Anda di halaman 1dari 5

Penjagaan Kebersihan Diri

Kita perlu menjaga kebersihan diri supaya: a) badan sihat b) tiada jangkitan kulit c) sentiasa cergas dan ceria Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah: a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat. b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun. c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi. d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu. e) Pakai pakaian yang bersih. f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan. g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau busuk. h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih. i) Selalu memotong kuku yang panjang. j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas. k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun.

Penyalahgunaan Bahan

Tahukah anda bahawa terlibatnya seseorang itu di dalam penyalahgunaan bahan disebabkan oleh kebebasan yang keterlaluan diberi kepada mereka disebabkan terlalu mempercayai bila ada kegiatan di luar rumah. Walaubagaimana percaya sekalipun kita haruslah berwaspada dan sentiasa prihatin di atas setiap pergerakan dan perlakuan mereka. Kajian untuk subjek kaunseling penyalahgunaan bahan di Pusat Serenti mendapati bahawa sebilangan pelatih mengatakan, kebebasan yang diberi tanpa kawalan dan batasan, kepercayaan yang sepenuhnya oleh ibu bapa dan keinginan untuk mengetahui bagaimana rasanya "high" dan bergaul bebas adalah punca kenapa mereka terlibat dengan peyalahgunaan bahan. Oleh itu waspadalah agar kita tidak terjerumus ke lembah yang tidak diingini dan seterusnya menjadi sebahagian dari anggota "mayat hidup". Marilah kita sama-sama memberikan kasih sayang dan keprihatinan serta komunikasi dua hala yang berkesan sesama sendiri. Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah, serta menghidu bahanbahan tertentu mendatangkan banyak keburukan kepada kita. Antaranya:

1) Perbuatan perokok membuang putung rokok yang masih menyala boleh menyebabkan kebakaran

2) Bahan kimia yang terkandung dalam alkohol, rokok, dadah dan bahan yang dihidu boleh menjejaskan kesihatan.

3) Individu yang terlibat tidak dapat mengawal diri dan fikiran apabila ketagihan. Mereka sanggup menjatuhkan maruah diri dan memalukan masyarakat.

4) Kandungan rokok,alkohol, dadah dan bahan hidu boleh menyebabkan ketagihan jika diambil berulang kali. Ketagihan ini akan menyebabkan penagih menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan bahan-bahan ini.

5) Individu yang terlibat dalam penylahgunaan bahan-bahan ini sering menimbulkan masalah dan mengakibatkan keruntuhan keluarga.

Jenis-Jenis Bahan

DADAH Dadah wujud dalam bntuk pil,serbuk dan bahan mentah. Jenis-jenis dadah adalah seperti heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal.Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan, dan perlakuan seseorang, serta mengakibatkan kematian.Olleh itu, kita perlu mengelakkan diri kita daripada dadah supaya hidup kita bahagia.

ROKOK Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monoksida, dan tar. Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung, barah paru-paru, dan penyakit saluran pernafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok. Dengan kemudaratan ini, kita patut mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejahtera.

ALKOHOL Minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak. Contohnya ialah bir, wain dan samsu. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak berfikir waras dan mengawal perlakuan mereka. Kita sepatutnya mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih berkhasiat. Hidup kita tentu lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol.

BAHAN HIDU Gam, cat, minyak petrol dan thinner ialah contoh beberapa bahan yang disalahgunakan sebagai bahan hidu. Ruapan daripada bahan ini boleh mengganggu fungsi sistem saraf dan merosakkan organ-organ tubuh. Kita hebdaklah menjaga kesihatan dengan mengelak daripada menghidu bahan-bahan tersebut. Otak yang cerdas lahir daripada tubuh yang sihat dan cergas. .

Rehat
Rehat merupakan salah satu faktor penting kesihatan optimum. Rehat bermaksud tidur yang cukup, selasa, tenang dan sedikit rekreasi. Ianya berkait rapat dengan fizikal dan minda. Rehat yang cukup membolehkan kita kembali segar dan bersedia melakukan tanggungjawab dengan lebih baik dan berkesan. Selalunya ia boleh dianggap sebagai salah satu cara menghilangkan stres dan tekanan. Hubungan sex yang sempurna dan romentik juga merupakan sebahagian daripada keperluan rehat yang baik. Ini bermakna ianya sangat penting bagi membolehkan kita sentiasa sihat dan terhindar daripada penyakit kronik. Perkara ini seharusnya dilihat dengan serius oleh semua orang dan ianya perlu diurus sebaik mungkin, kerana ia melibatkan masa, wang ringgit serta tahap kesihatan semasa. Salah satu cara berehat ialah dengan membawa diri ke suatu tempat yang mungkin baru bagi kita atau pergi melancong. Untuk berbuat demikian, pastinya kita juga perlu mempunyai persediaan yang cukup dari semua aspek agar perjalanan kita itu tidak menjejaskan diri kita dan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai