Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN SATU Soakan struktur [30 markah] ( Jawab semua soalan )

1.

GURINDAM DUA BELAS FASAL YANG KESEMBILAN Tahu perkerjaan tak baik tapi dikerjakan, Bukanlah manusia iaitulah syaitan. (Dipetik daripada antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan)

Senaraikan dua unsur gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas. Sinkope / singkatan kata. Contohnya. Tak Perbandingan langsung. Contohnya, bukannya manusia iaitulah syaitan Aliterasi. Contohnya, Tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan, iaitu pengulangan bunyi konsonan t dan n. Asonansi. Contohnya, bukannya manusia iaitulah syaitan, iaitu pengulangan bunyi vokal u dan a. [ terima mana-mana dua gaya bahasa] [ 2 markah ]

2.

Keberangkatan Ayah Saat itu, ayah pun berangkat dengan mata pejam dan wajah tenang meski selaut sedih bergelombang di dada kami akur juga akhirnya kecintaan-Nya melebihi segala cinta. ( Dipetik daripada antologi Madu Ilmu )

Berdasarkan petikan jawab soalan berikut. a) Kemanakah ayah berangkat ? - ayah telah meninggal dunia. - ayah telah berangkat ke alam baqa. [ pilih satu ] [ 2 markah ] b) Nyatakan nada yang terdapat dalam petikan ini. - Nada melankolik. Ini kerana penyair merakamkan rasa sedihnya semasa ayahnya meninggal dunia. Nada sediah dirasai apabila penyair dapat mengingati kebaikan ayahnya semasa dia menunggu masa meninggal dunia. [ 1 markah ] c) Nyatakan satu gaya bahasa yang terdapat dalam petikan ini beserta contoh. - Metafora. Contoh, Selaut sedih - Hiperbola. Contoh, selaut sedih bergelombang di dada [ 2 markah ] 3. Dalam cerpen Warna Hati Seorang Datin mengisahkan tentang kehidupan Datin yang mempunyai madu. Namakan ketiga-tiga madu Datin. i. ii. iii. Siti Halijah Cikgu Jalilah Syarifah Aminah

[ 3 markah ] 4. Ya ayahanda, adapun yang seperti titah tuanku itu patik pohon ampun ke bawah duli tuanku kerana perempuan itu adalah cahaya perkuasa dan jika ia berahi tiadalah patut ia mendatangi si laki-laki itu, melainkan laki-laki juga mendatangi padanya itu kerana di dalam diri laki-laki itu ada perempuan dan di dalam diri perempuan itu ada laki-laki. Maka itulah laki-laki namanya. (Dipetik daripada antologi Seuntai Kasih Secebis Harapan) i. ii. Siapakah yang menuturkan dialog di atas ? Indera Nata [ 2 markah ] Nyatakan dua nilai murni yang terkandung dalam petikan di atas. a. Menjaga maruah diri wanita. b. Bijaksana [ mana mana nilai murni yang sesuai ] [ 2 markah ] 5. Berdasarkan drama Lima Perwira berikan dua nilai dan dua pengajaran yang terdapat dalam drama itu. Nilai. i. Bertanggungjawab sifat tanggungjawab sangat penting dalam kehidupan. Hang Tuah dan semua sahabatya memiliki nilai tanggungjawab yang tinggi untuk menengakkan keadilan bagi menjaga keselamatan negeri Melaka. ii. Nilai pengorbanan. Hang Tuah serta semua sahabatnya sanggup berkorban dan mempertaruhan nyawa demi menjaga kedaulatan negeri Melaka agar jauh daripada ancaman musuh. [ 2 markah ] Pengajaran. i. Kita mestilah berani menegakkan keadilan walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. ii. Kita mestilah sentiasa bertanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada segala ancaman musuh. [ Beri markah kepada nilai dan pengajaran yang sesuai ] [ 2 markah ] 6. Semua orang kata Fariz salah! Nenek kata nakal, kakak cakap Fariz jahat dan polis-polis di lokap sana kata Fariz tak guna! Sekarang abang pun nak cakap macam tu? Syed Fariz memancang Anuariza. Marah. ( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih, oleh Ramlah Abd. Rashid ) Nyatakan empat kesalahan yang telah dilakukan oleh Syed Fariz. i. Menghidu gam ii. Menubuhkan persatuan dan kumpulan haram. iii. Menganggu ketenteraman awam / peras ugut / bergaduh / mencabul kehormatan kaum wanita. iv. Menyalahgunakan ubat batuk. [ 4 markah ]

BAHAGIAN DUA Soakan Esei [20 markah] ( Jawab semua soalan ) 7. Berdasarkan novel Jeriji Kasih, karya Ramlah Abd. Rashid, a) 7. Berdasarkan novel Jeriji Kasih, karya Ramlah Abd. Rashid,

a) Lengkapkan tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan atau rangkaikata yang sesuai. [ 10 markah ] Anuariza gembira kerana mendapat keputusan peperiksaan STPM yang cemerlang. Azuera juga pernah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan (1)....................... Azuera menolak tawaran ke (2).......................... kerana kemiskinan keluarganya. Soleha gelisah kerana terlalu lama menunggu (3)................. Azuera menegur Soleha yang kelihatan gelisah itu. Soleha sebenarnya bukan risau akan Anuariza tetapi masih serba salah untuk membuat keputusan menjawab lamaran (4)............................. Soleha memberitahu Azuera tentang masalah (5)......................... yang akan dihadapi sekiranya Anuariza masuk universiti. Azuera mencadangkan untuk meminta bantuan daripada (6)........................... Terfikir juga di hati Soleha, andainya dia menjadi (7)................... Syed Mustafa, masalah perbelanjaan (8)....................ke universiti pasti akan selesai. Soleha tidak sedar akan kehadiran (9)...................... dan Syed Mustafa. Nek Siah bertanya sebab Soleha cemas. Soleha memberitahu bahawa Anuariza belum pulang dari (10)......................untuk mengambil (11).......................... peperiksaan. Syed Mustafa pergi mencari Anuariza. Soleha memberitahu Nek Siah bahawa dia belum membuat keputusan untuk menerima (12).................... Syed Mustafa. Dia (13) ..................... kepada Nek Siah untuk membuat keputusan. Nek Siah meminta Soleha (14)........................ sendiri hal itu kepada Syed Mustafa. Nek siah kemudian memberitahu bahawa dia baru pulang dari (15)............................. Dia memberikan (16)......................... tanah arwah bapa ....................yang (17)..............................................kepada Tuk Syed kepada Soleha. Anuariza pulang dan (18)......................... bahawa keputusan STPMnya cemerlang. Mereka (19)..................... . Syed Mustafa mengajak Anuariza untuk membincangkan (20)................... mereka yang seterusnya. 1. STPM 2. Asrama penuh 3. Anuariza 4. Syed Mustafa 5. Kewangan 6. 7. Syed Mustafa 8. Isteri 9. Anuariza 10. Nek Siah 11. Sekolah 12. Keputusan 13. Lamaran 14. Menyerahkan 15. Memberitahu 16. Pejabat tanah 17. Geran 18. Digadaikan 19. Memberitahu 20. Gembira 21. Rancangan [ 10 markah ] 1 isi markah.

b) Huraikan lima mesej yang disampaikan melalui novel tersebut beserta contoh yang sesuai. [ 10 markah ]

Anda mungkin juga menyukai