Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN

Institusi pendidikan masa kini kian mencabar apabila seseorang mengambil tugas sebagai seorang pengajar. Saban hari para pengajar berdepan dengan pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh murid.Justeru itu,sebagai seorang pengajar kita perlu bijak untuk mengatur strategi pengajaran yang sesuai dan memberi kesan maksimum kepada murid melalui proses pembelajarannya.Kita perlu mewujudkan suatu suasana yang mampu merangsang minat murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Kita mengetahui bahawa kebanyakan guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka.Situasi ini memerlukan kebolehan dan kepakaran guru untuk menentukan strategi pengajaran yang sesuai.Ini bermakna, guru boleh menentukan

pendekatan,memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan kebolehan murid.Strategi yang dipilih hendaklah berpotensi merangsang murid belajar secara aktif.Ia juga haruslah mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik minat murid serta dapat mewujudkan pembelajaran yang bermakna. Selain itu,guru perlu memastikan sesuatu pengajaran yang akan dilaksanakan akan menarik perhatian murid berdasarkan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berpotensi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep dapat diterjemahkan dengan jelas.Aktiviti yang dilaksanakan harus boleh mempengaruhi intelek,emosi dan minat murid secara berkesan.Dalam merancang persediaan mengajar,aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik.Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran.Kebiasaannya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu member sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek,ingatan,emosi dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan dan laksanakan pengajarannya. Bagi melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan terhadap murid yang mempunyai kepelbagaian kebolehan,guru boleh menggunakan teori-teori yang ada bagi merancang persediaan pengajarannya.Guru harus memikirkan dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam merancang aktiviti yang berkesan dan member makna kepada murid.

2.0

KONSEP PENGAJARAN

Kamus Dewan mendefinisikan pengajaran sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau system mengajar.Aspek yang ditekankan dan meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan.Pengajaran merupakan satu aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu.Pengajaran meliputi semua aspek seperti aktiviti perancangan,pengelolaan,penyampaian,bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu. Menurut Thomas F.Green,tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan murid melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha peralihan tingkah laku murid.Teknik tunjuk ajar pula digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru.Ia merangkumi aspek latihan,pelaziman,tunjuk ajar yang menukarkan tingkah laku dan kelakuan serta membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada murid. Berasaskan definisi ini,beliau membuktikan bahawa tingkah laku adalah berkaitan dengan konsep ugutan atau ancaman fizikal.Konsep kelakuan pula berkait dengan latihan dan pelaziman.Pengetahuan pula ialah hasil kognisi iaitu mengetahui atau mengajar.Manakala kepercayaan mengandungi kekurangan bukti yang sah.Menurut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu ugutan,ancaman fizikal,indoktrinasi,memproganda dan bohong hanya latihan pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam lingkungan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan konsep pengajaran. Kesimpulannya,perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah intruksi dan diikuti dengan latihan,indoktrinasi dan akhirnya pelaziman.Misalnya mengajar murid secara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir.

1.1

SITUASI 1

Sekumpulan murid Tahun Tiga Dinamik kelihatan tidak begitu bersemangat untuk meneruskan pembelajaran yang akan datang.Keadaan ini bertambah teruk apabila pengajaran dan pembelajaran berlaku selepas waktu rehat.Terdapat beberapa orang murid asyik menguap dan menongkat dagu tanda tidak bermaya untuk mengikuti mata pelajaran seterusnya.Hal ini berlaku kerana mereka bersekolah pada sesi petang. Keadaan ini berbeza pada setiap hari Selasa selepas rehat.Pada hari tersebut,kelas Tiga Dinamik akan mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada pukul 5.00 petang.Apabila loceng berbunyi tanda tamat pengajaran mata pelajaran sebelum mata pelajaran Pendidkan Jasmani dan Kesihatan, keadaan kelas tersebut berubah menjadi lebih ceria ,segar dan aktif.Semua murid telah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya.Mereka menanti kehadiran guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan masuk ke kelas.Semua murid telah berpakaian sukan untuk menerima arahan turun ke padang. Pada hari tersebut,hujan telah turun dengan lebatnya.Keadaan padang basah dan tidak dapat digunakan untuk aktiviti sukan.Guru tersebut telah mengarahkan murid duduk di dalam kelas untuk meneruskan pembelajaran secara teori.Apabila mendengar arahan guru tersebut,semua murid mengeluh dan riak wajah mereka berubah tanda kekecewaan kerana tidak dapat turun ke padang. Ada juga murid yang menunjukkan tanda protes dengan membuat bising dan memberi pelbagai alasan tidak logik akal kepada guru.Mereka mahukan guru memberi perhatian kepada masalah yang mereka hadapi sekarang iaitu ingin turun ke padang.Situasi sebaliknya berlaku apabila mereka dapat turun ke padang.Perkara ini telah menjadi panduan sama ada mereka dapat beraktiviti atau tidak pada hari tersebut.

2.1

KONSEP PEMBELAJARAN

Menurut Mook Song Sang (2009), konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini dan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris,kognitif,social dan humanis.Tokoh-tokon terpengaruh bagi mazhab behavioris ialah Parlov,Thorndike dan Skinner.Ahli mazhab ini berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.Teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan melalui pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan.Mereka juga menumpukan eksperimen tersebut terhadap perhubungan rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku.Ini menunjukkan tingkah laku murid diperhatikan,dikawal dan diramal.Pembelajaran boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Seterusnya proses pembelajaran dapat diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Crow dan Crow memberi definisi pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat,pengetahuan dan sikap.Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja dan bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru.Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu tersebut bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah lakunya dengan berkessan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya.Ia juga membolehkan individu memenuhi atau mencapai matlamat. Beberapa tokoh mazhab kognitif seperti Kohler,Bruner,Gagne dan Ausebel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara terus daripada tingkah laku manusia.Golongan ini menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka juga berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitaran dan mempunyai objektif dan tujuan tertentu.Apa yang dijelaskan di sini adalah,sekiranya ia tidak dapat mengenal pasti perhubungan perkara dan makna yang dipelajari, walaupun melalui latihan berulang kali,pembelajaran tidak akan berlaku.Golongan ini juga tidak bersetuju dengan teori

simulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimulasi-tindak balas dan latihan berulang-ulang.Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara dalam persekitarannya. Golongan yang bermazhab sosial mengatakan bahawa teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif.Bandura yang bermazhab sosial menegaskan pembelajaran berlaku melalui proses pemodelan.Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui pemerhatian dan peniruan.Pembelajaran merangkumi pelbagai aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi meliputi asspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif. Bagi mazhab humanis pula pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan perasaannya.Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dengan individu lain.Justeru itu,starategi pengajaran dan pembelajaran juga perlu dirancang mengikut keperluan dan perkembangan emosi murid itu sendiri.Golongan ini beerpendapat bahawa setiap individu ada potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Oleh itu, dapat kita rumuskan bahawa ahli psikologi pada dasarnya mentaksirkan pembelajaran adalah suatu proses melalui latihan atau pengalaman organism dan seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.Pembelajaran boleh dibahagi kepada dua iaitu pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau pengalaman.Ini bererti setiap perubahan tingkah laku yang tidak pernah melalui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran.Pembelajaran kedua berlaku apabila ada perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai cirri kekal.Pembelajaran mula berlaku apabila terdapat tindak balas terhadap rangsangan yang wujud.Hal ini akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran akan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai.

2.2

TEORI PEMBELAJARAN

Teori Behavioris Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hokum berkaitan dengan pembelajaran.Teori ini penting sebagai asas dan pertimbangan dalam memahami tingkah laku

pembelajaran.Teori pembelajaran terbahagi kepada lima bahagian iaitu Teori Behavioris,Teori Kognitif,Teori Konstruktif,Teori Sosial dan Teori Humanis.Teori pembelajaran Behavioris terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik.Teori Operan dipelopori oleh Thorndike dan Skinner.Teori Pelaziman Klasik pula diasaskan oleh Pavlov dan Watson.Apa yang kita perlu ketahui daripada Teori Behavioris ini adalah prinsip-prinsip teori tersebut yang terdiri daripada model pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike. Selain itu,perkara yang mesti kita ketahui adalah implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran dari aspek kurikulum,pengajaran dan penilaian.Malah,perkara yang tidak kurang penting perlu kita ketahui dan fahami iaitu implikasi Teori Behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas.

2.2.1 Teori Pelaziman Klasik Pavlov Keadaan murid Tahun Tiga Dinamik yang tidak bersemangat untuk meneruskan pembelajaran sebelum mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bermula boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Pavlov.Mereka bersemangat bila terdengar bunyi loceng menandakan waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan bermula. Menurut Pavlov,setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.Ini berlaku apabila loceng berbunyi ( rangsangan ) semua murid Tahun Tiga Dinamik menjadi lebih bersemangat dan ceria untuk meneruskan pelajaran seterusnya ( tindak balas).Tingkah laku ini akan berulang-ulang pada hari-hari berikutnya apabila tibanya waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Beberapa konsep penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik Pavlov boleh dibahagikan kepada dua konsep iaitu : a) Generalisasi

Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama.Contohnya yang berlaku pada murid kelas Tiga Dinamik.Mereka akan lebih segar dan aktif

apabila tiba waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan setiap minggu.Rangsangan yang sama akan diperoleh dan berlaku tindak balas sama juga.

b)

Diskriminasi

Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain.Misalnya,murid kelas Tiga Dinamik akan berasa kecewa dan sedih apabila tidak dapat beraktiviti apabila hujan turun atau diarahkan guru untuk berada di dalam kelas sahaja.Sekiranya hujan tidak turun mereka akan menunjuk tindak balas yang sama dengan minggu sebelumnya. c) Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.Contohnya,murid kelas Tiga Dinamik tidak akan menunjukkan tindak balas untuk turun ke padang apabila hujan turun walaupun loceng telah berbunyi tanda bermula mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

2.2.2 Teori Thorndike Mengikut Thorndike,pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iaitu pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak balas.Rangsangan mempengaruhi organism maka dengan itu sesuatu gerak balas boleh dijangkakan berlaku.Ikatan R-G boleh dianggap sama ada sebagai keadaan fizikal atau sebagai perhubungan yang wujud di antara satu situasi teertentu dengan kebolehan individu untuk bergerak balas kepadanya.Hukum pembelajaran Thorndike adalah dinyatakan dalam bentuk mudah pindaan saraf dan rangkaian saraf.Keterangan R-G mengenai pembelajaran meliputi sebarang jenis pembelajaran.Maksudnya, teori ini terdapat beberapa factor penting dalam pembelajaran ialah kesediaan saraf,ketertiban masa,rasa milik dan memuaskan pengalaman. Hukum asas mengenai pembelajaran seperti yang difikirkan oleh Thorndike pada dasarnya boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:

i)

Hukum kesediaan,latihan dan kesan.Prinsip kesediaan yang dinyatakan oleh Thorndike sebagai a) Apabila satu unit pengaliran sudah sedia untuk mengalir, maka pengalirannya adalah memuaskan, tiada suatu yang dilakukan untuk mengubah tindakkannya itu.Contoh, murid kelas Tiga Dinamik akan berasa seronok dan gembira sekiranya mereka dapat beraktiviti di padang.Meraka telah bersedia untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran yang akan berlaku di padang. b) Bagi sesuatu unit pengaliran yang sudah sedia ada untuk mengalir dan tidak mengalir adalah menyusahkan dan merangsang apa jua gerak balas yang disediakan oleh alam semula jadi yang berkaitan dengan kekurangan yang menyusahkan tadi.Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas di dalam kelas Tiga Dinamik.Mereka telah bersedia untuk mengikut pembelajaran tersebut tetapi guru meminta mereka berada di dalam kelas kerana hujan dan padang tidak boleh digunakan.Keadaan ini menimbulkan rasa kurang gembira kepada murid kelas Tiga Dinamik. c) Apabila satu unit pengaliran tidak bersedia untuk pengaliran dan dipaksa mengalir maka pengalirannya adalah menyusahkan.Contohnya, sekiranya hujan tidak turun dan keadaan padang membolehkan murid beraktivti tetapi murid kelas tersebut tidak memakai pakaian sukan yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilakukan.Sekiranya guru berkenaan mengarahkan murid turun ke padang untuk beraktiviti, mereka akan meneruskan dengan rasa kurang selesa dan pengalirannya adalah menyusahkan.

ii)

Hukum latihan melibatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas dan akan bertambah kukuh jika latihan diadakan.Sebaliknya( iaitu tindakan mengulang) tidak dijalankan maka pertalian antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah lemah.Contohnya, guru boleh menegaskan agar murid kelas tersebut memakai pakaian sukan sekiranya beraktiviti di padang.Sekiranya terdapat murid yang tidak memakai pakaian sukan kelas tersebut tidak akan beraktiviti.Penegasan ini adalah rangsangan untuk murid memakai pakaian sukan ( tindak balas ).Penegasan guru yang berterusan akan menambah dorongan

murid untuk memakai pakaian sukan.Begitu juga sebaliknya akan berlaku jika guru tidak member penegasan berulang. iii) Hukum kesan pula menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan yang menyeronokkan selepas terhaasilnya tindak balas.Kesan yang menyakitkan pula akan melemahkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas.Contoh, murid kelas Tiga Dinamik akan berasa seronok dan ceria apabila dapat beraktiviti di padang sekiranya tidak hujan.Mereka akan berdukacita sekiranya tidak hujan ,mereka terpaksa berada di dalam kelas atau guru tidak dapat meneruskan pengajaran kerana ada halangan lain.

Namun begitu,teori ini masih lemah dan boleh dipertikaikan.Pertama, konsep tentang memuaskan atau menyakitkan amat subjektif dan sukar dinilai.Kedua,sukar untuk menetapkan jenis ikatan dan gerak balas yang hendak dibentuk atau dihapuskan.Ciri-ciri setiap ikatan perlu diketahui sejak awal lagi.Yang terakhir ialah teori ini sukar dikaitkan dengan pengajaran perkara yang abstrak dan kreativiti,imaginasi atau keindahan bahasa.

2.2.3 Teori Pelaziman Operan Skinner Murid kelas Tiga Dinamik akan membawa atau memakai pakaian sukan pada setiap hari Selasa kerana pada hari tersebut mereka akan beraktiviti di padang.Apabila hari hujan atau guru mempunyai tugasan lain sehingga tidak dapat masuk ke kelas, mereka masih memakai pakaian tersebut .Hal ini berlaku kerana mereka telah melalui pelajaran yang lalu pada hari yang sama akan turun beraktiviti.Perlakuan murid-murid tahun tiga ini boleh kita jelaskan dengan melihat teori pelaziman operan Skinner. Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard.Beliau telah melanjutkan usaha Thorndike dalam bidang kajian tentang pelaziman.B.F Skinner menjalankan kajian yang melibatkan tikus,burung merpati dan manusia.Teori ini merupakan satu teori rangkaian yang berasaskan rangsangan dan gerak balas.Dalam eksperimennya,beliau meletakkan seekor tikus lapar ke dalam kotak skiiner.Kotak itu dilengkapi

alat penekan pada dinding.Apabila ditekan biji-biji makanan akan keluar.Pada permulaannya tikus itu berlari ke sana sini kerana lapar.Kemudian secara tidak sengaja,tikus itu terpijak alat penekan tersebut dan menyebabkan biji-biji makanan terkeluar.Proses yang diulangi beberapa kali sehingga tikus itu dapati bahawa alat penekan dipijak maka makanan diperolehi. Skinner telah memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan.Dalam eksperimen ini, konsep peneguhan amat jelas.Skinner juga menjelaaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat positif atau negatif.Contoh peneguhan positif adalah pujian,ganjaran,hadiah da sebagainya.Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

2.3

Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Berdasarkan situasi murid kelas Tiga Dinamik memberi dan membuat cadangan yang tidak rasional kepada guru apabila mereka tidak dibenarkan beraktiviti di padang boleh kita kaitkan dengan teori pembelajaran sosial Bandura.Terdapat beberapa orang murid member alasan secara serentak menambahkan lagi kebisingan di dalam kelas.sekiranya guru tersebut meminta seseorang murid memberi alasan,berkemungkinan murid tersebut tidak akan menjawab dan rakan yang lain tidak berani menjawab.Ada di kalangan murid meniru gelagat rakan yang menonjol di dalam kelas atau mengambil kesempatan menampilkan diri secara kumpulan tetapi tidak berani bersuara secara individu.Kesungguhan mereka untuk beraktiviti juga mungkin disebabkan tidak ada peluang untuk bermain sewaktu bersama keluarga atau waktu kelapangan terbatas.Keadaan murid tersebut akan dijelaskan melalui teori pembelajaran sosial Bandura. Teori pembelajaran sosial ini dipelopori oleh Albert Bandura.Teori ini juga dinamakan teori kognitif sosial oleh Bandura.Mengikut teori Albert Bandura ( 1925 ),seorang professor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukkan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan.Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran.

2.3.1 Ciri-Ciri Teori Pemodelan Bandura Terdapat dua cirri utama teori pemodelan Bandura yang boleh kita lihat di dalam pengajaran ddan pembelajaran iaitu: a) Model Determinisme Timbal Balik

Bandura mengemukakan tiga factor utama di dalam model Determinisme Timbal Balik iaitu perlakuan,individu(kognisi) dan persekitaran.Beliau berpendapat bahawa perlakuan seseorang adalah hasil interaksi antara factor dalam diri (kognisi ) dan persekitaran.

b)

Teori Pembelajaran Tiruan

Anda mungkin juga menyukai