Anda di halaman 1dari 2

catatannota.blogspot.com/.../pengaplikasian-pende...

PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA INDUKTIF Definisi Perdekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum iaitu dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M Kierzek & W. Gibson, 1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh. B. Seaton, 1982 : pembelajaran melalui induktif sepertimana pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu generalisasi. Pendekatan ini menggunakan kaedah penemuan yang melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi. Cara induktif merupakan kaedah di mana guru memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk konsep. Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif Contoh haruslah relevan dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan pula, contoh dipelbagaikan supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah. Dalam proses membentuk generalisasi, guru menggalakkan pelajar untuk mengemukakan contoh. Guru hendaklah membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan. Berdasarkan contoh yang dikemukakan, guru bersama pelajar membentuk kesimpulan umum. Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat. Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepda satu generalisasi atau kesimpulan umum. Langkah sedemikian akan memudahkan pelajar menguasai peraturanperaturan umum yang dapat diperoleh daripada fakta atau contoh khusus. Pengajaran secara induktif menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit. Secara umumnya, jenis pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan. Contohnya jika guru inginkan pelajar memahami proses bagaimana sesuatu konsep atau generalisasi diperoleh, maka pendekatan induktif amat sesuai digunakan. DEDUKTIF Definisi

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran di mana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian Seaton, 1982). Pendekatan mengajar secara deduktif mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukumhukum tertentu. Pendekatan ini bermula dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukumhukum melalui contoh atau mengaplikasikan peraturan yang diberikan. Secara ringkasnya, seorang guru akan mengemukakan satu konsep/hukum/ generalisasi dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pendekatan menggunakan deduktif dicirikan dengan pelajar mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu hukum. Pelajar perlu menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh tertentu daripada peraturan umum. Dalam proses penaakulan, pelajar mengumpulkan fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum itu benar atau tidak. Proses penganalisasi fakta yang dikumpulkan berlaku sebelum membentuk generalisasi. Pada peringkat proses deduktif, pelajar bersama guru akan membuat kesimpulan tentang fakta daripada yang umum kepada spesifik. Prinsip penggunaan pengajaran deduktif Sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit. Penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah. Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau menghafal contoh dan membentuk contoh lain melalui latihan. Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami konsep serta contoh yang diberikan. Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar menguasai kemahiran. Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya dalam situasi-situasi baru yang mempunyai masalah hampir serupa. Secara ringkas, pendekatan deduktif digunakan jika keutamaan pelajaran tertumpu kepada pemahaman konsep sahaja bukannya proses memperoleh konsep.

Anda mungkin juga menyukai