Anda di halaman 1dari 38

1.

0 PENDAHULUAN

1.0 PENDAHULUAN Kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh setiap murid selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca, menulis dan mengira. Kemahiran membaca bukanlah kemahiran semulajadi tetapi perlu dipelajari. Membaca tidak sama pembentukannya seperti berjalan atau berlari. Anak-anak secara semulajadi boleh berjalan dan berlari. Sebaliknya, anak anak tidak boleh membaca dan menulis secara semulajadi. Ini bermakna , kemahiran ini perlu dipupuk dengan cara yang tersusun dan berkesan. Pengalaman kita sendiri jelas menyokong kenyataan bahawa kemahiran membaca dan seterusnya menulis bukanlah satu perkara yang mudah tetapi akan menjadi mudah apabila diajar dengan cara yang betul. Masih ramai murid di peringkat sekolah rendah dan juga menengah yang tidak boleh membaca dan menulis dengan lancar. Kenedy (1981) mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Kemahiran menulis pula berkait rapat dengan kemahiran membaca. Jika seseorang murid tidak menguasai kemahiran membaca, murid tersebut tidak akan menguasai kemahiran menulis dengan sempurna. Oleh itu, sebagai seorang guru kita perlu mendidik murid-murid dengan betul dan mudah agar ilmu yang disampaikan akan dikuasai dengan mudah. Guru-guru juga perlu menggunakan pelbagai cara untuk memudahkan dan membuat sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai

2.0 PRABACAAN

2.0 PRABACAAN Maksud Prabacaan Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa, iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009) Menurut Abu Bakar (1994) Peringkat prabaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan

Menurut Ismail Zakaria, Salamah Othman dan Elly, Chong(1992) Tahap bacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

Aktiviti prabacaan terbahagi kepada tiga iaitu:

Pengamatan penglihatan

Pergerakan tangan dan mata

Penglihatan pendengaran

Aktiviti prabacaan

AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Bahan: Pelbagai gambar kereta, baju, lain-lain. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu, kelas dan kumpulan.

Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Bahan: Gambar benda hidup, benda bukan hidup, benda yang boleh dimakan, benda yang tidak boleh dimakan, pakaian, dan alat tulis-menulis. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. 2. Murid menyebut benda hidup atau benda bukan hidup sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. 3. Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup, pakaian, alat tulis-menulis dan lain-lain. 4. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu.

AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1

Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. Bahan: Paku, tin, batang kayu, meja, tempurung, batu. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin, paku, tempurung, batang kayu, meja dan batu. 2. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. 3. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. 4. Murid menyanyi lagu Mari Bergembira dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri.

Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2

Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir, air menitik, angin kencang, angin menderu, petir, hujan lebat, dan ombak. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Aktiviti Guru/Murid: 1. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 2. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. 3. Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan.
8

AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1

Membentuk benda daripada plastisin, tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain. Bahan: Plastisin, tanah liat, dan bubur kertas. Aktiviti Guru/Murid: 1. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. 2. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. 3. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka.

Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 2

Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan, dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. Bahan: Lembaran kerja, benda maujud (dulang berpasir, model pokok, model tiang bendera, bola, manik, cawan, air), kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putus-putus. Aktiviti Murid: 1. Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 2. Murid memegang cawan plastik yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. 3. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.

3.0 PENULISAN

10

3.0 PENULISAN

Menurut Juriah Long et.al (1990) Penulisan merupakan cara untuk berkomunikasi melalui bentuk grafik

Menurut Za'ba (1965) Penulisan merupakan pekerjaan dengan susunan yang elok.

Menurut Syed Hasan Al-Atas Penulisan merupakan satu bentuk kemahiran yang terpenting dalam Islam. Melaluinya, Pelbagai bentuk pengetahuan dapat disampaikan. Ia merupakan medium dalam bidang keilmuan dari satu generasi ke generasi.

11

4.0 PEMULIHAN BACAAN

12

Bacaan peringkat pengajaran iaitu murid Membaca merupakan proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambing bercetak atau bertulis (Haris & Sipay 1980). membaca mengikut tahap pembelajaran mereka. Ujian bacaan nyaring merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran dalam bacaan diagnostik.

AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN

# memadankan huruf besar dan huruf kecil. # diskriminasi penglihatan dan pendengaran.

Ujian membaca secara diagnostic membantu guru untuk mengesan kesukaran-kesukaran khusus bacaan murid. Pengajaran fonetik yang betul. # pembalikan huruf.

13

PEMULIHAN BACAAN Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu.

Aktiviti Pemulihan Bacaan

Bacaan Mekanis

Bacaan Mentalis

Bacaan Intensif

Bacaan Ekstensif

Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid. Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Guru membaca dan murid-murid mengikut.

Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah. Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu muridmurid yang lemah.

Murid patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa. Mempelbagai soalan berbentuk objektif, salah betul, lisan ataupun jawapan bertulis.

Aktiviti membaca

yang dilakukan di luar kelas. Bahan bacaan juga harus diperoleh daripada bahanbahan yang berbeza.

14

5.0 PEMULIHAN TULISAN

15

Pengajaran guru perlu berfokus kepada cara memegang alat tulis, membentuk garisan dan lenggokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna.

Aktiviti menulis digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid. Guru meletakkan kertas lurus semasa aktiviti menulis sebagai panduan untuk murid menulis bagi mengatasi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan senget.

Wiederholt, Hammil & Brown (1983) mencadangkan guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan.

AKTIVITI PEMULIHAN TULISAN

Jika saiz tulisan murid tidak betul, terlalu kecil atau terlalu besar guru perlu berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di kertas.

Latih tubi murid menulis huruf mengikut jarak hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel bagi masalah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang.

16

PEMULIHAN TULISAN

Aktiviti Pemulihan Tulisan

Peringkat Pra Tulisan


Latihan mengikut garisan-

Peringkat Mekanis

Peringkat Pelahiran

Latihan membentuk bulatan dan

garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir, di rumput tanpa menggunakan alat tulis. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekan jari, menggoyangkan tangan, meramas jari dan sebagainya. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus.

garis lurus dalam keadaan yang terkawal. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam.

Mengisi silang kata. Mengisi tempat kosong dalam

ayat. Melengkapkan ayat dengan menambah rangkai kata yang sesuai. Menulis ayat yang lengkap dengan perkataan yang diberi. Membentuk ayat-ayat bagi menyudahkan cerita. Menulis ayat berdasarkan gambar yang disediakan. Menulis jawapan-jawapn kefahaman.

17

6.0 BONEKA

18

6.1 KONSEP Boneka merupakan sebarang objek yang dilakonkan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej Apa sahaja objek boleh dijadikan boneka sekiranya objek itu digerakkan oleh pemain Boneka adalah cara mempelajari bahasa melalui teknik

penceritaan. Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian pelajar. Boneka bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Boneka merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.

6.2 KEPENTINGAN
Boneka kepentingan.

yang diintegrasikan dalam pengajaran seharusnya mempunyai beberapa

Antaranya seperti yang berikut:

(a) Memenuhi fitrah kanak-kanak yang suka bermain (b) Konsep pembelajaransambil bermain (c) Kanak-kanak tidak berasa bosan kerana aksi-aksi boneka tersebut dapat menceriakan proses pembelajaran dan pengajaran. (d) Menyediakan konteks pembelajaran
(e)

Alat mengikis rasa bosan Pada waktu-waktu tertentu, umpamanya pada waktu menjelang tengah hari,

pelajar akan merasa bosan, mengantuk dan lapar. Bayangkan sahaja bagaimana guru dapat menyampaikan pengetahuan tentang tatabahasa dan aspek-aspek pemahaman
19

dalam keadaan yang melesukan. Begitu juga dengan aktiviti kelas yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukkan ayat-ayat. Pada saat ini lakonan boneka dapat menimbulkan perasaan gembira dan menyebabkan mereka lupa sekejap ras a lapar dan
mengantuk. Bahkan ia

mewujudkan komunikasi dalam bentuk yang semula jadi dan

memenuhi keperluan pelajar apabila berhadapan dengan dunia sebenar .

(e) Alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Dalam pengajaran bahasa, lakonan boleh dijalankan dalam pelbagai bentuk mengikut
tujuannya. Justeru, ia

sangat berguna dalam aktiviti pemulihan, pengukuhan dan

pengayaan. Kebanyakan pelajar yang lemah menghadapi masalah pengamatan dan pendengaran. Kelemahan ini dapat diatasi sedikit demi se dikit melalui aktiviti yang dirancangkan. Jika tiada langkah yang diambil untuk mengatasi kelemahan ini, pelajar berkenaan akan menemui kesukaran menyebut bunyi, huruf, membunyikan suku kata dan perkataan. Selepas sesuatu pengajaran, gerak kerja pengukuhan pula diadakan. Latihan yang dijalankan secara berterusan mungkin membosankan pelajar. Walau bagaimanapun, aktiviti pengukuhan masih boleh diteruskan dengan syarat latihan dan latih tubi yang diperkenalkan itu dipelbagaikan dalam bentuk aktiviti permainan bilik darjah.

6.3 LAKONAN BONEKA SEBAGAI SATU TEKNIK PENGAJARAN


Penggunaan boneka

sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa

bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan hari ini. Sebagai satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, boneka mempunyai kelebihan. Antaranya seperti yang berikut: (a) Untuk membolehkan pelajar membiasakan diri menyebut sesuatu bunyi (perkataan, frasa dan ayat) dengan jelas, betul dan tepat. Di samping itu, mereka juga boleh berlatih mengucapkan ayat dengan sebutan, intonasi, tekanan, jeda dan gaya yang betul.

20

(b) Ia dijadikan bahan rangsangan sama ada semasa memulakan sesuatu pelajaran, pada pertengahan atau akhir pembelajaran. Sebagai bahan rangsangan, lakonan boneka tentunya dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ini kerana pelajar berpeluang menggunakan bahasa dalam suasana yang menyeronokkan serta terlibat secara aktif.

(c) Masa untuk lakonan boneka

dianggap sebagai masa istirehat yang berfaedah. Teknik ini

berupaya menghilangkan rasa letih dan bosan setelah belajar seh ari suntuk. Dengan cara
begini,

pelajar dapat memperbaharui semangat dan minat untuk meneruskan

pembelajaran mereka. (e) Pelajar berpeluang menggunakan kemahiran bahasa yang ada pada mereka dalam konteks dan situasi sebenar dan bermakna. Ini kerana semasa lakonan berlansung, pelajar akan bertindak balas secara spontan, iaitu dengan bertanya, memberikan arahan, meneka dan membaca. Keseronokan bermain seperti ini akan menghidupkan keinginan pelajar untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikiran secara berkesan.

6.4 UNSUR BONEKA


(a)

Interaksi Murid sekolah rendah amat gemar bertutur dan mereka juga mudah untuk

bersosialisasi. Keadaan ini boleh dieksploitasi untuk meningkatkan interaksi sesama mereka. Peluang menggunakan sepenuhnya tenaga dan kebolehan untuk

berkomunikasi sebenarnya berkait rapat dengan pengalaman berbahasa. Perkara penting yang patut diberikan perhatian adalah kesan daripada interaksi rakan sebaya. Mereka lebih banyak belajar melalui rakan sebaya daripada guru mereka sendiri. Antara ciri lain ialah dapat merangsangkan pelajar untuk bertindak balas secara aktif dan positif serta dapat mengekalkan minat mereka. Bahan bantu mengajar yang menarik dapat mengekalkan minat mereka terhadap pembelajaran yang dijalankan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Oleh itu, murid dapat mengekalkan perhatian ketika di dalam kelas.
21

6.5 BAHAN DAN CARA UNTUK MEMBUAT BONEKA 6.5.1 BROKOLI - Senduk - Kapas - Warna air (hijau) - Butang - Kertas Cara-cara : 1. Warnakan kapas dengan warna hijau dan biarkan kering. 2. Tampalkan kapas berkenaan pada bahagian belakang senduk. 3. Tampalkan butang sebagai mata dan potongkan kertas agar menjadi bentuk mulut dan hidung.

22

6.5.2 TIKUS - Sarung tangan putih - Tali warna hitam - Jarum - Benang putih - Kain perca berwarna merah - Mata Cara-cara : 1. Sarung tangan diterbalikkan bahagian dalamnya ke luar. 2. Jahit (jahitan kia jelujur ulang dua kali supaya rapat) mengikut garisan yang ditandakan. 3. Terbalikkan semula sarung tangan tersebut (jahitan ke dalam). Kemaskan

23

5.3 RAMA-RAMA - Sapu tangan - Stokin - Benang - Sedikit perhiasan Cara-cara : 1. Ikatkan sapu tangan agar membentuk kepak si rama-rama. 2. Jahitkan kepak pada bahagian stoking agar stoking menjadi badan. 3. Letakkan kertas agar menjadi sesungut dan sedikit perhiasan pada bahagian kepak.

6.5.4 TELUR - Sebiji telur

6.5.5 PENTAS (berlatarbelakangkan tumbuhan dan taman - Polisterina - Cat air

24

7.0 DIALOG

25

26

27

28

29

8.0 PENUTUP

30

Terdapat beberapa peringkat dalam kemahiran membaca dan menulis. Peringkat paling utama dalam kedua-dua kemahiran ini ialah peringkat mendirikan asas. Peringkat ini dikatakan sebagai peringkat paling utama kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai peringkat yang paling asas sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi. Justeru, peranan guru dilihat sebagai agen utama dalam membantu murid-murid yang lemah dalam penguasaan bahasa Melayu. Guru hendaklah mempelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid dapat

menguasainya dengan memberi penekanan utama semasa peringkat mendirikan asas bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah. Selain itu, guru juga perlu memastikan dan menentukan teknik pengajaran yang sesuai digunakan mengikut tahap kebolehan murid-murid. Perkara yang paling penting dalam sesuatu program literasi bahasa Melayu ialah pengajaran guru di dalam kelas. Ini kerana guru memainkan peranan yang penting bagi menimbulkan suasana pembelajaran literasi yang aktif dalam sesuatu pengajaran bahasa Melayu. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan adalah permainan bahasa. Permainan bahasa merupakan satu aktiviti yang dilakukan dalam mempelajari bahasa melalui lakonan boneka bersesuaian dengan tahap pencapaian murid. Guru seharusnya mengatur sesuatu aktiviti kepada murid-murid supaya dapat bekerjasama bagi melaksanakan sesuatu tugasan. Ia lebih dikenali sebagai pembelajaran koperatif. Ini dapat dilaksanakan dalam permainan bahasa yang dijalankan oleh guru di mana secara tidak langsung akan melibatkan semua murid dan suasana pembelajaran berlangsung dalam suasana yang ceria. Ini memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid untuk menerima input pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru.

31

REFLEKSI

32

NAMA NO KAD PENGENALAN

: AFIFAH BINTI HARUN : 900405-03-5484

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya siapkan tugasan ini dengan jayanya. Lega! Itulah perasaan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan saya apabila kerja kursus pendek (KKP) Literasi Bahasa (WAJ3104) ini berjaya disiapkan. Sebagai seorang bakal guru, tugasan ini amat bermanfaat kepada saya. Salah satu komponen yang perlu dipenuhi untuk tugasan ini adalah saya perlu mencari dan mengumpul maklumat tentang aktiviti prabacaan, prapenulisan, pemulihan bacaan dan pemulihan tulisan serta mengolah maklumat yang diperolehi dengan menggunakan peta minda. Tugasan ini kelihatan sangat mudah untuk dipenuhi tetapi disebaliknya ada juga kerumitan. Setelah semua bahan-bahan dikumpul, kami perlu membaca dan meneliti setiap maklumat agar dapat mencari idea utama yang disampaikan. Melalui pembacaan ini secara tidak langsung saya dapat menimba banyak ilmu baru. Saya juga lebih memahami tentang konsep KIA2M, LINUS, kemahiran asas KIA2M dan lain-lain lagi. Maklumat dan pengetahuan yang saya perolehi ini sangat berguna dalam persediaan menjadi seorang guru yang cemerlang. Selain itu, saya juga perlu mengghasilkan alat bantu mengajar yang boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan. Saya dan pasangan telah bersetuju untuk menghasilkan alat bantu mengajar menggunakan teknik boneka. Saya yakin dengan menggunakan teknik ini akan dapat menarik perhatian murid pemulihan kerana kanakkanak akan lebih tertarik untuk mengikuti pengajaran kerana tertarik dengan boneka yang pelbagai rupa, warna, bentuk dan menarik. Kanak-kanak juga akan lebih berminat untuk mendengar cerita berbanding pengajaran secara langsung. Oleh itu, kami mengambil kesempatan ini untuk memuatkan tajuk yang akan diajar didalam cerita. Secara tidak langsung, selain dapat mendengar cerita dan mengambil pengajaran serta nilai murni yang disampaikan, murid-murid juga dapat belajar dan menimba ilmu. Banyak cabaran yang saya dan pasangan hadapi dalam menyiapkan tugasan ini. Namun, kami yakin ini hanyalah dugaan kecil yang menguji kami untuk mencapai
33

kejayaan. Dalam penyediaan boneka, kami mengalami beberapa kekangan. Antaranya ialah kekangan masa. Hal ini demikian kerana kami mendapat tugasan pada minggu terakhir sebelum cuti bermula dan perlu menghantar tugasan apabila kuliah bermula. Namun, kami telah berjaya menangani masalah ini. Kami telah mengagihkan tugas dengan adil untuk mengelakkan kerja kami tertangguh atau tidak dapat disiapkan mengikut masa yang ditetap. Selain itu, saya juga mengalami beberapa masalah dalam penyediaan boneka kerana saya merupakan seorang yang tidak kreatif dan berseni. Saya mengambil masa yang lama untuk mendapat idea tentang boneka yang ingin disediakan. Setelah berbincang dengan kakak saya, saya mendapat idea untuk menghasilkan boneka rama-rama. Hasil usaha saya, akhirnya saya berjaya menyiapkan boneka tersebut. Melalui pengalaman ini, saya sedar bahawa sebagai seorang guru kita perlulah mempunyai pelbagai kebolehan. Bukan sahaja pandai semasa berada di Institut perguruan, menjadi guru yang cemerlang serta kita perlu kreatif untuk mencipta alat bantu mengajar yang menarik dan unik bagi memudahkan sesi pengajaran, meningkatkan kefahaman murid serta dapat menarik minat murid untuk belajar. Selain itu kita juga tidak boleh mudah mengalah dan cepat putus asa. Sebagai contoh, walaupun sukar untuk saya mendapat idea mencipta boneka tetapi saya tidak boleh mudah berputus asa dan perlu mencuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian. Selain itu juga, saya sedar bahawa sebagai seorang guru kita perlu berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Walaupun saya dan pasangan tiada pengalaman membuat boneka sebelum ini, kami tetap ingin mencuba. Hal ini demikian kerana kami sedar bahawa seorang guru yang baik adalah seorang guru yang mampu melakukan apa sahaja dan akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan yang terbaik demi anak didik. Di dalam cerita yang kami reka untuk dipersembahkan menggunakan boneka, selain memuatkan tajuk-tajuk yang ingin diajar, kami juga menyelitkan nilai-nilai murni. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi, untuk menerapkan nilai34

nilai tersebut harus bermula dari awal. Tugasan ini juga menyedarkan saya bahawa tugas mendidikan bukanlah sesuatu yang mudah. Guru bukan sahaja perlu mengajar topik yang terdapat dalam sukatan pelajaran malah lebih dari itu. Guru harus mendidik pelajar agar menjadi insan yang berguna. Jika generasi yang akan datang mempunyai akhlak yang teruk dan bersifat seperti orang yang tidak bertamadun, maka kegagalan itu adalah berpunca dari kegagalan guru generasi ini untuk mendidik dan membentuk mereka. Sebagai seorang bakal guru, saya sedar bahawa saya memikul tanggungjawab yang amat besar untuk mengajar dan mendidik anak bangsa. Saya harus melahirkan generasi yang mantap ilmu pengetahuannya, berketrampilan dan berakhlak mulia. Justeru, untuk melahirkan generasi yang berilmu, saya seharusnya melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan dahulu. Sebagai seorang guru, tiada istilah tamat belajar kerana kita seharusnya terus menerus belajar dan menimba ilmu pengetahuan. Jika kita mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, sudah semestinya kita dapat berkongsi pelbagai ilmu dengan anak murid kita bukan sahaja yang terdapat dalam sukatan pelajaran, malah lebih dari itu. Selain itu, saya juga sedar bahawa saya harus menyuburkan nilai-nilai murni yang sedia wujud di dalam diri saya kerana saya harus menyemai dan memupuk nilainilai murni kepada pelajar saya kelak. Saya juga harus memantapkan disiplin diri untuk memberi contoh yang baik kepada pelajar kerana pelajar akan sentiasa memerhatikan guru mereka dan sedikit sebanyak sikap guru akan mempengaruhi sikap pelajar. Memandangkan Malaysia merupakan negara majmuk, besar tanggungjawab saya untuk menyuntik dan menyemai semangat patriotik dan perpaduan ke dalam diri pelajar agar mereka sentiasa bersatu padu dan tidak mengamalkan sikap perkauman. Saya berharap agar ilmu yang diperolehi melalui tugasan ini akan membantu saya apabila menjadi guru kelak. Selain itu saya juga berharap agar saya dan rakan guru pelatih akan sentiasa mengamalkan dan mempraktikkan segala pengetahuan yang kami perolehi.

35

: AINA SYARINA BINTI ROSLAN NO. KAD PENGENALAN : 900623-01-5596

Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, akhirnya tugasan yang telah diberikan kepada saya siap tepat pada masanya. Justeru, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Jaimah Binti Abdul Manaf atas tunjuk ajar beliau dalam kerja kursus pendek iaitu literasi bahasa dengan jayanya. Turut tidak ketinggalan buat ayahanda dan bonda tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini. Tidak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan iaitu yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu perjalanan tugasan ini. Sekali lagi sekalung penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini. Saya telah menghadapi kesukaran bagi menyempurnakan tugasan ini. Antaranya ialah pengumpulan maklumat yang diperlukan di dalam tugasan ini. Ini kerana tajuk yang diberi bukanlah satu tajuk yang mudah untuk dihasilkan. Tambahan pula maklumat yang kami perolehi hanyalah sedikit di Pusat Sumber Puteri Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu ini masih tidak mencukupi dan sangat terhad. Selain itu juga saya turut mendapat halangan terutamanya kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini tambahan pula kesibukan saya dalam menyiapkan hasil tugasan lain. Tugasan ini penuh dengan cabaran dan rintangan serta memerlukan kesabaran yang tinggi sepanjang melakukan tugasan ini. Namun begitu, ia bukanlah satu penghalang kepada saya dalam

menyempurnakan tugasan ini. Saya dan ahli kumpulan telah mengambil langkah dengan meminta bantuan daripada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Jaimah Binti Abdul Manaf untuk mendapatkan tunjuk ajar dan menambahkan lagi maklumat yang perlu ada dalam tugasan ini. Kami juga turut bertanyakan kepada rakan-rakan kelas yang mahir untuk membantu kumpulan kami dalam melancarkan lagi perjalanan

36

tugasan ini. Kami juga turut meminta bantuan daripada rakan-rakan daripada kelas lain dalam menambahkan lagi maklumat kami yang sedia ada. Saya cuba untuk mengatasi segala kekangan yang menimpa saya. Saya dan ahli kumpulan mengambil langkah dengan mendapatkan sumber maklumat tambahan di laman sesawang bagi menambahkan lagi maklumat dalam tugasan ini. Saya juga mengambil langkah tepat dengan bijak membahagikan masa untuk menyiapkan hasil tugasan yang lain. Oleh itu,tugasan ini dapatlah saya siapkan mengikut masa yang ditetapkan walaupun terpaksa menumpukan perhatian kepada tugasan yang lain. Ahli kumpulan saya iaitu Afifah Binti Harun telah bekerjasama dengan jayanya dalam tugasan ini walaupun kami turut bertingkah pendapat dalam memberikan idea dan pandangan tersendiri dalam tugasan ini. Namun, kami atasinya dengan berbincang bersama-sama. Saya sedar bahawa untuk menghasilkan satu tugasan itu memerlukan pengalaman dan juga ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang berkenaan. Sesuatu kerja itu pula perlu dibuat secara tersusun dengan mempunyai perancangan yang teliti sebelum ia dihasilkan. Justeru, saya sebagai bakal seorang guru haruslah sentiasa bersiap sedia dalam mempersiap diri dengan ilmu pengetahuan khususnya dalam

subjek bahasa Melayu agar murid-murid saya kelak dapat menguasai bahasa Melayu dengan sempurna. Ilmu yang saya telah perolehi ini akan saya aplikasikannya di sekolah kelak. Selain itu, peranan rakan-rakan yang mahir dalam sesuatu bidang itu juga amat perlu dalam bimbingan dan juga pertolongan. Sekarang saya juga turut sedar rakan seperjuangan adalah sumber yang banyak membantu. Secara konklusinya, dapatlah saya simpulkan bahawa tugasan ini cukup mencabar, memerlukan kesabaran yang tinggi, perancangan yang teliti serta pelaksanaan sesuatu tugasan yang cekap. Oleh itu, melalui tugasan ini juga saya telah menimba pelbagai ilmu pengetahuan terutamanya dalam meningkatkan pengetahuan saya dalam subjek bahasa Melayu dalam proses pembelajaran dan pengajaran saya di sekolah kelak. Selain itu juga, tugasan ini telah membuka mata saya bahawa sikap saling tolong menolong dan kerjasama itu penting antara ahli kumpulan serta rakanrakan seperjuangan yang lain.
37

BIBLIOGRAFI (a) Buku


Mahzan Arshad (2008). Pendidikan Literasi Bahasa Melayu, Selangor: Utusan Publications And Distributors Sdn.Bhd. Hj. Daud Md Saman (2010). Literasi Bahasa, Kuala Lumpur: Pekan Ilmu Publications Sdn.Bhd.

(a)Internet
(2010). Aktiviti Pemulihan Tulisan http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/31-pratulisan.html. Dilayari pada 17 Ogos 2010 (2010). Latihan Tulisan Mekanis

http://www.scribd.com/doc/36254368/LATIHAN-TULISAN-MEKANIS
Dilayari pada 17 Ogos 2010 (2010). Kemahiran Menulis http://www.scribd.com/BAB-2-Kemahiran-Menulis/d/36157007 Dilayari pada 19 Ogos 2010 (2010). Kemahiran Berbahasa http://www.scribd.com/doc/24985042/kemahiran-berbahasa-siap Dilayari pada 19 Ogos 2010

38

LAMPIRAN

39

Anda mungkin juga menyukai