Anda di halaman 1dari 16

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

SMP PPG MAC 2012

HBEF 2103

PSIKOLGI PENDIDIKAN

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

830521015084001 830521-01-5084 013-7343199 farizza_83@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Isi Kandungan
Pendahuluan ...............................................................2

Faktor yang mempengaruhi pencapaian akedemik3 Faktor Perkembangan .................................................... 3 Faktor Kendiri .............................................................. 4

Faktor Sosial ...................................................................5 Faktor Baka ............................................................ 6

Langkah Mengatasi Perbezaan Individu Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Penutup .................................................................... Bibliografi .................................................................. Lampiran

Psikolgi Pendidikan Pendahuluan

HBEF 2103

Dalam mendidik murid- murid di sekolah,pelbagai kerenah dan kebolehan yang mereka ada dalam menerima segala ilmu yang diberikan. Setiap murid ini yang datang dari pelbagai latar belakang dan cara hidup berkumpul di dalam satu kumpulan yang membentuk sebuah kelas untuk menerima proses pengajaran dan pembelajaran di sebuah institusi bernama sekolah. Berdasarkan kriteria dan pelbagai faktor inilah yang menjadikan proses pengajaran itu semakin menarik dan mencabar Merujuk kepada tugasan yang diberi, iaitu perlu membuat kajian atas dua orang pelajar yang mempunyai pencapaian yang berbeza iaitu seorang pelajar berpencapaian akedemik yang baik dan pencapaian akedemik yang lemah. Maka kedua- dua subjek ini perlu dikaji segala faktor yang mempengaruhi pencapaian mereka dan serta mengemukakan langkah- langkah terbaik dalam menangani masalah- masalah yang muncul sewaktu proses pengajaran agar kedua- dua subjek ini dapat bersama- sama menghadam segala proses pembelajaran yang diterima dalam masa yang sama keduanya mampu mencapai pencapaian akedemik yang baik.

Psikolgi Pendidikan Faktor yang mempengaruhi pencapaian akedemik Faktor perkembangan

HBEF 2103

Merujuk kepada pencapaian respoden pertama dan respoden kedua, faktor perkembangan memainkan peranan dalam membentuk kematangan respoden- respoden dalam menentukan proses pembelajaran Faktor perkembangan ini merujuk Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst yang menyatakan tugas perkembangan bermaksud jangkaan ibu bapa dan masyarakat mengenai tingkah laku yang sepatutnya dikuasai oleh individu tersebut pada setiap peringkat umur yang tertentu yang mempunyai set kemahiran atau kebolehan bagi menambah penguasaan terhadap persekitaaraan. Tugas- tugas perkembangan ini telah ditetapkan oleh masyarakat dan budaya di mana individu tersebut dibesarkan. Jika individu tersebut dapat mencapai tahap perkembangan yang disyaratkan, maka individu itu dikira telah berjaya memenuhi syarat perkembangan tersebut. Sebagai contoh apabila seorang budak lelaki Muslim itu telah baligh adan dia juga telah berkhatan maka perkembangannya dari segi fizikal telah melepasi satu fasa dalam masyarakat Melayu Islam. Secara amnya, tugas perkembangan ini meliputi kemahiran yang dikuasai dari aspek kognitif sosial, fizikal dan emosional dan tugas asas ini juga bergantung kepada zaman murid itu dibesarkan kerana jika di zaman ini, murid yang di sekolah rendah yang dapat menguasai kemahiran memanipulasi komputer termasuk dikalangan murid cerdas. Dalam kajian dua respoden tersebut, faktor perkembangan mereka yang tidak sama telah mempengaruhi pencapaian akedemik mereka. Memandangkan respoden pertama hidup dalam masyarakat yang mengambil berat pencapaian akedemik dan respoden kedua pula hidup dalam masyarakat yang tidak mempedulikan pencapaian akedemik tetapi sebaliknya lebih mementingkan pencapaian dari segi sukan semata- mata dan ini mempengaruhi perkembangan respoden kedua agar tidak mengambil berat pencapaiannya di bidang akdemik. Bagi respoden pertama pula, jika dia gagal dalam akedemiknya maka dia dikira gagal dalam menguasai set kemahiran yang telah ditentukan oleh ibu bapa dan masyarakatnya dan set pencapaian yang tinggi seperti ini banyak membantu respoden pertama dalam memastikan pencapaian akademiknya baik dan bagus.

Psikolgi Pendidikan Faktor Kendiri

HBEF 2103

Apabila respoden pertama dibesarkan dalam suasana perkembangan yang menitik beratkan pencapaian akademik yang baik, maka wujud satu faktor lain yang dapat mempengaruhi pencapaian murid tersebut iaitu faktor kendiri. Mengikut Teori Pelaziman Skinner, pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui teori ini, kita boleh memahami bahawa respoden pertama dirangsang dengan rangsangan yang baik. Setiap perkara baik yang dilakukan, diberi peneguhan positif terutama dalam setiap perkara dan keputusan baik yang diterima dalam pencapaian akedemiknya. Apabila dia menerima peneguhan dari segi pujian dan ganjaraan di atas keputusan baik yang diterima secara tidak langsung ini membuatkan dia sentiasa bermotivasi untuk mengulangi setiap perbuatan positifnya. Bagi respoden kedua pula, dia telah di beri peneguhan positif atas ke atas setiap pencapaiannya dalam keterlibatannya dalam bidang sukan. Setiap kali dia berjaya membawa pulang kemenangan dalam acara sukan, dia diberi pujian dan ganjaran yang menjadi peneguhan positif bagi respoden dan secara tidak langsung inilah teori pelaziman klasik yang diketengahkan oleh Skinner dan secara tidak langsung, pencapaian akedemiknya dipinggirkan oleh pelajar tersebut.

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Faktor Sosial. Urie Bronfenbrenner telah menegahkan Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner yang mana menumpukan mengenai kehidupan sosial kanak- kanak yang secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan kanak- kanak tersebut. Individu itu berbeza adalah di pengaruhi juga faktor sosial yang berada disekitarnya. Dalam sistem mikro, kedua pelajar tersebut menghabiskan masa yang mereka ada sama ada bersama keluarga, rakan sebaya dan masyarakat disekitarnya. Malahan, setiap individu dalam kelompok tersebut adalah merupakan salah seorang penyumbang kepada pembinaan masyarakat tersebut. Sistem meso pula melibatkan kelompok yang agak besar yang menghubungkan antara satu meso dengan meso yang selain. Sebagai contoh, pengalaman bersama keluarga akan mempengaruhi cara kanak- kanak tersebut bergaul dengan rakan- rakannya di sekolah. Apabila, seseorang murid itu mempunyai masalah dengan ibu bapanya dan secara tidak langsung dia juga aka nada masalah dengan guru- gurunya. Pengalaman dalam sesuatu keadaan akan mempengaruhi pengalaman guru dan pelajar secara tidak langsung. Ini dinamakan sebagai sistem ekso. Dalam sistem ini, pihak yang menjaga persekitaraan dan segala kemudahan akan secara tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan murid di dalam daerah tersebut. Merujuk dengan kajian kedua- dua murid ini, kita boleh membuat simpulan bahawa persekitaran banyak juga membentuk cara murid tersebut belajar di sekolah. Walaupun mereka masih bersekolah di sekolah yang sama, tapi pengaruh dari persekitarannya juga menjadi faktor dalam membantu meraka dalam peningkatan akedemik mereka.

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Faktor Baka Setiap manusia akan mewarisi sifat- sifat yang tertentu melalui pewarisan genetic atau baka dari kedua orang tuanya. Setiap orang akan mewarisi sebahagian kecerdasan, temperamen, rupa, tahap aktiviti, personality dan gaya bahasa. Semua ini diturunkan oleh ibu bapa kepada anak- anak mereka sewaktu percatuman sel sperma yang mengandungi 23 kromosom dan sel ovum yang mengandungi 23 kromosom untuk membentuk sel anak. Dalam faktor ini, segala kemungkinan boleh berlaku kerana ianya juga melibatkan percatuman sel dari dua individu yang berbeza dari segi genetik dan kehidupan serta perkembangan dalam proses kematangan tindak tanduk dan secara tidak langsung ini semua boleh mempengaruhi zuriat yang mereka lahirkan. Ini juga berlaku kepada anak penagih dadah yang berisiko menjadi penagih seperti ibunya malahan berlaku juga sindrom bayi yang baru lahir boleh mengalami masalah ketagihan dadah diatas sebab ibunya telah menagih sewaktu mengandungkan bayi tersebut.

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Langkah Mengatasi Perbezaan Individu Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Peneguhan Positif Dan Negatif Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru perlu member peneguhan positif kepada perbuatan positif yang dibuat oleh murid. Ini bagi mengalakkan lagi perbauatn positif berulang dan menjadi amalan pelajar tersebut. Guru juga perlu memberi peneguhan negative atas perlakuan negative yang dibuat oelh murid tersebut sebagai amaran supaya murid tersebut tidak mengulangi perbuatan negatif tersebut. Ini menepati sebagaimana yang dimaksudkan oleh Teori Pelaziman Operan Skinner yang menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang lama bagi membentuk perlakuan yang susah dari perlakuan yang simple. Menurut Skinner, gerak balas boleh diulang jika diberikan peneguhan atas setiap perlakuan yang dibuat. Menerut Skinner, faktor hadiah dan dendaan adalah berperanan dalam memebentuk perkembangan individu tersebut. Setiap ganjaran positif yang diberikan atas setiap perbuatan positif yang diberikan akan meneguhkan lagi perlakuan tersebut dalam minda seseorang itu. Namun apabila tiada peneguhan atas perbuatan positif yang diabuat, maka agak sukar untuk mengekalkan perbuatan tersebut. Begitu juga apabila perbuatan negative yang dan diberi peneguhan negative yang diberikan sudah tentu kemungkinan untuk diulang semula adalah agak terhad tetapi apabila perbuatan negative diberi peneguhan positif,ianya akan menjadi satu perbuatan yang tidak baik dan akan kekal menjadi kesukaan individu tersebut.

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Pembelajaran Koperatif Dalam pengajaran dan pembelajaran dikelas yang mengabungkan dua pelajar yang berbeza pencapaian adakalanya adalah satu kelebihan kepada guru tersebut dalam memupuk semangat berkerjasama. Dalam pembelajaran koperatif, pelajar yang lemah dan pelajar cerdas akan membuat kerja secara berkumpulan secara bersama-sama. Mungkin akan ada masalah di mana pelajar yang lemah akan secara sengaja menjadi sleeping partner dalam tugasan tersebut jadi sebagai guru, kita perlu memberikan panduan kepada murid yang lemah dalam berkerjasama dalam kumpulan tersebut dan bagi pelajar yang cerdas,guru perlu membimbing supaya dia dapat membantu rakannya lemah. Pemberian markah secara berkumpulan akan membuatkan pelajar cerdas berusaha bersungguh- sungguh dan markah yang melibatkan kerjasama juga perlu diberi supaya pelajar lemah dapat memberikan komitmennya dalam tugasan kumpulan tersebut.Markah akan diberi secara individu dan markah tersebut akan menjadi markh kumpulan yang perlu dikumpul untuk mengatasi kumpulan lain yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea perancah yang merujuk dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky yang pelajar cerdas akan membimbing pelajar lambat dalam zon perkembangan proksimal. Pengajaran dari rakan sebaya adakalanya lebih berkesan daripada guru kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar yang lebih mahir.

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Pelbagai Strategi Pengajaran dan Pembelajaran. Dalam menarik perhatian pelajar lemah, pelajar cerdas juga tidak boleh diabaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh itu,mempelbagaikan strategi pengajaran juga adalah salah satu caranya. Boleh menggunakan strategi yang sama cuma mungkin berlainan pengisian. Sebagai contoh, dalam aktiviti teka silang kata murid yang cerdas boleh diberikan teka silang kata yang lebih mencabar dari murid yang lemah. Sebagai contoh lain, dalam aktiviti lawatan keluar kelas, murid yang lemah boleh diminta menyenaraikan setiap benda hidupyang dilihat sepanjang lawatan tersebut dan bagi pelajar yang cerdas, boleh minta mereka menceritakan secara terperinci apa yang mereka lihat sepanjang lawatan tersebut dan secara tidak langsung ianya merangsang pelajar yang lemah untuk bersama- sama dengan pelajar cerdas untuk bercerita sama walaupun mungkin tidak secara terperinci.

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Pelbagai Bahan Bantu Mengajar Pembelajaran dengan menggunakan pelbagai media yang wujud masa kini juga boleh membantu mempertingkatkan minat belajar bukan sahaja kepada pelajar yang lemah tetapi juga pelajar yang cerdas kerana dalam sesebuah bilik darjah dan terdapat pelajar yang peka kepada audio dan ada yang peka kepada visual dan ada juga pelajar yang tertarik dengan kinestatik. Bahan bercetak seperti menggunakan surat khabar adalah contoh penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang minat murid untuk mengikuti aktiviti pembelajaran tersebut. Bagi murid lemah, penggunaan kartun yang ada dalam surat khabar dapat menarik minat murid tersebut terutamanya dalam bahasa Inggeris supaya mereka menterjemahkan kartun tersebut dan bagi pelajar yang cerdas, memberikan mereka tugasan dalam menterjemahkan artikel yang mungkin berkisar tentang automatif atau sukan dapat memupuk lagi minat mereka terhadap bahasa Inggeris dan menambahkan lagi pengetahuan perkataan dalam bahasa Inggeris

10

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Kesimpulan Dalam menghadapi kepelbagaian perbezaan murid- murid di sekolah, guru perlulah bijak dalam menangani situasi dan juga mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajarn yang perlu dilalui oleh murid- murid. Dalam memahami faktor- faktor perbezaan dari segi perkembangan, kendiri sosial dan baka, guru perlu sedar bahawa setiap individu itu dilahirkan unik dan mempunyai kepelbagaian latar belakang. Walaupun pelajar itu dilahirkan sebagai kembar, tetapi pasti ada perbezaan antara keduanya kerana mereka adalah individu yang berbeza dan berlainan persepsi dan penerimaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi menarik minat murid lemah dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran, maka kepelbagaian gaya pengajaran dan bahan perlu dititik beratkan. Bantuan dari pelajar yang cerdas bagi membantu pembelajaran koperatif boleh mencambahkan semangat kerjasama antara satu sama lain. Peneguhan yang positif bagi perlakuan yang positif adalah bagi memastikan pengekalan perlakuan tersebut.

11

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Bibliografi Bandura, a. (1986). Sosial foundations of thought and action; A social cognitive theory. Englewoods Cliffs, NJ: Prentice- Hall Abu Zahari b. Abu Bakar (1987). Memahami Psikologi Pembelajaran.Petaling Jaya:Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Johari Sihes & Zaitun Sidin (2008). Konsepsi Pengajaran Pensyarah Dan Hubungannya Dengan Persekitaran Pengajaran Pensyarah. Jurnal Teknologi48(E). 141-159 .Amina Noor (1999).Teknik Lulus Peperiksaan Dengan Cemerlang. Kuala Lumpur:Jasmin Enterprise

.Amir Awang (1986).Teori-Teori Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Azizi, Shahrin, Jamaludin, Yusof dan Abdul Rahim (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Profesional.Babbie, E. (2008).

Basics Of Social Research. Thomson Wadsworth. Fourth Edition.Chapman University.Bass, G.M. dan Greay, W.T. (1996). Education Research Abstracts.

12

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

Lampiran

13

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

14

Psikolgi Pendidikan

HBEF 2103

15

Anda mungkin juga menyukai