Anda di halaman 1dari 2

Apam Milo Mekar

Masakan - Kuih Muih

Bahan-bahanya 150gram tepung gandum 6 sudu besar serbuk milo 120 ml susu segar 50 gram gula 2 sudu kecil baking powder 2 sudu besar minyak masak 1 biji telur Cara-caranya 1. Ambil separuh bahagian susu segar ( 60ml) panaskan sebentar dan campurkan 6 sudu besar serbuk milo, kacau hingga milo larut. 2. Kemudian Ayak tepung gandum dan baking powder, selepas itu pukul telur dan gula hingga kembang, masukkan baki susu segar, tepung yang telah di ayak dan bancuhan milo tadi. kacau menggunkan spatula atau senduk kayu. 3. Akhir sekali masukkan minyak masak dan tuangkan di dalam acuan, letak hampir penuh pun takpe, dan kukus lebih kurang 10 hingga 15 minit dengan api kuat. Sedap dihidangkan panaspanas, Selamat Mencuba.

Anda mungkin juga menyukai