Anda di halaman 1dari 8

(ini hanyalah gambar hiasan)

Laporan Khas:

Anda perlu membeli rumah!

PERINGATAN Anda dilarang mengubah atau menjual report ini dengan apa juga cara sekalipun tanpa merujuk kepada penulis. Tindakan akan diambil sekiranya melanggar larangan ini. Anda dibenar menyebarkan report ini kepada rakan-rakan anda.

Hak cipta terpelihara 2011 Rahsiarumah.com

Page 1

Kenapa hartanah? Kenapa perlu membeli rumah? dan perlukah rumah kedua dan seterusnya? pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri soalan-soalan tersebut? Walau apapun jawapan anda, ianya bergantung kepada diri sendiri dan ianya hak anda untuk membuat pilihan. Disini disertakan beberapa alasan kenapa anda harus mengetahui pentingnya sektor hartanah.

1. Rumah sebagai tempat penginapan Ya rumah adalah asas kehidupan selain dari makanan, setiap mausia perlukan tempat untuk berteduh, berehat bersama keluarga dan pastinya tempat untuk anda menghabiskan masa sepanjang hidup anda.

2. Bebas di rumah sendiri Bebas disini bermaksud anda bebas apabila rumah yang anda diami menjadi hak milik sendiri. Anda bebas melakukan apa sahaja yang anda suka termasuk mengubah suai rumah mengikut selera anda, bagi rumah yang mempunyai halaman dan minat bidang pertanian, anda boleh bercucuk tanam apa sahaja yang anda suka. Dengan rumah sendiri juga anda boleh menjalankan perniagaan dari rumah dan apa sahaja mengikut kreativiti anda. Ini adalah privacy yang menjadi impian setiap orang tanpa diganggu oleh tuan rumah.

Hak cipta terpelihara 2011 Rahsiarumah.com

Page 2

3. Mencapai kebebasan kewangan Selalu kita dengar tentang kebebasan kewangan, pelbagai maksud yang diberikan untuk menggambarkan apakah kebebasan kewangan. Antara perkara yang dikaitkan adalah seseorang itu mampu membeli apa yang dihajati, benar-benar bebas hutang dan duit yang begitu banyak? Mengapa kebebasan kewangan? Tidakkah anda ingin berhenti bekerja dan bersara sepanjang hidup anda? Adakah dengan meninggalkan kerja dari 95 dan duduk dirumah tanpa risau tentang wang, malah pendapatan pasif anda akan masuk tanpa henti? Pelaburan hartanah adalah jawapannya.

4. Permintaan dan Penawaran Permintaan untuk menyewa telah meningkat kerana peningkatan populasi. Jika kita lihat pada tahun 2004, populasi rakyat Malaysia berjumlah 25.58 juta orang dan populasi tersebut telah meningkat menjadi 26.13 juta orang pada 2005 iaitu perubahan untuk setahun. Jika lihat sehingga oktober 2006 pula populasi rakyat Malaysia meningkat sebanyak 26.64 juta orang.

Hak cipta terpelihara 2011 Rahsiarumah.com

Page 3

Statistik terbaru, anda boleh lihat jadual di bawah ini yang merupakan jumlah populasi penduduk di setiap negeri di Malaysia pada tahun 2009 dan 2010:

NEGERI SELANGOR JOHOR SABAH SARAWAK PERAK KEDAH KELANTAN KUALA LUMPUR PAHANG PULAU PINANG TERENGGANU NEGERI SEMBILAN MELAKA PERLIS LABUAN

POPULASI 2009 6, 457, 649 3, 549, 185 3, 463, 112 2, 446, 469 2, 172, 970 1, 873, 500 1, 623, 808 1, 468, 984 1, 462, 397 1, 400, 073 1, 156, 590 989, 693 709, 402 215, 495 93, 867

POPULASI 2010 6, 885, 615 3, 655, 688 3, 516, 931 2, 480, 476 2, 187, 841 1, 910, 174 1, 636, 553 1, 475, 337 1, 473, 005 1, 416, 909 1, 168, 259 1, 005, 486 726, 395 213, 863 92, 916

SUMBER: Jabatan Perangkaan Malaysia Statistik ini member maksud bahawa terdapat peningkatan permintaan untuk rumah sewa dan hal ini akan meningkatkan lagi nilai hartanah dalam jangka masa yang panjang. Jadi anda perlu ada sekurang-kurangnya sebuah rumah!
Hak cipta terpelihara 2011 Rahsiarumah.com Page 4

5. Harga semakin meningkat! Ya harga rumah semakin meningkat dan akan sentiasa meningkat.

Peningkatan harga ini bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Contoh, nilai hartanah di Birmingham 5,000 pada awal 1970 dan kini ianya bernilai 150,000 ! dan di Malaysia juga jangan terkejut , rumah flat bernilai Rm40,000 pada 90an dijangka mencecah rm200,000 pada 2015!
http://www.bharian.com.my/articles/HargafletRM200_000/Article/

Kajian telah dijalankan di negara ini dan nilai hartanah dijangka meningkat 20% dalam tempoh 6 bulan kerana dipengaruhi persekitaran semasa seperti kenaikan bahan binaan dan minyak.

Selepas ini agak mustahil untuk mendapatkan hartanah bernilai rm220,000 ke bawah disekitar Lembah Klang, faktor ini juga disebabkan oleh permintaan yang tinggi. Belilah rumah sekarang kerana nilainya pasti meningkat pada masa hadapan.
http://www.hmetro.com.my/articles/Nilaihartanahmeningkat20_/Article

6. Pendapatan Pasif Salah satu cara untuk mendapatkan pasif income, sudah tentu dengan pembelian rumah. Dengan rumah inilah anda boleh mendapatkan pendapatan pasif. Apa itu pandapatan pasif? Jika dirungkai ke ayat, ianya berbunyi sama ada anda bekerja atau tidak, duit atau pendapatan akan
Hak cipta terpelihara 2011 Rahsiarumah.com Page 5

mengalir masuk ke dalam akaun bank anda, bunyinya memang bagus dan menjadi impian semua orang untuk mendapatkan pendapatan pasif ini.

7. Flipping(Jual Beli) Apakah itu flipping? Flipping memberi banyak maksud, tetapi flipping ini juga digunakan dalam bidang hartanah. Ramai yang kaya raya menggunakan kaedah ini sebagai satu cara untuk mendapatkan wang dengan smart, dan golongan ini digelar flipper dan ada diantara mereka yang menjadi fulltime flipper .Flipping ini adalah kaedah membeli dan jual balik, sudah pastinya hasil jualan itu adalah pendapatan kepada anda, contoh Abu membeli rumah Apartment dengan harga 70 ribu, 3 tahun selepas itu Abu menjual dengan harga 110 ribu, jadi dari situ Abu telah mendapat untung RM 40 ribu, banyak bukan? Dengan wang 40 ribu Abu dapat buat macam-macam lagi sebagai modal perniagaan. Itu baru satu rumah? Jika 10 buah rumah?...

8. Leverage Leverage Apa itu mempunyai pelbagai dari maksud segi dalam pelbagai ditakrifkan bidang. sebagai

leverage?

Leverage

kewangan

penggunaan kredit untuk meningkatkan tahap pulangan dari pelaburan atau teknik untuk menggandakan keuntungan.

Hak cipta terpelihara 2011 Rahsiarumah.com

Page 6

Bagaimana leverage membantu dalam pelaburan hartanah? Misalkan anda membeli rumah bernilai 20,000, adakah anda akan membayar semua jumlah? Sudah tentu tidak. Anda akan membayar 10% dan selebihnya meminjam dari bank. Walau bagaimanapun, konsep leverage ini tidak terhad pada wang, ia juga boleh jadi agen anda, hotel pengurus, akauntan, dan peguam. Itulah cara para pelabur menggunakan leverage untuk menjadi kaya. 8. Menjadi jutawan Ini adalah impian semua orang yang mahukan title jutawan. Pelbagai cara dan bidang untuk menjadi jutawan dan memerlukan masa sama ada cepat atau lambat. Kebanyakan jutawan didunia mencipta kekayaan dengan menceburi bidang hartanah sama ada mereka melabur atau menjual beli rumah .

9. Sokongan dari pakar Anda tidak keseorangan, tidak seperti dahulu menceburi bidang hartanah pada masa sekarang amat mudah dengan adanya ramai pakar-pakar hartanah dan mentor-mentor yang dapat menbantu ada serta bersedia member panduan dari A-Z, terpulang kepada anda untuk memilih. Mereka ini bersedia untuk memberi tunjuk ajar serta selok mengenai bidang hartanah dalam pelbagai bentuk, anda juga boleh mulakan langkah pertama dengan membeli ebook ini.
Hak cipta terpelihara 2011 Rahsiarumah.com Page 7

Terima kasih

Ini adalah laporan percuma untuk anda, banyak pagi perkara-perkara menarik dan ilmu-ilmu baru yang mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini. Rahsia akan dibongkarkan satu per satu bagaimana seorang pemuda 30an yang sedang makan gaji dapat membeli 14 buah rumah dan telah menjana pendapatan pasif tiap-tiap bulan tanpa putus, kini beliau sudah bersedia untuk berkongsi coretan pengalaman beliau selama ini melalui melalui ebook.

Jadi jangan lupa dapatkan ebook rahsia bagaimana orang biasa membeli 14 buah rumah terbongkar!

Hasrol & Abg Ensem

Hak cipta terpelihara 2011 Rahsiarumah.com

Page 8

Anda mungkin juga menyukai