Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen iaitu yang pertama perasaan dalaman tertentu yang dialami dan dirasai secara subjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci. Kedua, corak rangsangan fisiologi yang termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas. Ketiga, corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) yang merupakan komponen ini merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut. Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karasteristik oleh murid-murid. kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. gangguan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid. Seseorang guru perlu sentiasa saling menerima antara satu sama lain dan menyediakan emosi pelajar. Ini penting supaya semua pelajar melibatkan diri dalam setiap kegiatan keilmuan yang diadakan di sekolah. Seterusnya, emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Selain itu, guru perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar. Walau bagaimana pun, guru tidak akan terlepas dari menghadapi pelajar yang mengalami gangguan emosi. Oleh itu pada tajuk yang seterusnya merupakan satu refleksi secara analitikal berkaitan tekanan emosi pelajar yang dialami oleh murid saya.

2.0

JENIS-JENIS GANGGUAN EMOSI YANG DIHADAPI OLEH MURID

Gangguan Emosi boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Pertama, gangguan peringkat ringan biasanya tidak terlalu ketara ciri-cirinya . Mungkin dengan emosi yang ringan yang ada pada setiap murid dapat masih dapat mengawal dirinya sendiri. Akan tetapi jika diteliti lebih jauh lagi, biasanya pertumbuhan emosinya tidak sesuai dengan tahap yang seharusnya di alami oleh seorang murid. Contohnya, Pada peringkat sekolah rendah, seharusnya seorang murid dapat meminjamkan barang kepada kepada. Namun terdapat juga murid yang menjadi marah apabila barangnya dipinjam oleh kawan. Diperingkat sederhana pula, gangguan emosi ini agak lebih ketara dibandingkan dengan gangguan emosi yang ringan. Seperti boleh marah, takut atau pun sedih yang seharusnya menjadi perkara normal kepada murid. Contohnya guru menyuruh murid untuk pergi ke tandas. Tujuannya untuk membuang air secara sendirian. Namun murid menolak dengan alasan takut pergi ke tandas sendirian. Penolakan murid sangat kuat sehingga dia boleh menjadi menangis, atau marah kepada gurunya dan mungkin hingga tidak tertahan dan membuang air di dalam kelas. Gangguan emosi tingkat berat ini biasanya kelihatan ketara kerana kelakuan murid terlihat janggal dan tidak seperti tingkah laku biasanya. Ketika murid sedang marah, anak itu akan mengamuk, menjerit bahkan ada yang menyakiti dirinya sendiri. Melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap murid tersebut guru mendapati pelajar tersebut berada pada tahap gangguan emosi sederhana. Gangguan emosi pada tahap sederhana boleh menyebabkan seseorang murid itu tidak maju didalam pelajarannya kerana takut untuk mencuba sesuatu yang baru serta menerokai bidang pelajaran yang akan dipelajari. Oleh sebab itu juga murid tersebut tidak menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana trdapat gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala, sering khayal dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Selain itu, sekiranya gangguan emosi murid ini tidak diatasi dengan baik boleh menyebabkan berlakunya gangguan emosi pada tahap yang berat dan tidak dapat dikawal tingkah lakunya dari kebiasaan yang menunjukkan pemberontakkan dalam diri murid. Walau bagaimanapun guru sentiasa mengambil perhatian terhadap murid ini supaya tidak menjadi lebih teruk dengan meneliti dan memahami punca-punca yang menyebabkan gangguan emosi dalam diri murid supaya langkah penyelesaian dapat diambil untuk membantu murid.

3.0

Punca-punca gangguan emosi murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi. Melalui permerhatian dan penelitian yang dilakukan. Guru mendapati murid tersebut mengalami gangguan emosi kesan dari keruntuhan rumah tangga Semasa tempoh masa sebelum proses penceraian berakhir iaitu ibu bapa bercerai. konflik berlaku pelbagai

keluarga seperti pergaduhan dan keganasan dalam rumah tangga. Keadaan sebegini menyebabkan murid menjadi mangsa penderaan emosi terutama sekali jika mereka masih kecil. Suasana rumahtangga yang tegang dan dipenuhi dengan cara berkomunikasi kerap berselisih faham, bertelingkah ataupun tiada komunikasi secara lisan di antara ibu bapa, merupakan keadaan yang sebenarnya menyebabkan murid berasa tertekan dan berlaku gangguan emosi. Perbuatan ibu atau bapa yang mencerca dan melakukan keganasan di antara satu sama lain atau menyampaikan hal-hal kurang baik dihadapan anak seperti mengutuk ibu atau bapa kepada anak di belakang ibu atau bapa tersebut juga boleh membuat anak itu berasa cemas dan takut. Keadaan ini kerap berlaku dan berlarutan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun memberi kesan negatif pada perkembangan anak. Anak yang sentiasa hidup dalam kancah rumahtangga sebegini, biasanya tidak sempurna kehidupan mereka dan mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat gangguan emos. Penderaan terhadap emosi mereka sewaktu ibu bapa melalui proses penceraian, walaupun dianggap serius dan mendalam, kadangkala kesannya terhadap murid tidak sebegitu ketara pada zahirnya. Seterusnya setelah proses penceraian berakhir, tekanan dan penderaan emosi murid berterusan. Tekanan tambahan bermula apabila murid dipisahkan daripada bapa dan seterusnya apabila pihak bapa bertengkar untuk merebut hak penjagaan ke atas anak. Apabila perebutan hak penjagaan anak ini dibawa ke mahkamah, tekanan kepada murid tersebut meningkat. Dengan itu dalam penceraian, murid tersebut perlu melalui pelbagai masa peralihan seperti peralihan semasa keluarga asalnya berpecah, peralihan untuk hidup bersama ibu sahaja, peralihan untuk menyesuaikan diri hidup dengan ayah tiri dan peralihan untuk hidup bersama adik beradik tiri. Setiap peralihan yang dilalui merupakan satu tekanan dan konflik kepada murid tersebut. Setelah penceraian berlaku perhubungan dan komunikasi antara anak dengan ibu

bapa kandung telah berkurangan. Dalam keadaan sebegini, anak-anak akibat penceraian didapati mudah menunjukkan tingkah laku yang buruk apabila murid mengalami gangguan emosi Selain itu, murid yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk mencari kawan, diketepikan oleh murid lain dan tidak kerap berinteraksi dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa. Ini disebabkan murid tersebut tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Seterusnya, murid tersebut tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk ditiru. Akibatnya, harga-diri (self-esteem) murid lain. Ditambah pula dengan tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Tahap tahap kecerdasan ini berpunca daripada kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran iaitu kekurangan oksigen dan selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas. Selain itu perhatian terhadap kehidupan murid didapati persekitaran tempat tinggal murid yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising. Terdapat bukti menunjukkan bahawa murid bermasalah dan mengalami gangguan emosi sering kali tidak dapat tidak menerima pengajaran yang sistematik seterusnya memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. tersebut menjadi rendah disebabkan dengan kekecewaan usaha murid berinteraksi dengan orang

4.0

LANGKAH-LANGLAKAH MENANGANI MASALAH GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan

kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru, Ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut: Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik. Sebagaimnana yang telah yang kita ketahui kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan muridmuridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan. Selain itu, mengelolakan banyak aktiviti kumpulan. Aktiviti Kumpulan banyak memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendan dalam diri mereka. Seterusnya, menggunakan percakapan yang sesuai. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan berseuaian. Guru membantu murid yang bermasalah. Murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.

Pihak sekolah iaitu Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah menganjurkan programprogram yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu murid yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran social, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid. Merasang murid untuk bersifat self-efficacy. Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-officacy iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana memabaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbang atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistic kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Murid ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincanga antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama. Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing. Guru atau ibubapa tidak memukul murid kerana murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi. Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.

5.0

PENUTUP

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah yang menghadapi gangguan emosi terdiri daripada 3 jenis gangguan emosi iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat. Murid yang telah dikenal pasti lebih mengalami gangguan emosi pada tahap gangguan emosi yang sederana dan untuk mengelakkan tahap gangguan emosi tu menjadi tahap yang lebih berat. Guru telah mengenal pasti beberapa punca utama yang menyebabkan hal ini berlaku iaitu berpunca daripada penceraian ibu bapa, factor kemiskinan dan factor kecerdasan. Selain itu, terdapat langkah-langkah yang diambil oleh guru untuk mengatasi masalah gangguan emosi yang dialami oleh murid. Langkah-langkah di atas ini akan membantu murid yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Semua pihak harus saling berkerjasama untuk mengatasi masalah ini. Pihak yang terlibat termasuk guru, murid, ibu bapa, pihak sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling. Hal ini harus dititik beratkan supaya dapat membantu murid untuk mengawal tahap emosi murid pada tahap yang baik.

Anda mungkin juga menyukai