Anda di halaman 1dari 7

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar

yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan. Pertama Tidak mensia-siakan biar pun seminit Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca. Kedua Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran. Ketiga Gunakan masa awal pagi Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya. Keempat Buat nota ringkas Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah. Kelima Mengikut jadual sepenuhnya Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran. Keenam Mencuba soalan tahun lalu Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan. Ketujuh Ulang sebanyak kali yang boleh Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda

sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang. Kelapan Sentiasa menanya kalau tidak faham Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini. Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji. Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing. Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan. Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri. Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi. Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen. Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja

yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti. Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini. Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai). Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar. Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut. Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak. Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata tidak dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri. Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan

anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti. Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata. Kesimpulan Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Langkah Strategi Belajar Berkesan


August 14th, 2010 Izul

Sebagai pelajar, peperiksaan sememangnya sesuatu yang paling ditakuti kalau tak dibenci. Sehingga ke satu tahap, kerana peperiksaan ramai orang berasa tertekan dengan hidup terutamanya peperiksaan umum seperti PMR dan SPM. Ramai yang beranggapan mereka lemah dan tidak bijak untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Namun, ini bukanlah penyebab kerana rata-rata bukanlah tidak bijak, mungkin kerana teknik belajar yang kurang berkesan. Menyedari masalah ini, DKDM berusaha untuk membantu adik-adik untuk menghadapi peperiksaan. Maka, terhasillah 6 langkah strategi belajar berkesan berikut: Langkah 1: Kenal pasti subjek yang diambil dan subjek bermasalah. Pertama, kenalpasti berapa subjek yang diambil. Contohnya, 10 subjek untuk peperiksaan SPM. Kemudian, kenal pasti subjek mana yang paling berpotensi atau dirasakan sukar dan memerlukan lebih tumpuan. Sebagai contoh, Add Math mungkin subjek yang dirasakan sukar dan mungkin Bahasa Melayu tidak terlalu sukar bagi anda. Ini boleh dikenalpasti melalui perkiraan anda sendiri ataupun melalui markah peperiksaan anda. Jika selalu mendapat gred yang baik seperti A, bermakna subjek itu bukanlah satu masalah untuk anda. Satu peringatan, classification sama ada subjek itu susah atau tidak, bergantung kepada individu itu sendiri. Jangan cuba bertanya orang lain apa yang ANDA rasakan sukar kerana itu bukanlah langkah yang baik!

Langkah 2: Dapatkan senarai topik untuk subjek bermasalah. Senarai topik boleh didapati daripada bab-bab buku teks. Lebih elok lagi, dapatkan satu salinan untuk dibawa ke sekolah setiap masa. Ini membantu anda mengenali dan mengingati dengan lebih terperinci apa yang dipelajari untuk satu-satu subjek.

Langkah 3: kenal pasti topik yang dirasakan sukar. Mengenal pasti subjek bermasalah mungkin mudah, tetapi, jangan terkejut apabila ramai yang tidak dapat mengenal pasti topik yang mereka rasakan sukar. Rata-rata merasakan, jika satu subjek itu susah, semua topik untuk subjek itu susah. Proses mengenal pasti sangat penting untuk membolehkan specific focus diberikan untuk topiktopik yang dikenalpasti. Ini bukan sahaja menjimatkan masa belajar, tetapi juga lebih teratur dan terperinci untuk memperbaiki penguasaan dalam satu-satu subjek. Satu cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda sudah pun menguasai satu-satu topik ataupun tidak adalah dengan mengenalpasti berapa kesalahan yang dibuat untuk setiap set soalan topikal yang telah dibuat. Dengan kata lain, proses latih tubi mestilah bermula dengan latihan topikal

sebelum mencuba koleksi peperiksaan umum atau pun kertas ramalan peperiksaan. Ini mungkin dirasakan membuang masa, tetapi, anda mungkin tidak dapat membayangkan betapa mudahnya untuk menjawab soalan koleksi jika topik-topik bermasalah sudah berjaya dikenalpasti dan dikuasai.

Langkah 4: Dapatkan bantuan guru atau rakan-rakan untuk topik bermasalah. Untuk setiap topik yang dikenalpasti, setiap latih tubi yang dibuat dan salah mestilah dirujuk kepada guru ataupun rakan-rakan. Ini boleh dilakukan selepas merujuk contoh jawapan. Jika tidak faham contoh jawapan, soalan mestilah diajukan kepada yang berkenaan untuk penerangan selanjutnya. Penerangan ini bukanlah untuk mencari apa jawapan yang benar, tetapi lebih kepada KENAPA jawapan anda salah dan APA konsep yang tidak anda fahami untuk topik berkenaan. Sediakan satu buku nota yang dibahagikan kepada bahagian untuk setiap subjek. Catatkan penerangan daripada guru tentang masalah yang dirujuk. Satu buku nota yang merekod semua subjek dengan tersusun memudahkan proses ulang kaji. No fuss.

Langkah 5: Redo latihan topikal yang telah dibuat tetapi salah. Proses ini lebih menjurus kepada learning reinforcement. Otak lebih selesa mengingat perkara pertama yang dibuat oleh diri. Oleh sebab itu, jika pertama kali kita menjawab soalan dan SALAH, kemungkinan untuk mengingat jawapan yang salah itu sangat besar terutamanya untuk kertas objektif.

Bagi mengelakkan perkara ini, anda perlu melakukan brain correction dengan membuat semula latihan topikal yang salah dengan FAKTA JAWAPAN YANG BETUL. Cara ini menekankan konsep kualiti berbanding kuantiti. Ramai pelajar membuat latihan membuta tuli, tetapi masih tidak dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Masalahnya, tidak memahami konsep yang ditanya untuk setiap soalan dengan menyeluruh. Study smart.

Langkah 6: Follow up prestasi untuk topik bermasalah. Ini adalah penutup untuk strategi belajar. SENTIASA follow up prestasi pembelajaran, atau lebih tepat, prestasi setiap topik bermasalah. Kenapa mesti follow up? Hanya dengan cara ini saja senarai topik bermasalah dapat dikurangkan seterusnya penumpuan lebih boleh diberikan untuk topic-topik yang masih dirasakan sukar. Follow up boleh dilakukan dengan mengenal pasti pencapaian setiap topik yang bermasalah menerusi latihan sama ada meningkat ataupun menurun. Jika meningkat bagus, jika menurun, bermakna terdapat konsep dalam topik yang belum di fahami!

Ringkasan: Langkah 1: Kenal pasti subjek yang diambil dan subjek bermasalah. Langkah 2: Dapatkan senarai topik untuk subjek bermasalah. Langkah 3: kenal pasti topik yang dirasakan sukar. Langkah 4: Dapatkan bantuan guru atau rakan-rakan untuk topik bermasalah. Langkah 5: Redo latihan topikal yang telah dibuat tetapi salah. Langkah 6: Follow up prestasi untuk topik bermasalah.

Nota Kaki: 6 Langkah Strategi Belajar Berkesan memerlukan masa dan usaha. Jadi, berusahalah daripada sekarang kerana ia belum terlambat! Sentiasa fokus dengan impian yang ingin dicapai. Kejayaan adalah hak milik setiap insan yang berusaha.

Anda mungkin juga menyukai