Anda di halaman 1dari 8

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

.
.

.
Hadirin mukminin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marila sama-sama kita siap mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Hanya dengan bertakwa kepada Allah SWT merupakan
jalan yang selamat di dunia yang sementara untuk menuju kebahagiaan akhirat yang kekal selamanya.
Tajuk yang dipilih untuk kita bahaskan pada hari Jumaat yang berbahagia ini adalah Jauhi Amalan-amalan
Syirik kepada ALLAH SWT. Mengapa tajuk ini dipilih adalah kerana kita dapati masyarakat kita pada hari ini
boleh dikatakan sebahagian besar mereka tidak terlepas daripada melakukan perkara-perkara syirik kepada
Allah SWT sama ada mereka sedar ataupun mereka tidak sedar.

Ada beberapa amalan yang begitu sinonim di kalangan masyarakat dalam melakukan hal-hal berkaitan
dengan syirik ini.
Sebelum itu, apabila kita membaca di awal-awal tadi al-khutbah al-haajah yang sering dibaca oleh Nabi SAW,
(menunjukkan) Allah SWT dan Nabi SAW sering mengaitkan perkataan ittaqullah.

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah.


Tahukah kita apakah itu maksud kalimah takwa? Takwa bukan sekadar takutkan Allah SWT tetapi maksud
sebenar takwa adalah kita melakukan apa yang ALLAH suruh dengan sebenar-benar perlakuan dan
meninggalkan segala yang ALLAH larang dengan sebenar-benar tinggal.

Dan di antara suruhan ALLAH SWT ini, ada yang terbesar. Apakah suruhan ALLAH yang terbesar? Yang
terbesar adalah mentauhidkan ALLAH SWT.
Jadi perkara pertama yang perlu kita tahu di dalam suruhan ALLAH adalah mengesakan ALLAH. Mengesakan
ALLAH daripada segala perkara-perkara yang membawa kepada kesyirikan.

Adakah kita sudah mengetahui apakah itu tauhid yang sebenarnya?
Adakah kita telah mengetahui tauhid apakah yang perlu kita pelajari dan kita imani?

Ini adalah perkara penting di dalam kehidupan kita. Bahkan kebanyakan kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-
ulama Ahli Sunnah wal Jamaah mereka membahaskan tauhid terbahagi kepada tiga. Kita perlu menguasainya
iaitu tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah dan tauhid asma was sifat. Beriman sepenuhnya kepada ketiga-tiga
jenis tauhid ini.

Tauhid rububiyah iaitu kita beriman kepada kekuasaan ALLAH yang memberikan rezki, yang menciptakan kita.
Tauhid uluhiyah iaitu kita beribadah kepada ALLAH, menyembah diri kepada ALLAH tanpa syirik kepadanya,
dan Tauhid Asma wa Sifat iaitu kita beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat ALLAH subhanahu wataala
yang telah diwahyukan di dalam al-Quran dan apa yang dijelaskan oleh Nabi SAW tanpa takwil, tamsil, tathil,
dan sebagainya.

Syirik
Dan perkara terbesar yang dilarang oleh ALLAH SWT di dalam perkara takwa adalah syirik kepada ALLAH, iaitu
lawan kepada tauhid tadi. Sekecil-kecil syirik lebih teruk daripada sebesar-besar dosa maksiat. Perkara syirik
adalah perkara yang paling pokok dan kita meneliti, muhasabah diri kita adakah kita tergolong di dalam
orang-orang yang melakukan hal kesyirikan ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH sekalian,
Kalau boleh disimpulkan pada hari ini, saya mendatangkan empat perkara yang kebiasaannya masyarakat kita
tidak boleh tinggal daripadanya. Mungkin sebahagian kita mengetahui tetapi kita tidak bertindak dalam
menghalangnya. Apakah yang pertama?

Bomoh

Pertama. Terdapat dikalangan orang Islam banyak berjumpa dengan bomoh. Di dalam hadis sahih dari Nabi
SAW yang bermaksud,

Barangsiapa yang datang datang berjumpa tukang tilik (bomoh) dan dia mempercayai apa yang
dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad.
(riwayat Bazzar, Abu Dawud)

Bahkan di dalam hadis yang lain pula Nabi menyebutkan bahawa barangsiapa yang datang kepada bomoh
sahaja, tidak diterima solatnya 40 hari. Solat kena buat juga, tetapi solat itu tidak diterima oleh ALLAH SWT.

Pada hari ini, bomoh, dukun mahupun pawang, mereka tidak lagi memakai name tag itu lagi. Mereka
menggunakan nama lain supaya dapat mengelirukan masyarakat yang tidak mengetahui ciri-ciri bomoh.
Mereka menggunakan nama yang baik, sedap didengar seperti ustaz dan sebagainya. Tetapi jika kita
mempelajari, kita akan mengerti bahawa bomoh itu dikenal bukan pada namanya tetapi pada ciri-cirinya.

Apakah di antara ciri-ciri bomoh?
Di antara cirinya ialah mereka sentiasa mengetahui perkara yang ghaib, sedangkan ALLAH SWT sahajalah
yang mengetahui perkara ghaib. Nabi SAW sendiri tidak mengetahui perkara ghaib melainkan apa yang
diwahyukan kepadanya.

Apabila kita datang kepadanya, bomoh kebiasaannya akan mengatakan ayat seperti Anda ini ada penyakit,
penyakit anda sebab ada orang lain yang buat. Bagaimana dia mengetahui? Ini antara bahayanya, kerana
datang berjumpa bomoh itu termasuk di dalam perkara-perkara syirik kepada ALLAH. Maka saya
menasihatkan diri saya dan hadirin sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH sekalian.

Tangkal
Kedua. Di antara perkara yang kita lihat kebanyakan masyarakat kita melakukannya adalah mereka tidak
dapat terlepas daripada menyingkirkan segala musibah ataupun bala kecuali dengan memakai tangkal.

Tahukah apa itu tangkal? Tangkal adalah sesuatu yang digantungkan di mana ia dipercayai dapat
menghindarkan pemakainya dari mudharat. Segala penyakit yang kita takut terkena ke atas kita boleh
terhindar. Maka itulah yang dinamakan tangkal. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
hadis ini sahih,

Maksudnya: Barangsiapa yang menggantung tamimah (tangkal), maka sungguh dia telah syirik. (Musnad
Ahmad bin Hanbal, 4/156)

Kadang-kadang kita lihat masyarakat kita bila mana anaknya menangis tidak berhenti, dia pergi ke hujung
kampung kepada orang yang boleh menghentikan tangisan anaknya. Diletakkannya benang supaya boleh
menghilangkan tangisnya. Kadang-kadang memang betul tidak menangis budak itu. Maka percayalah dia
kepada orang itu.

Sedangkan Nabi telah mengajarkan kepada kita doa-doa untuk menyingkir gangguan daripada ain dan
sebagainya, seperti doa ini

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari keburukan syaitan dan
binatang berbisa, dan dari segala keburukan mata (ain) yang jahat. (riwayat Bukhari no. 3191)

Inilah doa yang kita baca untuk diri kita dan anak kita dilindung dari segala gangguan jin dan syaitan, bukan
pergi berjumpa orang untuk mendapatkan tangkal supaya kita terhindar daripada segala penyakit ini.

Kadangkala kita melihat juga bilamana kita hendak melakukan sesuatu perniagaan, membuka kedai, mahu
untung di dalam perniagaan, maka kita meletakkan tangkal-tangkal. Kadang-kadang tangkal itu nampak
seperti bercirikan islam, tetapi jika diteliti perkara itu adalah syirik terhadap Allah SWT.

Kalau kita baca fadhilat-fadhilat tangkal (yang dicipta pembuatnya), dikatakan benda ini sekiranya ditampal di
dalam rumah nescaya rumahnya tidak akan terbakar. Pencuri tidak akan masuk. Perkara seperti ini; rumah
dimasuki pencuri, rumah terbakar, semuanya adalah mudharat. Mudharat ini hanya ALLAH yang boleh
hindarkan. Maka kita diajar agar memohon kepada ALLAH agar menghindarkan perkara-perkara buruk, bukan
kita bergantung kepada tangkal yang kita gantungkan.

Ada yang terus mengambil ayat al-Quran untuk melariskan perniagaannya. Diletakkan ayat seribu dinar,
sedangkan ayat seribu dinar ini Nabi tidak pernah bagi tahu. Tetapi mereka beriman dan percaya sekiranya
ayat tersebut diletakkan maka pelanggan akan datang dan perniagaan akan laris.

Jika ditanggalkan dan diturunkan ayat itu kemudian ditakdirkan tidak ramai pelanggan yang datang, nescaya
dia percaya premisnya tidak dikunjungi kerana ayat itu sudah ditanggalkan. Inilah yang dikatakan syirik
kepada ALLAH subhanahu wataala. Pergantungannya seratus peratus kepada ALLAH subhanahu wataala
telah dihapuskan dengan tangkal-tangkal yang mereka ciptakan ini.

Tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH sekalian,

Bukan tangkal sahaja. Kekadang ada benda yang kita lihat keramat seperti keris, kita berubat dengannya,
memohon pada keris, batu-batu, dan tangkal itu lebih daripada ALLAH subhanahuwataala. Di manakah kita
campakkan akal kita?

Bahkan seharusnya kalau kita inginkan sesuatu bukan kita minta kepada keris, tangkal, batu-batu itu semua
tetapi kita minta daripada ALLAH subhanahuwataala secara langsung, kerana sesungguhnya ALLAH pasti
akan mengabulkan doa-doa orang yang tidak melakukan syirik kepada-NYA.

Tuan-tuan hadirin yang dirahmati ALLAH sekalian,
Saya ingin memetik satu kisah yang terjadi pada zaman Nabi berkaitan tangkal, iaitu kisah Imran bin Hushain.
Nabi SAW melihat di tangan sahabatnya ini gelang kuning. Maka Rasulullah SAW bertanya, Apakah ini? Dia
menjawab, Penangkal sakit. Nabi berkata, Lepaskannya. Kerana ia hanya akan menambah kelemahan pada
dirimu kerana jika kamu mati sedang gelang itu masih ada pada tubuhmu, maka kamu tidak akan beruntung
selama-lamanya. (riwayat Imam Ahmad dengan sanad yang hasan)

Hadirin mukminin yang dirahmati ALLAH sekalian,
Maka kita hendaklah berhati-hati dalam perkara ini supaya kita meninggalkannya.

Meminta pertolongan dari jin dan syaitan
Ketiga. Kebanyakan masyarakat pada hari ini memohon dan meminta pertolongan selain dari Allah SWT.
Mereka meminta daripada Jin dan Syaitan. Contoh mudah, apabila diajarkan kepada anak-anak supaya
meminta izin kepada penunggu sesuatu kawasan ataupun hutan apabila melalui di tempat tersebut. Lafaz
yang biasa diajarkan seperti,

Datuk Nenek, cucu minta tumpang lalu.
Naudzubillah. Ini syirik kepada ALLAH SWT. Kita mengajarkan anak-anak takutkan hantu syaitan sejak dari
kecil. Bukan takut kepada ALLAH SWT. Disebabkan takut perkara itu kita melakukan perkara yang boleh
mengeluarkan kita daripada ajaran Islam dan boleh menyebabkan kita syirik kepada ALLAH SWT.

Untuk kita mengetahui perkara-perkara syirik dan apakah yang bahaya, tidak dapat tidak kita perlu
mempelajari ilmu agama, mempelajari ilmu tauhid, mempelajari ilmu syirik supaya kita terhindar dari
melakukannya.

Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian,
Nabi SAW mengajarkan kepada kita, sekiranya kita pergi ke satu tempat dan kita merasa takut dan
sebagainya, Nabi mengajarkan kita membaca,

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang
diciptakan. (riwayat Muslim, Kitab adz-Dzikr wa ad-Dua, no. 2708)
Kata Nabi kalau dibacakan ayat ini pada satu tempat, ia tidak akan diganggu oleh apa-apa sehingga ia keluar
dari tempat itu.
Nabi mengajarkan kita doa yang ringkas, doa yang boleh kita hafal untuk kita amalkan bahkan kita mesti
mempercayainya dengan sebenar-benar kepercayaan bahawa apabila kita membacanya maka kita tidak perlu
kepada yang lain. Kita tidak perlu takut dan tidak perlu meminta kepada selain-Nya.

Hadirin mukminin yang dirahmati Allah sekalian,
Meminta pertolongan dari orang yang telah mati

Keempat. Perkara ini barangkali ia sensitif tetapi di atas nama Islam kita harus menyatakannya, yakni
perbuatan berdoa kepada selain daripada ALLAH SWT, meminta pertolongan dari orang-orang yang telah
mati. Siapa orang mati yang mereka mohon dan berdoa kepadanya ini, iaitu orang-orang saleh yang telah
meninggal dunia, wali-wali yang telah meninggal dunia.

Mereka berdoa dengan doa seperti Ya Ghauts..Aghitsni Wahai Ghauts, bantulah aku.. Mereka meminta
pada kuburan, akhirnya menyembah kubur itu dan memohon keberkatan dari kubur itu, tidak kepada ALLAH
SWT.
Ini dapat kita lihat seperti mana di dalam ajaran Syiah, kalau tuan-tuan boleh lihat di internet dan
sebagainya, lihatlah bagaimana mereka pergi ke kuburan tokoh-tokoh mereka, mereka menyembah dan
meminta segalanya terus kepada kubur bahkan berpaling daripada kiblat.
Begitu juga dengan kelompok-kelompok tarikat yang melampau dan sesat yang berdoa meminta daripada
selain ALLAH SWT dan akhirnya mereka tidak sedar apa yang mereka lakukan itu telah mensyirikkan ALLAH
SWT.

Kenapa perkara ini penting? Kerana Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran,
| < `-, : ., `-, !. : ,l: _.l ',!: _. : <!, .1
_. !..| !.,Ls __
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa
selain dari (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. (surah An-Nisaa, 4: 48)
Inilah bahayanya perbuatan syirik dan bahayanya dosa syirik yang perlu kita ketahui supaya kita tinggalkan.

Hadirin mukminin yang dirahmati Allah sekalian,
Mudah-mudahan kita mengambil iktibar daripada khutbah pertama yang kita kongsikan tadi. Saya memohon
kepada diri saya dan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati ALLAH sekalian agar kita menjauhi
perkara-perkara yang telah saya sebut dan kita bincangkan tadi.
Sesungguhnya di antara ancaman ALLAH subhanahuwataala tentang bahayanya syirik ini sehingga ALLAH
berfirman di dalam al-Quran memberikan peringatan kepada Nabi kita di dalam surah Az-Zumar,
.1l _- ,,l| _|| _ _. l, _l . _L,`>,l ,l.- _.>.l _. _,..>' __

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu. Jika
kamu syirik kepada-Ku (ALLAH), nescaya akan Kami hapuskan amalmu dan termasuklah kamu dari kalangan
orang-orang yang rugi. (surah Az-Zumar, 39: 65)

Hadirin mukminin yang dirahmati Allah sekalian,
Jangan kita batalkan, jangan kita hapuskan amal kebaikan kita yakni solat kita, zakat kita, sedekah kita, haji
kita, dengan melakukan perkara syirik terhadap ALLAH yang menyebabkan ALLAH murka kepada kita dan
akhirnya ALLAH masukkan kita dalam kalangan orang yang rugi.
Apakah rugi? Rugi ini bilamana kita berjumpa dengan ALLAH subhanahuwataala di akhirat kelak kita akan
dimasukkan ke dalam neraka. Seperti mana ayat yang saya bacakan pada khutbah pertama tadi, dosa syirik
tidak akan ALLAH ampunkan dan jika kita syirik sehingga tidak sempat bertaubat kepada ALLAH
subhanahuwataala, nescaya kita akan rugi selama-lamanya, kerana dosa syirik merupakan satu-satunya dosa
yang api neraka tidak akan dapat menghapuskannya.
Dosa-dosa selain itu, insya-Allah bilamana dosa kita terhapus maka kita akan dikeluarkan dan dimasukkan ke
dalam syurga, tetapi kalau kita melakukan syirik tanpa bertaubat kepada ALLAH subhanahuwataala, maka
naudzubillah. Mudah-mudahan kita terhindarlah daripada perkara-perkara yang disebutkan tadi.

Tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati ALLAH sekalian,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan, kalau kita ada melakukan perkara-perkara tersebut hendaklah
kita bertaubat kepada ALLAH SWT kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Sesungguhnya pintu taubat
masih terbuka dan Nabi SAW berkata kepada kita,

Maksudnya: Semua anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan
adalah orang yang bertaubat. (riwayat Imam al-Tirmizi, Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).
Maka tidak ada masalah kepada mereka yang melakukan dosa syirik dan selainnya kerana masih ada lagi
peluang dan pintu taubat masih terbuka kepada kita.

Anda mungkin juga menyukai