ( ai ) iaitu bahagian depan lidah
pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal ( a ) tetapi kemudiannya
bergerak kepada kedudukan untuk vokal ( i ) tetapi tidak setinggi
sebagaimana membunyikan ( i ). Contoh [pakai].

Diftong yang kedua pula ialah [ai]. Pada ketika ini depan lidah berada
pada kedudukan untuk vokal [a] tetapi kemudiannya bergerak untuk vokal [u];

bibir yang mula-mula dihamparkan, kemudiaannya dibundarkan pula.


Contoh [pulau].

Diftong yang ketiga pula ialah diftong [oi]. Semasa dihasilkan, lidah
berada pada kedudukan [o] dan kemudian bergerak kepada [i], bibir yang
mula – mula bundar tetapi kemudian bekeadaan hampar. Contoh [amboi].

26
RUJUKAN

i. Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid (IPBMM)


(2007). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu. Selangor.
Meteor Doc Sdn. Bhd.

ii. Awang Sariyan (1995). “Mari berbahasa baku: Sebutan baku dan
ejaan rumi.” Selangor: Synergymate Sdn. Bhd

iii. Mahani Razali dan Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan,


Pendekatan Kontemporari. Universiti Pendidikan Sultan Idris. McGraw-
Hill Sdn Bhd.

iv. Nik Safiah Karim dan Farid M. Onn. 2004. Tatabahasa Dewan Edisi
Baru. Kuala Lumpur. Dawarna Sdn Bhd.

v. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif. Jurnal. Pengantar


Linguistik Am. Karyanet.

vi. www.ship.edu/~cgboeree/bandura.htmlhttp://www.karyanet.com.my

27
vii. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/dbp_jawi/pengenalan/105konsonan.hm

viii. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

ix. http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

x. http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA

LAMPIRAN (CD)

28

Anda mungkin juga menyukai