Anda di halaman 1dari 1

Kuih Vadei

Masakan - Kuih Muih

Kuih vadei ni antara kuih feveret ros, nak buat punyelah senang, tak guna tepung pun, cuma kita kena hati-hati masa nak blender kacang ni, jangan letak air banyak sangat, nanti susah untuk dibentuk, resepi ros main agak-agak je ni, pastu ros buat sikit je, sebab sayang stok kacang dal dari Malaysia tu, selain buat vadei, kacang dal juga ros gunakan buat kuah dal untuk makan roti canai dan masukkan dalam Dalca sayur. Bahan-bahanya 2 genggam kacang dal 1 sudu kecil garam 1/4 biji bawang besar ( saiz kecil) dicincang 1 tangkai cili kering ( dihiris halus) sedikit daun kari ( dihiris halus Cara-caranya 1. Rendam kacang dal semalaman, kemudian bagi dua kacang dal, satu bahagian di blender hancur, masukkan sedikit sahaja air. 2. Kemudian satukan kacang dal yang siap diblender bersama baki kacang dal, hirisan bawang besar, cili kering dan daun kari, masukkan sedikit garam. 3. Kepalkan dan bentukkan bulat-bulat dan goreng di dalam minyak panas ( deep fry) guna api sederhana, masa bentukkan kuih vadei ni jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal, agak-agak je, bagi mendapatkan permukaaan yang garing di luar dan lembut di dalam. Sedap di makan panas-panas, Selamat Mencuba.

Anda mungkin juga menyukai