Anda di halaman 1dari 11

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 26 Ogos 2011 / 26 Ramadan 1432 Hubungan Kita Dengan Al-Quran Menjelang

Sepuluh Malam Terakhir Ramadan

Sekalian saudaraku yang dikasihi lagi dirahmati Allah, Bersempena dengan hari-hari terakhir daripada bulan yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita menghidupkan ruh takwa di dalam jiwa kita, dengan benar-benar menginsafi
1

segala

keterlanjuran

serta

kelemahan

diri

di

hadapan

Keperkasaan Allah Rabbul Jalil. Wahai sekalian pencinta keampunan, Sesungguhnya seperti baru semalam kita merasakan kerinduan yang amat mendalam untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan. Tiba-tiba pada hari ini, dengan tanpa disedari Ramadan hampir berlalu pergi meninggalkan kita. Sama ada disedari ataupun tidak, kita telah pun memasuki sepuluh malam-malam terakhir Ramadan, bahkan hanya tersisa beberapa hari yang terakhir daripada Ramadan untuk kita memanfaatkan peluang pengampunan, dan pembersihan dari dosa-dosa serta kesilapan masa lampau. Pada sepuluh malam-malam terakhir ini terdapat salah satu daripadanya malam yang sungguh istimewa, yang disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan, ia dinamakan sebagai Lailatul Qadar. Malam yang dianugerahkan sebesar-besar keistimewaan ini, tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca daripada keagungan Al-Quran yang diturunkan padanya, sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah Ad-Dukhan ayat 3:

Ertinya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan (Yakni Lailatul Qadar) Justeru kita melihat, Rasulullah s.a.w. apabila memasuki sepuluh malam-malam terakhir Ramadan, Baginda s.a.w. akan mengajak para sahabah r.a. agar turut sama bersungguhsungguh tekun beribadah. Seterusnya Baginda s.a.w. akan mengejutkan isteri serta ahli keluarga yang lain, agar samasama beribadah di malam-malam tersebut. Sayyidatina Aishah r.a. pernah meriwayatkan: Adalah

Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh Ramadan yang terakhir, sambil berpesan: Rebutlah kamu peluang ganjaran malam Al-Qadr pada sepuluh hari-hari terakhir Ramadan. Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim. Lihatlah bagaimana Baginda Nabi s.a.w. mendidik jiwa para sahabat. Cerminkanlah, bagaimana para salaful ummah di kalangan tabiin dan pengikut mereka, meneladani pekerti Rasulullah s.a.w. dalam menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan mereka. Semakin hampir berakhirnya Ramadan, semakin giat lagi usaha mereka untuk mendampingi Al-Quran. Diriwayatkan melalui kitab Siyar Alaam Al-Nubalaa bahawa AlSaib bin Yazid r.a. pernah berkata: Bahawa Sayyidina Umar
3

r.a. telah memerintahkan Ubay bin Kaab serta Tamim Al-Dari r.a. untuk mengimamkan solat malam, mereka membaca ayatayat dari surah-surah yang panjang, sehinggakan sebahagian mereka terpaksa bersandar pada tiang tongkat dek kerana lamanya berdiri dengan ayat-ayat Al-Quran. Tidaklah mereka selesai qiyamullail dengan Al-Quran, kecuali setelah hampir dengan waktu fajar (yakni masuk waktu Subuh). Sidang Jumaat yang dikasihi Allah sekalian, Cuba kita fikirkan sejenak, mengapakah para sahabat sanggup bersusah dan berletih seperti itu? Apakah solat dan bacaan AlQuran yang mereka lakukan itu, suatu perkara yang wajib ke atas mereka? Tentu sama sekali tidak, saudaraku sekalian. Namun pendorong utama mereka berkelakuan demikian, adalah kerana mereka sangat yakin bahawa nikmat syurga Allah tidak dapat dikecapi, kecuali dengan menjinakkan nafsu duniawi untuk taat kepada Tuhannya. Ketahuilah, bahawa perjalanan menuju ke syurga juga adalah suatu perjalanan yang jauh, yang memerlukan kepada mujadahah dan pengorbanan yang bukan sedikit, yang hanya mampu disertai keikhlasan serta keyakinan utuh terhadap janji-janji Allah s.w.t. Bagaimana pula halnya dengan kita pada hari ini? Ingatlah, mungkin sahaja sepuluh malam-malam terakhir Ramadan kali
4

ini, bakal menjadi malam-malam yang terakhir buat kita. Maka, ayuh kita bangun dan bangkit! Getarkanlah hati-hati kita, bermujahadahlah dengan bersungguh-sungguh berpuasa di siang hari, serta berqiyamullail di malam hari bersama-sama dengan Al-Quran, bertaubatlah serta perbanyakkanlah berdoa serta bermunajat kepada Allah s.w.t., agar dikurniakan Ramadan yang terbaik untuk kita kali ini. Saudaraku yang dirahmati Allah sekalian, Sekiranya tidak pada malam-malam sepuluh terakhir Ramadan ini kita menitiskan air mata keinsafan. Kita mengaku di hadapan Allah s.w.t. akan segala kesalahan. Kita merintih dan mengadu kepada Allah Azza wa Jalla atas segala kelemahan dan kealpaan. Maka pada malam-malam bila lagikah? Lindungilah diri kita daripada keangkuhan dengan

menundukkannya di hadapan keperkasaan Ar-Rahman. Malammalam bila lagikah yang mampu untuk kita getarkan hati-hati kita dengan ayat-ayat Al-Quran? Tidakkah kita ingin tergolong di kalangan orang-orang yang beriman yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam surah Al-Anfaal ayat 2:

Ertinya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Bagaimana pula hal keadaan kita bersama-sama dengan AlQuran selepas Ramadan yang bakal meninggalkan kita? Apakah ia akan terus menjadi basahan lidah yang sentiasa meniti di bibir kita? Apakah ia akan terus segar dan berbunga di hati kita? Apakah ia akan kekal menjadi teman penyejuk jiwa dan penghilang duka lara di waktu kita bermunajat kepada Allah di sepertiga malam? Atau apakah mungkin selepas Ramadan berlalu pergi, kita pun terus menyimpan mushaf-mushaf Al-Quran yang telah dikhatamkan sepanjang Ramadan, untuk dibaca semula pada Ramadan yang akan datang? Semoga Ramadan kali ini benar-benar dapat mendidik jiwa kita menjadi Insan Rabbani, iaitu insan yang sentiasa berjiwa hamba untuk tunduk kepada Tuhannya sepanjang waktu, dan bukan sekadar Insan Ramadhaniyy, iaitu insan yang hanya tunduk kembali kepada Allah di Bulan Ramadan semata.

KHUTBAH KEDUA 26 OGOS 2011

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Di sepanjang bulan Ramadan ini, kita telah banyak sekali mendengarkan peringatan dan galakan untuk kembali menghayati isi Al-Quran dan mendampinginya. Maka dengan berlabuhnya tirai Ramadan beberapa hari lagi nanti, usahlah kita biarkan hubungan kita bersama Al-Quran berakhir begitu sahaja. Jadikanlah Ramadan ini sebagai pencetus untuk kita melihat, menghayati makna, ajaran dan panduan Al-Quran dalam kehidupan kita untuk Ramadan pada tahun-tahun mendatang.

Maka untuk membantu kita di dalam perjalanan mengenali AlQuran, sebuah buku panduan berjudul Info Al-Quran atau IQ akan diedarkan pada hari ini selepas solat Jumaat. Buku ini memberikan informasi dan maklumat ringkas berkenaan AlQuran seperti sejarah penurunan dan pembukuan serta panduan berguna untuk kita terus berdamping dengan Al-Quran. Semoga ia menjadi bahan bacaan yang akan merangsang kita untuk lebih mengenali dan mendekatkan diri kepada Al-Quran pada hari-hari selepas Ramadan nanti. Amin.

Allahumma Ya Rahman, Ya Rahim, Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau bukakan pintu-pintu hati kami untuk sentiasa mendampingi Al-Quran. Jadikanlah ayat-ayat Al-Quran yang kami baca benar-benar menjadi cahaya suluhan hidayah-Mu di dada kami, serta melepaskan segala kesedihan dan kemurungan yang melanda jiwa kami. Bantulah kami selesai Ramadan nanti, untuk terus mendampingi ayat-ayat suci-Mu, Ya Allah. Untuk kami terus membaca, mengkaji serta menghayati maksud ayat-ayat-Mu. Allahumma Ya Khabir, Ya Alim Ya Allah, jadikanlah kami dari kalangan hamba-hamba-Mu yang berpuasa dan membaca Al-Quran, sedang keduanya itu nanti akan mendatangi kami di Mahsyar-Mu, sebagai pembela dan

10

pemberi syafaat untuk kami, daripada menerima kemurkaan dan balasan azab yang selayaknya ke atas kami.

11

Anda mungkin juga menyukai